Monday, December 31, 2012

Dah Kahwin!

(post ni post lama, 2 tahun lepas. Aku tak tahu macam mana aku boleh terdelete post ini, aku post semula)

Honey dah kahwin, dia baru kahwin. Aku baru tahu.

Aku : You datang sini sorang aje?

Honey : Tak I datang dengan husband.

Aku : Owh? Iye? Dengan Mr Honey la ni. Mana dia? Dah kahwin rupanya…Bila? (aku gila babi punya terkejut, tapi tetap buat control macho)

Honey : Dia ada tengah cari buku dia. Kahwin dah 2 bulan. Kenapa tak datang? (mata Honey melilau cari Mr Honey, tapi aku rasa dia sengaja tak nak jumpa aku, kecut ke?)

Aku : Tak jemput tak datang la. *Cilakak punya soalan kau Honey*

Honey : I ada bagi kad.

Aku : Kad? Tak dapat pun. You hantar kat alamat mana?

Honey : Office You la.

Aku : Owh! Office I dah pindah kat Bandar P, mungkin Tuhan tak nak bagi I datang la tu.

Memang dah tertulis dari azali lagi yang aku memang tak akan dapat hadiri perkahwinan Honey. Walau sebesar manapun keinginan aku. Sampai sekarang aku masih tak dapat jumpa Mr Honey face to face. Aku nak sangat tengok muka mamat yang replace tempat aku di hati Honey. Dia tak teringin nak jumpa aku ke? Kalau tak teringin, serius mamat ni memang tak cool. Tak kan tengok aku dari jauh je kot. Mr Honey, sorry, kau memang thumbs down! Kepada Honey, aku harap kau happy. Cuma aku tertanya-tanya, masa kau kahwin kau betul-betul harap aku datang ke?

Sunday, December 30, 2012

When Honey Met Preity


Aku baru lepas menonton VS fashion show. Terasa nak pakai underwear yang cantik.  Cerita ini tiada kaitan tentang VS bra mahupun pemakainya.

Semasa zaman aku hangat bercinta dengan Honey beberapa tahun dahulu, Honey dan Priety adalah musuh ketat. Sebabnya Honey selalu call dan provoke Priety. Priety selalu call aku mengadu, jadi  aku tanya pada Honey kenapa dia buat macam itu, aku pulak kena marah. Kata Honey, patutnya aku sebelahkan dia bukannya ex gf aku. Memang tak patut Honey nak provoke Preity atas apa yang Preity pernah buat pada aku dulu, sedangkan aku sendiri tak nak.

Sepanjang LDR kami, sebulan sekali Honey pasti akan pulang ke KL. Bukan untuk balik rumah parents dia, tapi spend masa bersama aku. Kadang kala 2 hari, kadang kala seminggu. Ikut berapa banyak cuti yang dia ada. Dia akan tinggal dengan aku dalam tempoh itu.

Satu hari, semasa kami spend masa bersama, Honey buat satu permintaan mengarut. Dia nak jumpa Preity.  FACE TO FACE. Sudah tentu aku tidak setuju. Aku tahu betapa gilanya Honey. Akhirnya setelah dipujuk rayu oleh Honey yang berjanji untuk menjaga kelakuan dia, maka dengan berat hati aku ikutkan juga.

Aku call Preity dan ajak dia keluar. Berdua sahaja kononnya. Preity terus setuju. Sudah lama aku tak jumpa Preity. Kali terakhir aku jumpa dia adalah bila dia cuba pujuk aku untuk bersama dengan dia. Masa tu aku baru sahaja jalin hubungan dengan Honey.

Kami pun pergi. Masa dalam train aku berdebar dan berdoa supaya tiada kejadiaan buruk berlaku. Honey peluk lengan aku erat-erat seolah-olah kami akan berpisah buat selamanya. Itu menambahkan rasa takut aku. Adakah Honey cuba menguji aku. Adakah aku akan berjaya dalam ujian ini. Ah! Dunia kejam.

Seperti  dijanjikan, aku jumpa Preity di sebuah mall di Shah Alam. Preity kelihatan sungguh cun sekali. Pemilihan pakaian yang agak ketat walaupun bertudung. Adakah dia cuba menggoda aku. Cuma yang aku tak tahan adalah bau perfume yang dia pakai. Terlalu wangi. Aku pakai biasa-biasa sahaja. Honey pun sempoi.

Preity agak terkejut sebab aku bawa seseorang. Aku kenalkan Honey sebagai adik angkat aku. Aku cuba mengekalkan jarak antara aku dan Honey supaya lakonan kami nampak real. Betapa tersiksa jiwa aku masa itu. Kami makan di sebuah restoren.

Honey pegang janji dia, dia berkelakuan baik dan membiarkan aku dan Preity berborak rancak. Kadang kala sahaja dia menyampuk. Preity aku tengok sungguh gembira sekali. Aku pula tak tahu apa ada dalam hati Honey. Mahu sahaja aku pegang tangan Honey masa itu dan cakap pada Preity,Honey  ini adalah girlfriend aku. Aku sayang Honey sepenuh jiwa aku. Tapi aku tak mahu terjadi pergaduhan di situ. Tak pasal-pasal keluar surat khabar dua perempuan bergaduh berebut pengkid. Cis!  Aku perasan.

Lepas makan kami jalan-jalan di mall. Nampak yang Preity mahukan perhatian aku. Tapi aku lebih seronok jalan dengan Honey. Rasa lebih serasi. Kadang-kala aku terpegang tangan Honey atau Honey terpegang tangan aku. Ah! Itu kebiasaan.

Preity minta kebenaran untuk ke ATM, Honey pula hendak ke toilet. Aku tunggu depan ATM sebab aku dah pun pergi toilet. Aku duduk atas tebing. Sebaik sahaja Preity selesai withdraw duit,  dia terus merapati aku yang bersendirian di atas tebing. Lalu dia berdiri di tengah antara kedua belah peha aku. Tangannya sengaja meraba peha aku. Pandangan matanya manja. Terkejut  betul aku dengan ke’daring’ an dia. Aku pula dalam kedudukan tidak boleh bergerak. Aku tak mahu dia dekat aku. Serentak itu, Honey keluar dari tandas, mukanya sedikit terkejut dengan kedudukan kami. Ah! Sudah! Preity berlagak biasa dan berpura-pura menjauhkan diri dari aku. Barulah aku dapat lompat dari tebing durjana itu. Honey buat biasa.

Aku kecut perut. Mampus aku kalau Honey merajuk.

Selesai pertemuaan hari itu. Aku dan Honey balik naik train. Sepanjang perjalanan dia tak bercakap banyak. Mata dia pandang pemandangan di  luar train. Aku pegang tangan dia kuat, dia biar. Dia pegang tangan aku juga. Aku harap dia tidak terluka dengan tindakan dia sendiri.

Sebelum Honey balik semula ke kolej, dia cakap dia rasa rendah diri dengan Preity yang cantik. Dia minta maaf sebab buat aku serba salah macam itu, buat aku ikut kehendak dia yang bukan-bukan. Tapi dia cakap mesti buat ini untuk tahu Preity. Preity yang pernah buat hati aku menderita. Katanya Preity agak baik dan mesra sebagai stranger.

Lepas itu aku call Preity dan beritahu hal sebenar. Preity betul-betul marah. Seperti biasa aku dipersalahkan. Preity cakap dia benci aku atas segala-galanya. Tidak lama lepas itu Preity tukar nombor telifon.

Aku masih tetap aku.

Tuesday, December 25, 2012

Sekelip Mata


Kak jen kejut aku solat subuh dengan lembut.

“ Adik… Kau tak bangun solat ke…?” Perlahan aku bangun. Terdengar adik kami kat luar tengah mengaji.

Langit kat luar mendung. Sama macam hati aku.

Kalau sedih orang akan menangis. Aku pula pagi-pagi lagi pergi pasar beli udang, ayam, ikan dan sayur. Nak masak dan nak makan. Hidup perlu diteruskan.

Tolak nak berubah, azam dan segalanya. Aku dah ada orang yang aku suka. Sekelip mata hati itu disentuh. Tak sempat aku nak elak. Kenapa, bagaimana dan apa yang buat aku rasa suka aku pun tak ada jawapan. Kau orang boleh salahkan hati aku, aku tak. Aku pasti semuanya akan ok. Aku harap tiada siapa yang menangis. Sila hidup dengan baik.

Susah hati aku call Honey, aku harap dia marah aku. Aku perlu seseorang untuk marah aku. Tapi dia tak. Aku tanya khabar, dia cakap tentang cinta. cinta pada suami, cinta pada anak. Katanya cinta menggerakkan kita, ‘power of love’. Dia cakap laju betul. Aku bagitahu dia, cara dia cakap macam rancangan talk show.


Kata Honey :

Cinta pada suami, kita nak hidup bersama dengan dia selama-lamanya.

Cinta pada ibu bapa, Kita nak jaga dan buat jasa sebelum mereka tinggalkan dunia.

Cinta pada anak, kita nak besarkan mereka dengan sihat dan gembira.

Itu Honey dengan hati dia yang sangat fragile itu.

Untuk kamu hati yang kuat itu, aku biuskan dan botolkan hati aku lalu campaknya jauh-jauh dalam laut dan entah bilalah akan orang yang mengutipnya dan menjaganya.

Untuk kamu hati yang kuat itu. 

Saturday, December 22, 2012

Hadiah Xmas


Gif. Jo dan anak-anak sedaranya ber 'parkour'

Politik Emak, Jamban dan Kampung


Balik ke kampung kali ini Kak Uda kirim tempoyak untuk emak. Kau bayangkan aku bawa tempoyak selama lebih kurang tiga jam. Yang paling tragis bila di tengah perjalanan kami, tempoyak itu bergas, lalu penutup dia terbuka. Aku dan Kak Jen terpaksa menahan bau tempoyak. Kami pulak di tengah highway dan hentian selamat seterusnya ada dalam 30 kilometer lagi. Sampai sekarang bau tempoyak masih melekat dalam kereta aku.

Apabila melepak dengan emak di beranda rumah bersama beberapa adik beradik yang lain, aku mengetengahkan isu pintu jamban, pam dan bilik air rumah emak yang amat misteri lagi azab itu. Hanya ahli keluarga dan sesiapa yang dah biasa guna sahaja tahu cara untuk mengunci pintunya. Pernah sekali waktu ada kenduri di rumah, aku nak guna jamban. Sebaik sahaja aku buka pintu ada seseorang di dalamnya. Lelaki pulak tu. Tengah melepas. Trauma aku sampai sekarang. Aku tak boleh salahkan lelaki itu kerana sememangnya sukar untuk mengunci pintu jamban misteri itu. Tak perlulah aku beritahu siapa lelaki malang itu. Cukup cuma dia, aku dan jamban itu sahaja yang tahu.

Masalahnya, agak sukar untuk mencari orang untuk membaikinya dengan kos yang berpatutan di kampung kami. Adik beradik lelaki aku nampaknya memang tidak boleh diharapkan. Aku memberi amaran kepada emak, jangan sampai aku pula yang membaikinya. Kalau sampai jadi macam itu aku akan gelak sepuas hati aku. Masa itu aku boleh cakap akulah anak jantan emak.

Kami berborak lagi, pasal politik kampung. Emak cukup tak puas hati sebab hak keistimewaan kampung kami berlegar pada keluarga orang tertentu atau kroni tertentu sahaja. Balik-balik yang dapat Tok Cik, Tok Ngah dan adik-beradik dia sahaja. Berkobar-kobar emak aku yang buta huruf itu mengatakan ini semua ‘Politik Mahathir’. Tergelak jugak aku mendengarnya. Adik aku menambah hasutnya pada emak. Katanya kalau ‘Politik Najib’ lain.

Adik : Member aku cakap, Kalo Najib lain… Kita lalu aje dekat-dekat dia, bisik kat telinga dia. Kampung kami ni dah teruk benor. Lepas tu datanglah segala bantuan kat kampung tu.

Aku tak tahulah sama ada apa yang adik aku bagitahu itu mitos, dongeng atau apa. Kalau mitos, entah siapalah penciptanya. Agak geniuslah jugak sebab kalau orang kampung yang dangkal/jahil (ignorance) dah tentu percaya bulat-bulat punya. Aku pula akan cuba menapis dahulu semua yang aku dengar. Baik atau buruk.

