Wednesday, June 12, 2013

Ciuman Pertama dan lain-lain...

Miang betul tajuk post kali ini. Tapi aku kena akur, aku kadang-kala miang.

Aku tidak pernah cium lelaki bukan muhrim. Laga pipi dulu ada, tapi dengan lelaki lembut sahaja. Jadi jelas di sini ciuman pertama aku adalah dengan anak dara orang.

Masa itu aku baru aje tingkatan empat. Anak dara orang itu pula adalah girlfriend pertama aku Syakilla. Dia pulak baru aje tingkatan dua. Andai aku dan Syakilla berdiri sebelah menyebelah orang tetap akan mengatakan aku baru aje tingkatan satu. Aku kecik molek. Syakilla tinggi, macam dah tingkatan lima.

Ciuman pertama aku macam ciuman drama Korea. Plain aje. Jangan korang bayangkan macam ciuman Megan fox dengan Amanda Seyfried pulak. I wish...Duh!

Manalah budak tingkatan empat macam aku ni tahu nak cium orang. Aku yang cium Syakilla dulu. Dia tak tolak, melawan pun tidak. Aku boleh dengar degup jantung dia. Sama macam dia boleh rasa tangan aku menggeletar.

Ciuman kedua pula berlansung selepas 10 minit selepas ciuman pertama. Gara-gara tak puas hati dengan ciuman pertama. Miang di situ.

Ciuman terakhir aku, dengan Honey. Masa itu kami dah putus pun. Lebih kurang dua bulan lepas putus dia datang cari aku, mungkin nak tahu hati dia sendiri. Aku cium dia. Sebab nak tau hati dia. Dia tak balas, melawan pun tidak. Sangat kering dan kosong. Aku dapat rasa jiwa itu bukan aku yang punya lagi.

Bertahun-tahun selepas itu, ada aje aku cium orang, hanya di pipi. Ada jugak sampai hampir nak terlajak-lajak, sebab ada yang merelakan. Tapi entah, tak pernah boleh. Mungkin Honey dah sumpah, ciuman terakhir itu hanya milik dia agaknya. Macam cerita dongenglah konon. Mungkin juga hati miang aku nak, tapi badan dan jiwa aku kata tidak mahu. Atau perempuan yang aku hampir terlajak itu, mak dia dah letak pendinding. Misteri betul.

Entah siapalah yang akan jadi only exception itu ya. Ngeri pulak aku nak memikirkan.

Kadang-kala aku rasa aku dah lupa macam-mana nak cium. Hah!…What?

Dan kamu tu, jangan nak pergi testing cium siapa-siapa pulak lepas ni. Bawa bertenang dan baca komik. Cium emak sudah. Sekian.

Wednesday, May 29, 2013

Teori Mata

Beberapa hari itu, aku kena bekerja dengan seorang pondan. Muda lagi. Awal 20an. Muka lawa. Dada timbul macam dada anak dara. Bila aku tanya ada makan apa-apa nak bagi timbul tu, katanya semulajadi. Oh yeah!

Namanya Ed. Semua mata jantan duk pandang dia atas bawah. Kalau dia menonggeng angkat barang, nampak spender pink. Apa lagi… Bersiul para jantan. Macam-macam gelaran jantan-jantan ni jerit. Manggislah. Jambu mudalah. 

Aku pulak yang rasa nak marah jantan-jantan ni. Tapi aku tengok Ed cool aje. Riang-ria muka dia. Makin lentik lenggok dia. Suka agaknya. Aku buat andaian sendiri.

Bukan setakat itu aje, ada mamat India yang mintak nombor telifon si Ed. Hebat. Tapi tak dapat. Ed tak bagi. Aku yang memang halimunan ni bertambah halimunan bila jalan dengan Ed.

Lalu aku tanya.

Jo : Bang! Macam mana kau goda lelaki? Ajarkan aku.

Ed : Eh… Mana ada goda. Tak adalah (Ed tersipu-sipu konon)

Jo : Habis tu, kenapa semua lelaki tengok kau aje. Apa kau buat?

