Showing posts with label Ex boys. Show all posts
Showing posts with label Ex boys. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Tujuh ayat.

Beberapa bulan yang lepas, setelah tamatnya musim sibuk dengan kerja, aku cuba hubungi Naruto. Tapi tak dapat. Telifon tak angkat. SMS tak dibalas. Lama juga berlarutan macam ini. Beberapa minggu. Perasaan paranoid aku mula syak benda mengarut. Mungkinkah dia sudah menjadi jutawan, lalu tidak sudi lagi menjadi kawan aku. Enggang sama enggang. Konon.

Di satu petang yang panas. Setelah beberapa kali cubaan. Naruto menjawab. Ya! Akhirnya!

Bila aku tanyakan kenapa susah sangat nak cari dia, dia pula memberi alasan, panjang ceritanya. Maka aku suruh pendekkan cerita. Guna lima ayat sahaja.

“ Kita berdua ni tak ada arah tujuan.” Kata Naruto. Dia guna tujuh ayat.

“ Nak berkawan kena ada tujuan jugak ke?” Bantah aku. Geram pun ada.

Naruto cuma gelak, cuba cover perasaan dia.

“ Awak merajuk dengan saya ya? Last time itu hari saya berkasar dengan awak.” Aku tanya lagi.

“ Tahu pun…” Naruto gelak lagi.

“ Maaflah, saya memang macam tu.. Selalu aje cakap kasar dengan awak. Selalu sibuk.” Sedih pulak aku rasa buat Naruto macam ini.

“ Eh! Tak ada apalah… Saya tak marah pun.” Naruto berkata manis.

“ Maaf tau. Tapi macammana ya awak tahan diri tak angkat call saya banyak kali? Kalau saya memang tak bolehlah. Mesti nak angkat jugak.” Aku cuba berlawak.

“ Mana ada banyak kali, baru tiga kali.” Naruto cuba menafikan. Biasalah lelaki, tak nak kalah.

“ Tolong Naruto,  jangan buat macam ni lagi, saya ingat awak dah mati ke apa. Kalau awak call, tak kiralah saya sibuk ke. Saya marah ke, saya tengah tidur ke, saya tengah mandi sekalipun, saya angkat aje telifon. Awak tetap dengar aje suara saya ni walaupun suara marah.” Aku membebel penuh drama.

“ Iyelah.” Balas Naruto ringkas. Nyata dia masih merajuk.

“ Maaflah. Kita jadilah kawan baik ya. Jangan sayang saya banyak sangat. Nanti awak sedih. Telifon ajelah kalau rasa nak borak. Saya salah. Saya selalu marah. Masa akan datang mungkin saya akan sakitkan hati awak lagi. Tapi kita tetap kawan kan.” Aku bersuara lembut.

Sampai hari ini aku sms dia selalu. Harap dia tahu aku ikhlas.

Sebab, sebagai kawan tu kami memang dua orang yang bagus. Saling nasihat-menasihati.

Aku paranoid. Teruk.

Naruto merajuk. Buruk.


PS : Kak Jen baru beli Samsung Note 2. Tapi tak tau nak guna. Anak nyet!

Monday, October 22, 2012

Ngorat


Naruto asyik sms nak belanja aku tengok wayang. Aku malas betullah. Adik bongsu aku ada di sini, dia kena hadiri interview. Weekend pula aku kena hantar dia kat Bus Stand P. Lalu aku letak syarat, kalau nak ajak aku keluar juga, kena bawa adik-beradik aku sekali. Syarat supaya dia rasa berat dan aku dapat melepaskan diri. Tak aku sangka Naruto setuju pulak. Aku tak terkata apa dah. Terpaksa setuju juga, sambil segera meng-SMS Kak Jen dan seorang lagi adik perempuan aku.