Aku berseloroh memberitahu pendapat aku tentang kroni ini. Kata aku pada emak, kalau ada keistimewaan itu, aku sendiri akan dahulukan Tok Cik, Tok Ngah dan adik-beradik aku dulu. Masa tu confirm keluarga orang lain akan gossip pasal keluarga kitaorang macam kitaorang tengah gossip pasal keluarga orang lain. Mak aku gelak aje. Dah paham perangai aku yang sarkastik tu.

Aku biarkan mak dan adik-beradik borak. Tak ada topik yang menarik pun. Sempat aku ambik beberapa tangkai rambutan di tepi rumah kami lalu melonggoknya depan emak dan adik-beradik. Bertambah rancaklah mereka berborak sambil mulut masing-masing menyumbat rambutan. Rambutan tu memang paling best sekali. Mak kata benih baik.

Ada satu yang menyakitkan mata aku adalah pokok jambu air depan rumah kami. Besar, tinggi tapi belum berbuah-buah. Lama dah. Aku bagitahu emak pokok itu harus ditebang. Bahaya untuk tiang elektrik yang berdekatan. Kata emak, nanti upah orang suruh tebang. Dekat situ nampak yang emak memang tak harap anak-anak lelaki dia yang buat. Kalau nak cari orang baiki pintu jamban pun susah, apatah lagi tebang pokok.

Lalu aku sengaja mencari nahas. Aku offer tenaga aku untuk tebang pokok itu nanti bila aku ada masa. Mak membantah, katanya aku perempuan. Kerja tebang pokok bahaya dan sesuai untuk orang lelaki sahaja. Aku gelak-gelak manja. Kata aku, aku cubalah dulu. Kalau dah tak boleh, baru aku mengalah. Mak dan adik beradik lain senyum. Dah paham dengan perangai aku agaknya. Sebenarnya aku pun tak confident nak tebang pokok tu. Saja je nak tunjuk hero kononnya.

PS : Kepada pengguna internet tegar, don’t worry, jamban rumah mak ada wifi.

Sunday, December 9, 2012

Teori Anak Pandai-dari Kak Jen


Anak sulong Abang Ngah aku pandai belajar. Jadi untuk semakin memotivasikan dia. Aku belikan dia sebuah beg. Melayanglah juga RM100, tak apa. Ini semua pelaburan.

Bila aku beritahu Kak Jen tentang teori aku,  ‘anak yang lahir kat kandang kuda akan lebih kuat tahap imunisasi dia berbanding anak yang lahir kat persekitaran yang lebih bersih’, maka Kak Jen pun keluar dengan teori dia tersendiri. ‘Bila beranak, terus je bagi anak hisap susu yang pertama tu, yang nampak cam berketul-ketul tu. Anak akan jadi pandai.’ Pantang aku ada teori, dia pun nak ada teori jugak.

10 tahun lepas ketika Abang Ngah aku menyambut kelahiran anak sulongnya di sebuah klinik kerajaan di sebuah kampung terpencil, Kak Jen turut serta. Masa tu mak kami tak dapat nak pergi, kiranya Kak Jen wakil keluarga kami. Cerita ini diceritakan sambil Kak Jen menyapukan hirisan kentang mentah ke mukanya.
Jadi aku menulis ni dari pandangan Kak jen.

Kak Jen:

Daripada malam sampai ke pagi, susah betul kakak ipar aku tu nak bersalin. Masa nak beranak tu ada seorang perempuan India ni sama nak beranak jugak. Suara kakak ipar sama-sama naik dengan perempuan India tu. Jeritan kedengaran silih berganti. Beberapa orang yang nak beranak jugak dah selamat bersalin, tapi kakak ipar belum berjaya lagi.

Lepas berjaya beranak pagi tu, baby yang siap dipotong tali pusat dibalut dan diletakkan dalam bekas. Abang aku macam orang hilang akal. Keluar masuk bilik beranak. Kakak Ipar pulak dah lembik, penat memerah tenaga semalaman. Mak mentua abang  pulak macam terkedu, tak tahu nak buat apa-apa. Mungkin mamai atau penat sebab seharian baca yasin dan buat solat hajat supaya anak dan bakal cucunya selamat.

Baby dalam bekas makin kuat menangis. Kakak ipar dah macam tak peduli. Abang Ngah lansung tak tahu nak buat apa, apatah lagi nak motivasikan bini dia.

Entah macam mana aku teringat sesuatu masa aku belajar dulu, entahkan betul entahkan tidak. Lalu baby yang tengah menangis itu aku angkat mendekati mak dia. Kakak ipar aku bersuara lemah masa tu.

“ Kau buatlah apa-apa Jen…”

Lalu dengan penuh yakin,  aku menyelak baju kakak ipar. Abang Ngah yang sedikit terperanjat dengan perlakuan aku itu terus je blah. Lalu aku menyolek sisa susu yang berada di tetek kakak ipar dengan jari. Susu tu agak pejal dan berwarna kekuningan. Susu itu ku sua ke mulut baby. Terjilat-jilat bibir baby, lalu aku terus menyumbat mulut baby ke tetek ibunya sambil berkata.

“ Kak Ngah… Anak kau ni bila besar, pandai budaknya, percayalah cakap aku.”

Itulah teori Kak Jen. Dan anak sedara kami yang tu memang pandai.

Teori yang aku cipta adalah lepas tengok cerita Bones, siri di mana Bones beranak kat kandang kuda.

Teori Kak Jen pulak, adalah realiti sebenar.

Secara automatik teori aku kalah.

PS: Kak Jen adalah pemegang ijazah Sains Pembangunan Manusia, sekarang dia kerja dengan security guard. Asyik kan.

Amaran : Jangan lakukan teori aku atau Kak Jen tanpa nasihat doktor atau pakar.

Friday, December 7, 2012

Masih Misteri


Masa sekolah menengah, aku duduk asrama perempuan. Asrama aku bukan asrama biasa. Asrama luar biasa. Satu asrama beberapa buah sekolah. Ia merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup aku yang memang aku tak akan dapat dimana-mana.

Ada seorang kakak senior aku ni. Dia dua beradik. Nama dia Wani. Adik dia Aju. Masa aku tingkatan tiga, Wani tingkatan lima. Aju tingkatan empat. Wani berwajah sederhana sahaja, punyai dahi luas. Aju pulak sikit chubby, tapi cun ya amat orangnya.

Aku memang ngeri dengan Wani ni. Dia petah berkata-kata. Kata-kata yang keluar dari mulut memang bisa sesangat. Sebab tu aku tak pernah nak buat hal atau buat lawak bodoh dengan Wani. Tak pasal-pasal kena sembur. Dia orang Negeri Sembilan.

Wani ni dia ikut kepala dia aje dekat asrama. Semua tak berani nak tegur dia. Jadi setakat ponteng prep atau ponteng kuliah subuh tu memang muka dialah setiap hari. Kalau ada sesiapa tegur dia, dia akan sembur sampai orang tu menangis. Pernah aku tengok dia lawan mulut dengan seorang kakak senior yang  mulut bisa macam dia jugak. Dia menang.

Dalam cuba mengelak daripada kena sembur dengan dia, entah macam mana satu petang tu Wani panggil aku. Aku dah gelabah masa tu. Dalam otak pikir apa salah aku pada dia. Dia senyum aje. Dekat sebelah dia ada sorang junior nama Nini yang selalu jadi sidekick dia.

“ Kau ni besar kepala ya…” Wani pandang aku atas bawah. Dia bercekak pinggang.Aku telan air liur.

“ Aku nak bagitahu kat kau, kau jangan ingat semua orang suka kau… Nini tak suka dekat kau, dia menyampah sangat dengan kau.” Dia sambung ayat lagi.

“ Saya tak buat apa kat dia pun?” Aku pandang Nini geram. Nini boleh sengih lagi masa tu.

“ Kau ni bangang ke apa? Aku nak bagitahu ni kau dengarlah bodoh! Yang kau bangang tak nak dengar ni kenapa? Aku bukan nak pukul engkau, atau Nini bukan nak sepak engkau. Yang aku nak bagitahu sekarang ni Nini menyampah dengan kau. Tak ada alasan.  Orang menyampah dengan kau, kau kena terimalah. Mana ada semua orang nak suka kau je selalu. Faham?” Panjang lebar aku kena sembur.

“ Faham…” Slow aje aku jawab.

“ Dah… Sekarang blah!”

Dua tiga hari aku fikir kata-kata Wani. Betul jugak kata dia. Bukan semua orang suka kita. Aku faham apa yang dia nak sampaikan. Jadi aku tak dendam kat Nini atau Wani. Ini pelajaran.

Ada masa cuti sekolah, Wani ajak aku pergi rumah dia kat Negeri sembilan. Aku agak ragu-ragu jugak mulanya. Tapi setelah beberapa kali Aju ajak aku, aku ikutlah. Nak juga aku rasa macammana cara hidup kampung kat Negeri Sembilan.

Wani di rumah lain. Sangat baik. Rajin. Dia yang masak. Dia tolong mak ayah dia. Dia ajar adik-adik dia dengan bagus. Sikit pun tak melawan cakap mak ayah dia. Sikit bahasa kesat pun aku tak pernah dengar. Ramai jugak kawan asrama yang aku pernah pergi rumah dia orang. Tapi Wani paling terbaik. Aku memang tak berani nak tanya kenapa dia sangat lain di rumah dia. Nak mampos kena sembur? Dan itu kekal misteri sampai hari ini.

Aku tak pernah jumpa Wani atau Aju lepas belajar. Sebelum aku deactive FB dulu ada jugak aku ternampak FB dia orang.

Single. Again.

Lama dah tak lepak dengan Bond. Jadi bila lepak dengan dia memang ambil masa seharian. Sambil layan internet dan minum shake kat cafe tempat dia kerja, dia sengih-sengih bagitahu aku yang dia single balik. Baru dua minggu. Terkejut jugak aku.

Menurut Bond, dia terasa penatnya bercinta dengan isteri orang. Sakit hati. Aku senyum aje, sambil suruh dia cari girlfriend lain. Malas nak bahan dia, tak elok.

Sempat juga aku makan dengan Bond dan ex girlfriend dia petang tu. Hotel tempat kerja ex girfriend Bond dekat dengan cafe tempat Bond kerja. Aku tak pernah jumpa ex girlfriend dia ni. Tengok gambar adalah. Boleh tahan jugak lawanya, lawa dari dalam gambar. Lagi tinggi dari Bond. Tutur katanya sempoi. Patutlah Bond suka. Aku tengok Bond cool aje. Macam tak ada perasaan. Kalau akulah baru 2 minggu putus masih emo lagi agaknya. Tahniah Bond.

Esoknya lepak lagi dengan Bond, kali ni dengan Kak Jen. Kita orang lepak dengan kawan kita orang namanya Ayu yang dah bertahun tak jumpa. Adalah dalam lima enam tahun dah. Bond pernah ada hati dengan Ayu ni dulu. Tapi masa tu ada pengkid lain usha dia ni. Sekarang pulak dia ni dah ada steady boyfriend. Kita orang lepak lama jugak. Tengah malam baru balik. Memang fun.

Balik tu bila hanya aku dan Kak Jen aje yang ada dalam kereta, Kak Jen mengeluarkan teori-teorinya.

Kak Jen : Sekarang ni aku dah paham kenapa Bond asyik putus aje.

Aku : Hahaha! Kenapa pulak kak?

Kak Jen : Aku rasa Bond tu slow sangat.

Aku : Iye ke? Dia tu bukan slow, tapi dia sopan... Skema macam aku.

Kak Jen : Itulah sebabnya, korang patut belajar dari aku.

Aku : Kak Jen rakus sangat... Tak naklah. Eeee.

Kak Jen : Tapi aku dapat tengok dari sinar mata dia, aku rasa dia masih ada hati dekat Ayu.

Aku : Iye ke? Hahaha... Ayu pulak macammana?

Kak Jen : Ayu pun nampak macam suka dia, kau ada perasan cara Ayu jawab telifon boyfriend dia tadi,  macam nak tak nak aje. Dia macam lagi suka borak dengan Bond.