Ed : Iye ke? Hahaha! Perkara asasnya, bila kau tengok diaorang. Tengok tepat kat mata, tapi kejap aje. Eye contact tu penting. Lepas tu jeling sikit. Dah cukup. Lelaki ni, dia akan cemas kalau di buat macam tu.

Lepas tu aku ikut Ed lagi. Tengok dia buat. Cis! Menjadi. Mat saleh, Benggali, Cina, India, Melayu, yang kacak, yang kurang kacak. Semuanya sengih-sengih pada Ed. Aku tak tahulah sengih tu meluat atau miang keladi.


Lepas tu aku test teori Ed kat Ed. Tau dia takut dengan aku.

Sunday, May 26, 2013

Pelakon Pilihan

Aku baru sahaja beli dan makan biskut yang anak-anak sedara aku selalu makan. Oh, rindu diaorang.

Baru-baru ini aku jadi agak annoying dengan seorang rakan pejabat. Dia suka sangat cerita tentang boyfriend dia. Pantang borak. Mesti nak diselitkan dengan cerita tentang boyfriend dia. Ya ampun. Macamlah boyfriend dia tu segala-galanya. Aku muak.

Lepas itu baru aku sedar yang aku juga annoying orangnya. Aku selalu cerita tentang anak-anak sedara, adik-beradik dan Kak Jen. Macamlah famili aku segala-galanya. Mesti rakan pejabat aku naik muak.

Tapi ya, memang benar. Famili aku adalah segalanya. Post kali ini memang untuk annoyingkan semua. Judge me.

Di sebalik kisah-kisah aku, aku normal aje. Aku adalah kakak yang punya lima orang adik. Andai kata cerita kisah hidup aku difilemkan, ( yang mana ianya tidak akan berlaku ) aku dah ada pelakon untuk bawa watak adik-adik aku ini.

Kak Jen tak payah disebut, sebab awal-awal lagi, semua orang tahu, Sharifah Amani sahaja yang layak bawa watak Kak Jen.

Adik bawah aku. Joni. Seorang duda muda. Aku pilih Nicholas Saputra. Potongan rambutnya kena ubah. Pendek. Cengkung sikit, mesti ada misai nipis. Pakai rantai dan bangle silver. Ala mat rempit tapi yang suka bergaya. Baran 24 jam.

Adik seterusnya, Juli. Cikgu sekolah. Anak dah dua. Aku pilih Agnes Monica. Perfect. Tak payah tambah tolak apa-apa lagi.

Untuk si Jiji. Kena import pelakon Hong Kong, Shu Qi masa muda. Nak bagi real, bibir Shu Qi patut kena ditumbuk dua kali. Supaya nampak lebih bengkak. Shu Qi  versi Jiji kena tutup aurat 24 jam.

Jaha... Seorang cikgu sandaran. Watak dia kita bagi kat Remy Ishak yang belum akil baligh. Ada jerawat P. Ramlee. Gaya pula kena selekeh sikit. Macam gaya penoreh getah.

Akhir sekali adik bongsu aku si Jasmin, aku pilih Amala Paul. Pelakon tamil. Cuma mata dia kena sepet sikit dan kena tambah jerawat batu dua kilo kat muka.

Untuk watak aku, carilah mana-mana pelakon korea yang hot. Hahaha.

Merepek.

PS : Menurut adik-beradik, hanya Asmidar sahaja yang layak pegang watak aku. Kurang asam. Muka aku tak samalah dengan Asmidar. Mana ada!!!





