Aku kena kerja luar pejabat. Seminggu lebih. Pagi-pagi buta
dah keluar, sampai tengah malam.
Maka pagi 5 Mei 2013 itu, dengan mata sedikit mengantuk,
berbekalkan roti berinti kacang dan sebotol coca-cola, aku memandu bersendirian dari Bandar P untuk pulang ke kampung. Balik mengundi.
Jalan clear. Tenang aje. Aku memandu dengan kelajuan
sederhana. Lebih kurang 20 km hendak sampai, emak telifon. Tanya bila nak
sampai. Nak mengundi bersama. Lalu aku pecut sikit Viva 850 aku itu. Bergoyang
sterengnya.
Sampai aje di rumah, aku lihat Kak Jen dan adik bongsu
sedang tertonggeng-tonggeng memeriksa tayar kereta Kak Jen. Aku tidak
dipedulikan. Berlagak. Mentang-mentang kereta itu baru cat dan pasang speaker
baru.
Mak dan salah seorang adik perempuan aku masing-masing sudah
siap dengan bergaya.
“Ini nak pergi kenduri ke nak mengundi?” Sengaja aku
berlawak.
“ Eh, mestilah nak lawa-lawa. Nak ngundi kan. ” Jawab adik
aku. Tak relevan lansung.
“ Habis tu nak kena undi siapa ni… Adoi. Aku tak tahu
apa-apa ni.” Aku menerangkan kekusutan di kepala.
“ Macam ni. Biar mak sorang aje undi kerajaan. Korang semua biar
undi pembangkang.” Aku pandang emak sambil terkebil-kebil. Uish! Lain macam idea mak aku ni.
“ Jomlah. Nanti lambat. Jangan pakai topi tu. Pergi pakai
tudung cepat!” Mak menegur aku yang masih berlawak dengan Kak Jen. Aku
mengangguk. Malas nak lawan cakap mak.
Adik bongsu datang dengan tudung awning warna hitam.
Cepat-cepat aku sarung kat kepala. Memang tak kena. Macam mak cik-mak cik. Lalu
aku buka balik.
“ Tak payah pakailah ye mak. Lagipun semua tahu dah orang
macam ni. Biarlah sape-sape nak cakap.” Aku buat alasan.
“ Macam orang lelaki pulak.” Mak sikit membebel.
“ Alah, semua tahulah Jo ni pompuan.” Aku gelak. Mak senget
muka. Protes. Tapi malas nak bising. Aku segera capai beanie hat.
“ Macam ni ok?” Aku tunjuk kat mak.
“ Oklah macam tu mak…” Kak Jen pulak pujuk mak.
“ Tak cukup lagi. Ok. Orang pakai sweater.” Aku sarung
hoodies pulak. Dah macam orang nak pergi snowboarding aje rupanya.
“ Ikutlah. Tapi panas tu.” Mak aku dah gelak.
Segera aku memandu ke pusat pengundian yang terletak di
sekolah. Sekolah tu dekat aje dengan rumah sebenarnya.
Suasana pusat pengundian damai. Tak ada kekecohan.
Lepas mendaftar. Mak ke saluran satu. Aku dan adik perempuan
ke saluran tiga. barisan saluran tiga agak panjang. Matahari pulak mula tegak
di kepala. Aku biarkan adik aku berborak dalam barisan dengan kawannya.
Manakala aku pulak pergi check mak di saluran satu. Mak duduk atas kerusi.
Barisan saluran satu tidak terlalu panjang. Rata-ratanya orang tua yang dah tak
larat. Jadi mereka menunggu di kerusi.
“ Mak tak nak beratur? Nanti lambat, orang tinggal.” Aku
berseloroh.
“ Tak apalah…Kejap lagi kuranglah orang ni.” Mak aku jawab
selamba.
“ Kalau nak, kau beratur untuk mak.” Mak sengih-sengih pandang aku lagi.
Mak genius.
“ Iyelah.” Aku angguk. Segera aku masuk beratur di antara
pak cik, mak cik sebaya mak aku itu.
Aku perasan, jiran sebelah rumah aku turut beratur untuk mak
dia. Jiran aku ni sebaya aku jugak. Sempat kami berborak sikit. Lama tak jumpa.
Sedang asyik melihat gelagat orang tua yang
macam-macam ragam, seorang petugas SPR menghampiri aku.
“ Awak ni dah salah saluran ni. Awak patutnya saluran tiga.”
Dia menegur.
“ Saya beratur untuk emak.” Aku menjelaskan sambil tunjuk
pada mak.
Bila barisan emak makin dekat. Barulah emak lengang-lenggok masuk
barisan.
Aku masuk semula barisan, depan adik. Barisan kami masih panjang.
Emak dah siap. Emak cakap nak balik dulu. Aku suruh mak
drive kereta. Manalah dia tahu. Memang kurang asam lawak aku.
Lama lepas itu baru sampai giliran aku dan adik.
Setelah petugas mengecat telunjuk kiri dengan dakwat kekal.
Aku diberi dua kertas undi. Satu untuk adun. Satu lagi untuk parlimen.
