Aku baru sahaja beli dan makan biskut yang anak-anak sedara aku selalu makan. Oh, rindu diaorang.
Baru-baru ini aku jadi agak annoying dengan seorang rakan pejabat. Dia suka sangat cerita tentang boyfriend dia. Pantang borak. Mesti nak diselitkan dengan cerita tentang boyfriend dia. Ya ampun. Macamlah boyfriend dia tu segala-galanya. Aku muak.
Lepas itu baru aku sedar yang aku juga annoying orangnya. Aku selalu cerita tentang anak-anak sedara, adik-beradik dan Kak Jen. Macamlah famili aku segala-galanya. Mesti rakan pejabat aku naik muak.
Tapi ya, memang benar. Famili aku adalah segalanya. Post kali ini memang untuk annoyingkan semua. Judge me.
Di sebalik kisah-kisah aku, aku normal aje. Aku adalah kakak yang punya lima orang adik. Andai kata cerita kisah hidup aku difilemkan, ( yang mana ianya tidak akan berlaku ) aku dah ada pelakon untuk bawa watak adik-adik aku ini.
Kak Jen tak payah disebut, sebab awal-awal lagi, semua orang tahu, Sharifah Amani sahaja yang layak bawa watak Kak Jen.
Adik bawah aku. Joni. Seorang duda muda. Aku pilih Nicholas Saputra. Potongan rambutnya kena ubah. Pendek. Cengkung sikit, mesti ada misai nipis. Pakai rantai dan bangle silver. Ala mat rempit tapi yang suka bergaya. Baran 24 jam.
Adik seterusnya, Juli. Cikgu sekolah. Anak dah dua. Aku pilih Agnes Monica. Perfect. Tak payah tambah tolak apa-apa lagi.
Untuk si Jiji. Kena import pelakon Hong Kong, Shu Qi masa muda. Nak bagi real, bibir Shu Qi patut kena ditumbuk dua kali. Supaya nampak lebih bengkak. Shu Qi versi Jiji kena tutup aurat 24 jam.
Jaha... Seorang cikgu sandaran. Watak dia kita bagi kat Remy Ishak yang belum akil baligh. Ada jerawat P. Ramlee. Gaya pula kena selekeh sikit. Macam gaya penoreh getah.
Akhir sekali adik bongsu aku si Jasmin, aku pilih Amala Paul. Pelakon tamil. Cuma mata dia kena sepet sikit dan kena tambah jerawat batu dua kilo kat muka.
Untuk watak aku, carilah mana-mana pelakon korea yang hot. Hahaha.
Merepek.
PS : Menurut adik-beradik, hanya Asmidar sahaja yang layak pegang watak aku. Kurang asam. Muka aku tak samalah dengan Asmidar. Mana ada!!!
Sunday, May 26, 2013
Thursday, May 9, 2013
Ada Apa dengan OTAI-KIM
Di manakah korang beli barang runcit? Yang masih ditanggung emak bapak tolong jangan jawab.
Biasanya aku akan beli kat kedat runcit area rumah sahaja. Kalau ke pasar raya besar pula dengan tujuan lain. Contohnya cuci mata tengok perkakasan rumah atau barang elektik. Tidak lupa juga cuci mata tengok orang.
Bukannya apa, kalau mula beli barang kat pasar raya besar ni mulalah nak borong sakan. Niat asal nak beli setin sardin , tiba-tiba… Coklat, susu kotak, nugget, seluar dalam, sandal, pewangi kereta, tisu, majalah, DVD dan itu ini yang tidak diperlukan penuh dalam troli. Tup…tup RM200 melayang. Duit aku, mestilah aku kena jimat.
Kalau di rumah sewa Kak Jen, rajin juga aku temankan Kak Jen atau adik beli barang runcit. Ada beberapa tempat kegemaran mereka, antaranya ialah pasar raya Ong Tai Kim, lidah melayu aku panggil OTAI-KIM aje. Bila aku borak dengan beberapa rakan aku pasal OTAI-KIM ni, ramai yang tahu. Memang popular.