Mulanya Kak Jen tak nak pergi, puas aku gula-gulakan dia dengan kata-kata manis bermadu. Dia setuju dengan syarat Naruto belanja makan pizza lepas tu. Cilaka Kak Jen. Aku SMS Naruto semula dan bagitahu lepas belanja tengok wayang kena belanja pizza pulak. Naruto balas SMS, dia cakap ok aje, asalkan lepas tu pergi main bowling pulak. Aku setuju. Walaupun aku terasa malas betul nak main bowling. . Kena bertolak ansur. Last time aku main bowling dengan bestfriend aku Si Bond dulu, aku demam.

Maka, hari sabtu lepas kitaorang keluar berlima. Aku, Naruto, Kak Jen, adik perempuan dan adik perempuan bongsu. Asalnya aku nak pergi lewat sikit, tapi Naruto nak sarapan bersama pulak. Mengada-ngada sungguh.  Ikutlah… Dia yang bayar kan. Pagi-pagi lagi aku dah kerah kakak dan adik-adik aku bangun awal. Terasa macam kejut anak nak pergi sekolah pulak. Masing-masing beratur nak mandi.

Lepas sarapan terus aje pergi usha pawagam tengok cerita apa yang best. Cerita memang tengah tak best sangat sekarang. Pilihan kitaorang cerita lawak, TED. Mujurlah cerita tu ok aje. Dah habis makan-makan main bowling pulak. Patutlah Naruto sibuk nak ajak aku main bowling, dia pandai main rupanya. Saja nak show off konon. Kitaorang main dua game aje. Markah keseluruhan, Naruto nombor satu, diikuti aku nombor dua dan adik-beradik aku nombor seterusnya.  Aku target nak menang sebenarnya. Terasa hampeh bila kalah.

Malam tu sebelum hantar Naruto balik, kitaorang pergi makan-makan dekat area rumah dia pulak. Aku buat kira-kira dalam kepala,  beratuslah jugak duit dia habis. Agak kejam juga aku ni.
Balik malam tu, semua adik beradik puas hati dan enjoy. Aku SMS kat Naruto cakap terima kasih sebab belanja kami, susah-susah aje buat macam ni pada aku. Dia balas, dia yang patut terima kasih sebab aku sudi  keluar juga dengan dia. Mak aih! Ayat, ngorat habis .

Dan yang paling aku nak gelak, balik tu Kak Jen demam. Demam main bowling, demam makan pizza. 

Wednesday, September 12, 2012

Show Off


Sedang aku sibuk bekerja, Honey call aku. Ajak aku pergi majlis kenduri kahwin abang dia. What the… Kenapa pulak nak ajak aku. Aku tertanya dalam hati. Lalu aku minta dia SMS kan alamat dewan. Tak berapa lama lepas tu aku terima SMS alamat, sempat juga dia SMS. Kalau aku datang, jangan lupa angpau untuk baby dan umminya sekali. Ya…Honey dah selamat melahirkan, lebih kurang dah tiga bulan. Jadi aku tahu yang dia sengaja nak show off baby dia kat aku. Aku rasa sedikit sakit hati.

Asalnya aku tak nak pergi, tapi setelah berfikir. Aku patut pergi juga. Selalunya aku akan ajak Kak Jen atau Bond bila ada hal berkaitan dengan Honey, tapi kali ni aku ajak lelaki. Aku ajak Naruto. Sengaja.

Aku trick Naruto sikit. Dalam kereta waktu nak pergi, baru aku jelaskan serba sedikit pada Naruto bahawa kami pergi kenduri pengantin lelaki yang aku pernah ada history dengan adik perempuan dia. Aku minta maaf sebab macam gunakan dia pulak. Dia angguk aje. Tak sure aku sama ada dia tak kisah, marah atau apa.

Dekat dewan kenduri, family Honey yang memang mengenali aku agak terperanjat bila aku datang. Datang dengan lelaki pulak tu. Masing-masing ingatkan Naruto tu suami aku. Maklumlah aku suruh Naruto pakai baju sedondon warnanya dengan aku, memang sengaja. Aku hanya sengih, tapi aku jelaskan pada mereka Naruto ni kawan aku.

