Sunday, August 16, 2015

Bila ini Berlaku

Pagi Ahad. Sepatutnya aku dah mandi lalu menikmati secawan Milo panas dengan dua keping roti. Tapi, nah… Itu belum berlaku.

Aku sedang menunggu rakan sepejabat memberi aku kerja yang kami perlu selesaikannya bersama sebelum dateline hari esok. Aku masih menunggu. Inilah rupanya menjadi seorang dewasa. Bekerja demi meneruskan kelansungan hidup dan cita-cita.

Bila kamu seorang perempuan GAY, single, bekerjaya dan berdikari seperti aku, sebenarnya untuk menjelaskan kepada semua yang kamu adalah GAY,  bukan perkara yang paling penting.

Kadang-kala aku biarkan sahaja orang membuat andaian mereka masing-masing. Kadang-kala aku merosakkan andaian orang dengan mengatakan aku ada crush pada lelaki ini atau lelaki itu.

Macam mana nak kata ya. Ada kalanya sekarang aku memang suka tengok lelaki yang baik, handsome, tinggi dan ada body figure yang kemas. Jadi memang terkeluar di bibir aku.

“ Handsomenya mamat tu…”

Jadi apabila mendengarkan ini, maka rakan sepejabat aku seronok sangat. Lalu aku lagilah sengaja menambah gossip itu dengan me ‘heart eyes’ pada lelaki-lelaki itu. Sengaja aku get along dengan gossip tersebut.

Memang ada sesetengahnya yang aku rasakan kalau buat calon suami memang bagus sangat, mak mesti suka, dan tak mustahil juga aku akan jatuh suka. Tapi sebenarnya aku masih aku, masih GAY.

Hal GAY aku ini aku tak kisah sangat orang tahu atau tidak. Pandai-pandailah orang nak mengagaknya atau bertanya sendiri dengan aku. Aku peramah selalu.

Tapi memang ada kalanya mahu jerit,  AKU GAY sekuat hati. Bila perkara-perkara seperti ini berlaku:

Bila orang gossip aku dengan lelaki. OMG. KELAKAR.

Bila ada lelaki yang aku tak suka sibuk mengorat. Lelaki aku suka aku senyum ajelah. Nak cinta semula payah tau.

Bila rakan sekerja mengatakan aku frust menonggeng, lelaki yang aku kata aku crush itu sudah berpunya. OMG. Aku lesbianlah!

Bila mak atau abang paksa aku kahwin dan dia orang  tak faham kenapa blind date yang di aturkan untuk aku selalunya berakhir dengan aku berkawan sekejap sahaja dengan lelaki itu. Oh emak, tak serasi mak. Padahal payah aku nak terima walaupun aku cuba jugak.

Bila aku rapat dengan lelaki ini itu, orang cakap aku kaki flirt. HAHAHA.

Bila orang tanya kenapa aku tak kahwin lagi. Nak aje aku beritahu. Aku lesbian, kalau same sex marriage ini dibenarkan dalam ISLAM, dah lama dah. Dah beranak pinak pun.

Bila aku teringin nak anak. Tapi aku selalu cakap aku nak anak aje tapi tak nak LELAKI. Lalu semua orang mulai pening-pening kepala tak faham.

Bila aku dengar orang make fun pasal lesbian. Sedangkan hari-hari orang-orang yang sama puji aku baik dan sebagainya. Aku lesbian. Aku baik. Aku terasa ya.

Bila orang paksa aku bersosial sana-sini berkenalan dengan lelaki itu ini, sedangkan aku lebih suka melepak dengan adik-beradik aku dan melayan anak-anak sedara. Aku malas nak keluar wei. Penat. Bila keluar sana sini. Sepatunya aku suka dengan lelaki itu ini. Tapi tak. Aku tetap jatuh hati dengan perempuan. Aku jumpa perempuan-perempuan yang baik. Aku boleh jadi sedih bila kena sekerasnya melarang hati aku suka dengan perempuan. Di kehidupan yang singkat ini. Masa itu nak aje aku cakap aku lesbian, aku sayangkan agama aku, dan jangan kacau aku. Let me be single and happy.

Dan lain-lain masa sebenarnya aku happy sahaja, aku bersyukur atas segala kurniaan Allah. Biarlah Dia sahaja menilai amalan aku ini.

