Ada masanya aku borak dengan Honey. Dalam WhatsApp. Pasal agama, family, anak-anak, politik, isu semasa dan pelbagai hal lagi.
Setiap kali kami berborak, aku dapati Honey sebenarnya tak ingat pun aku, sebagaimana aku mengingati dia.
Setiap kali aku cuba utarakan hal-hal dahulu, ingatannya amat kabur.
Aku pula, bagai ingin menafikan, menganggap kata-kata dia cuma gurauan. Seolah-olah aku tak dapat terima kenyataan cinta dia kepada aku tidak seperti yang aku fikirkan.
Ya, kami pernah bercinta. Saat itu, ketika itu. Semasa usia aku masih 23 tahun, dia pula 18 tahun.
Cinta yang merubah pemikiran aku tentang banyak hal. Menjadikan diri aku hari ini. Lalu ketika itu aku berduka lara kerana cinta kami itu tak kesampaian. Malah aku tak mampu mencuba cinta lain dalam tempoh yang sangat lama. Aku merasakan cinta antara kami terlalu besar. Rupanya cinta aku sahaja yang besar.
Petang semalam, sedang aku berbaring sambil melayan filem Telegu, Honey WhatsApp aku.
Dia tanya pendapat aku mengenai isu LGBT yang sedang hangat diperkatakan kini.
Sebenarnya aku yang lesbian ini pun tak follow up apa yang sedang berlaku di dunia LGBT.
Banyak kerja di tangan yang perlu aku selesaikan. Dateline menunggu. Bila otak letih. Aku layan movies. Simple macam itu.
Honey hai aku di WhatsApps dengan...
Assalamualaikum.
Okay need to ask u this. What do u think about LGBT?
Pening pulak tgk PC Mujahid.
Rasanya kat Malaysia takde diskriminasi pun. Berapa ramai pengkid yg dpt keje macam biasa. Gay jadi profesional.
As long as LGBT tak potray smtg yg harmful dan disrespect others' rights
Who the heck Mujahid? Baiklah... Lalu aku pun balas dengan santai.
😆You pun pening Honey.
Nak iktiraf apa yg dorang maksudkan ni .. adoii.
Adoii
Aktivis lah ni.
Rajin nau, tak ada kerja lain nak buat dah lah tu.
Racun sana sini. Orang Malaysia ni tinggi toleransi dia.
Aku membalas dengan cuba mengikuti rentak dia.
Melayu mmg sgt baik. Tapi baik kena cerdik baru betul. Baik je tapi bodoh, parahhh.
Aktivis LGBT ni I boleh kategorikan sebagai gila. Ikut sangat acuan barat tu. Nak jugak pride ². Nak kahwin. Nak hak asasi manusia kesaksamaan. Ambik Quran part yang dia setuju aje.
Lalu kami pun pot pet-pot pet kat WhatsApp. Dia menceritakan kebimbangan dia. Aku menceritakan pandangan aku.
Kelakarnya dia macam cuba nak korek macam mana aku boleh jadi LGBT. Dia tak nafikan pun bila aku tanya dia nak tulis pasal aku ke?
Honey oh Honey, aku dah lama tulis pasal dia pun kat sini.
Antara bebelan Honey...
U see, in my opinion Mahathir mmg sekular. Islam dia ikut logic.
Tapi the rest of Amanah dan PKR takkan diam je.. adohai..
Yang aku balas...
My point adalah. Lambat laun without Mahathir pun. Benda LGBT nak ini akan sampai kat Malaysia.
Kalau orang Malaysia ni betul tinggi iman, dugaan ni akan berjaya diatasi
Kalau America, England, German tu habis dah ikut LGBT.
Sebab agama depa tak kuat, even Kristian pun tak setuju LGBT.
LGBT ni kalau lagi banyak homophobic, lagi banyak LGBT keluar. Bermula dari keluarga kena sayang anak. Jangan diskriminasi perempuan dan lelaki.
Jangan halang lelaki lembut minat kerja dia. Jangan paksa dia. Lagi paksa lagi lah depa duduk dalam golongan tu. Lepas tu bila kumpul, jadi aktivis.
Manusia ni bila tertindas maka dia menentang. Tu macam naluri jugak.
Jangan marah kat anak perempuan menjantan. Jangan pulaukan. Ajak dia buat hal perempuan macam biasa.
Kena ubah perangai menindas. Membuli. Sayangi kawan-kawan biarpun mereka lain agama, seksualiti dan pegangan. Cara kasar tak boleh.
I selalu rasa, tanpa LGBT pun masyarakat kita agak kurop dah. Tapi boleh diselamatkan lagi. Kena amalkan Quran lah. I tak pernah setuju dengan aktivis LGBT ni. I rasa aktivis² ni depa nak try boleh tak dapat buat LGBT diterima di Malaysia. Which is mustahil dalam 100 tahun lagi. Tapi depa nak try jugak sampai dapat. So, mencegah lebih baik dari mengubati sebenarnya.
Honey tambah...
Yes couldnt agree more.
Tp saya expect Mujahid bg PC yg bijak sikit.. tp taktahu lah kalau ni part of strategy dia nak ajak dorang.
