Beberapa hari itu, aku kena bekerja dengan seorang pondan. Muda
lagi. Awal 20an. Muka lawa. Dada timbul macam dada anak dara. Bila aku tanya
ada makan apa-apa nak bagi timbul tu, katanya semulajadi. Oh yeah!
Namanya Ed. Semua mata jantan duk pandang dia atas bawah.
Kalau dia menonggeng angkat barang, nampak spender pink. Apa lagi… Bersiul para
jantan. Macam-macam gelaran jantan-jantan ni jerit. Manggislah. Jambu mudalah.
Aku pulak yang rasa nak marah jantan-jantan ni. Tapi aku tengok Ed
cool aje. Riang-ria muka dia. Makin lentik lenggok dia. Suka agaknya. Aku buat
andaian sendiri.
Bukan setakat itu aje, ada mamat India yang mintak nombor
telifon si Ed. Hebat. Tapi tak dapat. Ed tak bagi. Aku yang memang halimunan ni
bertambah halimunan bila jalan dengan Ed.
Lalu aku tanya.
Jo : Bang! Macam mana kau goda lelaki? Ajarkan aku.
Ed : Eh… Mana ada goda. Tak adalah (Ed tersipu-sipu konon)
Jo : Habis tu, kenapa semua lelaki tengok kau aje. Apa kau
buat?
Ed : Iye ke? Hahaha! Perkara asasnya, bila kau tengok
diaorang. Tengok tepat kat mata, tapi kejap aje. Eye contact tu penting. Lepas
tu jeling sikit. Dah cukup. Lelaki ni, dia akan cemas kalau di buat macam tu.
Lepas tu aku ikut Ed lagi. Tengok dia buat. Cis! Menjadi.
Mat saleh, Benggali, Cina, India, Melayu, yang kacak, yang kurang kacak.
Semuanya sengih-sengih pada Ed. Aku tak tahulah sengih tu meluat atau miang
keladi.
Lepas tu aku test teori Ed kat Ed. Tau dia takut dengan
aku.
Wow, teori mata Ed?
ReplyDeleteHahahaha ^_^
Bunyi macam berkesan~
Serius lepas nie aku nak cuba, nak cuba, hehe :P
Aku nak cubalee lepas ne..ehehehe
ReplyDeleteKalah plak jo ngan die.. Huhu...
ReplyDeletewah...sempoi ni...kena try...
ReplyDeletejo bile nak update ni...
ReplyDeleteHi jo,saya perempuan tapi saya les(saya femenim tau).saya dari labuan,malaysia.awak dari mana,erk...saya nak mengikut pembaca setia awak...saya baca this blog only.jo,awak handsome kot..hahaha..gatai nya....harap awak sihat2 selalu jo
ReplyDeletela................terkejut aku......kalau ko islam....tobat la....aku doakn ko akn jmpa laki yg sesuai....nk les smpai bila....bkn bleh anak pon...ank doakn ko bila ko xde nnt...ni klau ko islam la....klau bkn...have fun......
Deletejo wat ar cite pengalaman ko romen awek ke musti bez
ReplyDelete