Jadi perempuan GAY muslim di Malaysia. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Kenapa aku tak cakap aje pada seluruh dunia yang aku GAY.? Jadi seorang perempuan di Malaysia ini aje dah banyak ketakutan dan diskriminasi yang kena diterima. Tambah lagi jadi perempuan GAY.

Penting untuk aku tidak melukakan hati seorang EMAK yang tak punya satu gram emas pun sepanjang dia melahirkan aku. Ampun mak.

Jadi di sini aku menulis. Meluahkan rasa hati aku. Mungkin rasa hati aku sama dengan rasa hati kamu. Bagi orang yang tidak merasai, inilah dunia aku. Dunia kami. Dunia seorang perempuan GAY.
 
Lesbian bukan sekadar hal sex sahaja, you dirty mind! Sebut aje lesbian lelaki gasang mula terbayang lesbian porn. Tampar karang!


PS: Yang lesbian, pengkid pun sama. Jangan nak memaksa kawan lesbian kau yang alim tu pergi flirting dengan aweks sana sini. Itu bukan field dia. Bila dia ajak kau dengar ceramah agama kau pun tahu nak lari kan!

9 comments:

  1. hang in there jo. i respect your choices, and most importantly, those are the things that make you happy within the confines of your beliefs.

    I'm just sad that it causes you grief while restraining your attractions to other women. it's not fair, for that reason.

    ReplyDelete
  2. TQ Zhu.
    Memang menyakitkan hati bila kita telan aje perasaan kita. Tapi itulah yang menguatkan diri ini.
    Tabik untuk mana-mana orang yg berani pegang tangan dan berjuang bersama pasangan masing2.

    ReplyDelete
  3. Salam Jo,

    Your straight friends tau tak yang Jo gay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan yg Jo mula berkawan dalam 5/6 tahun lepas mmg kebanyakkannya tak tahu.
      Kawan sekolah/universiti separuh tahu, separuh lagi in denail kot. Hahaha.
      Kawan ya Jo kawan lepas aje universiti dan masa tu Jo all out. Mmg tahu sangat2.
      My famili...separuh tahu. Separuh tak sure. Separuh lagi tahu tapi buat2 tak tahu. Anak2 sedara yg kecik2 tu belum faham lagi.

      Delete
    2. Macam mana penerimaan diorg ek? SS till sembunyikan & rahsiakan from my family and friends. I didn't tell them anything and coverina. Cuma ade sorang kawan from universiti je boleh detect coz she's PLU too. Tu pon based on my tweets. Paling tak sanggup nak melukakan hati mak ayah, diorg percaya anak diorg ni. Dan Nabi pon tak mengaku umat, Allahu.. :(

      Delete
    3. Ada yg boleh terima. Ada yg tak nak kawan terus. Ada yg pura2.
      Iyelah kita mana boleh nak halang penerimaan org. Lagi2lah hal camnikan.
      Bagus taknak lukakan hati makpak. Dlm masa yg sama sembunyikan identiti sndr. Sedih.
      Mengaku GAY dlm.keadaan kita single atau ada pasangan lain pula cara penerimaannya.
      Ramai juga akan cuba ubah kita secara pelahan atau paksa. Terpulang pada kemahuan kita.
      Apapun jgn cuba melakukan sesuatu yg buat diri stress dan membahayakan diri. Itu lagi Allah tak suka.

      Delete
    4. Thanks Jo, InsyaAllah..

      Delete
  4. Jo, I'm so proud of u. For u to think abt ur mom- suci hati gile sebenarnye, dan payah nak dibuat.

    Hidup ni smuanya pasal pilihan, yes, betul- some of us tak memilih utk suka sesama jenis etc, bt we can choose whether to act/ not to act on that feeling.

    Dan betul, kalau ianya sesuatu yg dibolehkah- halal dn toyyiban, it would not be a problem kan? Tp apelah guna hidup di dunia ini unless to be constantly tested..

    I've a fren like u, yg choose utk restrain diri dia, bila ditanya mengapa tak juz go on wif her emotion, her desire, her "nature" (sbb perempuan stret yg suka kat dia tu suka dia balik), her answer was like dis: "I'm not choosing btw her or other people, but I've to choose btw her or God, and when it comes to God, no one and nobody- could ever win that battle except Him, plus I love her so much here and hereafter so I dun wanna be the said person who dragging her to hell" (ayat lbh kurang camtu..hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ini buat aku nangis sambil makan aiskrim.

      Delete

Followers