Some yes. Some not. Tp saya suka Malaysia. Bidang ilmu kita jelas. Tak serabut macam Indonesia or even Arab. Atas diri sendiri kot, kan.
Betul².. charity begins at home, mat saleh cakap.
Kasar mmg tak blh. Kena hikmah. Tak blh lembut, kena tegas. Kasar is rude. Tp tegas is strong and stability. Correct?
Tp klu perempuan mmg suka cara lembut la kot. Fitrah kan
Tapi kalau perlu jentik bagi sedar, kita jentik lah. Kot?
Aku balas...
I baru baca pasal Mujahid. 😆😅
😆 Suka sangat jentik. Dakwah sentap tak boleh jalan you.
Lepas tu sengaja aku tanya dia...
I nak tanya you. Masa you kenal I pengkid dulu you rasa camne.
You kan straight. 😆
Dia balas...
Not remember apa I rasa.. masa tu gila² remaja la. Rebel apa benda ntah..
Marahkan sesuatu, to be exact.
Di situ aku dapat jawapannya. Honey yang aku fikirkan, bukan lagi Honey yang aku fikirkan selama ini.
Segala tentangan yang dia lakukan ketika bersama aku dahulu, mungkin atas dasar dia nak rebel, marahkan famili dia dan diri dia. Entah dari mana aku muncul masa itu, lalu dunia kami bertembung.
Aku benar-benar cuma watak sampingan sahaja dalam cerita dia, sedangkan dia merupakan watak utama dalam cerita aku.
Sedih, tapi kelakar! Akhirnya aku mulai faham.
Berbalik soal LGBT yang menjadi topik perbualan kami.
Dia bagitahu lagi...
Tp persepsi kat LGBT ni biasa je la.. cuma personally I selalu rasa family kena treat LGBT mcm drug addict. Kalau perlu kurung gigil² tahan nafsu, kurunglah. Takkan nak bagi anak hisap dadah kat mana² buat onar kat luar.
Tp skrg porn hujung jari
Dajjal masuk setiap rumah kamu satu dunia. Here we are.
Aku balas gelak. Aku tak nak pangkah dia sebab aku nak tahu pendapat dia... Lalu aku balas...
LGBT ni bukan masalah porn. Masalah berkehendakkan yang sama jenis.
I pun berkurung sebab tak nak tengok perempuan
Keluar aje, perempuan cantik, baik, Ya Allah.
Dia cuba menguji aku dengan membalas...
See. I always thot porn is the trigger people tak ada self control
Wait. Then skrg u still suka perempuan ke. Struggling?
Perh. Soalan direct gila.
Aku pun balas, serius walaupun berlawak.
I suka perempuan sampai sekarang Honey. Tak pernah hilang. Cuma I elak jela.
Bila dah tua rasa tu dah kurang sebab dah nak menopause kot. Hahaha 😆
Lepas tu banyak lagi kami bincang dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pendapat masing-masing soal LGBT ini.
Aku sebenarnya nak aje bagitahu dan cerita pada dia, selepas sepuluh tahun baru aku dapat lupakan dia. Lalu aku jumpa Bunga. Kisah aku.
Tapi aku rasa tak perlu, sebab ini adalah cerita aku. Hidup aku yang tiada kaitan dengan dia. Sama ada aku suka sesiapa dan bagaimana aku jalani hidup aku tak perlulah dia tahu sepenuhnya. Sama ada hal itu baik atau buruk.
Terpulang pada dia juga untuk menceritakan apa sahaja pada aku. Aku sentiasa mendengar. Jika perlu aku bantu, maka aku bantu.
Tentang aku dan Bunga. Aku serahkan pada yang Esa. Semoga dia baik-baik sahaja dengan pilihan hidup dia. Tiada apa yang perlu disedihkan jika dia kini bahagia. Tiada paksaan dalam cinta aku ini. Cewah!
Malah aku rasa, hidup single kali ini agak lapang dada. Lebih menggembirakan.
Aku tak terlalu fikirkan soal isu LGBT. Ikutlah nak buat apa. Kita ada tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat dan agama. Lagi banyak bercakap, lagi banyak hati yang terluka. Lagi banyak kerosakan yang akan dilakukan.
Apa lagi LGBT nak? Tepuk dada. Tanyalah diri, nak apa? Kalau nak berjuang. Maka berjuanglah atas hal yang dirasakan betul.
Jika rasa perjuangan tu salah, maka carilah apa yang kita rasakan betul selagi masih ada masa.
Jika rasa ingin terus mencintai orang yang kita cintai dan merasakan cinta kita betul dan ingin menjalani hidup dengan aman tenteram. Maka teruskan.
Pilihan di tangan kita. Jika ramai orang yang kita rasa tak bertoleransi dengan LGBT, lihat sekeliling kita. Lihat apa yang dilakukan kepada kita dan apa yang kita lakukan kepada orang lain. Benarkah perbuatan orang itu? Benarkah tindak tanduk kita dan tindak balas kita. Buka mata dan jiwa seluasnya. Kita kongsi dunia ini bersama. Kenapa perlu terlalu banyak kebencian dalam dunia ini.
