Tuesday, December 25, 2012

Sekelip Mata


Kak jen kejut aku solat subuh dengan lembut.

“ Adik… Kau tak bangun solat ke…?” Perlahan aku bangun. Terdengar adik kami kat luar tengah mengaji.

Langit kat luar mendung. Sama macam hati aku.

Kalau sedih orang akan menangis. Aku pula pagi-pagi lagi pergi pasar beli udang, ayam, ikan dan sayur. Nak masak dan nak makan. Hidup perlu diteruskan.

Tolak nak berubah, azam dan segalanya. Aku dah ada orang yang aku suka. Sekelip mata hati itu disentuh. Tak sempat aku nak elak. Kenapa, bagaimana dan apa yang buat aku rasa suka aku pun tak ada jawapan. Kau orang boleh salahkan hati aku, aku tak. Aku pasti semuanya akan ok. Aku harap tiada siapa yang menangis. Sila hidup dengan baik.

Susah hati aku call Honey, aku harap dia marah aku. Aku perlu seseorang untuk marah aku. Tapi dia tak. Aku tanya khabar, dia cakap tentang cinta. cinta pada suami, cinta pada anak. Katanya cinta menggerakkan kita, ‘power of love’. Dia cakap laju betul. Aku bagitahu dia, cara dia cakap macam rancangan talk show.


Kata Honey :

Cinta pada suami, kita nak hidup bersama dengan dia selama-lamanya.

Cinta pada ibu bapa, Kita nak jaga dan buat jasa sebelum mereka tinggalkan dunia.

Cinta pada anak, kita nak besarkan mereka dengan sihat dan gembira.

Itu Honey dengan hati dia yang sangat fragile itu.

Untuk kamu hati yang kuat itu, aku biuskan dan botolkan hati aku lalu campaknya jauh-jauh dalam laut dan entah bilalah akan orang yang mengutipnya dan menjaganya.

Untuk kamu hati yang kuat itu. 

12 comments:

  1. Salam..jo.. I'm speechless baca entry jo kali ni... Seorg guru pernah beritahu sy yg manusia blh berubah dlm satu saat je..mmg kata2 guru itu benar..terutama bg insan2 yg bernaluri 'senget' dan hati yg x kuat mcm kita ni.. Mmg menyakitkan jd manusia yg abnormal.. Selalu hati ini bertanya sendiri..sampai bila aku mahu hidup begini...ingin mengadu kepada Yg Esa pun terasa malu..apapun jo..pilihan ada di tgn kita...sy x mampu nak beri nasihat kpd jo...sbb hati sy juga x kuat..sng berubah dlm sekelip mata..tp sy tahu..wpun sy abnormal..dlm hati sy masih mahu berubah dan mahu menjadi hambaNya yg solehah..tp hati sy belum kuat lg

    ReplyDelete
  2. salam. jo dan sherry.
    mcm tu jugak dengan sy. saya msh mencari diri. tak tau nak buat ape dan bagaimana. sy pun selalu berfikir, sampai bila? berhenti jadi diri yg abnormal ni. tapi jawapannya tak ada lagi.yang ada cuma kekuatan utk sentiasa bertahan.tapi bila terpaling balik pd perkara tu, masih kembali pd yang sama. sy tau Allah uji sy sebab Dia sayang sy. bukan sebab Dia tak endahkan sy. InsyaAllah ada yang terbaik utk kita semua jalani hidup ni sampai akhir hayat.

    saya.

    ReplyDelete
  3. salam jo&semua...

    sabarlah.x selamanya kita akan bersedih..
    ada masa gembira,ada masa sengsara.
    langit mendung x semestinya hujan..
    hujan kan rahmat ALLAH..sabar la ek..

    "When you're different,
    sometimes you don't see the millions of people who accept you for what you are.
    All you notice is the person who doesn't....

    just have faith in yourself...banyak org yg menyanyangi jo seadanya..... :)

    ReplyDelete
  4. sherry, anon dan belalang. Tq so much dengan kata-kata semangat dari korg. Ianya sangat2 bermakna.

    ReplyDelete
  5. Jo.. u dah kuat selama ni..
    hang in there as long as u can dear..
    i cant say much since i pn x kuat..
    take care k..~

    ReplyDelete
  6. Heyyy...mana perginya penulisan kreatif kamu???lama saya tunggu.Jangan sedih2 ok?

    ReplyDelete
  7. salam jo,
    this is just my view. i don't think islam ever exclude gay people. if anyone happens to be muslim and gay at the same time, it doesnt exclude them from the responsibilities of being muslim (solat, zakat fasting etc.). i know alot of people take cue from nabi lut's story, but still, it is not an excuse not carry out muslim responsibilities.

    happy new year guys :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Zhu atas pendapat itu. tak nak komen apa-apa. Tapi, I suka baca blog you. You nampak kuat dan itu bagi semangat pada I dan mari sama-sama jadi insan yang baik itu. Teruskan menulis! :D

      Delete
  8. jo..nasib kau sbnarnya lagi baik. kau pnh rasa sumernye.bersyukur dgn apa yg ada n hargai apa yg ada di dpn mata skrg.lau nk berubah sume atas diri sendri. hati mau kental buat spenuh hati!dekatkan diri dgn ALLAH SWT

    ReplyDelete
  9. Kuatnya!
    Speechless baca entry2 yang touching ni. Sob sob. Awak seorang yang tabah. Bila mal rasa nak kata kata semangat, i think i should read all your entries.

    :)

    ReplyDelete

Followers