Dalam kotak mengundi. Aku masih lagi tidak pasti siapa yang
aku harus undi. Aku tidak mengenali pun mana-mana calon ini. Yang aku kenal
hanya parti. Satu parti yang aku selalu dengar tentang korupsinya. Satu lagi
parti yang selalu dengar tentang fanatik pengikutnya. Ah! Mana satu. Misi asal
adalah untuk merosakkan undi.
Rosak. Tidak. Rosak. Tidak.
Baca bismillah. Pangkah. Satu. Dua.
Doa dalam hati moga calon yang aku pangkah jujur berkhidmat.
Balik rumah, Kak Jen masih dengan kereta dia. Adik lelaki,
si duda yang selalu pokai tu bising-bising sebab dia tak dapat duit minyak balik
mengundi. Jaha cool aje. Dah jadi cikgu sementara ni gaji banyak agaknya. Aku
pulak balik mengundi memang tak fikir nak harap dapat duit minyak kereta.
Lantaklah.
Mak dan adik bongsu hidang lauk ketam. Semua orang makan
nasi tambah 3 kali.
PS: Kak Jen tak mengundi. Pasal tak daftar. Dia ingatkan
hari ini daftar esok boleh mengundi. Cilako. Patut kena buang daerah orang
macam Kak Jen ni.
Assalammualaikum Jo, dah lama saya ikuti blog Jo. Mula2 baca memang seronok ikuti sebab cerita macam cerpen dan banyak kisah menarik. Cuma sayangnya, awal2 baca, saya ingat Jo dalam proses berubah dan mengekalkan perubahan. Tapi sekarang nampak Jo makin liat nak ke proses muslimah sejati: adakah kerana Jo dikelilingi kawan2 pengkid&lesbian Jo? Harap2 Jo cepat tersedar. Saya sedih melihat saudara seagama dan sebangsa saya dilalaikan nafsunya. Cepat Jo, jangan tangguh untuk berubah, zaman ni Allah bagi umur yang singkat untuk hamba2Nya,takut tak sempat. Paling sedih jika kita mahu berubah tapi terus leka dengan persekitaran duniawi sementara. Statement Jo "Yang aku kenal hanya parti. Satu parti yang aku selalu dengar tentang korupsinya. Satu lagi parti yang selalu dengar tentang fanatik pengikutnya" agak dasat pada pandangan saya bila jo kata satu parti dgn pengikut fanatiknya-is it means pkr or pas? bukanlah fanatik tapi sedih bila dah nampak kebenaran tapi manusia masih memilih yang mungkar dan korup disebabkan mainan politik tertentu.
ReplyDeleteTQ kerana nasihat. Nasihat ni confirm akan tergiang-giang dalam hati saya setiap hari. Please doakan juga. Saya sedar dan tahu saya salah, jadi saya tak akan defend diri saya.
ReplyDeleteTentang politik, saya marah pada pemimpin yg korup. Duit rakyat masuk poket sendiri. Celakalah mereka. Saya juga geram dengan fanatik melampau. Kat situ kita mungkin ada lain pendapat dan berlainan pendapat ni bagus sebenarnya.
Maaf andai tersilap bahasa. Teruskan membaca.
Assalammualaikum. Terima kasih Jo kerana mendengar,ya saya doakan semoga Jo dapat berubah dan kekal di landasan yang betul. Maaf kalau ada tulisan saya yang terkasar di hati Jo. Saya cuma hambaNya yang lemah, cuma datang untuk nasihat-menasihati. Antara kelebihan Jo ialah Jo seorang yang sabar dan dapat menerima pendapat. Maaf kerana menegur pandangan tentang parti, ya pada pendapat saya terdapat sesetengah individu yang fanatik dari kedua-dua pihak parti berbeza haluan. Orang kerajaan dengan fanatik mereka dan pembangkang dengan fanatiknya juga, apapun semua orang mahukan ialah pemerintahan yang bersih dan negara aman damai.Semoga suatu hari nanti Malaysia akan mencapainya juga. Waalaikummussalam.
ReplyDeleteKak Jen tak mengundi. Pasal tak daftar. Dia ingatkan hari ini daftar esok boleh mengundi. Cilako. Patut kena buang daerah orang macam Kak Jen ni.......'lawak giler hahahaaaa...
ReplyDeletesetuju, berlainan pendapat itu, rahmah.
ReplyDeleteOk, serius Kak Jen lawak! Bhahahahahaha :D
ReplyDeleteJo..teruskan berkarya. eh btl x ayat aku. tapi serius aku suke bace blog jo. terbaek.. ce try pakai tudung awning jo..pehtu share kt blog ni..x sabar nak gelak..hahaha! but u cool jo.
ReplyDeleteJo pakai tudung awning sebijik macam makcik Jo rupanya... kalau Jo pakai tudung, kena pakai yg lilit2 bagai tu
Deleteassalamualaikum jo.. just nak wish semoga terbuka hati lebih luas lagi untuk berubah. saya ada adik yg ada kecenderungan macam jo, blog ni jadi bahan rujukan saya untuk lebih memahami dia.teruskan menulis dan berkongsi. terima kasih jo.
ReplyDeletebest aaaa sis jo...kelako
ReplyDelete