Masa sekolah menengah, aku duduk asrama perempuan. Asrama
aku bukan asrama biasa. Asrama luar biasa. Satu asrama beberapa buah sekolah. Ia
merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup aku yang memang aku tak akan
dapat dimana-mana.
Ada seorang kakak senior aku ni. Dia dua beradik. Nama dia
Wani. Adik dia Aju. Masa aku tingkatan tiga, Wani tingkatan lima. Aju tingkatan
empat. Wani berwajah sederhana sahaja, punyai dahi luas. Aju pulak sikit
chubby, tapi cun ya amat orangnya.
Aku memang ngeri dengan Wani ni. Dia petah berkata-kata. Kata-kata
yang keluar dari mulut memang bisa sesangat. Sebab tu aku tak pernah nak buat
hal atau buat lawak bodoh dengan Wani. Tak pasal-pasal kena sembur. Dia orang
Negeri Sembilan.
Wani ni dia ikut kepala dia aje dekat asrama. Semua tak
berani nak tegur dia. Jadi setakat ponteng prep atau ponteng kuliah subuh tu
memang muka dialah setiap hari. Kalau ada sesiapa tegur dia, dia akan sembur
sampai orang tu menangis. Pernah aku tengok dia lawan mulut dengan seorang
kakak senior yang mulut bisa macam dia
jugak. Dia menang.
Dalam cuba mengelak daripada kena sembur dengan dia, entah
macam mana satu petang tu Wani panggil aku. Aku dah gelabah masa tu. Dalam otak
pikir apa salah aku pada dia. Dia senyum aje. Dekat sebelah dia ada sorang junior
nama Nini yang selalu jadi sidekick dia.
“ Kau ni besar kepala ya…” Wani pandang aku atas bawah. Dia
bercekak pinggang.Aku telan air liur.
“ Aku nak bagitahu kat kau, kau jangan ingat semua orang
suka kau… Nini tak suka dekat kau, dia menyampah sangat dengan kau.” Dia
sambung ayat lagi.
“ Saya tak buat apa kat dia pun?” Aku pandang Nini geram.
Nini boleh sengih lagi masa tu.
“ Kau ni bangang ke apa? Aku nak bagitahu ni kau dengarlah
bodoh! Yang kau bangang tak nak dengar ni kenapa? Aku bukan nak pukul engkau,
atau Nini bukan nak sepak engkau. Yang aku nak bagitahu sekarang ni Nini
menyampah dengan kau. Tak ada alasan. Orang menyampah dengan kau, kau kena
terimalah. Mana ada semua orang nak suka kau je selalu. Faham?” Panjang lebar
aku kena sembur.
“ Faham…” Slow aje aku jawab.
“ Dah… Sekarang blah!”
Dua tiga hari aku fikir kata-kata Wani. Betul jugak kata
dia. Bukan semua orang suka kita. Aku faham apa yang dia nak sampaikan. Jadi
aku tak dendam kat Nini atau Wani. Ini pelajaran.
Ada masa cuti sekolah, Wani ajak aku pergi rumah dia kat
Negeri sembilan. Aku agak ragu-ragu jugak mulanya. Tapi setelah beberapa kali
Aju ajak aku, aku ikutlah. Nak juga aku rasa macammana cara hidup kampung kat
Negeri Sembilan.
Wani di rumah lain. Sangat baik. Rajin. Dia yang masak. Dia
tolong mak ayah dia. Dia ajar adik-adik dia dengan bagus. Sikit pun tak melawan
cakap mak ayah dia. Sikit bahasa kesat pun aku tak pernah dengar. Ramai jugak kawan
asrama yang aku pernah pergi rumah dia orang. Tapi Wani paling terbaik. Aku memang
tak berani nak tanya kenapa dia sangat lain di rumah dia. Nak mampos kena
sembur? Dan itu kekal misteri sampai hari ini.
Aku tak pernah jumpa Wani atau Aju lepas belajar. Sebelum
aku deactive FB dulu ada jugak aku ternampak FB dia orang.
No comments:
Post a Comment