Wednesday, June 1, 2016

Dia yang Aku Suka Part 3

Aku dan Bunga kini sudah pun selamat mendirikan rumah tangga.

Keluarga kami merestui perhubungan ini. Kami sedang berbulan madu di Tokyo. Kami pun hidup bahagia selama-lamanya.

Ah! Sedapnya kalau dapat tulis realiti seperti itu.

Hakikat yang ada, bukan mudah dan tidak pernah senang.

Aku suka Bunga. 

Itu aku tahu. Kamu yang membaca ini tahu. Tapi Bunga tidak tahu.

Hint yang aku bagi memang jelas. Tapi disebabkan aku perempuan dan dia pun perempuan. Maka, satu juta hint pun tidak pernah cukup. Kena buat sesuatu yang besar dan drastik. 

Dalam sebulan dua lagi dia akan tamat intern. Tamat belajar dan akan pulang ke negeri P. Hal ini meresahkan aku.

Bunga suka aku? Yang itu tolak ke tepi dulu. Memang penting. Tapi aku tak cukup masa. Tak cukup semuanya untuk melakukan yang impossible.

Jadi romantik? Tak sempat dah. Kena pratikal. Kena agresif. Buat aje. Tanggung risiko. Aku baca mantera itu berulang kali.

Malam itu. Dalam pukul sebelas. Aku top up credit secukupnya di telefon Nokia aku yang jarang sekali aku top up. Aku tekan nombor Bunga yang aku dapat dengan penuh trick hari itu.

Setelah beberapa nada dering, Bunga menjawab. Terdengar gelak dorky nya. Kelakar. Macam kartun. Ketawa yang buat aku mengigau dua tiga menjak ini.

" Bunga... Jo nak beritahu kau sesuatu, harap kau mendengar dengan hati terbuka."

Aku memulakan bicara. Sambil menguatkan semangat sendiri.

Jo, kau boleh lakukan. Ini bukan pertama kali kau luahkan perasaan kau. Berlagak tenang.

" Jo ni macam-macamlah. Cakaplah. Saya dengar."

Manja aje bunyinya. Telinga aku menipu hati aku lagi.

" Jo suka dekat Bunga. Suka sangat. Suka yang extra dari biasa."

Aku cakap terus. Tidak bertapis.

" Huh! Suka. Jo SUKA aje kan?"

Bunga tanya begitu. Seolah ingin mengetahui lebih lanjut.

" Ya. I like you a lot. Suka sangat. Boleh tak? Itu sahaja perasaannya sekarang. Rasa suka. Suka tengok. Suka borak. Terlalu suka."

Aku beritahu lagi.

" Hmmm... Tapi suka sahaja kan? Jo suka sahaja kan?"

Dia tanya lagi.

" Ya. Habis tu Bunga nak macammana pulak? Jo tak dapat nak bagi apa-apa selain perasaan suka ni sekarang. Aku nak kau tahu aku suka pada kau ni. Kau seorang."

Aku menjelaskan.

" Hmm. Boleh. Jo boleh suka saya. Tapi jangan jatuh cinta. Boleh tak?"

Monyet! Berani dia letak syarat itu.

" Manalah Jo tahu kesudahannya. Jo pun nak explore jugak friendship kita ni. Jo nak tahu juga apa lagi perasaan yang akan Jo ada pada Bunga lepas ini."

Aku jelaskan padanya lagi dan lagi.

Malam itu perbualan kami berkisar kepada soalan dan jawapan kenapa aku suka dia. Bila aku suka dia. Segala macam hint yang telah aku beri selama ini dan lain-lain yang berkaitan.

Dia juga menceritakan, masa di sekolah perempuan dulu ada pengkid yang pernah sukakan dia meluahkan perasaan seperti ini tapi telah di reject nya hidup-hidup.

Banyak kali dia katakan pada aku tidak pernah sekalipun dia jatuh cinta pada sesiapa walaupun pernah beberapa orang jejaka mengajaknya berkawan, bercinta atau berkahwin.

Dia asyik menegaskan yang aku boleh suka dia, tapi jangan jatuh cinta kepadanya.

Aku hormati segala penjelasan dia seperti dia menghormati penjelasan aku.

Aku katakan padanya, walaupun dia tidak suka aku seperti mana aku sukakan dia, aku mahu gembira dengan perasaan ini. Jika satu hari nanti dia suka atau jatuh cinta dengan sesiapa. Maka, dia akan faham apa yang aku rasa.

Aku ucapkan selamat maju jaya, matikan telefon. Menangis sedikit. Sejam dua kemudian aku SMS dia mengatakan aku sudah OK.

Itulah ceritanya bagaimana dia yang aku suka me reject aku hidup-hidup.

PS: Tamat.

5 comments:

  1. kudos to you jo. it's good to take risks, and own up to your feelings and be upfront about it. she sounds like a really cool girl.

    ReplyDelete
  2. ouch~~ but good for you...at least u got an answer.

    ReplyDelete
  3. jo yang hebat ... yg penting kita dapat closure..lega..

    ReplyDelete
  4. Hello, it's better to know yang we failed trying than to regret later for not knowing a thing. You're one strong girl.

    ReplyDelete

Followers