Thursday, May 9, 2013

Ada Apa dengan OTAI-KIM

Di manakah korang beli barang runcit? Yang masih ditanggung emak bapak tolong jangan jawab.
Biasanya aku  akan beli kat kedat runcit area rumah sahaja. Kalau ke pasar raya besar pula dengan tujuan lain. Contohnya cuci mata tengok perkakasan rumah atau barang elektik. Tidak lupa juga cuci mata tengok orang.
Bukannya apa, kalau mula beli barang kat pasar raya besar ni mulalah nak borong sakan. Niat asal nak beli setin sardin , tiba-tiba… Coklat, susu kotak, nugget, seluar dalam, sandal, pewangi kereta, tisu, majalah, DVD dan itu ini yang tidak diperlukan penuh dalam troli. Tup…tup RM200 melayang. Duit aku, mestilah aku kena jimat.
Kalau di rumah sewa Kak Jen, rajin juga aku temankan Kak Jen atau adik beli barang runcit. Ada beberapa tempat kegemaran mereka, antaranya ialah pasar raya Ong Tai Kim, lidah melayu aku panggil OTAI-KIM aje. Bila aku borak dengan beberapa rakan aku pasal OTAI-KIM ni, ramai yang tahu. Memang popular.
Harga barangan kat OTAI-KIM kira oklah. Sayur, ikan, ayam dan barang runcit dapur memang senang nak dapat kat situ. Tak kiralah kalau masa musim perayaan atau hari biasa, penuh sesak dengan orang ramai. Kalau kau jenis biasa beli kat Tesco, Giant yang ada aircond memang akan kena kejutan budaya bila masuk OTAI-KIM. Sesiapa yang biasa beli barang kat Cold Storage lagilah aku tak galakkan masuk OTAI-KIM. SESAK dan tidak selesa.
Satu hari Kak Jen ajak aku beli barang runcit kat OTAI-KIM. Orang ramai. Nak jalan pun susah. Mujurlah aku dan Kak Jen dah biasa menyelit.
“ Apalah yang special sangat OTAI-KIM sampai semua orang sanggup bersesak-sesak. Banyak lagi tempat murah rasanya kat KL ni.” Aku bisik pada Kak Jen.
“ Nanti kau tahulah apa specialnya.” Kak Jen jawab acuh tak acuh. Malas nak layan aku.
Aku beratur kat tempat timbang. Kak Jen pula sibuk pilih lagi barang dan pass dekat aku yang tengah beratur tu. Memang itu tricknya kalau nak cepat. Makcik tukang timbang tu pulak memang pantas. Aku yakin dia memang dah hafal setiap gram barang yang kena timbang.
Dalam sesak dan tidak selesa itu aku nampak sesusuk tubuh. Fulamak! Iye ke? Cepat-cepat aku tarik Kak Jen yang sibuk pilih ice-cream.
“ Kak Jen… Kau nampak tak tu?” Aku tunjuk.
“ Hah! Mana? Apa?” Mata rabun Kak Jen melilau.
“ Tu dia, Faizal Hussien.” Aku tunjuk lagi.
“ Hah… Kan aku dah cakap OTAI-KIM ni special. Faizal Hussien pun ada.” Kak Jen dah kembang hidung, bangga konon Faizal Hussien beli barang kat tempat dia beli barang.
“ Memang iya, memang special.” Jawab aku.
Aku perhati Faizal Hussien, ada beberapa perempuan dengan dia. Isteri dan anak-anak agaknya. Pilih ikan. Sempoi aje. Aku perhati sekeliling pulak. Orang lain cool aje, tak ada siapa nak hairan kat Faizal Hussien pun.
OTAI-KIM. Harga OK. Sesak. Parking susah. Service timbang dan cashier cekap. Faizal Hussien beli ikan kat situ.
PS: Tulisan ini tidak ditaja oleh pasar raya Ong Tai Kim.

9 comments:

  1. hari tu i shopping sna terjumpe angelina jolie

    ReplyDelete
  2. kalau dh tmpt tu jual brg murah, sapa x nak shopping kat situ..kalau aku pn akn shopping kat situ..lbih baik jimat dr pegi tmpt mhl2, tp brg sm jer..

    ReplyDelete
  3. Haha, tak sangka Kak Jen shopping OTK,. XD
    Kalau dalam family aku, kiteorang akan panggil 'TEKIN' je, lagi senang lidah menyebut ;)
    Paling takleh blah kalau datang pagi weekends, bersesak-sesak memilih barang dalam tempat yang tak berapa nak besar tu, haha ^_^

    ReplyDelete
  4. murah dan jimat. ok what. lagi bile idup bujang..mmg berbaloi baloi baloi dan baloi

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Jo. I spent almost one day (today) comparing ur entries wif a novelist which I just finished reading her novel 3 days b4. Ur skillz impressive! Bukan puji, tp kenyataan. N dai syak yg jo ni adalah org yg sama ngan writer tu. But I won't mention the name here. Sebab beliau pun pkai nama pena yg ala2 unisex. Untraceable gender. Well, I hope to read more from u. -silent reader- dai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Jo ada tulis novel, coming of age novel...Nipis aje. Dah jual kat pasaran pun. Kolobrasi dgn beberapa org, bukan pure Jo punya dan Jo tak ambik untung apa pun. Kalau ada novel by individu tu bukan Jo punya. Mungkin gaya bahasa kami ada persamaan... TQVM kerana membaca dan menyokong. Yeah! Bersemangat!

      Delete

Followers