Bukan mudah nak puaskan hati semua orang, semua orang pun ada pendapat dan dosa masing-masing. Kita rasa kita betul, orang pun rasa mereka betul, berpandukan pegangan masing-masing. Ada yang jadi ekstrim sebab itu. Ada yang berdiam diri.
Kembali ke ajaran agama selalu. Kalau kita rasa agama dah tak betul....Jika kita tidak beragama sekalipun, teruskan mencari dan berbuat baik.
Aku tak mengharapkan apa-apa. Cuma sebuah hidup yang tenang di dunia dan akhirat. Jika ada kesilapan di tulisan ini, harap dimaafkan.
Buat Honey, terima kasih sebab sentiasa ada untuk bertukar fikiran. Aku faham kerisauan Honey. Kita sama-sama mahukan yang baik-baik untuk agama dan negara ini.
PS: Jo: You tak solat ke? I uzur ni.
Honey: Solat... Pukul 8.10 dah 😱😱
Ish ish. Pungpang² ckp iman tp solat lambat. Inilah. Wailul lilmusollin.
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts
Sunday, August 12, 2018
Sunday, May 13, 2018
Jo VS Kak Jen dalam Politik dan Hipokrit.
Jo orangnya tidak mewah.
Mungkin hal yang paling mewah yang aku miliki adalah bakat melukis aku.
Dan bakat itu perlu dilatih.
9 Mei 2018 menyaksikan peristiwa genting dalam kancah politik Malaysia.
Pilihan Raya Umum ke 14.
Ianya melibatkan kita semua.
Tidak kiralah kamu mengundi, tidak mengundi, tidak berminat dengan politik, merasakan politik itu tidak penting dan sebagainya ( iya, kata-kata pedas ini untuk seorang pelatih latihan industri di tempat kerja aku yang mengatakan politik hanya membuang masa dia sahaja, sambil dia sibuk bermain permainan video di komputernya)
Ini adalah PRU ke dua untuk aku (menguap)
PRU pertama untuk Kak Jen (urut janggut yang tak wujud, sambil tersengeh)
Semasa PRU 13, aku memilih untuk memangkah dua parti politik yang berlainan, sebabnya:
Mungkin hal yang paling mewah yang aku miliki adalah bakat melukis aku.
Dan bakat itu perlu dilatih.
9 Mei 2018 menyaksikan peristiwa genting dalam kancah politik Malaysia.
Pilihan Raya Umum ke 14.
Ianya melibatkan kita semua.
Tidak kiralah kamu mengundi, tidak mengundi, tidak berminat dengan politik, merasakan politik itu tidak penting dan sebagainya ( iya, kata-kata pedas ini untuk seorang pelatih latihan industri di tempat kerja aku yang mengatakan politik hanya membuang masa dia sahaja, sambil dia sibuk bermain permainan video di komputernya)
Ini adalah PRU ke dua untuk aku (menguap)
PRU pertama untuk Kak Jen (urut janggut yang tak wujud, sambil tersengeh)
Semasa PRU 13, aku memilih untuk memangkah dua parti politik yang berlainan, sebabnya:
- Aku rasa undi individu seperti aku ini tidak akan mempengaruhi keputusan pilihanraya.
- Aku tak pasti nak undi siapa kerana aku jarang membaca keadaan politik dan ekonomi semasa.
- Kawan dan keluarga di sekeliling aku tidak pernah duduk berbincang mengenai politik semasa.
- Aku mengambil nasihat emak sebagai pengundi lama.
Nota* Masa PRU 13 itu, barulah aku tahu yang kena undi ADUN dan PARLIMEN.
Sebagai mana rakyat Malaysia yang baru nak perihatin, bahang PRU 14 ini benar-benar dirasai kehangatannya hanya sesudah PRU 13.
PRU 14 menyaksikan penolakkan dan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.
Kebanyakkan rakan sekerjaku, juga seperti Kak Jen, menjadi pengundi untuk pertama kali.
Kebangkitan ini pada pandangan aku, adalah akibat sikap beraja di mata dan bersultan di hati oleh kebanyakkan pemimpin Barisan Nasional, terutamanya pemimpin UMNO. Rakyat jelata berasa jelik, marah dan kecewa.
GST yang tidak munasabah, pemberian BRIM yang tidak perlu dan segala macam subsidi yang telah dihapuskan.
Dalam kes aku. aku marah sebab harga rumah terlalu tinggi, tiada skim yang benar-benar membantu dan sesuai untuk orang seperti aku, skandal demi skandal melibatkan FELDA dan juga hal-hal bodoh yang terpaksa aku hadapi apabila berdepan dengan kerenah badan kerajaan dalam melaksanakan kerja aku sebagai warga swasta yang menawarkan diri menghasilan sesuatu dalam skop pendidikan.
Aku harap badan kerajaan seperti ini lebih terbuka, bersungguh-sungguh membuat kajian, lebih profesional dengan cara yang santai bukan santai dengan gaya sahaja profesional.
Tidak sekadar mengkritik tetapi menyumbang memberi pendapat-pendapat yang bernas juga.
