Friday, June 3, 2016
Dia yang Suka Aku
Sebenarnya, aku pun sama macam semua orang. Aku ingat bila dia beria suruh aku move on maka cerita kami tamat macam itu sahaja. Benar, aku sedih kena reject. Aku chat dengan beberapa orang kawan tentang kesedihan ini. Mereka menyuruh aku bersabar sahaja. Aku rasa sedikit bodoh. Berani bodoh.
Siapa suruh aku buang jauh peraturan pertama :
Rule 1#: Never Fall in Love with a Straight Girl.
Tapi siapa bercakap pasal cinta. Aku cuma suka, CRUSH.
Hari seterusnya dia hendak bertemu empat mata dengan aku. Ah! Kenapa pulak. Lalu aku setuju. Tapi terpaksa kami batalkan kerana hari itu terlalu sibuk.
Hari-hari seterusnya pun begitu juga. Sibuk memanjang. Jadi kami masih tidak dapat bercakap lama. Aku tertanya-tanya apa lagi yang ingin dia katakan pada aku. Otak aku menyuruh aku move on. Tapi hati aku menyuruh aku jangan putus asa. Malah mata aku masih mencari-cari wajah dia untuk aku tatap.
Hopeless romantic.
Hidup aku memang sibuk. Hari minggu itu aku kena jaga Kak Uda dan empat orang anak buah aku. Abang iparku terpaksa outstation selama dua hari. Rumah mereka pula di umumkan tiada air selama dua hari. Jadi aku bawa mereka semua ke rumah sewa aku.
Kerja pejabat masih banyak bersisa, juga kerja-kerja melukis sampingan yang aku ambil.
Adanya keluarga seperti ini sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit sengsara hati aku. Keletah anak buah yang comel dan nakal menghiburkan aku.
Bunga juga sibuk. Dia ditugaskan selama dua hari di satu pameran yang syarikat kami sertai.
Tengah hari itu setelah membawa keluarga Kak Uda makan-makan, aku angkut semuanya ke pameran tersebut. Semata-mata hendak tengok Bunga. Kejap pun jadilah. Kak Uda dan anak buah mengikut sahaja. Lagipun memang mereka suka, boleh membeli itu ini dan mendapat sedikit pengetahuan di situ.
Aku bertemu bunga, tidak banyak bicara antara kami. Sekadar perbualan formal dan berbalas senyuman. Aku suruh anak buah aku beri biskut coklat yang aku beli untuk dia.
Puas melayan keletah anak-anak buah di sekitar kawasan pameran. Kami semua pulang. Aku sedikit hampa kerana Bunga nampak tidak teruja lansung dengan kehadiran aku. Ah! Bunga. Kau memang tak ada perasaan.
Petang Ahad. Setelah siap masak makan malam lewat petang itu, aku terima WhatApps dari Bunga.
(Oh ya, lupa aku nyatakan aku akhirnya membeli telefon pintar keluaran China. Puas hati aku.)
Bunga minta aku temankan dia tengah malam nanti ke uptown di kawasan rumah kami. Ada barang yang adik dia minta belikan. Aku terkedu. Tidak ada angin ribut. DIA mengajak AKU. Aku terus setuju. Aku beritahu Kak Uda yang Bunga minta aku temankan dia. Kak Uda ok sahaja. Lagipun tengah malam itu abang ipar akan ambik mereka.
Malam itu selepas makan. Anak buah semua sibuk menonton kartun sambil ada yang tidur bergolek di ruang tamu. Dalam pukul 10, Bunga sampai. Aku punyalah berdebar macam hendak ke dewan peperiksaan.
Bunga selamba sahaja. Sakit pulak hati aku. Nanti kau...
Dia tinggalkan kereta dia di kawasan rumah aku, aku bawa kereta aku.
Di uptown, aku jalan pegang tangan dia. Genggam erat. Dia biarkan. Kekok pun tidak. Perasaan aku bercampur baur. Gembira, pelik dan haru pun ada.
Kami borak santai, gelak manja. Macam tiada apa. Macam sudah biasa. Macam uptown milik kami berdua. Oh! Apa yang berlaku ini. Sikit pun tak dapat aku baca. Sikit pun aku tak paham. Dia OK ke? Aku OK ke macam ini?
Dia selamat beli barang untuk adik dia. Aku pula rasa perasaan aku tak selamat.