Thursday, May 9, 2013

Ada Apa dengan OTAI-KIM

Di manakah korang beli barang runcit? Yang masih ditanggung emak bapak tolong jangan jawab.
Biasanya aku  akan beli kat kedat runcit area rumah sahaja. Kalau ke pasar raya besar pula dengan tujuan lain. Contohnya cuci mata tengok perkakasan rumah atau barang elektik. Tidak lupa juga cuci mata tengok orang.
Bukannya apa, kalau mula beli barang kat pasar raya besar ni mulalah nak borong sakan. Niat asal nak beli setin sardin , tiba-tiba… Coklat, susu kotak, nugget, seluar dalam, sandal, pewangi kereta, tisu, majalah, DVD dan itu ini yang tidak diperlukan penuh dalam troli. Tup…tup RM200 melayang. Duit aku, mestilah aku kena jimat.
Kalau di rumah sewa Kak Jen, rajin juga aku temankan Kak Jen atau adik beli barang runcit. Ada beberapa tempat kegemaran mereka, antaranya ialah pasar raya Ong Tai Kim, lidah melayu aku panggil OTAI-KIM aje. Bila aku borak dengan beberapa rakan aku pasal OTAI-KIM ni, ramai yang tahu. Memang popular.
Harga barangan kat OTAI-KIM kira oklah. Sayur, ikan, ayam dan barang runcit dapur memang senang nak dapat kat situ. Tak kiralah kalau masa musim perayaan atau hari biasa, penuh sesak dengan orang ramai. Kalau kau jenis biasa beli kat Tesco, Giant yang ada aircond memang akan kena kejutan budaya bila masuk OTAI-KIM. Sesiapa yang biasa beli barang kat Cold Storage lagilah aku tak galakkan masuk OTAI-KIM. SESAK dan tidak selesa.
Satu hari Kak Jen ajak aku beli barang runcit kat OTAI-KIM. Orang ramai. Nak jalan pun susah. Mujurlah aku dan Kak Jen dah biasa menyelit.
“ Apalah yang special sangat OTAI-KIM sampai semua orang sanggup bersesak-sesak. Banyak lagi tempat murah rasanya kat KL ni.” Aku bisik pada Kak Jen.
“ Nanti kau tahulah apa specialnya.” Kak Jen jawab acuh tak acuh. Malas nak layan aku.
Aku beratur kat tempat timbang. Kak Jen pula sibuk pilih lagi barang dan pass dekat aku yang tengah beratur tu. Memang itu tricknya kalau nak cepat. Makcik tukang timbang tu pulak memang pantas. Aku yakin dia memang dah hafal setiap gram barang yang kena timbang.
Dalam sesak dan tidak selesa itu aku nampak sesusuk tubuh. Fulamak! Iye ke? Cepat-cepat aku tarik Kak Jen yang sibuk pilih ice-cream.
“ Kak Jen… Kau nampak tak tu?” Aku tunjuk.
“ Hah! Mana? Apa?” Mata rabun Kak Jen melilau.
“ Tu dia, Faizal Hussien.” Aku tunjuk lagi.
“ Hah… Kan aku dah cakap OTAI-KIM ni special. Faizal Hussien pun ada.” Kak Jen dah kembang hidung, bangga konon Faizal Hussien beli barang kat tempat dia beli barang.
“ Memang iya, memang special.” Jawab aku.
Aku perhati Faizal Hussien, ada beberapa perempuan dengan dia. Isteri dan anak-anak agaknya. Pilih ikan. Sempoi aje. Aku perhati sekeliling pulak. Orang lain cool aje, tak ada siapa nak hairan kat Faizal Hussien pun.
OTAI-KIM. Harga OK. Sesak. Parking susah. Service timbang dan cashier cekap. Faizal Hussien beli ikan kat situ.
PS: Tulisan ini tidak ditaja oleh pasar raya Ong Tai Kim.

Tuesday, May 7, 2013

Balik Mengundi


Aku kena kerja luar pejabat. Seminggu lebih. Pagi-pagi buta dah keluar, sampai tengah malam.

Maka pagi 5 Mei 2013 itu, dengan mata sedikit mengantuk, berbekalkan roti berinti kacang dan sebotol coca-cola, aku memandu bersendirian dari Bandar P untuk pulang ke kampung. Balik mengundi.

Jalan clear. Tenang aje. Aku memandu dengan kelajuan sederhana. Lebih kurang 20 km hendak sampai, emak telifon. Tanya bila nak sampai. Nak mengundi bersama. Lalu aku pecut sikit Viva 850 aku itu. Bergoyang sterengnya.

Sampai aje di rumah, aku lihat Kak Jen dan adik bongsu sedang tertonggeng-tonggeng memeriksa tayar kereta Kak Jen. Aku tidak dipedulikan. Berlagak. Mentang-mentang kereta itu baru cat dan pasang speaker baru.

Mak dan salah seorang adik perempuan aku masing-masing sudah siap dengan bergaya.