PRU 14 juga menyaksikan Kak Jen, yang aku gelar majalah MASTIKA, tiba-tiba berminat berbicara, borak dan bertekak mengenai politik dan individu-individu tertentu.
Menariknya apabila dua pendapat dan sokongan yang SAMA, bertembung dengan cara dan gaya berbeza.
Aku terkenal dengan bereputasi skema, rajin membaca dan suka berborak empat mata dengan segala peringkat umur lalu mengutip data pelahan-lahan dari mereka. Menceritakannya di waktu-waktu santai dengan gaya bahasa sederhana sambil mengajak sama-sama berfikir dengan cara masing-masing.
Kak Jen adalah majalah MASTIKA, seperti kita tahu. Minatnya bermusim. Penuh tokok tambah. Seringkali menekankan hal-hal sensasi dan mensensasikan hal-hal yang tak perlu. Disukai dengan jalan ceritanya yang menarik, penuh gelak ketawa dan seringkali bersifat hiburan.
Aku sebagai aku, sebenarnya tidak mahu mempengaruhi sesiapa.
Aku ibarat peniaga yang menjual idea-idea aku cuma kepada manusia yang benar-benar mahu membelinya kerana mereka mahu.
Jika tidak mahu, aku tidak mahu menjualnya.
Tidak dinafikan sedikit hipokrit sebenarnya.
Sebab itu aku juga banyak memilih berdiam kerana aku tidak mahu menjadi hipokrit itu.
Sikap berdiam itu banyak menimbukan konflik dalam diri aku sebenarnya.
Lantang aku biasanya terkeluar apabila Kak Jen mula menyebarkan berita gaya MASTIKA dia. Aku mahu membetulkan dia dengan fakta dan sejarah. Bagi aku, cerita tokok tambah ini tanpa kita membaca dan mendalami susur galur dan makna tertentu, boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham. Hal ini boleh menyebabkan timbulnya rasa kita betul, betul, betul.
Ianya sangat menjengkelkan aku.
Akhirnya bila sejarah lama berulang kembali dan kita selamba memadam betul kita dahulu dengan betul kita sekarang tanpa menyesal.
Aku sendiri tidak dapat mengelakkan manipulasi atas minda aku sendiri.
Perlu membaca, melihat, mengkaji, mendengar dan belajar lebih banyak, dari segala aspek.
Sebagai seorang muslim, dengan mesti memegang asas pertama iaitu Al-Quran dan Sunnah.
Di sini aku merasakan aku hipokrit dalam pendapat-pendapat aku.
Aku ingin keluar dari kancah keseriusan lalu memilih untuk melayan fan fiction sahaja.
Maka jadilah aku manusia yang rugi.
Aku perlukan mak cik-mak cik MASTIKA seperti Kak Jen untuk mengingatkan aku jika orang seperti aku terus berdiam dan melayan fan fiction maka pendapat MASTIKA ini akan diterima bulat-bulat oleh orang sekeliling yang malas.
Jumlah manusia yang malas itu pula terlalu ramai.
Aku teringin membuka akaun curioscat dengan fantasi ada yang bertanya aku mengenai pendapat aku tentang teori konspirasi atau apa bezanya RGB dan CMYK.
Tapi aku tahu itu hanya fantasi.
Orang lebih suka bertanya apakah warna kegemaran aku.
oh Jo, why so serius? Internet kan tempat chill.
oh Jo, why so serius? Internet kan tempat chill.
Duit dan internet adalah dua alat yang mempunyai kuasa.
Indahnya bila borak politik, aku masih boleh whatsapp dengan Honey. Mendengar pandangan dan kritikan dari dia yang aku sedia tahu membaca dan belajar banyak. Kelebihan pada dia juga kerana orang sekeliling juga keluarganya yang berfikiran kritis. Sesuatu yang aku tak punyai dan cemburui.
Indahnya politik bila aku boleh melihat kelibat orang kenamaan, lalu melihat Bunga melalui keluarganya dari jauh.
Indahnya politik bila aku dan Kak Jen boleh bertekak secara sihat.
Indahnya politik bila aku boleh menilai semula hipokritnya aku ini. Mengakuinya. Lalu cuba membantu diri aku sendiri.
PS: Warna kegemaran aku ialah Bunga.
Friday, January 27, 2017
Plot Twist
Dipetik:
Robbisrohli
sodri, wa yassirli amri,
wah lul uqdatan min lisani, yafqohu qouli.
(Surah Taha: 25-28)
“Wahai
Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah
kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
Bila aku mula berkata. Orang naik marah.
Orang marah. Aku marah. Semua marah-marah. Lalu aku berdiam. Sehingga ada yang meminta aku berkata kembali.
Kita mahu menyempurnakan keadaan, di mana keadaan tidak
boleh disempurnakan. Kerosakkan apakah yang sedang kita lakukan?
Aku minta. Baca dan berfikirlah. Kemarahan itu apinya
membakar jika disiram petrol. Tulisan aku ini jika di anggap petrol, maraknya
boleh nampak hingga ke negara sebelah. Tapi, jika kau anggap ianya air. Sejuknya
boleh kau rasa dalam hati.
Alkisah.
