Sunday, May 26, 2013

Pelakon Pilihan

Aku baru sahaja beli dan makan biskut yang anak-anak sedara aku selalu makan. Oh, rindu diaorang.

Baru-baru ini aku jadi agak annoying dengan seorang rakan pejabat. Dia suka sangat cerita tentang boyfriend dia. Pantang borak. Mesti nak diselitkan dengan cerita tentang boyfriend dia. Ya ampun. Macamlah boyfriend dia tu segala-galanya. Aku muak.

Lepas itu baru aku sedar yang aku juga annoying orangnya. Aku selalu cerita tentang anak-anak sedara, adik-beradik dan Kak Jen. Macamlah famili aku segala-galanya. Mesti rakan pejabat aku naik muak.

Tapi ya, memang benar. Famili aku adalah segalanya. Post kali ini memang untuk annoyingkan semua. Judge me.

Di sebalik kisah-kisah aku, aku normal aje. Aku adalah kakak yang punya lima orang adik. Andai kata cerita kisah hidup aku difilemkan, ( yang mana ianya tidak akan berlaku ) aku dah ada pelakon untuk bawa watak adik-adik aku ini.

Kak Jen tak payah disebut, sebab awal-awal lagi, semua orang tahu, Sharifah Amani sahaja yang layak bawa watak Kak Jen.

Adik bawah aku. Joni. Seorang duda muda. Aku pilih Nicholas Saputra. Potongan rambutnya kena ubah. Pendek. Cengkung sikit, mesti ada misai nipis. Pakai rantai dan bangle silver. Ala mat rempit tapi yang suka bergaya. Baran 24 jam.

Adik seterusnya, Juli. Cikgu sekolah. Anak dah dua. Aku pilih Agnes Monica. Perfect. Tak payah tambah tolak apa-apa lagi.

Untuk si Jiji. Kena import pelakon Hong Kong, Shu Qi masa muda. Nak bagi real, bibir Shu Qi patut kena ditumbuk dua kali. Supaya nampak lebih bengkak. Shu Qi  versi Jiji kena tutup aurat 24 jam.

Jaha... Seorang cikgu sandaran. Watak dia kita bagi kat Remy Ishak yang belum akil baligh. Ada jerawat P. Ramlee. Gaya pula kena selekeh sikit. Macam gaya penoreh getah.

Akhir sekali adik bongsu aku si Jasmin, aku pilih Amala Paul. Pelakon tamil. Cuma mata dia kena sepet sikit dan kena tambah jerawat batu dua kilo kat muka.

Untuk watak aku, carilah mana-mana pelakon korea yang hot. Hahaha.

Merepek.

PS : Menurut adik-beradik, hanya Asmidar sahaja yang layak pegang watak aku. Kurang asam. Muka aku tak samalah dengan Asmidar. Mana ada!!!





5 comments:

  1. pengarah sapa jo.. mamat khalid?

    ReplyDelete
  2. jgn tensen mkcik jo. Nanti gawai saeng g umah pnjg. Okaybai

    ReplyDelete
  3. http://www.the-wknd.com/wp-content/uploads/2011/11/asmidarportrait.jpg

    mcm ni ke Jo...cun jer, siap ngan cermin mata lg..

    ReplyDelete
  4. pelakon korea nak yg gojes ke kacak..meh cini aku bagi nama..

    ReplyDelete

Followers