Aku : Entahlah kak... Biarlah dia orang. Sebenarnya aku kalau boleh biarlah ada perempuan beriman yang suka kat Bond tu, biar boleh nasihat-nasihat dia. Hahaha.

Bergitulah sedikit sebanyak gosip kita hari ini. Sekian.

PS : Ayu ni lagi tinggi dari Bond, lagi tinggi dari ex girlfriend Bond... Dia kawan perempuan melayu aku yang paling tinggi, tinggi Kak Jen dekat atas pinggang dia je.



Wednesday, December 5, 2012

Ceramah

Aku jarang lepak dengan Anis. Kalau lepak pun selalunya time Arin datang rumah sewa kami. Biasalah... Dua-dua pun sibuk. Lagipun bukannya best lepak dengan aku ni.

Malam tadi kami tengok TV sama-sama. Tengah aku duk tekan remote control ASTRO, cari cerita apa nak di tonton, terkalih pulak siaran Kemang Keming Ustaz Azhar Idrus. Aku teruskan mengalih.

" Wuish Kemang Keming la... Best tu." Anis menegur aku, aku agak supaya aku kalih semula siaran tadi.

" Tak nak lah..." Aku tidak mempedulikan Anis. Aku memang tak sedar diri. Sedangkan TV, ASTRO, sofa, peti ais, mesin basuh semua Anis yang punya.

" La kenapa? " Anis tanya aku.

" Malam ni aku tak de moodlah nak dengar ceramah." Aku bagi alasan, tak kan aku nak terus-terang kat dia aku memang tak berapa minat nak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ni. Aku malas nak bagi penjelasan.

" Ala, bukan beria sangat pun... Best tau, lawak." Anis cuba mempengaruhi aku lagi. Tapi aku tetap aku. Degil. Pentingkan diri sendiri.

Aku kalih cerita tamil. Tak ada sari kata pulak. Lalu setelah aku pastikan tak ada cerita yang benar-benar best kat ASTRO. Aku ucap selamat malam pada Anis, lalu masuk tidur.

Dalam keadaan mata makin mamai nak tidur tu, aku terdengar Anis kalih siaran... Bunyinya macam ceramah. Mungkin siaran Kemang Keming tadi. Aku juga terbau asap rokok. Bagus! Aku cepat-cepat tekup muka dengan selimut. Pening.

Aku bukan marah Anis hisap rokok. Tapi geram. Aku masih ingat masa mula-mula aku menyewa rumah ni, dia pernah tanya aku sama ada aku hisap rokok ke tidak, aku cakap tak. Dia cakap baguslah, sebab dia ingat aku hisap. Sebab dia tak hisap. Sambil tu dia mengutuk-ngutuk orang hisap rokok kaw-kaw punya. Aku pun tumpang sekaki.

Beberapa bulan ni aku tengok dia pulak menghisap. Dia ada cakap pada aku dia hisap rokok semula. Aku cuma cakap, pandai-pandailah... Cuma aku  bagitahu aku memang tak berapa selesalah sebenarnya. Bau asap rokok buat aku pening dan mabuk.

Aku harap Ustaz Azhar Idrus dapat nasihatkan dia supaya berhenti merokok. Amin.

Friday, November 16, 2012

Gerai Tepi Jalan


Aku pernah kerja tolong family berniaga di gerai tepi jalan. Duit tak banyak. Dapat pengalaman hidup yang aku belajar dan fahami.

Ramai jugak warga Indonesia yang jadi kawan aku masa tu. Sama ada yang ada permit atau datang ke Malaysia guna pass lawatan lalu bekerja secara haram di Malaysia. Cari rezeki halal tetap halal. Cari rezeki haram, jadilah haram jadah. Memang banyak kita dengar tentang masalah sosial yang warga asing bawa. Siapa rajin dia dapat, siapa malas melepaslah. Tak kiralah tinggal di negara sendiri atau negara orang lain. Rezeki cukup untuk kita sama-sama bahagi. Jangan tamak.

Biasanya aku akan bawa kereta buruk. Kereta tu, gear dua dah tak boleh nak pakai. Kena terus ke gear tiga. Masa tu, aku pula baru dapat lesen. Memanglah seksa. Tapi kena cool, kena ada gaya jugak. Sesekali di jalan raya, polis akan tahan kereta tu. Mintak lesen. Nak tengok roadtax. No problem, semua ada. Minat betul polis dengan kereta buruk tu. Menurut abang, ada polis memang sengaja nak cari duit lebih. Tengok kereta buruk dan nak try sama ada boleh dapat duit sikit kalau kereta tu ‘kosong’. Aku dengar ajelah. Tak pernah jumpa sendiri pun polis minta duit.

Kawan-kawan Indonesia aku yang tak ada permit kerja kadang-kadang cerita, dia orang kena ‘pow’ dengan polis. Aku dengar ajelah. Entah betul ke tidak cerita dia orang ni. Dia orang pun selalu ‘pow’ duit majikan dia orang time kerja. Macamlah aku tak tahu. Kau ‘pow’ orang, orang ‘pow’ kau balik.

Ada beberapa orang abang polis ni selalu beli juadah kat gerai. Abang dan kakak aku memang baik hati. Selalu bagi free aje kat abang-abang polis ni. Dia orang kan jaga keselamatan kita, apa salahlah buat baik dengan dia orang, itu kata kakak aku. Kat orang-orang susah, budak kecik tak cukup duit pun kakak aku selalu pesan, bagi ajelah. Sedekah. Cuma kakak aku cakap berhati-hati dengan orang minta sedekah. Banyak yang menipu, banyak juga yang guna ‘pukau’. Sebab itulah sebelum buka gerai aku baca ayat kursi. Doa banyak-banyak.

Satu tengah hari, ada beberapa orang abang polis beli juadah kat gerai. Tiba-tiba ada seorang bersuara.

“ Adik… Adik tak minat nak jadi polis ke? Abang tengok adik ni macam budak pandai je.” Dia senyum pada aku.

“ Saya ni tak cukup tinggi Bang, rabun pulak tu. Boleh ke?” Aku sengaja menguji polis tu.

“ Boleh dik. Kalau tak nak kerja luar, boleh kerja dalam office. Kalau nak abang boleh bagi borang. Abang boleh rekemen.” Kata abang polis tu lagi. Baik betul dia. Aku ni entah siapa-siapa dia nak recommend pulak.

“ Abang… Sebenarnya saya ni tak beranilah nak jadi polis.” Aku buat ayat menolak.

“ Kenapa pulak? Adik ni nampak tegas. Nampak berani je. Tak susah pun dik.” Abang polis tu masih tak putus asa.

“ Saya tak takut pegang pistol. Tangkap orang jahat tu saya tak pastilah sebab saya tak pernah try. Tapi saya ni suka duit. Saya takut kalau saya jadi polis, nanti saya makan rasuah. Saya tak percaya pada diri saya ni.” Entah kenapalah mulut aku lancang benar masa tu.

“ Oh…” Sambil angguk-angguk, abang-abang polis tu jawab tu aje. 
Lalu dia orang pun beredar. Terasa atau tidak tak tahulah aku. Aku tak ada niat nak buat abang-abang polis tu terasa. Dia orang nampak baik. Aku cuma beritahu apa yang terbuku dalam hati.

Ramai kawan-kawan Indonesia aku dah balik pun Indonesia lepas operasi ‘pemutihan’ tak lama dulu tu. Dengar cerita ada yang dah bina rumah besar kat kampung masing-masing. Aku pulak masih menyewa di negara sendiri. Teringin nak jumpa dia orang. Nak tuntut janji sebab ada yang kata nak ajak aku jalan-jalan kat kampung dia orang.

PS: Gerai tepi jalan tu ada lagi. Aku aje yang tak ada.

Tuesday, November 13, 2012

Hero, Heroin dan Penjahat Part II


Bila masuk tingkatan lima hubungan aku dan Syakilla makin kukuh. Gaduh sikit-sikit tu biasalah. Saham aku masa tu tengah naik. Ramai aweks yang minat. Dapat surat, coklat dan kirim-kirim salam. Aku pulak melayan. Bila Syakilla dapat tau memang gaduhlah. Dia tanya aku. Aku cakap aku memang layan semua orang baik dari dulu.

Ada sekali tu dia dapat tahu aku buat sorang budak pengawas tingkatan satu ni adik angkat dan layan bukan main baik lagi. Dia mengamuk dan hampir nak gaduh dengan budak tu. Budak tu pulak memang jenis tak nak kalah. Akhirnya terpaksa aku leraikan dia orang.

Aku mengaku aku agak player masa tu. Memang nakal. Tapi dalam hati aku cuma ada Syakilla seorang aje. Aku tak bagi orang lain pegang tangan aku pun. Usik-mengusik guna ayat manis sikit-sikit. Test powerlah konon. Oh! Aku budak sekolah…

Satu pagi masa aku berjalan nak masuk kelas, pak cik van sekolah panggil aku. Dia cakap girlfriend aku  yang tinggi-tinggi  tu tertinggal beg sekolah dalam van. Manalah pak cik van ni tau Syakilla ni girlfriend aku. Kata pak cik van Syakilla asalnya naik van ini, tapi dia tertinggal buku di rumah, lalu dia suruh pak cik van jalan dulu. Bila aku tengok, betullah beg Syakilla. Aku ambil beg tu bawa dalam kelas.

Terasa pulak aku nak spot check beg Syakilla. Nak make sure dia buat kerja sekolah atau tidak. Aku selalu ajar dia. Study sama-sama. Teman dia study. Maklumlah tahun ni dia PMR aku SPM. Bukan dia aje. Kadang-kadang bila aku pergi rumah dia, adik-adik dia pun aku ajar sekali. Sebab tu mak dia suka sangat aku datang rumah. Aku pandai ambik hati mak dia. Rajin tolong apa-apa yang patut. Bila aku ada dekat rumah, mak dia macam lapang aje dada pergi bertandang rumah jiran dan biar aku jaga dia dan adik-adik dia. Selalu jugak mak dia bagi duit kat aku. Girlfriend dapat, duit pun dapat. Bayangkan…

Selongkar punya selongkar beg tu, aku terjumpa sekeping kad. Aku dah sengih sesorang masa tu. Aku dan Syakilla memang rajin tulis surat dan bagi kad. Kadang-kala aku tulis puisi untuk dia. Jadi kad tu memang untuk akulah. Aku dengan confidencenya mula buka dan baca kad.

Ada english poem yang aku karang khas untuk dia dalam kad tu. Susah payah aku mentelaah kamus nak buat puisi tu sebab aku bukan pandai sangat bahasa mat saleh ni. Peliknya, takkan dia nak bagi semula apa yang aku dah bagi pada dia. Tapi aku mulai faham bila baca seterusnya. Tergamak dia guna puisi aku untuk dia dan curang dengan orang lain. Orang tu tak lain tak bukan hero Rajinikanth dia, Si Mohan. Kali ni aku yakin yang dia orang ada skandal di belakang aku. Ayat kat kad bukan main jiwang lagi.

Sebelum loceng kelas berbunyi, aku pergi jumpa dia. Seronok betul dia bila tengok aku datang. Senyum aje. Aku bagi beg dan tunjuk kad tu pada dia.

“ I dah baca kad ni. Sampai hati you buat I macam ni ya. Sebenarnya you dengan Mohan ada apa?” Aku soal dia selembut mungkin. Dia diam. Selalunya bila tak salah dia kecoh.

“ Dah berapa lama you tipu I?” Aku tanya lagi. Dia diam terus. Tak melawan. Jadi betullah. Air mata aku dah mengalir. Kawan-kawan dia yang ada kat situ pun diam. Aku agak, dia orang tahu.

“ I sedih dengan you Syakilla. Kan lebih elok you terus-terang aje dari dulu. Bukannya I nak marah you pun. I boleh terima.” Dia tunduk terus pandang lantai. Tak jawab.

Aku diam. Tunggu penjelasan dari dia. Budak kelas dia beransur keluar sebab loceng dah berbunyi dan beratur di luar kelas untuk nyanyi lagu Negaraku. Dia terus diam. Satu ayat pun tak keluar.