Honey…Honey… Oh! Honey…
Setelah lebih 10 tahun. Terdetik untuk aku tanyakan dia
kembali, semasa dia minta putus dahulu adakah di sebabkan dia sudah jatuh cinta dengan
Mr Honey itu, ataupun sebab faktor gay ini berdosa, atau kedua-dua faktor?
Jawapan dari dia mengejutkan aku.
Masa masih bercintaan dengan aku, dan sebelum dengan Mr
Honey, dia mulai suka dengan lelaki A. Kemudian Mr Honey kemudian lelaki B,
kemudian lelaki C. Kemudian pelbagai kisah berlaku. Kami putus. Pelbagai kisah berlaku kembali. Dia kemudian
kembali ke Mr Honey lalu mereka berkahwin.
Faktor gay pun memang benar juga. Dia memberitahu, betapa dia lemah menerima sayang dari aku. Asalkan ada yang menyayangi. Biarpun dia tahu
dosa-dosanya. Untuk itu dia tak pernah berasa tenang. Dia turut meminta aku bertaubat
dan meminta keampunan Allah. Katanya, cinta itu sifatnya bisa datang kembali.
Lalu dia pergi meninggalkan aku.
Aku tanyakan pada dia, kenapa aku tak tahu ini semua? Adakah salah
aku tidak bertanya? Padahal masa kami berpisah, memang aku bertanya itu ini. Tetapi
dia tidak pernah menjawab telus. Tidak juga menipu, cuma ceritanya tidak penuh.
10 tahun lebih aku percayakan sesuatu yang salah. Aku
percaya dia tinggalkan aku semata kerana faktor gay dan faktor cinta sucinya untuk
Mr Honey.
Ini yang aku mahu gelar privilege. Privilege buat dosa. Asalkan
dosa itu dosa yang nampak biasa-biasa seperti dosa bercinta dengan lelaki bukan
muhrim. Dosa gay jadi luar biasa. Perlu direjam.
Ah! Itu kata si Syaitan. Siapalah aku untuk menilai dosa.
Ampunkan hamba. Hamba cuma insan yang sakit hati.
Aku tidak mahu merosak reputasi dia. Aku tidak mahu berlagak
kononnya aku si mangsa. 10 tahun itu adalah kebodohan dan kedegilan aku sendiri. Dia masih sangat-sangat aku hormati. Wanita yang banyak menunjuk dan mengajar aku jadi matang, kuat dan
seperti hari ini. Jalan aku telah pun bertembung dengan jalannya. Aku pernah merasa
manisnya cinta kami. Jumpa Honey, tiada apa yang aku sesalkan. Malah aku
berterima kasih.
Sekarang Honey menjadi seorang pendakwah. Antaranya
dakwahnya mengajak kembali golongan LGBT ke jalan benar. Meminta umum supaya
jangan berkeras dengan golongan LGBT. Dalam dakwahnya untuk LGBT, semua
kemanisan ini cumalah tipu daya. Kata-kata yang membenarkan LGBT adalah tipu
daya. Jangan terpedaya dengan tipu daya dan kembalilah ke jalan Allah.
Aku mahu Bunga, aku mahu sentiasa ke jalan Allah jua.
Keduanya tidak boleh berjalan seiringan kah?
Siapa yang benar?
Honey? Ya?
Aku yang hina ini? Ya?
PS: Sedang belajar.
Friday, August 19, 2016
Tinggi Hajat di Hati.
Bercinta dengan Bunga ini, aku rasa seperti melangkah
setapak ke hadapan dan berundur dua langkah ke belakang.
“Tapi… Kenapa Jo?”
Tanya para pembaca
setia kisah non fiksyen aku ini.
Macam ini.
Punyalah lama aku simpan status single itu. Tup! Tup! Datang Bunga, si gadis manis berumur 24 tahun telah merobek jiwa raga mak cik engkau ni, Nak!
Sebelum Bunga, dalam tempoh 10 tahun ini memanglah aku crush
pada seorang demi seorang gadis. Jumlahnya mungkin kurang daripada lima. Crush
pun crushlah, tapi tak jadi apa-apapun. Telah aku ceritakan kisah-kisah itu dalam catatan-catatan sebelum ini.
Jadi gay/lesbian tapi kau single ini lebih bebas sebenarnya. Bebas berfikir, bebas menyuarakan pemikiran, bebas mengutuk kisah cinta
rakan-rakan engkau yang entah apa-apa. Bebas membuat keputusan mengikut acuan
yang dirasakan betul. Bebas juga cuci mata.
Bila dengan Bunga, aku kena fikir tentang bersama. Bukan AKU. Bukan DIA. Tapi KAMI. Bertindak selepas berbincang.
Ada sekali itu, aku rasa patut terus terang sahaja tentang hubungan kami ini kepada rakan-rakan terdekat. Sama ada yang tidak tahu atau sengaja buat tidak faham dengan seksual orientasi aku ini. Aku minta pendapat Bunga. Dia membantah. Katanya biarlah hubungan ini ekslusif antara kami dahulu. Apa pentingnya orang lain tahu atau tidak. Mungkin akan mendatangkan keburukan pada kami sahaja.