Kelibat Honey, Mr Honey dan baby mereka entah di mana. Sedang aku tercari-cari, Honey muncul dengan baby lelakinya yang cute. Lemah kaki aku dibuatnya. Muka Honey berseri-seri dan nampak bahagia sangat. Honey tanya aku datang dengan siapa, mana Kak Jen… Aku terus tunjuk aku datang Naruto yang tengah sibuk bersalaman dengan bapak Honey. Honey nampak terkejut, tak pernah aku buat datang dengan lelaki, malah dia tak pernah tengok aku dengan mana-mana lelaki pun.

Masa makan, sengaja pulak aku bersuap-suap dan ketawa manja dengan Naruto. Aku tak surelah Honey nampak ke tidak, yang penting show must go on. Sesekali Honey datang kat meja kita orang dan borak pasal baby. Dia juga bagitahu yang Mr Honey hanya akan datang waktu petang sebab adik Mr Honey bertunang hari ini juga. Dia tak ikut sebab leceh nak bawa baby ke sana ke mari. Sekali lagi aku tak dapat jumpa empat mata dengan Mr Honey. Takdir. Masa tu ada juga aku terasa nak bawa baby tu lari. Aku kenalkan Naruto dan Honey.

“ Ini Encik Mohd N dan ini Puan Honey.” Ringkas, tak ada tanda pengenalan lain.

Bila aku berdua dengan Naruto, sempat aku berteka-teki yang mana satu adik pengantin lelaki yang aku ada history tu. Naruto jawab 'dia', merujuk kepada Honey. Aku tanya dia yakin tak dengan jawapan tu, dia hanya geleng kepada. Aku pulak tak bagi jawapan. Aku gelak aje.

Sebelum balik, aku bagi baby Honey angpau. Dalam angpau baby aku selit angpau untuk Honey. Ada nama dia pada angpau tu. Ringkas, macam tu aje.

Balik tu aku tengok movie dengan Naruto dalam panggung wayang yang ada cuma kami dan ada dua lagi pasangan lain. Aku mengantuk betul, tertidur kejap kat bahu Naruto.
Habis movie aku hantar Naruto balik. Aku cakap tekaan dia betul.

Aku tak tahu tindakan aku salah atau betul. Aku tak tahu apa pandangan Honey bila aku bawak lelaki jumpa dia. Yang aku tahu aku happy tengok Honey dan baby dia, bukannya aku tak pernah harap Honey yang ada baby dengan aku dulu…Kenangan dah semua tu.
Yang aku tahu, Naruto makin angau dengan aku. Ah! Kacau… Jom layan Kak Ziana


Monday, May 21, 2012

Bukan Cinta


Naruto adalah ex-bf aku setelah putus cinta dengan Honey. Dia ada HIV positif.

Ajak Naruto keluar. Kejam ke kalau aku cakap antara tujuan aku jumpa dia adalah untuk pow dia belanja aku pergi tengok Dark Shadows. Semuanya berjalan lancar. Aku seperti biasa, walaupun dengan niat nak pow dia, tetap rasa kekok bila ada orang bayarkan semua makan, minum, parking dan duit minyak. Aku tak biasa dibayarkan. Aku rasa patut bayar sama-sama dan aku rasa macam perempuan jahat pisau cukur.

Cerita antara aku dengan Naruto. Rumit. Perkenalan aku bermula bila kakak aku bagi nombor seorang kenalan lelaki dia. Masa ini aku masih belum dapat get over Honey (kadang-kadang aku rasa sampai sekarang aku tak pernah dapat get over Honey sepenuhnya)

Sebelum dengan Naruto aku ada kawan kejap dengan seorang mamat ni , tapi terlalu banyak perbezaan antara kami sampai aku rasa jadi kawan pun tak boleh. Jadi mamat ni aku tinggalkan bergitu sahaja.

