Aku tidak tahu jika blog ini boleh menjadi ruang yang selamat untuk aku menulis.
Tapi semalam, bila aku dengar kata seorang penulis. Tulis lah. Jika kau mahu menulis maka tulis lah.
Seseorang juga pernah berkata yang menulis juga boleh menjadi satu bentuk saluran terapi diri. Aku tidak tahu kemana aku mahu terapi diri aku. Di sini mungkin. Ruang. Sebuah ruang.
Oleh kerana aku ini orangnya selalu sendiri walaupun dalam suasana yang ramai. Merupakan seorang yang tidak tahu, juga tidak berapa sukakan perhatian. Maka memang diri ini telah terabai. Dari dulu aku sendiri-sendiri mencari keselesaan diri. Tidak perlu aku salahkan sesiapa kerana hakikat hidup aku memang begitu. Sendiri dan sepi.
Pengabaian demi pengabaian ini sedikit sebanyak membentuk aku menjadi orang yang rasa perlu bertanggungjawab penuh atas apa saja yang berlaku. Automatik rasa MESTI bertanggungjawab. Hal ini buat aku lebih serius dan garang.
Aku penat menjadi garang dan serius. Aku tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk respon atas kebodohan sifat pentingkan diri orang lain. Bila aku biarkan, maka kesesatan yang nyata berlaku di depan aku. Bila aku serius, aku nampak kalut dan menyakiti orang lain.
Tanggungjawab itu sangat penat. Aku nampak kalut, garang, jahat, terlalu sensitif di mata orang.
Tapi kadangkala aku nampak bertanggungjawab tapi aku rasa aku tak bertanggungjawab pun. Aku rasa tak cukup. Selalu tak cukup. Aku kena lagi bertanggungjawab. Lebih lagi. Setiap masa sehingga aku rasa penat.
Aku rasa bertanggungjawab untuk baiki diri aku lebih baik. Aku bencikan pengabaian sehingga aku rasa semua pun tanggungjawab aku dan aku melukakan diri orang lain dengan perbuatan aku ini.
Setakat ini itulah yang aku mahu kata dan tulis.
Semoga blog ini boleh kembali menjadi ruang selamat untuk aku sekali lagi.
lukisan lawa. hahaha. ada ambil tempahan? jika ya, berapa harga nya?
ReplyDelete