Ada sekali itu, aku rasa patut terus terang sahaja tentang hubungan kami ini kepada rakan-rakan terdekat. Sama ada yang tidak tahu atau sengaja buat tidak faham dengan seksual orientasi aku ini. Aku minta pendapat Bunga. Dia membantah. Katanya biarlah hubungan ini ekslusif antara kami dahulu. Apa pentingnya orang lain tahu atau tidak. Mungkin akan mendatangkan keburukan pada kami sahaja.
Aku geram juga dengan bantahan itu. Tapi geram aku sejuk
bila dia selamba-selamba pegang tangan dan manja bermanja dengan aku di depan
semua orang. Malah dia pula yang sering bertanya pada aku. Apabila aku
melepaskan genggaman tangannya itu, sama ada aku ini malu dengan dia.
Dalam soal keluarga dan kekeluargaan pula. Aku sudah pun bawa Bunga
jumpa famili aku. Berkenalan dengan emak, adik beradik dan anak-anak
sedara. Aku mengajar anak-anak sedaraku memanggil Bunga, dengan nama Mak Anjang
Bunga sempena pangkat aku Mak Anjang. Malah pada sesetengah adik beradik aku
nyatakan. Inilah dia kekasih anna, Nur Bunga!
Respon famili aku, NO RESPON.
Marah tidak, menasihatkan tidak dan mengiyakan pun tidak.
Agaknya mereka merasakan aku tidak serius dengan Bunga. Masakan orang seperti Bunga mahu bercinta-cintaan dengan perempuan berusia seperti aku. Atau mereka mungkin merasa
hubungan kami ini sekadar untuk menghilangkan kesedihan dan kesepian aku yang
tidak dapat mereka bantu. Lalu mereka biarkan.
Aku tidak tahu. Malas aku jadikan soal di antara aku dengan Bunga ini sebagai topik perbincangan terbuka dalam famili aku.
Aku tidak tahu. Malas aku jadikan soal di antara aku dengan Bunga ini sebagai topik perbincangan terbuka dalam famili aku.
Mari kita berkenalan sedikit dengan famili Bunga. Ayahnya
berjawatan penting dan dihormati. Ibunya pula suri rumah tangga yang sentiasa ada
menyokong mereka adik beradik. Cuma, kadang kala sibuk dengan persatuan yang harus
dia sertai demi kerjaya ayahnya. Dia punyai abang yang hampir sebaya dia dan adik-adik
perempuan. Adik bongsu masih di sekolah rendah. Wah! Bunyinya dah macam dalam
drama RTM.
Aku juga pernah bertanya Bunga, apa akan jadi jika hubungan
kami ini diketahui famili dia. Katanya, dah tentu ayahnya tidak suka. Ayahnya
merupakan ketua yang di segani. Sama ada dalam soal keagamaan atau
sosial. Ayah dia selalu menyelesaikan pelbagai masalah dan konflik orang
lain. Masa aku melawat famili Bunga, barulah aku tahu yang famili dia sangat menitik beratkan ajaran Islam dalam aspek kehidupan. Malah, mereka solat jemaah bersama.
Ibunya? Jangan kau cuba buat hal.
Abang Bunga pula aku tak berapa kenal lagi. Adik dia yang di
matrikulasi pernah beberapa kali borak bersama, Cuma belum bertemu. Bunga pernah memberitahu aku yang adik adiknya agak obses dengan dia. Aku ingatkan dia main-main sahaja. Bila aku
berhadapan dengan mereka, baru aku tahu sayangnya adik beradik dia padanya.
Tidak pernah kami dapat berkepit berdua. Jika kami Skype atau borak di telefon, adik dia mesti ada sekali. Mata adik dia tak lekang memerhatikan sahaja kemesraan di antara aku
dan Bunga. Sesekali adik bongsu dia mesti tanya aku bertubi-tubi. Kak Jo sayang
sangat pada Kak Bunga ya?
Beberapa hari lepas adik bongsu dia melukis lukisan gambar aku dan Bunga sedang berpegangan tangan di bawah awan di tepi pokok dengan tagline BFF FOREVER.
Beberapa hari lepas adik bongsu dia melukis lukisan gambar aku dan Bunga sedang berpegangan tangan di bawah awan di tepi pokok dengan tagline BFF FOREVER.
LDR. Lagilah susah. Perlu mencari alasan munasabah setiap kali ingin berjumpa. Aku perlu keizinan ibu ayah dia jika hendak bawa dia keluar. Dan keizinan itu amat sukar di dapati.
Nyata di sini, hubungan kami ini akan kami
seal tanpa pengetahuan famili dia. Sebab, hanya ada dua pilihan. Jika diketahui, maka tamatlah kisah kami ini. Jika kami berjaya menutup hubungan ini dengan selamat, maka ada kemungkinan kami boleh bersama.
Aku sebenarnya ingin bercinta secara bebas. Tanpa perlu
berlakon-lakon atau berfikir trick apa untuk berjumpa. Cinta kami yang indah
dan manis ini, ingin kami kongsikan dengan rasa syukur bersama semua orang
terutamanya famili. Aku mahu turut menjadi sebahagian dari famili dia kerana
aku tahu dia amat sayangkan famili dia. Aku juga mahu dia diterima baik oleh
famili yang aku sayang.