“Ini nak pergi kenduri ke nak mengundi?” Sengaja aku berlawak.

“ Eh, mestilah nak lawa-lawa. Nak ngundi kan. ” Jawab adik aku. Tak relevan lansung.

“ Habis tu nak kena undi siapa ni… Adoi. Aku tak tahu apa-apa ni.” Aku menerangkan kekusutan di kepala.

“ Macam ni. Biar mak sorang aje undi kerajaan. Korang semua biar undi pembangkang.” Aku pandang emak sambil terkebil-kebil. Uish! Lain macam idea mak aku ni.

“ Jomlah. Nanti lambat. Jangan pakai topi tu. Pergi pakai tudung cepat!” Mak menegur aku yang masih berlawak dengan Kak Jen. Aku mengangguk. Malas nak lawan cakap mak.

Adik bongsu datang dengan tudung awning warna hitam. Cepat-cepat aku sarung kat kepala. Memang tak kena. Macam mak cik-mak cik. Lalu aku buka balik.

“ Tak payah pakailah ye mak. Lagipun semua tahu dah orang macam ni. Biarlah sape-sape nak cakap.” Aku buat alasan.

“ Macam orang lelaki pulak.” Mak sikit membebel.

“ Alah, semua tahulah Jo ni pompuan.” Aku gelak. Mak senget muka. Protes. Tapi malas nak bising. Aku segera capai beanie hat.

“ Macam ni ok?” Aku tunjuk kat mak.

“ Oklah macam tu mak…” Kak Jen pulak pujuk mak.

“ Tak cukup lagi. Ok. Orang pakai sweater.” Aku sarung hoodies pulak. Dah macam orang nak pergi snowboarding aje rupanya.

“ Ikutlah. Tapi panas tu.” Mak aku dah gelak.

Segera aku memandu ke pusat pengundian yang terletak di sekolah. Sekolah tu dekat aje dengan rumah sebenarnya.

Suasana pusat pengundian damai. Tak ada kekecohan.

Lepas mendaftar. Mak ke saluran satu. Aku dan adik perempuan ke saluran tiga. barisan saluran tiga agak panjang. Matahari pulak mula tegak di kepala. Aku biarkan adik aku berborak dalam barisan dengan kawannya. Manakala aku pulak pergi check mak di saluran satu. Mak duduk atas kerusi. Barisan saluran satu tidak terlalu panjang. Rata-ratanya orang tua yang dah tak larat. Jadi mereka menunggu di kerusi.

“ Mak tak nak beratur? Nanti lambat, orang tinggal.” Aku berseloroh.

“ Tak apalah…Kejap lagi kuranglah orang ni.” Mak aku jawab selamba.

“ Kalau nak, kau beratur untuk mak.” Mak sengih-sengih pandang aku lagi. Mak genius.

“ Iyelah.” Aku angguk. Segera aku masuk beratur di antara pak cik, mak cik sebaya mak aku itu.

Aku perasan, jiran sebelah rumah aku turut beratur untuk mak dia. Jiran aku ni sebaya aku jugak. Sempat kami berborak sikit. Lama tak jumpa.

Sedang asyik melihat gelagat orang tua yang macam-macam ragam, seorang petugas SPR menghampiri aku.

“ Awak ni dah salah saluran ni. Awak patutnya saluran tiga.” Dia menegur.

“ Saya beratur untuk emak.” Aku menjelaskan sambil tunjuk pada mak.

Bila barisan emak makin dekat. Barulah emak lengang-lenggok masuk barisan.

Aku masuk semula barisan, depan adik. Barisan kami masih panjang.

Emak dah siap. Emak cakap nak balik dulu. Aku suruh mak drive kereta. Manalah dia tahu. Memang kurang asam lawak aku.

Lama lepas itu baru sampai giliran aku dan adik.

Setelah petugas mengecat telunjuk kiri dengan dakwat kekal. Aku diberi dua kertas undi. Satu untuk adun. Satu lagi untuk parlimen.

Dalam kotak mengundi. Aku masih lagi tidak pasti siapa yang aku harus undi. Aku tidak mengenali pun mana-mana calon ini. Yang aku kenal hanya parti. Satu parti yang aku selalu dengar tentang korupsinya. Satu lagi parti yang selalu dengar tentang fanatik pengikutnya. Ah! Mana satu. Misi asal adalah untuk merosakkan undi.