Balik itu, setelah aku matikan enjin kereta di kawasan rumah aku, aku minta dia tunggu kejap. Ada hal yang perlu kami bicarakan. Baru sahaja aku hendak sandar selesa dalam kereta, Bunga beritahu, kalau nak cakap jom naik ke rumah sewa aku.
Berkali-kali aku tanya dia betul ke? Lagipun dah malam. Memang patut pun borak dalam rumah. Esok Isnin, tapi cuti peristiwa.
Dekat rumah. Anak buah semua tergolek tidur. Kak Uda layan filem hindustan.
Aku dan Bunga pun bicara.
Tentang kami.
Tentang itu ini.
Dari situ aku andaikan yang Bunga sudah mula suka pada aku.
Bahasa matanya, bahasa tubuhnya.
Andaian.
PS: Semuanya kabur.
Wednesday, June 1, 2016
Dia yang Aku Suka Part 3
Jo, kau boleh lakukan. Ini bukan pertama kali kau luahkan perasaan kau. Berlagak tenang.
Aku jelaskan padanya lagi dan lagi.
Malam itu perbualan kami berkisar kepada soalan dan jawapan kenapa aku suka dia. Bila aku suka dia. Segala macam hint yang telah aku beri selama ini dan lain-lain yang berkaitan.
Dia juga menceritakan, masa di sekolah perempuan dulu ada pengkid yang pernah sukakan dia meluahkan perasaan seperti ini tapi telah di reject nya hidup-hidup.
Banyak kali dia katakan pada aku tidak pernah sekalipun dia jatuh cinta pada sesiapa walaupun pernah beberapa orang jejaka mengajaknya berkawan, bercinta atau berkahwin.
Dia asyik menegaskan yang aku boleh suka dia, tapi jangan jatuh cinta kepadanya.
Aku hormati segala penjelasan dia seperti dia menghormati penjelasan aku.
Aku katakan padanya, walaupun dia tidak suka aku seperti mana aku sukakan dia, aku mahu gembira dengan perasaan ini. Jika satu hari nanti dia suka atau jatuh cinta dengan sesiapa. Maka, dia akan faham apa yang aku rasa.
Aku ucapkan selamat maju jaya, matikan telefon. Menangis sedikit. Sejam dua kemudian aku SMS dia mengatakan aku sudah OK.
Itulah ceritanya bagaimana dia yang aku suka me reject aku hidup-hidup.
Dia yang Aku Suka Part 2
Thursday, April 28, 2016
Dia yang Aku Suka.
Sunday, March 27, 2016
Selamat
Satu hari aku mendekati seorang gadis. Mengambil posisi di kerusi sebelah kerusinya dengan selesa. Kepala sedikit mendongak kerana beza tinggi kami.
Dia tersenyum melihat aku. Pantas dia menyapaku mesra. Hati ini terasa mekar. Aku balas senyumnya. Terus aku lupa tujuan asal aku kesitu. Atau sebenarnya aku tidak pun punyai tujuan asal. Aku benar-benar terkesima dengan mata itu.
Terus aku capai bekas pensilnya di atas meja untuk menghilangkan rasa pelik dan suasana kekok ciptaanku sendiri.
Aku keluarkan isinya satu demi satu. Pen. Pensil. Pembaris. Ianya jadi semakin menarik bila aku jumpa liquid paper, stapler, gunting malah gam.
" Kau tahu...Bila melihat barang dalam bekas pensil kau ni aku rasa selamat." Aku membina bicara.
" Hahaha. Kenapa kau rasa bergitu? Tiada apa-apa yang istimewa pun." Tawanya sambil memberi pandangan hairan.
" Bekas pensil kau agak Iengkap...Kau tahukan budak-budak sekarang ini bila mereka berada dalam satu hubungan yang bagus itu, mereka berkata. 'I rasa secure dengan you.' Ya, seperti itu."
Aku mengemas semula bekas pensilnya lalu meninggalkan dia.
Aku kembali dengan bekas pensil kepunyaanku lalu meletaknya di atas meja dia. Kemudian aku terus berlalu pergi.
Tidak lama selepas itu dia menyapa aku.
" Hey! Bekas pensil kau penuh dengan drawing pen."
Aku angguk. Terus menyambung kerja-kerjaku.
Saturday, March 26, 2016
Monolog.
Tuesday, March 1, 2016
Di Bawah Langit
Ya, dengan kamulah...Dengan siapa lagi?
Aku tahu keangkuhan itu bukan lahirnya sehari dua. Angkuhnya dia kerana usaha kerasnya selama ini.