Bunga adalah doa-doa yang selalu aku pohon di lewat solat-solat ku. Seorang yang beragama. Menghormati orang tua. Baik hati. Rajin basuh pinggan mangkuk.
Cantik. Pembersih. Wangi. Jimat cermat. Tidak memeningkan kepala. Sederhana. Pandai
mengaji. Tahu hal-hal komputer. Tinggi lampai fizikalnya.
Aku bertuah Bunga mahu mendengar keluh kesah rintihan
hati aku ini. Mahu mengimamkan solat aku. Membelikan air teh o ais kepada aku
secara curi-curi ketika aku pergi ke toilet.
Aku tamak, aku tahu. Aku mahu Bunga. Mahu cintanya tanpa perlu menyorok. Mahu Tuhan menerima cinta kami.
Masa aku masih single, senang aje aku menjawab pertanyaan orang. Aku single.
Sekarang ini jawapan aku, aku dah ada orang yang aku
suka. Tapi entahlah. Payah.
Adakah hal ini mengganggu pemikiran aku? IYA.
Adakah dugaan ini membuatkan aku mahu mengalah? BELUM LAGI!
PS: Kak Jen cakap Bunga ni semacam gila sikit, sesuailah dengan aku sama-sama gila.
Thursday, June 23, 2016
Langkah Satu.
Malam tadi selepas solat Maghrib, aku dan Bunga sama-sama
setup semula akaun Skype kami yang dah berhabuk. Synchronized kan ia, lalu
membuat beberapa cubaan lansung dari bilik aku ke ruang tamu.
Mujurlah housemates aku belum balik dari beli belah persiapan
hari raya. Kalau tidak banyak pulak soal jawabnya. Belum masanya lagi hubungan
ini kami publickan. Bila nak publickan itu? Entahlah. Kami tidak mahu
menimbulkan skandal dan gossip.
Setakat ini aku rasa bahagia dengan kami.
Hidup yang sederhana dan tiada pening kepala. Aku tahu banyak
isu yang bakal timbul di masa akan datang seperti famili, LDR, kepercayaan,
masa depan dan lain-lain. Aku terfikir juga banyak benda. Tapi perlahan-lahan.
Selesaikan satu-satu dulu.
Aku tak mahu beri isu-isu ini serentak pada Bunga. Biar dia
selesaikan pengajian dia dahulu dengan anugerah dekan. Itu yang paling penting.
Lagipun tiada apa yang aku nak kejarkan. Kecuali kalau Bunga tiba-tiba berlari.
Aku kena kejarlah dia sampai dapat. Persediaan mengejar itu aku sedang kumpul
sikit-sikit.
Bila adanya Bunga, cita-cita aku jadi makin besar. Aku kena banyak melukis lagi. Cari duit
lebih. Mana tahu jika ada rezeki boleh beli rumah sendiri dan tinggal bersama.
Aku sendiri letih juga tinggal dengan housemates. Usia pula makin tua. Mana nak
layan kerenah sendiri. Kerenah housemates lagi. Kalau ada rezeki juga, mana tahu
jika ada sesiapa ingin beri anak pada aku. Boleh juga jadi peneman dan
pendorong semangat aku.
Tapi itu pun kalau ada rezekilah. Kalau tidak duduk sahaja
dengan housemates aku berdua tu yang belum aku nampak nak
berkahwinnya. Tiga orang gadis single.
Banyak juga aku fikirkan pasal dosa. Aku selalu ingatkan
diri sendiri supaya menjaga akhlak antara kami berdua. Dia juga aku ingatkan.
Ada batas-batas yang perlu kami jaga. Sedangkan ada keperluan yang kami mesti
penuhi. Terus-terang aku katakan payah. Kami sangat sukakan each other. Aku cakap pada Bunga. Aku sayang dia. Aku sayang juga agama aku.
Pagi tadi ketika masih dalam telekung dengan kejamnya aku
tanya Bunga.
“ Kau nak sayang aku macam ini berapa tahun lagi?”
Dia menjeling aku. Sambil Lalu dia cuba berlagak cool dengan
mendendang lagu Justin Bieber. What Do You Mean?
“Berapa tahun? Apa punya soalan? Kalau boleh biar
berpanjangan.”
Aku tahu hubungan ini melukakan hati famili kami. Itu antara
hal yang buat aku takut. Tapi aku mohon, Ya Allah. Kau jagalah hubungan kami
dengan keluarga sebaik mungkin.
Jika mereka tidak merestuinya sekalipun. Aku hormati itu dan
aku harap mereka hormati keputusan kami. Apapun.
PS: Selamat Hari Raya. Selamat pulang ke kampung.
Sunday, August 16, 2015
Bila ini Berlaku
Pagi Ahad. Sepatutnya aku dah mandi lalu menikmati secawan
Milo panas dengan dua keping roti. Tapi, nah… Itu belum berlaku.
Aku sedang menunggu rakan sepejabat memberi aku kerja yang
kami perlu selesaikannya bersama sebelum dateline hari esok. Aku masih
menunggu. Inilah rupanya menjadi seorang dewasa. Bekerja demi meneruskan
kelansungan hidup dan cita-cita.
