Pukul empat pagi.
Aku selalu terjaga dari pukul tiga ke pukul lima pagi. Tidur awal. Bangun awal.
Blog Jo Cerita asalnya adalah surat cinta terbuka kepada Honey. Sebodohnya aku mengharap dia terjumpa dan terbaca. Bukan sebab aku mahu dia mahu aku semula. Aku cuma mahu dia tahu yang aku selalu ingat pada dia. Aku juga mahu mencatat cerita kami.
Sekarang ini jika aku menyukai sesiapa, aku selalu berfikir beratus kali. Dalam berfikir itu aku tetap menunjuk perasaan suka pada mereka. Aku agresif.
Bila aku suka, aku akan bercakap dengan banyak. Melukis dengan banyak. Kadang kala makin mengarut. Banyak kali juga aku memalukan diri sendiri.
Aku sedar. Perasaan ini bukan untuk dibalas. Ada masanya ini membuat aku sedih sendiri. Aku kambus kesedihan itu dengan kreativiti aku. Aku cipta sesuatu dari setiapnya. Aku belajar yang kesedihan jangan dibazirkan.
Monolog dalam hati:
Bercinta sahajalah. Apa lagi yang kau fikirkan?
Tak semudah itu.
Apa yang kau takutkan?
Semua... Kehidupan. Senyuman. Tangisan.
Kau takut cinta tidak dibalaskah?
Itu aku tak peduli. Aku cuma tidak mahu dibenci orang yang aku suka. Aku tidak boleh menjangka apa yang aku lakukan jika aku suka. Aku mahu...Tapi aku sedar aku tidak boleh.
Tapi kau boleh move on. Demam cinta kau sekejap sahaja. Demam cinta kau, kau sendiri sahaja yang demam. Kau sendiri juga yang telan ubat yang pahit.
Kadang-kala aku rasa aku sudah gila.
Orang gila tak akan mengaku dia gila...
Tapi apa ertinya kewarasan? Hidup rasanya tawar dan hambar.
Perempuan buat kau mereng.
Ya. Perempuan juga buat aku makin kreatif.
Hidup kau tak pernah sekadar hitam dan putih. Sentiasa penuh warna pelangi.
Ah. Aku ditolak lagi.
Apa yang kau minta sampai ditolak?
Aku mahu berjogging pukul 6.30 pagi. Tapi dia tak mahu ikut.
Awal sangat. Kau gila?
Pukul 8 pagi pun awal, tapi cuaca sudah pun panas.
Mungkin lepas ini kau patut tanya apa yang dia suka dan melakukannya bersama.
Dia tetap menolak.
Kau sudah tanya kenapa?
Sudah, tapi jawapannya tiada.
Kenapa ya?
Kau telah ditolak dengan cara paling sopan.
Dan aku patut terima itu ke?
Eh? Lalu kau nak buat apa lagi?
Aku nak berborak. Menatap mata.
Jangan! Nanti kau menangis.
Tapi sebelum menangis aku mahu senyum juga.
Kau degil. Kenapa ya?
Suka. Mestilah degil.
Lukislah bila kau degil. Tulis sesuatu.
Monolog tamat.
PS: Cerita suka ini sentiasa ada sambungan.
Kau macam aku jo...
ReplyDeleteAku pun selalu ingt ex aku..
Sampai skrg aku maintain taknak couple lagi...
Aku sentiasa ingt dia walaupun dia dah kawin..
Gila kan aku ni...
Hati aku jerr yg berbunga2 ingtkan dia..
Padahal dia dah lupakan aku sepenuhnya..
Birthday dia aku wish awal tapi dia balas bape hari lepas tu dgn TQ jerr..
Aku jerr beria lebih..
Susah aku nak lupakan dia.
Hurmmm
Moh la kita move on.
Delete