Rosak. Tidak. Rosak. Tidak.

Baca bismillah. Pangkah. Satu. Dua.

Doa dalam hati moga calon yang aku pangkah jujur berkhidmat.

Balik rumah, Kak Jen masih dengan kereta dia. Adik lelaki, si duda yang selalu pokai tu bising-bising sebab dia tak dapat duit minyak balik mengundi. Jaha cool aje. Dah jadi cikgu sementara ni gaji banyak agaknya. Aku pulak balik mengundi memang tak fikir nak harap dapat duit minyak kereta. Lantaklah.

Mak dan adik bongsu hidang lauk ketam. Semua orang makan nasi tambah 3 kali.

PS: Kak Jen tak mengundi. Pasal tak daftar. Dia ingatkan hari ini daftar esok boleh mengundi. Cilako. Patut kena buang daerah orang macam Kak Jen ni.

Saturday, April 20, 2013

Menghargai Ketawa



Kalau ada orang tanya, muka Honey tu macam mana?

Air muka dia macam Rashida Jones.

Aku selalu berlawak dan selalu jadi badut untuk emak. Senyum emak rasanya sejuk.

Walaupun begitu, aku jarang tengok rancangan lawak contohnya macam Raja Lawak, Maharaja Lawak, Senario dan sewaktu dengannya. Kalau sesetengah TV series tu ada unsur lawak, aku layan aje.

Setiap kali housemate aku Anis bukak TV, rancangan lawak. Aku pasti akan pergi lepak dalam bilik. Lama-lama dia tahu aku memang tak layan. Dia agak pelik kenapalah aku tak layan. Aku jawab, aku suka aje cerita lawak, tapi aku tak nak layan. TAK NAK bukan TAK SUKA.

Teori aku pasal lawak, andai aku banyak sangat tonton rancangan lawak, maka lawak aku makin lama makin tidak ori. Hambar dan ada kemungkinan aku akan terpengaruh dengan lawak dalam rancangan lawak tersebut, lalu jadilah aku seorang yang loser.

Aku ambik serius tentang lawak. *Perkataan ni selalu buat Fifi rasa nak muntah*

Masa dengan Honey dulu, dia cepat ketawa. Cara aku naik escalator pun dia boleh gelak. Sedangkan sama aje caranya macam orang lain. Kalau aku cakap sesuatu dia mesti ketawa. Kami borak setiap hari, tentang bahasa, ikan, sejarah dan warna. Tentang rabun, bra, kasut dan nutella. Tentang lama, tentang baru.

Pesan Honey, jangan sesekali lakukan apa yang aku dah lakukan pada ex girlfriends aku pada dia. Jadi, dia tak mahu cincin, sebab aku pernah bagi cincin pada Preity. Dia juga tak mahu pantun sama yang aku pernah bagi  Syakilla. Aku tak boleh buat benda yang sama. Aku juga perlu jujur. Bayangkan macam mana aku cuba nak keep her interested. Cabaran dan kesedaran.

Aku tiada apa-apa. Tiada kaya. Tiada rupa. Aku suka orang ketawa. Kadang kala aku suka dengar orang gelak dengan lawak aku sambil cakap aku bongok. Iye. Aku anggap itu pujian.






                                    Rashida Jones : Jo...Jangan nak perasan boleh tak?

Monday, April 1, 2013

Mencari Soalan


Mampu ke aku menulis dalam keadaan tak ada idea? Mari cuba.

Petang tadi aku merayau ke mall dengan seorang kawan perempuan, merangkap officemate dan kawan borak tentang kpop dan hal-hal keduniaan yang lain. Kita namakan sahaja dia Fifi. Bekas pelajar sekolah agama tapi amat sempoi orangnya. Sedikit chubby. Fifi masih single tetapi ada menyimpan perasaan pada seorang jejaka.