“ Nampaknya memang betullah you dengan Mohan. I tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan you dengan dia. Jadi Syakilla, Saat ni, masa ni. I lepaskan you dan I harap you bahagia dengan apa yang you nak buat. I undur diri. I mengalah. Bye Syakilla. Bahagialah kamu.” Lebih kurang macam itulah ayat aku. Kalah Shah Rukh Khan. Sebijik macam cerita Hindustan.

Aku melangkah pergi. Sempat aku paling belakang. Ada air mata mengalir kat pipi dia. Aku keraskan hati. Keputusan aku tetap. Aku tak hiraukan 30 mata budak kelas dia yang pandang aku. Aku tak hiraukan lagu Negaraku yang tengah berkumandang. Aku lari terus pergi toilet. Menangis sepuas hati.

Secara rasminya aku dan Syakilla putus. Tak sampai seminggu lepas tu, hari-hari Mohan ambil Syakilla balik dari sekolah naik motor. Mohan masa tu dah habis sekolah. Dah start kerja. Bawa motor canggih. Memang macam hero Tamil.  Bila lalu tepi aku dan Bond yang jalan sama-sama tunggu bas. Saja aje Syakilla peluk Mohan erat-erat. Makan asap aku. Nak aje aku terajang dua-dua sekali. Bond sabarkan aku. Sekarang aku faham kenapa Syakilla curang. Mohan memang macho, boleh bawa dia jalan-jalan. Happykan dia. Aku tak, aku asyik suruh dia study. Mungkin aku tak se ‘fun’ Mohan.

Tunggang terbalik kejap hidup aku masa tu. Mana nak SPM, nak study dalam keadaan jiwa kacau. Semua aweks aku tak layan dah masa tu. Budak tingkatan lima frust menonggeng. Dapat kau bayangkan?

Beberapa bulan jugak aku lembik aje. Tapi bila aku fikirkan sampai bila. Aku tak nak rosakkan hidup aku, masa depan aku. Aku kumpul kekuatan dan belajar balik bersungguh-sungguh.

Ada jugak mak dia mengadu pada aku yang Syakilla makin malas study bila rapat dengan Mohan. Asyik keluar aje. Mak dia tak suka sangat dia kawan dengan Mohan. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku bukannya bercakap sangat dengan Syakilla lepas tu. Aku jumpa mak dia pun sebab dah rapat dengan famili dia. Adik dia tingkatan dua tu pulak kan girlfriend Bond. Adik dia pun tak suka dia dengan Mohan. Selalu ngadu pada aku. Aku dengar aje. Malas nak komen. Tapi memang nampak macam aku yang hasut mak dan famili dia supaya tak sukakan Mohan.

Di mata Mohan. Dia hero Tamil tu. Syakilla heroin. Aku pula penjahat. Biarlah macam tu.

Aku tak tahu di mana Syakilla, adik dia dan famili dia sekarang. Mungkin masih ada di situ. Mungkin Syakilla dah kahwin.  Lepas masuk kolej, lost contact. Bond pun tak tahu sebab dia juga putus dengan adik Syakilla sebelum habis tingkatan lima.

Mohan pun aku tak tahu dekat mana. Ada juga aku try google dan cari facebook dia orang. Aku ada jumpa facebook kakak sepupu Syakilla, tapi kakak sepupu dia ni mulut celupar, laser. Kalau aku cari dia melalui kakak sepupu dia mesti kena bahan punya.

Syakilla adalah girlfriend pertama aku. Itu adalah kenyataan. Mohan pengkid India, hero Tamil yang berjaya merampas heroinnya, itu juga kenyataan. Aku dah suka minum cincau sekarang, itu kebenaran. Aku minat filem Tamil dan Hindustan. Itu fakta. Happy Diwali Priyanka Chopra.

Hero, Heroin dan Penjahat part I


Di luar berdentum-dentam bunyi bunga api. Tambah pula dengan bau kari semerbak dari rumah jiran. Aku duk kesat air mata dihujung baju sambil mengunyah burger oblong ditemani sepasang sugar glider milik Anis yang sudah ku beri makan sebentar tadi. Filem Tamil di saluran ASTRO 202 ni buat aku nangis lagi. Malam ini mungkin aku tak tidur melayan cerita menarik kat TV. Malam Deepavalilah katakan.

Semua orang tahu yang aku memang minat cerita Hindustan atau Tamil sejak dulu lagi. Sebab tu aku suka time Deepavali. Masa inilah aku nak tengok hero dan heroin menari keliling bukit.  Memang berbeza sangat dengan Naruto tu. (Apasal pulak aku nak mention nama dia dalam cerita ni?)

Biasanya setiap cerita Tamil mesti ada watak hero, heroin dan penjahat. Kali ini penjahat dalam cerita yang ala-ala filem Tamil ini adalah aku.

Baru tingkatan empat masa tu aku dah ada girlfriend. Nama girlfriend pertama aku Syakilla. Budak tingkatan dua. Orangnya tinggi, berkulit sawo matang dengan suara yang lembut dan senyuman menawan. Memang tak nampak macam budak tingkatan dua. Jenuh jugak aku nak mengorat Syakilla ni awalnya. Setelah banyak masa dihabiskan, kacau-mengacau, ayat-mengayat dan surat-surat cinta maka aku dan Syakilla pun bercouple.

Aku duduk asrama. Setiap petang aku selalu ada latihan bola-baling, hoki ataupun bola jaring di sekolah. Hampir tiap hari juga Syakilla akan datang ke sekolah. Kadang-kadang dia datang sorang-sorang. Kadang-kadang dengan kawan-kawan dia. Dia selalu bawa air cincau dan tuala untuk aku. Habis aje latihan, kami akan dating tepi padang, dia lap peluh aku dan layan aku minum air cincau yang sebenarnya aku tak suka. Sayang punya pasal aku telan juga. Kawan-kawan pasukan bola aku join sekali. Jadi kawan-kawan aku mulai kenal Syakilla.

Aku dan Syakilla juga mula berkawan dengan olahragawati sekolah yang memang dikenali semua orang. Namanya Mohannadevi. Semua panggil dia Mohan aje. Ahli pasukan bola macam aku. Dia tingkatan lima. Orangnya sederhana tinggi, berambut pendek dan hebat dalam semua bidang sukan. Mohan memang macho habis macam hero Tamil. Kita orang kamceng tak kira bangsa.

Satu hari yang biasa, waktu rehat kat sekolah. Di tepi tangga dewan, aku tengah menikmati aiskrim. Bond macam biasalah tak lekang dengan air 100 plus dia tu. Entah dari mana muncul Mohan dan konco-konconya. Dengan gaya ala-ala Rajinikanth dalam filem Muthu.

“ Woi, Jo! Syakilla cakap kau pukul dia!” Zass! Jari telunjuk Mohan menunding tepat ke muka aku. Terasa angin taufan menyerbu ke muka. Aku terkedu. Tak tahu nak respon apa.

“ Yo! Kot ya pun nak cakap apa-apa, tangan tu baik sikit ya.” Bond menolak jari telunjuk Mohan dari muka aku. Muka Bond bersiap untuk bergaduh. Jangan memain, Bond pulak dah macam Bruce Lee. Bond ni budak taekwando.

“ Baiklah Jo, aku tanya kau lagi sekali ni, ada kau pukul Syakilla?” Muka Mohan serius. Macam hero cuba menyelamatkan maruah heroin. Entah dari mana dia dapat keberanian tu.

“ Err… Adalah sikit. Aku bukan pukul kuat sangat pun, pukul manja-manja sebab dia degil, malas study.” Spontan bohong itu keluar dari mulut aku. Hakikatnya aku tak pernah jentik pun Syakilla. Hati aku mengatakan mesti ada sebab Syakilla nak buat cerita  pada Mohan. Lagipun takkanlah aku nak cakap Syakilla, girlfriend aku sendiri dah tipu dia. Walaupun air muka aku sendiri dah tercalar.

“Kau tak patut buat macam tu. Kau patut nasihatkan dia elok-elok…” Mohan mula membebel segala macam nasihat pada aku. Semuanya aku telan. Kepala otak aku berfikir apalah alasan Syakilla. Harapnya bagus. Aku cuba tak fikir bukan-bukan.

Petang itu juga aku minta penjelasan dari Syakilla. Terkejutlah Syakilla bila aku bagitahu Mohan sound aku. Maka Syakilla dan kawan-kawan dia cerita pada aku dia orang sedang mengenakan Si Mohan. Menurut Syakilla, Mohan ni dah main-mainkan perasaan sorang kawan dia orang. Jadi sekarang ni Syakilla tengah duk nak balas balik dengan buat Mohan angaukan dia. Aku tanya lagi, kenapa Syakilla? Menurut kawan-kawan dia hanya Syakilla aje yang mampu goda Mohan.Ceh! Aku tak dapat nafikan itu.

Reputasi Syakilla sebagai girlfriend aku membuatkan Mohan ragu-ragu. Jadi Syakilla tipu Mohan yang aku dan dia selalu gaduh, aku selalu pukul Syakilla. Jadi sekarang ni kiranya Syakilla ni macam heroin yang kena dera dengan penjahat macam aku dan Mohan sebagai hero yang kononnya akan menyelamatkan Syakilla. Syakilla tak sangka pula Mohan berani sound aku depan-depan.

Aku tak setuju sangat dengan cara Syakilla dan kawan-kawan dia. Tapi aku malas nak campur tangan. Cuma aku pesan supaya dia orang berhati-hatilah. Jadi aku biarkan sahaja girlfriend aku dan kawan-kawan dia dengan game dia orang. Lagipun tak lama lagi Mohan dah nak habis tingkatan lima. 



Wednesday, November 7, 2012

Aku, Rempit dan Bohsia


Kata orang, aku dan Kak jen banyak persamaannya. Tapi bagi aku, aku dan Kak Jen adalah dua individu yang memang ada persamaan tapi banyak juga yang  berbeza. Contohnya Kak Jen pandai matematik, aku pula kantoi matematik. Kak Jen suka dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, aku pula tak gemar sangat. . Kak Jen makan vitamin Shaklee aku pula makan buah-buahan segar . Kak Jen handal bawa kapcai, aku gelabah habis kalau bawa kapcai. Tapi cerita kali ini bukan pasal Kak Jen. Tetapi cerita lama pasal aku dan Shahid. Seorang mat rempit yang lebih handal bawa kapcai daripada Kak Jen.

Shahid adalah rakan sekerja aku masa aku bekerja sebagai kuli di sebuah restoren. Muka boleh tahan handsome. Kak Jen selalu cakap, muka Shahid ni ada iras-iras Shahid Kapoor. Adalah sikit, tak sampai sepuluh peratus agaknya. Umur dia muda setahun dari aku. Siang kerja, malam merempit.

Masa Honey dapat matrikulasi. Kami break kejap. Mungkin dia tak tahan LDR atau tak tahan in relationship love hate dengan aku yang macam ni. Aku akur. Sikit pun tak memberontak. Malas nak kacau study dia.

Hidup aku teruskan. Dalam masa yang sama aku cubalah berubah sikit-sikit. Ubah sifat-sifat boyish aku supaya lemah lembut sikit. Entah macam mana Si Shahid ni boleh suka pada aku dalam tempoh tu. Berani dia minta aku jadi awek dia. Bukannya dia tak tahu aku ni pengkid. Bukan dia tak pernah tengok aku dan Honey bercinta dan bercengkerama sakan depan semua orang dulu. Aku rasa, lelaki sewel aje yang boleh suka kat aku masa tu. Bukan tak ada aweks lain kat restoren ni yang tergila-gilakan Shahid. Dia pilih aku pulak. Aku tak bangga. Mudah sangat ke aku ni sampai mat rempit macam dia nak try aku. Tapi aku cuba buka minda aku.  Aku cuba buka hati aku, bagi peluang kat Shahid ini untuk mengorat aku. Mana tahu dia ni ada isi jugak orangnya. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Ramai aje mat rempit yang baik. Aku cuba tidak prejudis.

