Wednesday, June 12, 2013

Ciuman Pertama dan lain-lain...

Miang betul tajuk post kali ini. Tapi aku kena akur, aku kadang-kala miang.

Aku tidak pernah cium lelaki bukan muhrim. Laga pipi dulu ada, tapi dengan lelaki lembut sahaja. Jadi jelas di sini ciuman pertama aku adalah dengan anak dara orang.

Masa itu aku baru aje tingkatan empat. Anak dara orang itu pula adalah girlfriend pertama aku Syakilla. Dia pulak baru aje tingkatan dua. Andai aku dan Syakilla berdiri sebelah menyebelah orang tetap akan mengatakan aku baru aje tingkatan satu. Aku kecik molek. Syakilla tinggi, macam dah tingkatan lima.

Ciuman pertama aku macam ciuman drama Korea. Plain aje. Jangan korang bayangkan macam ciuman Megan fox dengan Amanda Seyfried pulak. I wish...Duh!

Manalah budak tingkatan empat macam aku ni tahu nak cium orang. Aku yang cium Syakilla dulu. Dia tak tolak, melawan pun tidak. Aku boleh dengar degup jantung dia. Sama macam dia boleh rasa tangan aku menggeletar.

Ciuman kedua pula berlansung selepas 10 minit selepas ciuman pertama. Gara-gara tak puas hati dengan ciuman pertama. Miang di situ.

Ciuman terakhir aku, dengan Honey. Masa itu kami dah putus pun. Lebih kurang dua bulan lepas putus dia datang cari aku, mungkin nak tahu hati dia sendiri. Aku cium dia. Sebab nak tau hati dia. Dia tak balas, melawan pun tidak. Sangat kering dan kosong. Aku dapat rasa jiwa itu bukan aku yang punya lagi.

Bertahun-tahun selepas itu, ada aje aku cium orang, hanya di pipi. Ada jugak sampai hampir nak terlajak-lajak, sebab ada yang merelakan. Tapi entah, tak pernah boleh. Mungkin Honey dah sumpah, ciuman terakhir itu hanya milik dia agaknya. Macam cerita dongenglah konon. Mungkin juga hati miang aku nak, tapi badan dan jiwa aku kata tidak mahu. Atau perempuan yang aku hampir terlajak itu, mak dia dah letak pendinding. Misteri betul.

Entah siapalah yang akan jadi only exception itu ya. Ngeri pulak aku nak memikirkan.

Kadang-kala aku rasa aku dah lupa macam-mana nak cium. Hah!…What?

Dan kamu tu, jangan nak pergi testing cium siapa-siapa pulak lepas ni. Bawa bertenang dan baca komik. Cium emak sudah. Sekian.

4 comments:

  1. jo aku ske citer ko sebab aku rase ko tulis dr hati dan citer2 ko pun memang ada sikit prsmaan dgn masa silam aku. cuma aku ni dalam kategori 'underground', bukan public relation. baca blog ko buat aku rasa nak kongsi jugak citer2 aku skdr nak meluahkan. dan aku pun dalam phase nak berubah jugak skrg. sama-samalah berusaha.

    p/s: aku peminat watak kak jen & bond. siyes!

    -ReD-

    ReplyDelete
  2. Nampaklah ketidakpuasan hati kat situ bila ciuman pertama & ciuman kedua jaraknye kejap sangat, hahaha ^_^
    Untunglah Honey masih unggul memegang rekod orang terakhir yang kau kiss ;)
    Kau kena buat entri khas kalau one day sumpahan Honey dah terlerai wei, hihi ^.~

    ReplyDelete
  3. ciuman bole mengukur kata hati kita kan...

    ReplyDelete

Followers