Aku selalu rasa Fifi dan kawan office lain macam tahu yang aku ini seorang lesbian. Dalam masa yang sama aku tak rasa pulak dia orang tahu. Iyelah, aku manalah ada girlfriend sekarang. Malah pernah ada boyfriend, si Naruto tu. Lagipun setiap kali ada lelaki yang agak kacak di office, secara automatik aku sendiri akan menggosipkan diri aku dengan mereka. Walaupun aku pasti yang lelaki kacak di office sama sekali tidak tergoda pada aku. Lantaklah.

Aku tak mahu kawan office tahu sebenarnya. Sebab aku ada pengalaman buruk bila berterus-terang. Orang akan layan aku lain. Perempuan akan layan aku lain, lelaki juga akan layan aku lain. Tapi kadang-kala jauh dalam hati, bila dah kamceng macam aku dan Fifi ini, aku harap dan teringin dia tahu. Aku harap dia terima aku seadanya.

Maka berbalik pada cerita petang tadi, lalu aku ada  membuat sedikit percubaan untuk mengkantoikan diri aku sendiri pada Fifi.

Masa itu Fifi dan aku singgah di sebuah kedai gadget untuk bertanyakan tentang handphone Fifi yang selalu jammed. Salah seorang staffnya adalah seorang amoi berambut hitam lebat macam rambut Zhao Wei dalam cerita Painted Skin. Jarang aku tengok amoi rambut hitam macam ini. Selalunya mesti dah  highlights. Aku cuba melemparkan sedikit senyum. Amoi itu buat dek sahaja. Oh, baiklah…

Sedang Fifi berbincang tentang handphone dia, aku mula beraksi. Aku cuba masukkan pamphlet galaxy camera yang aku pegang ke dalam bekas air di atas meja kaca depan amoi itu. Aku tahu bekas air itu gunanya untuk staff menguji handphone jenis kalis air, sengaja aku nak tengok apa respon amoi tu.

“ Air tu bukan untuk masukkan kertaslah.” Tegur amoi itu dengan bahasa Melayu yang sedikit pelat. Aku pulak buat muka selamba, muka mencabar. Umpan dah kena.

“ Air ni guna buat masuk handphone.” Terang si amoi lagi.

“ Eh! Janganlah masuk handphone dalam air.” Aku buat muka macam risau. Ini semua berlakon.

Maka, apabila melihat muka risau aku, dia segera masukkan handphone yang tergantung di leher dia dalam bekas air itu. Aku pula segera buat muka jangan. Muka tidak. Fifi di sebelah tengah tahan gelak dengan gelagat aku, sebab dia tahu yang aku tahu pasal handphone kalis air. Kami baru sahaja bincangkan hal itu. Amoi tu dah gelakkan aku. Comel.

Seorang lagi staff, amoi berambut highlights memberi kami borang survey tentang produk mereka. Fifi cepat-cepat mengisinya. Aku pula menolak sambil menayang Nokia cikai milik aku.

Amoi rambut highlights terus cakap.

“ Alah, you pun mesti tahu pasal produk kami juga. Tulis sahaja.”

“ No. Tak mahu. Nanti kalau saya isi, you punya kawan ni ambik pula nombor telifon saya.” Aku dah gelak sambil tunjuk amoi rambut hitam itu.

“ Baguslah macam tu, boleh kawan-kawan kan .” Amoi rambut highlights sengaja menggalakan lagi. Dia gelakkan amoi rambut hitam.

“ You ni perasan kan?” Amoi rambut hitam berkata sambil menyengetkan mulut, geram dengan aku agaknya.

“ Sikitlah…” Aku tambah lagi geram dia sambil buat muka seksi.

Kami tinggalkan amoi-amoi tadi selepas itu. Aku pula sengaja highlight ayat menggatal dengan amoi tadi pada Fifi, beberapa kali. Masih cuba kantoikan diri. Fifi selamba. SELAMBA. Dia tak nak tanya aku ke? Dia tak nak tanya aku kenapa aku suka usik girls. Kenapa aku selamba je flirting dengan girls.

Sebab aku nak sangat jawab.

“ Fifi… Sebenarnya aku pernah suka girl lebih dari aku suka lelaki. Aku masih lagi ada perasaan itu sekarang. Aku masih sedang belajar mengatasinya.”

Mungkin satu hari dia akan tanya. Tapi, pada masa itu, adalah aku akan jawab? 

Followers