Maka bermulalah sesi dating aku dan Shahid. Setiap malam lepas kami habis kerja di restoren, dia akan bawa aku dengan kapcai dia meronda keliling ibukota. Banyak jugak port rempit yang dia tunjuk pada aku. Dia akan tolong aku pakai helmet setiap kali nak bonceng kapcai dia tu. Romantiklah konon. Tapi jangan haraplah aku nak peluk dia rapat-rapat, kemain jauh lagi jarak kami atas kapcai tu. Oleh sebab itu, dia selalu buat ayat gini.

“ Jo, kalau masuk KL nanti, kena duduk rapat sikit. Kalau tak polis tangkap.”

Ceh! Kau ingat aku bodoh?

Aktiviti kami selain merempit beramai-ramai pukul dua tiga pagi, adalah melepak di kedai-kedai mamak dan mana-mana port lepak. Kadang-kadang beramai-ramai dengan geng rempit dia. Kadang-kadang berdua. Kadang-kadang ada gadis-gadis  yang kukira bohsia yang join kami. Masa itu aku rasa bohsia-bohsia tu pun rasa aku salah seorang bohsia juga.

Topik perbualan Shahid dan geng rempit dia berkisar kepada motor, aksi-aksi ganas yang dia orang akan buat atas motor, aweks bohsia yang bakal dia orang kekah beramai-ramai dan pil ecstasy. Aku layan aje borak dengan dia orang. Mujur aku tak kena kekah. Mungkin sebab aku macam jantan. Mungkin sebab Shahid dah sound awal-awal atau dia orang ngeri apabila sesekali aku cuba menguji minda dia orang dengan soalan-soalan mengenai moral dan sebagainya.

Satu malam tu, setelah lebih sebulan aku dan Shahid macam belangkas. Dia menghantar aku pulang ke rumah yang pihak restoren sediakan untuk staff . Macam hostel. Kami borak-borak lama juga kat bawah. Sebelum berpisah,  dia tarik tangan kiri aku dan menciumnya rakus. Terkejut aku. Spontan, tangan kanan aku pantas menampar pipi dia kuat-kuat. Mulut aku automatik menyuruh dia berambus dan jangan tayang muka depan aku lagi. Hari ini, esok dan selamanya. Kelam kabut mamat tu lari. Dia ingat sebulan melepak dengan dia, maka dia layak nak buat macam tu. Sambil menyumpah-nyumpah aku cepat-cepat naik atas. Basuh tangan. Terasa tak suci.

Kisah aku dengan Shahid mati kat situ. Esoknya Shahid tak berani nak dekat aku dah. Aku pulak tak hebohkan dia cium tangan aku. Malas nak besarkan cerita. Orang pun pelik bila tengok kami tak keluar bersama lagi. Tapi semua tak nak tanya direct pada aku. Lama-lama Shahid tukar cawangan restoren lain. Aku pulak berubah suam-suam aje masa tu, maka jadi boyish semula.

Lama lepas tu, bila aku dah berhenti. Aku dengar cerita yang Shahid merogol sorang awek cun ni. Kata tukang cerita awek ni dibagi pil sebelum pagi-pagi dia sedar dia dah bogel sebelah Shahid. Aku ingat-ingat lupa awek mana satu, tukang cerita cakap aku pun kenal awek ni. Entah betul atau tak. Bila aku tanya tukang cerita sama ada Shahid kena tangkap polis atau tak, dia pun tak pasti cerita sebenar. Aku tertanya-tanya jugak apa berlaku sebenarnya.

Bertahun lepas tu, bila aku join facebook ex-staff restoren, aku ternampak facebook Shahid. Dah kahwin pun. Lawa jugak bini dia. Ada anak lagi. Rumah nampak besar, kereta nampak besar. Shahid nampak happy. Mungkin dia dah lupa kisah kena tampar dengan aku. Kisah rogol tu pun tergantung macam tu aje.

P/S: Malam tragedi cium tu Honey call aku pukul 1 pagi lebih setelah dah berbulan tak contact. Kata dia tsunami melanda Malaysia dan Aceh. Aku dengar jugak cerita pasal tu. Sempat juga Honey nasihat aku macam-macam. Aku fikir Honey dah benci aku sangat masa tu. Hal tsunami pun nak kaitkan dengan aku. Cuti semester seterusnya, bila dia balik bercuti, dia ajak aku cuba semula, sambung semula. Hairan jugak aku. Hati perempuan, perempuan sendiri pun tak dapat paham kadang-kadang.

Tuesday, November 6, 2012

Mencarut

Aku skema. Ayat aku selalu skema. Satu perkara yang korang akan jarang dengar adalah aku memaki, menyumpah atau mencarut. Aku tak maki time aku bawa kereta. Aku tak maki depan kawan-kawan. Aku tak maki depan mak. Aku jenis tak maki atau carutkan orang.

Tapi menurut adik perempuan aku, sebenarnya aku paling kuat maki, menyumpah atau mencarut bila aku lepak dengan Kak Jen, adik-adik perempuan aku dan kawan yang benar-benar rapat kira macam adik-beradik. Dan ayat mencarut aku sangat kreatif, dan selalu menjadi ikutan dia orang untuk carutkan pula kepada orang lain.


Haritu adik aku tegur... Lalu aku tanya dia, antara aku dan Kak Jen siapa lagi kuat mencarut. Dia cakap aku. Aku terkedu kejap. Lalu aku berazam, kurangkan mencarut. Yeah!

Kurangkan mencarut jangan jadi Debra Morgan


Wednesday, October 31, 2012

Surat dari Honey 2

Surat ini bertarikh tahun 2006, beberapa bulan sebelum aku berhenti kerja kat sebuah restoren ini untuk teruskan minat aku dalam bidang lukisan. Beberapa bulan lepas tarikh ini juga aku terima call dari Honey yang mengatakan dia tak cintakan aku lagi dan dia cintakan orang lain lalu kami pun berpisah.



Aku cuba untuk tidak salahkan dia. Dari hari pertama kami tahu cinta ini tak ke mana. Tapi entah apa buat kami teruskan juga. Bila berpisah, aku memang tak redha. Tapi hidup mesti diteruskan. Banyak perkara positif yang dia ajar aku. Kenal dia, aku tak pernah rasa sesal.

Sesiapa yang putus cinta, jadilah positif. Cinta kadang-kadang punyai tarikh luput walau sebesar manapun cinta anda itu. Dan aku akan terus bercinta.

Tuesday, October 30, 2012

Surat dari Honey

Aku suka cara penulisan Honey, malah aku rasa aku peminat nombor satu penulisan dia. Banyak surat dan kad dari Honey sepanjang lebih dua tahun kami jatuh cinta. Aku ingat aku dah bakar semuanya. Tapi bila kakak dan abang ipar aku hendak berpindah, dia orang bagi sebuah kotak yang ada aku simpan di rumah dia orang. Honey bagiku seorang yang cintakan Tuhan sebenarnya, jadi bila kami jatuh cinta ianya amat menyakitkan kedua belah pihak.  Jadi di sini aku paparkan salah satu surat dari Honey.  Nanti akan aku papar lagi.

Surat ini surat lama, bertarikh tahun 2005.








Monday, October 29, 2012

Thursday, October 25, 2012

Pengkid Player 2


Seorang lagi pengkid yang aku kenali dengan ayat manisnya adalah salah seorang manager aku dulu. Namanya Salmah. Umurnya tua beberapa tahun dari aku. Salmah ni memang pengkid jambu, handsome,  muka cantik, body cantik. Bukan perempuan aje sangkut dengan dia. Lelaki pun ramai yang tergila-gilakan dia. Salmah menggunakan segala ayat-ayat manisnya untuk menabur janji dari seorang awek kepada seorang awek.

Salmah ni dah ada awek. Seorang setiausaha genit di sebuah syarikat swasta, namanya Maria.  Maria ni cun habis, seksi lagi bergaya . Mata dia cantik sangat. Orangnya baik dan rendah diri. Dia orang dah bersama sejak university lagi. Dah lama bersusah payah bersama.

Satu masa, Salmah mula menggatal dengan staff baru. Namanya Noni. Rakan sekerja aku. Budak lagi Noni ni. Baru habis belajar. Tak panjang akal pun lagi. Dia tau Salmah ada awek dah. Tapi dia layan jugak.  Yang sakit hatinya, Salmah suruh aku cover line. Kalau Maria ada tanya-tanya kenapa dia balik lambat atau tak balik. Aku kena bagitahu yang kerja tengah banyak sekarang, dan kadang-kadang Salmah kena tidur di hostel yang disediakan untuk pekerja. Aku terpaksa akur. Malas nak cerita banyak.

Di suatu pagi yang damai, tengah aku menikmati air milo kotak. Aku terlihat kereta Maria parking depan hostel. Serentak itu aku dapat SMS dari Salmah kalau Maria tanya aku, cakap dia tak ada di hostel dan aku tak tahu dia di mana. Aku syak Salmah tak balik rumah, dan dia tidur di hostel dengan Noni. Masa tu aku tak tahu pun yang Salmah tidur di hostel. Sebab bilik aku lain. Bilik single.

Maria dengan lengang lenggoknya datang jumpa aku tanya pasal Salmah. Aku terpaksa goreng yang aku tak tahu mana Salmah. Mungkin sebab marah sangat,  Maria mintak nak masuk hostel kita orang. Maria dah menangis-nangis ngadu dekat aku. Sempat aku curi-curi SMS Salmah yang aku akan bawa Maria dalam hostel untuk dia buat spot check. Pandai-pandailah dia.

Maria spot check bilik demi bilik. Bawah katil, dalam almari, dalam toilet, dapur dan store. Bayang-bayang Salmah pun tak ada. Noni adalah, pura-pura tengah tidur. Berselimut. Aku tengok Maria dah macam nak terkam aje Noni. Aku pun hairan, dimana agaknya Salmah menyorok. Di tingkat atas hostel pun tak ada. Mungkinkah Salmah ada kuasa halimunan. Cari punya cari, tak jumpa. Akhirnya Maria mengalah.

Aku hantar Maria ke kereta. Suruh dia bersabar banyak-banyak. Aku katakan mungkin Salmah ada hal penting di tempat lain. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah Salmah. Dah ada awek baik, cantik dan bekerjaya pun nak menggatal lagi. Maria terima kasih dekat aku. Mata cantik dia dah berair. Hati aku rasa bersalah sebab kena menipu.

Sebaik sahaja kereta Maria jauh dari hostel, aku mula kembali ke hostel. Dalam suasana dramatik tu aku pandang bangunan hostel kami. Korang tahu apa yang aku nampak? Ya Betul… Salmah. Dia tengah berpaut di dinding luar bangunan hostel. Sebijik macam spiderman. Sebijik macam shit.

Tak lama lepas tu aku berhenti kerja. Tiba-tiba best friend, Bond, bagi tahu dia tengah ngorat Maria. Awek Si Salmah. Maria layan pulak tu. Bila aku jumpa Maria aku tanya dia, situasi apakah ini. Dia cakap kalau Salmah boleh buat, kenapa tidak dia. Lagipun dia cakap best kawan dengan Bond. Bond sangat baik dan perihatin. Kalau dia jumpa Bond dulu, mungkin dia tak akan dengan Salmah. Tapi dalam situasi ni dia layan Bond, tapi dalam masa yang sama dia masih lagi dengan Salmah. Kesian Bond. Bond tahu, tapi dia degil. Aku takut jugak kalau Bond dengan Salmah bertumbuk kalau Salmah dapat tahu hal ni. Dua-dua budak teakwando.

Lama-lama Bond sedar yang Maria tak akan tinggalkan Salmah. Salmah pula tak akan putus denga Maria walau menggatal dengan orang lain. Aku dengar cerita Maria sekarang dah tukar kerjaya. Dia jadi cikgu sekolah, dah chubby dan tak seseksi dulu. Dia masih dengan Salmah. Dan Salmah masih handsome.

Sesiapa yang tersangkut dengan pengkid jenis player ni memanglah sakit hati. Tapi pilihan di tangan anda sendiri. Kalau anda pilih sakit, maka sakitlah. Nasihat aku, sayangi diri sendiri dan elak dari terlibat dengan drama dan jangan bergaduh sesama perempuan. Memalukan.

Kepada pengkid player, sampai bila nak tunjuk hero?  Handsome tu tak sampai ke mana. Seronok sementara aje. Sampai bila nak hurt orang. Silap-silap ada mana-mana pihak yang marah, kena bomoh, tak pasal-pasal jadi sasau.