Kakak aku cabar aku mengorat Naruto sebab dia tak percaya bila aku katakan aku pernah dan boleh buat lelaki sangkut dengan aku. Aku sahut cabaran dia menyamar jadi perempuan paling innocent di seluruh alam maya ini yang kononnya salah nombor telifon. Ayat punya ayat. Beberapa kali perbualan. Sampai satu saat aku confirm dia dah angau baru aku terus terang hal aku disuruh kakak. Mulanya dia terkejut. Tapi sebab dah angaulah aku rasa, dia terima aku. Lagipun aku rasa dia nice. Aku jadi selesa. Tapi aku tak bagitahu dia aku lesbian.

Selesa dengan dia puncanya aku ajak dia kahwin dengan aku. Tapi bila aku rasa dia tak cukup usaha dan aku memang agak demand dan suka desak masa tu, kita orang putus. Aku yang mintak. Aku memang kejam. Queen control. Hot tempered dan mulut tak tapis sepanjang kawan dengan dia. Segala kemarahan aku pada dunia, family dan Honey aku lepas pada dia. Kesian Naruto.

Lama jugak tak bercakap. Ambil masa setahun rasanya baru aku try contact dia semula. Jelaskan tindakan aku dulu memang tak patut dan aku minta maaf pada dia sebab dia jumpa aku di masa yang sangat pelik dalam kehidupan aku. Aku bagitahu jugak dekat dia, aku tak pernah ada perasaan cinta pada lelaki selama ini. Sampai sekarang. Lepas tu kita orang jadi kawan. Walaupun tak rapat. Dia bagitahu dia tak kacau aku setahun itu sebab dia nak buktikan diri dia pada aku. Dalam masa tu dia dapat tahu yang dia ada HIV positif. Aku terkejut bila dia cerita. Tapi aku still terima dia sebagai kawan. Punca dia dapat HIV tu ada beberapa teori. Tak perlulah aku jelaskan di sini.

Dah 2 tahun lebih ni aku kawan semula dengan dia. Aku tahu dia masih ada hati pada aku. Banyak jugak perubahan jadi pada dia sejak aku asyik desak dia dulu tu. Banyak jugak nasihat aku yang dia jadikan pegangan. Sedangkan nasihat itu lahir dari seorang yang sangat-sangat perlu nasihat.

Aku harap dia gembira. Aku harap dia tak ada HIV positif. Hidup ini kena teruskan juga.


p/s : Naruto pernah cakap lagu yang layak untuk aku dari dia adalah Srikandi Cintaku, serius aku rasa gagah.

Sunday, November 28, 2010

Naruto dan Jo

Ex boyfriend kedua call. Ya aku pernah ada boyfriends, tapi jujurnya aku tak pernah rasa perasaan cinta mereka. Aku dah puas berusaha. Aku cuma rasa suka aje. Jadi apabila lihat namanya muncul di skrin handphone aku menjawabnya dengan girang.

Naruto : Assalamualaikum.

Jo : Hai, W'salam.

Naruto : Awak ada kat mana tu?

Jo : Kat rumah sewalah.

Naruto : Oh, Iye ke?

Jo : Iyelah, saya tengah buat kerja depan laptop ni .Awak mesti nak cakap awak nampak saya kat mana-mana kan?

Naruto : Iye, saya nampak girl muka macam awak, sebijik macam awak kat bus stand ni. *taktik ni aku pernah cuba nak guna bila teringin nak dengar suara ex-girl aku, tapi tak jadi bila aku rasa terlalu lame.

Jo : Pergilah ngurat, awak tanyalah macam ni, Hai macam kenal, ini Jo kan?

Naruto : Taktik lama tu, tak mahulah saya.

Jo : Rugilah awak, kalau muka macam saya mesti cantik. Ha! Ha! Ha! *Taktik lama konon, abis tu nak call aku pun kau pakai taktik yang aku dah boleh agak*

Aku selalu rasa yang ex-boyfriend aku yang satu ni masih sayangkan aku. Aku bukan tak suka pada dia, suka tu suka tapi dia slow sangat. Masalah kedua dia ada HIV positif. Jelas?

Followers