Bila kamu seorang perempuan GAY, single, bekerjaya dan
berdikari seperti aku, sebenarnya untuk menjelaskan kepada semua yang kamu
adalah GAY, bukan perkara yang paling
penting.
Kadang-kala aku biarkan sahaja orang membuat andaian mereka
masing-masing. Kadang-kala aku merosakkan andaian orang dengan mengatakan aku
ada crush pada lelaki ini atau lelaki itu.
Macam mana nak kata ya. Ada kalanya sekarang aku memang suka
tengok lelaki yang baik, handsome, tinggi dan ada body figure yang kemas. Jadi
memang terkeluar di bibir aku.
“ Handsomenya mamat tu…”
Jadi apabila mendengarkan ini, maka rakan sepejabat aku
seronok sangat. Lalu aku lagilah sengaja menambah gossip itu dengan me ‘heart
eyes’ pada lelaki-lelaki itu. Sengaja aku get along dengan gossip tersebut.
Memang ada sesetengahnya yang aku rasakan kalau buat calon
suami memang bagus sangat, mak mesti suka, dan tak mustahil juga aku akan
jatuh suka. Tapi sebenarnya aku masih aku, masih GAY.
Hal GAY aku ini aku tak kisah sangat orang tahu atau tidak. Pandai-pandailah orang nak mengagaknya atau bertanya sendiri dengan aku. Aku peramah selalu.
Tapi memang ada kalanya mahu jerit, AKU GAY sekuat hati. Bila perkara-perkara
seperti ini berlaku:
Bila orang gossip aku dengan lelaki. OMG. KELAKAR.
Bila ada lelaki yang aku tak suka sibuk mengorat. Lelaki aku
suka aku senyum ajelah. Nak cinta semula payah tau.
Bila rakan sekerja mengatakan aku frust menonggeng, lelaki
yang aku kata aku crush itu sudah berpunya. OMG. Aku lesbianlah!
Bila mak atau abang paksa aku kahwin dan dia orang tak faham kenapa blind date yang di aturkan
untuk aku selalunya berakhir dengan aku berkawan sekejap sahaja dengan lelaki
itu. Oh emak, tak serasi mak. Padahal payah aku nak terima walaupun aku cuba
jugak.
Bila aku rapat dengan lelaki ini itu, orang cakap aku kaki
flirt. HAHAHA.
Bila orang tanya kenapa aku tak kahwin lagi. Nak aje aku
beritahu. Aku lesbian, kalau same sex marriage ini dibenarkan dalam ISLAM, dah
lama dah. Dah beranak pinak pun.
Bila aku teringin nak anak. Tapi aku selalu cakap aku nak
anak aje tapi tak nak LELAKI. Lalu semua orang mulai pening-pening kepala tak
faham.
Bila aku dengar orang make fun pasal lesbian. Sedangkan
hari-hari orang-orang yang sama puji aku baik dan sebagainya. Aku lesbian. Aku
baik. Aku terasa ya.
Bila orang paksa aku bersosial sana-sini berkenalan dengan
lelaki itu ini, sedangkan aku lebih suka melepak dengan adik-beradik aku dan
melayan anak-anak sedara. Aku malas nak keluar wei. Penat. Bila keluar sana
sini. Sepatunya aku suka dengan lelaki itu ini. Tapi tak. Aku tetap jatuh hati
dengan perempuan. Aku jumpa perempuan-perempuan yang baik. Aku boleh jadi sedih
bila kena sekerasnya melarang hati aku suka dengan perempuan. Di kehidupan yang
singkat ini. Masa itu nak aje aku cakap aku lesbian, aku sayangkan agama aku,
dan jangan kacau aku. Let me be single and happy.
Dan lain-lain masa sebenarnya aku happy sahaja, aku bersyukur
atas segala kurniaan Allah. Biarlah Dia sahaja menilai amalan aku ini.
Jadi perempuan GAY muslim di Malaysia. Diluah mati mak,
ditelan mati bapak. Kenapa aku tak cakap aje pada seluruh dunia yang aku GAY.? Jadi
seorang perempuan di Malaysia ini aje dah banyak ketakutan dan diskriminasi yang
kena diterima. Tambah lagi jadi perempuan GAY.
Penting untuk aku tidak melukakan hati seorang EMAK yang tak
punya satu gram emas pun sepanjang dia melahirkan aku. Ampun mak.
Jadi di sini aku menulis. Meluahkan rasa hati aku. Mungkin
rasa hati aku sama dengan rasa hati kamu. Bagi orang yang tidak merasai, inilah
dunia aku. Dunia kami. Dunia seorang perempuan GAY.
Lesbian bukan sekadar hal sex sahaja, you dirty mind! Sebut
aje lesbian lelaki gasang mula terbayang lesbian porn. Tampar karang!
PS: Yang lesbian, pengkid pun sama. Jangan nak memaksa kawan
lesbian kau yang alim tu pergi flirting dengan aweks sana sini. Itu bukan field
dia. Bila dia ajak kau dengar ceramah agama kau pun tahu nak lari kan!
Subscribe to:
Posts (Atom)