Untuk diri sendiri, aku minta tuhan berikan aku hati yang kuat. Moga aku tak tersangkut dengan mana-mana aweks. Tak kiralah awek orang atau awek yang single. Kalau ada sesiapa ada niat nak ngorat aku, pastikan anda lelaki. Cewah! Jo perasan.

Pengkid Player 1


Sebagai pengkid, aku adalah serial monogami. Aku tak pasang dua tiga. Kalau aku single maka aku single ajelah. Tapi kalau aku berkahwin dengan seorang lelaki, ada kemungkinan aku akan suruh dia berbini satu lagi. Sebab aku tak rasa yang aku akan mampu memenuhi keselesaan dan kehendak suami aku. Mungkin.

Ada beberapa kawan pengkid aku memang player. Jenis tak boleh tengok awek cun. Mesti nak ngorat. Alah… Sebenarnya aku pun bukan baik sangat. Dulu masa aku sekolah menengah pun macam tu jugak tak senonohnya. Masa tu saja nak test power. Test ayat. Lepas steady girlfriend aku curang dengan seorang pengkid India ni, baru aku tahu sakitnya bila orang buat kita balik. Kalau ikut kira-kira yang pernah aku buat dulu, ada lebih 30 orang yang aku duk menggatal dalam satu-satu masa. Aku tak bangga dengan perangai tak matang aku masa tu.

Berbalik pada cerita asal, kawan pengkid aku ni orang panggil dia Abang. Sedikit chubby dengan mata kuyu, kulit putih melepak dan ayat power. Dia orang Kelantan, jadi kadang-kala nama Abang ni berubah jadi Abe. Kalau bab mengorat, ayat dia memang jiwang habis. Boleh cair para awek kalau mendengarnya.
Dia ni jenis tak kira. Perempuan lawa ke, tak lawa ke, bini orang, janda orang, yang dah ada anak-anak, Melayu, Cina, India.  Semuanya dia sapu habis. Tak pilih bulu langsung. 

Aku kenal dia masa mula-mula kerja kat sebuah restoren ni. Mulanya dia agak jaki dengan aku. Dia ingat aku nak ngorat steady girlfriend dia agaknya. Steady girlfriend dia masa tu selalu borak dengan aku. Lepas aku perasan situasi  tu malas aku nak kamceng dengan steady girlfriend dia. Lama-kelamaan Abang  pulak yang kamceng dengan aku.

Aku trylah nasihat dia supaya jangan skandal  dengan ramai orang. Dia dengar macam tu ajelah, tapi aku tengok dia masih dengan tabiat tu. Memang susah kalau dah sebati sifat tu. Lepas tu dia ngorat pulak sorang member sekerja yang aku dah anggap macam adik aku sendiri. Aku bagi nasihat pada Adik, yang Abang ni player, nanti dia yang sakit hati kalau Abang ngorat orang lain pulak. Tapi biasalah, dua-dua tengah angau . Nasihat aku diaorang tolak tepi. Abang siap buat janji dengan aku yang dia akan setia dengan Adik.

Bila Abang mula ngorat orang lain, frust adik ni. Menangis segala bagai. Aku jadi geram betul dengan Abang… Itu limit aku, aku tak cakap dengan dia dah, tak nasihat. Aku biar aje. Kitaorang tak bermusuh. Cuma kitaorang tak bercakap. Berita terakhir yang aku dapat tahu pasal Abang, sekarang ni dia kerja tempat lain dan dia couple semula dengan Adik.

Ada juga dia orang cari-cari aku dan ajak aku lepak-lepak. Tapi belum ada kesempatan lagi. Mungkin nanti. Boleh dengar cerita.

Monday, October 22, 2012

Girlfriend Baru


Dah lima tahun dan nak masuk enam tahun hidup single ni, tipulah kalau aku cakap aku tak pernah tersuka siapa-siapa. Cuma perasaan suka tu aku tak melayan sangat. Dalam sabar-sabar layan tak layan tu, ada juga girl yang aku tahu boleh buat aku keluar dari landasan. Aku tak rasa seronok pun.

Malam tu, tengah picit-picit kepala kakak aku yang degil tak nak makan panadol, aku tanya dia.

“Kak…macammana kalau aku ada girlfriend balik, kau sedih tak? Kau sayang aku lagi tak?”

“Tak usahlah…menyusahkan aje.”

“ Macam mana kalau girl tu baik, sempoi aje dan boleh get along dengan kita semua.”

“Buat kawan ajelah, hubungan macam ni bukan boleh bawa ke mana pun. Macam tu ajelah… Seronok-seronok, sakit pun sakit.”

“ Macam mana kalau kau pulak yang ada girlfriend balik kak?”

“ Aku tak akan dah… Aku dah tak boleh dah, hati aku dah tak boleh.”

“ Betulah kak, buat kawan ajelah… Sekurang-kurangnya kita tak sakit dan kita still dapat berkawan. Tengoklah, semua ex aku, seorang pun tak jadi kawan aku.”

“ Sakit aje lebih dik...”

“ Betul tu, kalau ditimbang sakit dengan seronok, part sakit tu lagi berat. Tak berbaloi.  Jadi, kalau Naruto tu tak ada HIV kau nak lah dia jadi adik ipar kau?”

“ Aku suka aje Naruto tu. Dia baik. Tapi aku nak kau cari lelaki kaya, baru padan dengan kau.”

“ Iyelah tu… Boleh kau pow kita orang kan?”

Macam itulah lebih kurang perbualan romantik aku dan Kak Jen. Mujur ada Kak Jen, dapat juga aku luahkan isi hati aku serba sedikit. Aku tahu kat luar sana ramai orang yang ada masalah sama macam aku, lebih kurang macam aku dan lagi teruk dari aku tapi terpaksa menanggungnya sendiri.

Aku harap aku tak jadi selfish sangat dan nak ikut hati dan nafsu. Banyak perkara yang kena dipertimbangkan. Terutamanya perasaan keluarga yang sayangkan aku. Kena kuatkan hati ni.

Nasihat aku kepada sesiapa yang ada masalah, cuba dapatkan bantuan, cuba cerita pada sesiapa yang boleh faham. Itu dapat kurangkan beban dalam jiwa. Jangan lupa berdoa.

Permintaan aku kepada yang mendengar, jangan judge dulu. Bantulah kalau mampu. Kalau tak mampu, jangan hina.


Ngorat


Naruto asyik sms nak belanja aku tengok wayang. Aku malas betullah. Adik bongsu aku ada di sini, dia kena hadiri interview. Weekend pula aku kena hantar dia kat Bus Stand P. Lalu aku letak syarat, kalau nak ajak aku keluar juga, kena bawa adik-beradik aku sekali. Syarat supaya dia rasa berat dan aku dapat melepaskan diri. Tak aku sangka Naruto setuju pulak. Aku tak terkata apa dah. Terpaksa setuju juga, sambil segera meng-SMS Kak Jen dan seorang lagi adik perempuan aku.

Mulanya Kak Jen tak nak pergi, puas aku gula-gulakan dia dengan kata-kata manis bermadu. Dia setuju dengan syarat Naruto belanja makan pizza lepas tu. Cilaka Kak Jen. Aku SMS Naruto semula dan bagitahu lepas belanja tengok wayang kena belanja pizza pulak. Naruto balas SMS, dia cakap ok aje, asalkan lepas tu pergi main bowling pulak. Aku setuju. Walaupun aku terasa malas betul nak main bowling. . Kena bertolak ansur. Last time aku main bowling dengan bestfriend aku Si Bond dulu, aku demam.

Maka, hari sabtu lepas kitaorang keluar berlima. Aku, Naruto, Kak Jen, adik perempuan dan adik perempuan bongsu. Asalnya aku nak pergi lewat sikit, tapi Naruto nak sarapan bersama pulak. Mengada-ngada sungguh.  Ikutlah… Dia yang bayar kan. Pagi-pagi lagi aku dah kerah kakak dan adik-adik aku bangun awal. Terasa macam kejut anak nak pergi sekolah pulak. Masing-masing beratur nak mandi.

Lepas sarapan terus aje pergi usha pawagam tengok cerita apa yang best. Cerita memang tengah tak best sangat sekarang. Pilihan kitaorang cerita lawak, TED. Mujurlah cerita tu ok aje. Dah habis makan-makan main bowling pulak. Patutlah Naruto sibuk nak ajak aku main bowling, dia pandai main rupanya. Saja nak show off konon. Kitaorang main dua game aje. Markah keseluruhan, Naruto nombor satu, diikuti aku nombor dua dan adik-beradik aku nombor seterusnya.  Aku target nak menang sebenarnya. Terasa hampeh bila kalah.

Malam tu sebelum hantar Naruto balik, kitaorang pergi makan-makan dekat area rumah dia pulak. Aku buat kira-kira dalam kepala,  beratuslah jugak duit dia habis. Agak kejam juga aku ni.
Balik malam tu, semua adik beradik puas hati dan enjoy. Aku SMS kat Naruto cakap terima kasih sebab belanja kami, susah-susah aje buat macam ni pada aku. Dia balas, dia yang patut terima kasih sebab aku sudi  keluar juga dengan dia. Mak aih! Ayat, ngorat habis .

Dan yang paling aku nak gelak, balik tu Kak Jen demam. Demam main bowling, demam makan pizza. 

Thursday, September 27, 2012

Bukan Tutorial

Malam tadi aku ingat nak buat tutorial cara-cara buat gif guna Adobe Photoshop. Tapi entah kenapa ia jadi leceh. Mungkin aku mengantuk, penat atau malas...

Ini yang aku buat.




Wednesday, September 26, 2012

Geng Enam


Aku bukanlah si bijak pandai. Minda aku sederhana sahaja. Jadi aku jarang mahu melibatkan diri dalam perbincangan terlalu intelektual.

Bini bos sama umur dengan aku. Bos pun lebih kurang sebaya aku juga. Jelita orangnya. Lahir di negeri mat saleh dan merupakan seorang yang berpelajaran tinggi. Sepadanlah dengan bos yang agak kacak dan lulusan luar negara. Bila mereka berbual-bual dengan aku selalunya ada sahaja topik intelektual diselitkan.

Di suatu tengah hari aku sedang aku melaksanakan kerja bersama bini bos. Tiba-tiba dia bersuara.

“ Jo…I dah tengok video geng enam tu. Tak ada yang menarik pun. Entah apa yang bestnya. I tunjuk dekat anak I, tapi dia lagi suka tengok video Upin Ipin.”

Aku pandang bini bos dengan mata terkelip-kelip. Riak wajahnya selamba. Video geng enam? Apakah itu?

Entah kenapa berat pulak mulut aku nak bertanya pada bini bos. Selalunya kalau aku tak pasti atau tak tahu, cepat aje aku nak tanya. Aku senyum aje memandang dia, sambil terangguk-angguk dan meneruskan kerja.

Perkataan 'video geng enam' masih lagi berlegar-legar di kepala. Lalu apabila aku kembali duduk di depan computer, segera aku google perkataan ‘video geng enam’. Yang keluar pasal Enam Jahanam, cerita P.Ramlee . Aku google pulak dalam bahasa mat saleh, ’video gang six’ …Yang keluar pasal gang rape. Wuish… Internet ni pantang di usik sikit, kelain pulak dia. Tergeliat sekejap minda sederhana aku ni.

Pencarian aku memakan masa beberapa hari. Entah macam mana aku teringat satu ‘perkataan’.  Aku senyum. Senyum di atas kesederhanaan minda dan ketidak pekaan aku dengan cara sebutan bini bos.

Aku taip ‘perkataan’ itu dekat google translate, kemudian dengar apa google translate sebut.

“Geng Enam”

Suara mat saleh google translate bergema di earphone aku.

Ya memang betul tindakan aku…aku taip perkataan Gangnam.

Minda aku sederhana, bini bos dengan slang mat saleh dia.

Thursday, September 20, 2012

Pengkid dan Body Figure


Amaran : Post ini mengandungi bahasa dan cerita yang tidak sesuai untuk lelaki dan sesiapa yang tidak matang fikirannya.

