Kata orang, aku dan Kak jen banyak persamaannya. Tapi bagi
aku, aku dan Kak Jen adalah dua individu yang memang ada persamaan tapi banyak
juga yang berbeza. Contohnya Kak Jen
pandai matematik, aku pula kantoi matematik. Kak Jen suka dengar ceramah Ustaz Azhar
Idrus, aku pula tak gemar sangat. . Kak Jen makan vitamin Shaklee aku pula
makan buah-buahan segar . Kak Jen handal bawa kapcai, aku gelabah habis kalau
bawa kapcai. Tapi cerita kali ini bukan pasal Kak Jen. Tetapi cerita lama pasal aku
dan Shahid. Seorang mat rempit yang lebih handal bawa kapcai daripada Kak Jen.
Shahid adalah rakan sekerja aku masa aku bekerja sebagai
kuli di sebuah restoren. Muka boleh tahan handsome. Kak Jen selalu cakap, muka
Shahid ni ada iras-iras Shahid Kapoor. Adalah sikit, tak sampai sepuluh peratus
agaknya. Umur dia muda setahun dari aku. Siang kerja, malam merempit.
Masa Honey dapat matrikulasi. Kami break kejap. Mungkin dia
tak tahan LDR atau tak tahan in relationship love hate dengan aku yang macam
ni. Aku akur. Sikit pun tak memberontak. Malas nak kacau study dia.
Hidup aku teruskan. Dalam masa yang sama aku cubalah berubah
sikit-sikit. Ubah sifat-sifat boyish aku supaya lemah lembut sikit. Entah macam
mana Si Shahid ni boleh suka pada aku dalam tempoh tu. Berani dia minta aku
jadi awek dia. Bukannya dia tak tahu aku ni pengkid. Bukan dia tak pernah
tengok aku dan Honey bercinta dan bercengkerama sakan depan semua orang dulu.
Aku rasa, lelaki sewel aje yang boleh suka kat aku masa tu. Bukan tak ada aweks
lain kat restoren ni yang tergila-gilakan Shahid. Dia pilih aku pulak. Aku tak
bangga. Mudah sangat ke aku ni sampai mat rempit macam dia nak try aku. Tapi
aku cuba buka minda aku. Aku cuba buka
hati aku, bagi peluang kat Shahid ini untuk mengorat aku. Mana tahu dia ni ada
isi jugak orangnya. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Ramai aje mat rempit
yang baik. Aku cuba tidak prejudis.
Maka bermulalah sesi dating aku dan Shahid. Setiap malam
lepas kami habis kerja di restoren, dia akan bawa aku dengan kapcai dia meronda
keliling ibukota. Banyak jugak port rempit yang dia tunjuk pada aku. Dia akan
tolong aku pakai helmet setiap kali nak bonceng kapcai dia tu. Romantiklah
konon. Tapi jangan haraplah aku nak peluk dia rapat-rapat, kemain jauh lagi
jarak kami atas kapcai tu. Oleh sebab itu, dia selalu buat ayat gini.
“ Jo, kalau masuk KL nanti, kena duduk rapat sikit. Kalau
tak polis tangkap.”
Ceh! Kau ingat aku bodoh?
Aktiviti kami selain merempit beramai-ramai pukul dua tiga
pagi, adalah melepak di kedai-kedai mamak dan mana-mana port lepak. Kadang-kadang beramai-ramai dengan geng rempit dia.
Kadang-kadang berdua. Kadang-kadang ada gadis-gadis yang kukira bohsia yang join kami. Masa itu
aku rasa bohsia-bohsia tu pun rasa aku salah seorang bohsia juga.
Topik perbualan Shahid dan geng rempit dia berkisar kepada
motor, aksi-aksi ganas yang dia orang akan buat atas motor, aweks bohsia yang
bakal dia orang kekah beramai-ramai dan pil ecstasy. Aku layan aje borak dengan dia
orang. Mujur aku tak kena kekah. Mungkin sebab aku macam jantan. Mungkin sebab Shahid dah sound awal-awal
atau dia orang ngeri apabila sesekali aku cuba menguji minda dia orang dengan
soalan-soalan mengenai moral dan sebagainya.
Satu malam tu, setelah lebih sebulan aku dan Shahid macam
belangkas. Dia menghantar aku pulang ke rumah yang pihak restoren sediakan
untuk staff . Macam hostel. Kami borak-borak lama juga kat bawah. Sebelum
berpisah, dia tarik tangan kiri aku dan
menciumnya rakus. Terkejut aku. Spontan, tangan kanan aku pantas menampar pipi
dia kuat-kuat. Mulut aku automatik menyuruh dia berambus dan jangan tayang muka
depan aku lagi. Hari ini, esok dan selamanya. Kelam kabut mamat tu lari. Dia
ingat sebulan melepak dengan dia, maka dia layak nak buat macam tu. Sambil
menyumpah-nyumpah aku cepat-cepat naik atas. Basuh tangan. Terasa tak suci.
Kisah aku dengan Shahid mati kat situ. Esoknya Shahid tak
berani nak dekat aku dah. Aku pulak tak hebohkan dia cium tangan aku. Malas nak
besarkan cerita. Orang pun pelik bila tengok kami tak keluar bersama lagi. Tapi
semua tak nak tanya direct pada aku. Lama-lama Shahid tukar cawangan restoren
lain. Aku pulak berubah suam-suam aje masa tu, maka jadi boyish semula.
Lama lepas tu, bila aku dah berhenti. Aku dengar cerita yang
Shahid merogol sorang awek cun ni. Kata tukang cerita awek ni dibagi pil
sebelum pagi-pagi dia sedar dia dah bogel sebelah Shahid. Aku ingat-ingat lupa
awek mana satu, tukang cerita cakap aku pun kenal awek ni. Entah betul atau
tak. Bila aku tanya tukang cerita sama ada Shahid kena tangkap polis atau tak,
dia pun tak pasti cerita sebenar. Aku tertanya-tanya jugak apa berlaku
sebenarnya.
Bertahun lepas tu, bila aku join facebook ex-staff restoren,
aku ternampak facebook Shahid. Dah kahwin pun. Lawa jugak bini dia. Ada anak
lagi. Rumah nampak besar, kereta nampak besar. Shahid nampak happy. Mungkin dia
dah lupa kisah kena tampar dengan aku. Kisah rogol tu pun tergantung macam tu
aje.
P/S: Malam tragedi cium tu Honey call aku pukul 1 pagi lebih
setelah dah berbulan tak contact. Kata dia tsunami melanda Malaysia dan Aceh. Aku
dengar jugak cerita pasal tu. Sempat juga Honey nasihat aku macam-macam. Aku
fikir Honey dah benci aku sangat masa tu. Hal tsunami pun nak kaitkan dengan aku. Cuti semester seterusnya, bila dia
balik bercuti, dia ajak aku cuba semula, sambung semula. Hairan jugak aku. Hati perempuan, perempuan sendiri pun tak dapat paham kadang-kadang.
Tak tau nak rasa apa baca entry ni
ReplyDelete