Setiap minggu ada sahaja kenduri kahwin yang aku kena pergi. Penutupnya bila aku dan adik beradik kena menghadiri kenduri sepupu aku sebelah family emak. Kami adik beradik lebih rapat dengan sepupu sebelah ayah kalau nak dibandingkan dengan sepupu sebelah emak. Maklumlah arwah ayah asyik bawa kami jumpa family dia berbanding family emak. Bila dah besar, memang tak boleh nak rapat dah. Sepupu aku sebelah emak ramai, kalau di hitung dengan jari kaki dan tangan dan di gandakan masih tak cukup. Sepupu aku ada pelbagai ragam dan fizikal. Cantik, chubby, handsome.Pengkid pun ada. Siap dengan partner dan ada anak angkat lagi tu. Advance betul.

Malam itu aku menunjukkan pada emak gambar-gambar masa majlis kenduri. Emak aku dan kakak tergelak sakan melihat gelagat saudara mara. Emak juga jelaskan tentang beberapa mak cik dan pak cik yang aku tak kenal sangat.

Entah macam mana masa kami tengah layan TV. Mak aku bersuara.

Emak : Zai tu… Tetek dia, dia buang ke? *mak merujuk kepada sepupuku Zaidatul, si pengkid paling soft spoken dan sopan santun pernah aku jumpa*

Kak Jen : Ish…Mana ada mak, dia lilit-lilit tetek dia tu macam pakai bengkung.

Jo : Sekarang dah tak pakai bengkung kot, pakai binder aje. Dia pakai binder agaknya tu. Tetek mana boleh buang suka-suka mak.

Emak : Hmmm…

Jo : Yang mak tanya anak orang ni, anak emak ni mak rasa macam mana? *aku posing depan mak*

Emak : Kau tu mengada-ngada. Kejap jadi jantan kejap jadi betina.

Jo : Hahaha!…Habis tu nak macam mana sekarang mak?

Emak : Beringatlah, tak terima dek tanah nanti.

Jo : Tak diterima Tuhan lebih tepat. Tapi orang baik kan Mak? Mak redha tak dengan orang ni? Ampunkan tak? *aku cepat peluk mak kuat-kuat, takut beb bila mak cakap macam tu*

Ikut pengalaman aku, pengkid cukup tak selesa bila bicara pasal body figure. Terutamanya bab tetek. Aku ada kenal sorang pengkid yang baru nak naik ni, dia cukup bengang bila aku sengaja usik dia dengan satu ayat.

“ Kau ni nak jadi pengkid dik, tapi tetek kau lagi besar dari tetek awek kau.”

Ayat yang hampir buat aku kena penerajang.

Anis pulak pernah cakap, bila dia pelik tengok aku selamba salin baju depan dia.
“ Jo selamba ya. Kalau Arin ni seboleh-bolehnya dia nak sorok tetek dia. Dia tak kan nak tayang macam ni la. Kalau boleh dia nak kecik lagi. Dia macam tak suka tetek dia.”

Lepas tu tak adalah aku nak pergi selidik sama ada Arin pakai bengkung ke tidak. Muka Arin memang jantan habis, ada kumis nipis lagi walaupun rambut dia paras bahu. Bab badan, tetap ada nampak girl shape tu sikit-sikit.

Pengkid biasanya akan cuba pakai baju longgar supaya girl shape tu tak nampak sangat. Ramai yang pakai bengkung. Ramai juga yang dah semula jadi small cup. Aku sendiri lagi selesa pakai baju longgar sampailah sekarang.

Yang tak nampak shape nya, si Bond, bestfriend aku tu. Tinggi kurus aje macam tu. Kuat makan. Tapi tak gemuk jugak. Boleh tahan macho si Bond ni. Ada sekali tu aku melawak dengan Bond.

Jo : Kau ni makin flat aje aku tengok. Mana pergi tuuuu. *Aku tunjuk dada dia*

Bond : Aku punya memang keciklah dari dulu, lagipun aku kan kurus.

Lepas tu Bond cerita pasal binder yang dia beli secara online. Mahal katanya. Dia cakap sekarang ni, kadang-kadang sport bra dia pun dia tak pakai dah. Pakai binder aje. Patutlah aku tengok dia selamba aje masuk toilet lelaki. Ternganga kejap mulut aku masa tu. Dia cakap kalau masuk toilet perempuan mesti kena halau, sebab tu dia malas nak fikir-fikir dah, lebih baik dia masuk toilet lelaki. Aku rasa nak tabik kat dia pun ada. Rasa nak geleng kepala pun ada.

Sepanjang aku membesar dulu aku memang kurus. Kurus pendek. Masa sekolah, masuk sukan berpasukan sana sini. Masuk kawad lagi. Bila kerja, asyik buat kerja kasar aje. Setakat angkat kotak 20 kilo apalah sangat masa tu. Kalau sekarang ni memang tak laratlah. Hormon perempuan aku mungkin dah merajuk masa tu.

Bila dah tak kerja berat, berat badan pulak yang bertambah-tambah. Semualah nak naik masa tu. Aku biar ajelah. Biar ada shape girl sikit. Makan lagi banyak. Cuma sekarang ni kena beringat sikit bila perut dah bertambah gendut. Kenalah bersenam untuk kesihatan juga.

Aku bersyukur juga yang sepanjang masa aku membesar sampailah sekarang, aku tak pernah terfikir nak bengkung-bengkungkan dada aku ni. Walaupun tak se blossom Christina Hendrick tu, aku selesa dengan apa yang aku ada. Sederhana je macam gadis asia tenggara. Kak Jen lainlah… Pernah sekali tu kita orang saja-saja pakai dress dinner adik bongsu, sambil posing depan cermin. Aku memang tak padan lansung. Bila Kak Jen pakai pulak, mak aih! Genit habis. Terserlah girl shape dia. Kalah adik bongsu kami.

Kepada cik pengkid semua, ikut koranglah nak bengkung atau nak pakai binder. Tak ada salahnya. Tak ada yang melarang pun. Bukan buat jenayah. Tapi, kalau asyik berbengkung sampai sendiri sakit, nak buat apa. Bak kata mak aku, beringatlah…

P/S : aku terpaksa ber posing sakan sempena post ni


Wednesday, September 12, 2012

Show Off


Sedang aku sibuk bekerja, Honey call aku. Ajak aku pergi majlis kenduri kahwin abang dia. What the… Kenapa pulak nak ajak aku. Aku tertanya dalam hati. Lalu aku minta dia SMS kan alamat dewan. Tak berapa lama lepas tu aku terima SMS alamat, sempat juga dia SMS. Kalau aku datang, jangan lupa angpau untuk baby dan umminya sekali. Ya…Honey dah selamat melahirkan, lebih kurang dah tiga bulan. Jadi aku tahu yang dia sengaja nak show off baby dia kat aku. Aku rasa sedikit sakit hati.

Asalnya aku tak nak pergi, tapi setelah berfikir. Aku patut pergi juga. Selalunya aku akan ajak Kak Jen atau Bond bila ada hal berkaitan dengan Honey, tapi kali ni aku ajak lelaki. Aku ajak Naruto. Sengaja.

Aku trick Naruto sikit. Dalam kereta waktu nak pergi, baru aku jelaskan serba sedikit pada Naruto bahawa kami pergi kenduri pengantin lelaki yang aku pernah ada history dengan adik perempuan dia. Aku minta maaf sebab macam gunakan dia pulak. Dia angguk aje. Tak sure aku sama ada dia tak kisah, marah atau apa.

Dekat dewan kenduri, family Honey yang memang mengenali aku agak terperanjat bila aku datang. Datang dengan lelaki pulak tu. Masing-masing ingatkan Naruto tu suami aku. Maklumlah aku suruh Naruto pakai baju sedondon warnanya dengan aku, memang sengaja. Aku hanya sengih, tapi aku jelaskan pada mereka Naruto ni kawan aku.

Kelibat Honey, Mr Honey dan baby mereka entah di mana. Sedang aku tercari-cari, Honey muncul dengan baby lelakinya yang cute. Lemah kaki aku dibuatnya. Muka Honey berseri-seri dan nampak bahagia sangat. Honey tanya aku datang dengan siapa, mana Kak Jen… Aku terus tunjuk aku datang Naruto yang tengah sibuk bersalaman dengan bapak Honey. Honey nampak terkejut, tak pernah aku buat datang dengan lelaki, malah dia tak pernah tengok aku dengan mana-mana lelaki pun.

Masa makan, sengaja pulak aku bersuap-suap dan ketawa manja dengan Naruto. Aku tak surelah Honey nampak ke tidak, yang penting show must go on. Sesekali Honey datang kat meja kita orang dan borak pasal baby. Dia juga bagitahu yang Mr Honey hanya akan datang waktu petang sebab adik Mr Honey bertunang hari ini juga. Dia tak ikut sebab leceh nak bawa baby ke sana ke mari. Sekali lagi aku tak dapat jumpa empat mata dengan Mr Honey. Takdir. Masa tu ada juga aku terasa nak bawa baby tu lari. Aku kenalkan Naruto dan Honey.

“ Ini Encik Mohd N dan ini Puan Honey.” Ringkas, tak ada tanda pengenalan lain.

Bila aku berdua dengan Naruto, sempat aku berteka-teki yang mana satu adik pengantin lelaki yang aku ada history tu. Naruto jawab 'dia', merujuk kepada Honey. Aku tanya dia yakin tak dengan jawapan tu, dia hanya geleng kepada. Aku pulak tak bagi jawapan. Aku gelak aje.

Sebelum balik, aku bagi baby Honey angpau. Dalam angpau baby aku selit angpau untuk Honey. Ada nama dia pada angpau tu. Ringkas, macam tu aje.

Balik tu aku tengok movie dengan Naruto dalam panggung wayang yang ada cuma kami dan ada dua lagi pasangan lain. Aku mengantuk betul, tertidur kejap kat bahu Naruto.
Habis movie aku hantar Naruto balik. Aku cakap tekaan dia betul.

Aku tak tahu tindakan aku salah atau betul. Aku tak tahu apa pandangan Honey bila aku bawak lelaki jumpa dia. Yang aku tahu aku happy tengok Honey dan baby dia, bukannya aku tak pernah harap Honey yang ada baby dengan aku dulu…Kenangan dah semua tu.
Yang aku tahu, Naruto makin angau dengan aku. Ah! Kacau… Jom layan Kak Ziana


Tuesday, September 11, 2012

Beraya di Rumah Tok Dukun


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 kepada seluruh umat Islam. Harapnya belum terlewat untuk aku buat ucapan itu. Raya pada tahun ini serba sederhana seperti selalu. Cuma tahun ini, raya ke tujuh ada majlis pertunangan salah seorang adik perempuan aku. Maka sekali lagi adik demi adik ‘langkah bendul’ aku dan Kak Jen. Liat betul jodoh kami ini.

Minggu seterusnya setelah kembali bekerja selama seminggu, aku dijemput ke kenduri kahwin kawan office. Kebetulan, kebanyakkan kawan-kawan lain masing-masing ada aktiviti sendiri. Jadi terpaksalah aku ajak Kak Jen untuk temankan aku ke kenduri kahwin ini. Kak Jen setuju, asalkan lepas kenduri ni aku kena ikut dia pergi beraya di rumah seorang ‘tok dukun’ yang telah lama dikenali oleh Kak Jen. Bukan sekali dua Kak Jen cuba ajak aku ke rumah tok dukun ini , tapi tak pernah berjaya. Ada sahaja alasan yang aku berikan. Kak Jen kenal dengan tok dukun ini masa dia masih bercinta hangat dengan ex girlfriend pertama dan terakhir dia. Keluarga ex girlfriend dia ni dah lama kenal dengan tok dukun ini.

Sebenarnya sebelum ini ada beberapa kali jugalah Kak Jen mendesak aku untuk ‘mandi bunga’ dengan tok dukun ni. Tapi tak pernah aku hiraukan. Kononnya nak naik kan seri muka, supaya ada lelaki yang sangkut dengan kami. Aku rasa bukan lelaki aje sangkut nanti, perempuan pun boleh sangkut jugak. Naya je.

Setelah dipujuk yang lebih kepada diugut oleh Kak Jen, maka aku terpaksa bersetuju untuk temankan Kak Jen beraya di rumah tok dukun. Menurut cerita Kak Jen, tok dukun ini mempunyai kepakaran yang agak dahsyat. Aku yang asalnya tidak berapa percaya, termakan juga sedikit sebanyak dengan cerita Kak Jen. Mana tidaknya, abang sulong aku juga pernah turut meminta bantuan tok dukun ini setelah dikenalkan oleh Kak Jen kerana teruk juga keluarga abang sulong aku itu disihir orang.

Setelah menghadiri rumah kenduri tengah hari itu, kami bertolak ke rumah tok dukun. Rumah tok dukun terletak di pinggir bandar. Rumah dia kecik aje. Rumah separuh batu, separuh kayu. Apabila aku dan Kak Jen sampai, kami dipelawa masuk. Tok dukun tersenyum simpul melihat Kak Jen yang biasanya bila datang berjumpa dia hanya berjeans, tshirt dan memakai topi. Hari ini Kak Jen memakai baju kurung lengkap bertudung shawl ala Hana Tajima. Aku pun pakai baju kurung dan bertudung. Maklumlah, baru balik dari rumah kenduri kahwin.

Menurut Kak Jen, tok dukun ni tahu perihal life silam pengkid aku dan Kak Jen. Sebab sebelum ini Kak Jen ada cerita serba sedikit pasal life kami. Kak Jen berubat dengan dukun ini sebab nak lupakan ex girlfriend dia. Teruk jugak merananya Kak Jen masa putus dengan ex girlfriend dia dulu.

Di ruang tamu sempit itu ada dua orang gadis,  anak menakan tok dukun yang agak chubby sedang menyiapkan assignment di depan laptop masing-masing. Aku dan Kak Jen bersalam-salam dengan anak menakan dia lalu duduk bersila di depan tok dukun yang duduk di atas kerusi.

Borak punya borak, dari topik cerita Hindustan yang sedang main di TV, sampailah ke topik ahli politik negara yang cuba mendapatkan nasihat tok dukun, sehingga isu budak-budak Uitm ramai yang murtad. Segelas air pun tak dihidangkan.Tekak aku makin kering. Anak menakan dia berdua tu asyik aje membuat assignment sambil sesekali tergelak bila tok dukun dan Kak Jen buat lawak-lawak santai mereka. Aku pula diam menyorok di belakang Kak Jen, dengan harapan tok dukun ini tak dapat ‘baca’ apa ada dalam hati aku.

Tiba-tiba seorang perempuan genit memberi salam dari luar lalu masuk ke dalam rumah. Anak tok dukun agaknya. Aku agak umurnya tua sedikit dari aku dan Kak Jen. Perempuan ini dengan lengang lenggoknya terus bersalam-salam dengan kami dan bersalam dengan tok dukun. Beberapa ciuman manja singgah ke pipi tok dukun. Apa kejadah anak dengan bapak macam ini punya mesra. Aku hampir mencarut ringan di dalam hati. Tapi mungkin ini cara mereka anak beranak agaknya. Aku cuba menghilangkan perasaan curiga.

Kak Jen yang seperti memahami air muka tidak puas hati aku sengaja berteka teki pada aku pasal perempuan tersebut. Aku kata kan, mungkin ini anak sulong tok dukun agaknya. Satu rumah ketawakan aku masa tu. Rupanya perempuan itu adalah isteri tok dukun. Mak aih! Memang dahsyat tok dukun ini. Aku mengakui di dalam hati.

Isteri tok dukun menghidangkan kami air kopi berserta kuih raya dan buah betik. Berulang kali tok dukun menegaskan buah betik itu ditanam sendiri. Setelah menikmati juadah itu, Kak Jen meminta tok dukun menolong dia mengubati penyakit sinusnya yang makin teruk setelah menggunakan minyak kelapa dara yang disyorkan oleh salah seorang kakak kami. Setelah tok dukun meminta aku dan Kak Jen membeli limau nipis dari kedai runcit berdekatan, Kak Jen dibawa ke bilik bertentangan dengan ruang tamu. Pintu bilik itu sengaja di buka luas-luas. Sempat jugak tok dukun menjeling aku, sambil berkata.

“ Kalau kamu nak berubat marilah masuk bilik sekali.”

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Menolak dengan muka kecut. Penakut.

Selesai aje berubat, Kak Jen keluar dengan pernafasan yang kedengaran agak lega. Kalau tidak dari malam semalam hidung Kak Jen asyik tersumbat dan menghasilkan bunyi yang sungguh shitty sekali sehinggakan beberapa kali aku terjaga dari tidur.

Kami meminta izin untuk pulang setelah bertukar-tukar cerita dengan anak menakan tok dukun. Dalam perjalanan pulang Kak Jen bagitahu aku, kalau betul aku nak berubat, tok dukun nak tolong. Kata Kak Jen tok dukun ada cakap.

“ Adik kau tu, kalau aku ubatkan. Insya Allah jodoh dia lagi cepat dari kau.”

Kak Jen ketawa galak. Sinus dia dah lega agaknya mengilai macam tu. Aku pulak terkedu sendiri.

Wednesday, August 15, 2012

Pengkid, Crush dan Lelaki


Hari ini mari kita cerita tentang perasaan. Perasaan aku. Kadang-kala bila kita asyik kerja dan asyik fikir apa yang kita boleh buat untuk orang lain, kita lupa yang kita ada perasaan. Itu yang selalu aku lakukan. Setiap hari.

Maka apabila aku keluar dengan Nunu yang dah berzaman aku tak jumpa atas dasar kesibukkan masing-masing. Aku mendengar luahan perasaan dia tentang rasa. Nunu dalam situasi dimana di sedang bercinta dengan seorang lelaki. Apabila dah mulai sayang sangat dengan lelaki itu, rupa-rupanya lelaki itu dah pun punyai girlfriend. Jadi lelaki ini pasang dua. Malah tidak mahu melepaskan kedua-duanya. Nunu pula dalam keadaan tidak merelakan perbuatan itu tapi masih meneruskannya. Alasannya, SAYANG.

Aku pula sebagai Jo yang ada crush dengan Nunu, terasa nak pergi aje depan lelaki tu dan cakap.
“Kalau aku boleh rampas Nunu dari tangan kau sekarang, aku akan rampas, larikan, bawak dia pergi jauh. Buat dia lupakan kau. Buat dia bahagia.”

Tapi sebagai perempuan aku tak mampu. Kadang-kadang dengan menjadi perempuan aku rasa tak berdaya. Itulah perasaan aku selama ini. Aku sendiri dah lupa kenapa pada asalnya sejak dari kecik aku nak sangat jadi lelaki. Akhirnya aku teringat kembali sebabnya. Sebab manusia sekeliling aku buat aku rasa betapa tidak berdayanya menjadi perempuan. Jadi perempuan dan aku akan kena tindas. Perasaan ini sejak kecik, bermula dari dalam keluarga lagi.

Aku sayangkan keluarga aku. Aku juga tengok yang lelaki dalam keluarga dapat banyak keistimewaan dari perempuan. Walaupun perempuan juga sama-sama membantu menghidupkan keluarga kami. Dari sekecik-kecik perkara hingga sebesar-besarnya.  Sedar tak sedar bila aku besar, manusia di sekeliling aku pun melakukan perkara yang sama. Mungkin aku yang cepat terasa. Mungkin perempuan lain tak rasa macam aku rasa. Tapi itu perkara sebenar yang tak ada sesiapa boleh nafikannya.

Tapi sampai bila aku perlu rasa hanya dengan menjadi lelaki maka semua masalah di sekeliling aku dapat diselesaikan. Semua masalah dunia dapat diselesaikan. Istimewa sangatkah lelaki? Kurang istimewakah perempuan? Atau manusia yang buat lelaki jadi istimewa dalam dunia. Sedangkan aku tahu hukum Tuhan jelas menyatakan istimewanya perempuan. Tapi itukah yang sedang manusia lakukan?
Sampai sekarang, setiap hari diskriminasi terhadap perempuan berlaku. Kalau perempuan brutal sikit. Ayat-ayat yang akan keluar.

“Perempuan tak boleh brutal.”

“Kau nak jadi jantan ke?”

“Kau ni macam lelakilah.”

Perempuan juga buat aku sering nak jadi lelaki. Istimewanya perempuan. Ada lelaki yang sedar istimewanya perempuan, lalu bahagialah. Ramai lelaki yang tak tahu itu. Aku pula ditakdirkan jumpa lelaki-lelaki yang buat aku rasa teruknya lelaki.

Lelaki layan aku kasar? Sebab aku kasar? Ego tercalar sebab rasa aku mampu buat apa yang diaorang buat. Jadi buatlah…Buatlah lagi baik. Tak dinafikan dari segi fizikal lelaki lagi kuat dari perempuan. Jadi layanlah perempuan dengan baik. Jangan asyik nak salahkan pengkid bila pengkid dapat girl yang baik dan cantik. Sana sini tunding jari kenapa pengkid makin ramai. Wahai lelaki! Pergilah ngorat pengkid. Kenapa? Pengkid tak cantik? Pengkid kasar? Pengkid tak layan lelaki? Pengkid bukan taste kau? Mak bapak kau tak terima pengkid sebagai menantu?

Aku bukan minta hak persamaan. Aku masih suka lelaki yang angkat barang berat. Memang korang lagi kuat. Jadi angkatlah! Bila lelaki angkat berat, kena puji. “ Oh Abang, kau sungguh gagah perkasa.”
 Bila perempuan angkat berat kena keji, cakap nak jadi lelakilah. Lepas tu bila minta hak persamaan. Lelaki suruh perempuan angkat barang berat sama macam lelaki. Dengan alasan, nak sama sangat, angkatlah barang berat tu. BODOH!

Ada beberapa pendapat orang pasal aku.
Ada kawan lelaki Nunu pernah tengok gambar aku dalam FB dia, lepas tu cakap yang aku macam jantan. Nunu terus cakap “ Dia ni nampak je macam jantan, tapi hati dia lagi lembut dari aku.”

Emak dan Preity pernah cakap. “Kau ni pandai betul picit.”

Honey pernah cakap. “ Kalau kita bermadu, suami mesti sayang awak dari sayang saya. Kita jangan bermadu ya…”

Kak Jen selalu cakap. “ Kau ni tak pandai kemas rumah, tak pandai lipat baju, tapi rumah engkau tak adalah bersepah sangat.”

Bond cakap. “ Kau tahu juga masak ya.”

Aku nak jadi perempuan yang kuat hati tu. Aku nak bantu Nunu sebagai perempuan, dengan rasa seorang perempuan. Bukan dengan rasa nak jadi lelaki dan rampas dia dari lelaki yang aku anggap jahat tu. Aku nak ada lelaki untuk aku, bukan untuk dia selamatkan aku. Tapi kami sama-sama bantu dan sayangi diri kami. Yang boleh aku picit kepala dia bila dia pening. Yang dia juga boleh picit kepala aku bila aku pening. Kongsi anak-anak lelaki dan perempuan yang comel. Yang akan jadi khalifah dan takbir bumi Tuhan ini. Yang dapat teruskan benih kami. Warisan kami. DNA kami.

Aku sangat degil, nak suruh aku berubah jadi lemah lembut? Simpan rambut panjang. Baru dapat suami? Jawapannya tak!

Aku boleh masak, boleh jadi sangat caring, malah suara aku tak kasar pun. Boleh tak terima aku seadaanya. Terima aku yang nampak gagah ni. Tak malu dengan aku yang sedikit macho ni untuk dibawa bertemu mak dan ayah. Yang buat aku rasa aku cintakan dia sepenuh hati.

Ada ke lelaki itu untuk aku? Yang aku rasa betapa istimewanya jadi perempuan? Kalau jawapannya ada,dimana? Kalau jawapannya belum jumpa lagi…itu bukan jawapan.

Untuk para lelaki yang betul-betul nak ngorat pengkid:
Sekasar manapun pengkid tu layan kau, kau kena layan dia dengan sopan. Layan dia macam dia awek paling cun dalam dunia ni, caring pasal dia. Jangan nak putus asa!

PS: Tiba-tiba aku rasa post kali ini macam iklan cari calon suami.

Followers