Harga barangan kat OTAI-KIM kira oklah. Sayur, ikan, ayam dan barang runcit dapur memang senang nak dapat kat situ. Tak kiralah kalau masa musim perayaan atau hari biasa, penuh sesak dengan orang ramai. Kalau kau jenis biasa beli kat Tesco, Giant yang ada aircond memang akan kena kejutan budaya bila masuk OTAI-KIM. Sesiapa yang biasa beli barang kat Cold Storage lagilah aku tak galakkan masuk OTAI-KIM. SESAK dan tidak selesa.
Satu hari Kak Jen ajak aku beli barang runcit kat OTAI-KIM. Orang ramai. Nak jalan pun susah. Mujurlah aku dan Kak Jen dah biasa menyelit.
“ Apalah yang special sangat OTAI-KIM sampai semua orang sanggup bersesak-sesak. Banyak lagi tempat murah rasanya kat KL ni.” Aku bisik pada Kak Jen.
“ Nanti kau tahulah apa specialnya.” Kak Jen jawab acuh tak acuh. Malas nak layan aku.
Aku beratur kat tempat timbang. Kak Jen pula sibuk pilih lagi barang dan pass dekat aku yang tengah beratur tu. Memang itu tricknya kalau nak cepat. Makcik tukang timbang tu pulak memang pantas. Aku yakin dia memang dah hafal setiap gram barang yang kena timbang.
Dalam sesak dan tidak selesa itu aku nampak sesusuk tubuh. Fulamak! Iye ke? Cepat-cepat aku tarik Kak Jen yang sibuk pilih ice-cream.
“ Kak Jen… Kau nampak tak tu?” Aku tunjuk.
“ Hah! Mana? Apa?” Mata rabun Kak Jen melilau.
“ Tu dia, Faizal Hussien.” Aku tunjuk lagi.
“ Hah… Kan aku dah cakap OTAI-KIM ni special. Faizal Hussien pun ada.” Kak Jen dah kembang hidung, bangga konon Faizal Hussien beli barang kat tempat dia beli barang.
“ Memang iya, memang special.” Jawab aku.
Aku perhati Faizal Hussien, ada beberapa perempuan dengan dia. Isteri dan anak-anak agaknya. Pilih ikan. Sempoi aje. Aku perhati sekeliling pulak. Orang lain cool aje, tak ada siapa nak hairan kat Faizal Hussien pun.
OTAI-KIM. Harga OK. Sesak. Parking susah. Service timbang dan cashier cekap. Faizal Hussien beli ikan kat situ.
PS: Tulisan ini tidak ditaja oleh pasar raya Ong Tai Kim.
Tuesday, May 7, 2013
Balik Mengundi
Aku kena kerja luar pejabat. Seminggu lebih. Pagi-pagi buta
dah keluar, sampai tengah malam.
Maka pagi 5 Mei 2013 itu, dengan mata sedikit mengantuk,
berbekalkan roti berinti kacang dan sebotol coca-cola, aku memandu bersendirian dari Bandar P untuk pulang ke kampung. Balik mengundi.
Jalan clear. Tenang aje. Aku memandu dengan kelajuan
sederhana. Lebih kurang 20 km hendak sampai, emak telifon. Tanya bila nak
sampai. Nak mengundi bersama. Lalu aku pecut sikit Viva 850 aku itu. Bergoyang
sterengnya.
Sampai aje di rumah, aku lihat Kak Jen dan adik bongsu
sedang tertonggeng-tonggeng memeriksa tayar kereta Kak Jen. Aku tidak
dipedulikan. Berlagak. Mentang-mentang kereta itu baru cat dan pasang speaker
baru.
Mak dan salah seorang adik perempuan aku masing-masing sudah
siap dengan bergaya.
“Ini nak pergi kenduri ke nak mengundi?” Sengaja aku
berlawak.
“ Eh, mestilah nak lawa-lawa. Nak ngundi kan. ” Jawab adik
aku. Tak relevan lansung.
“ Habis tu nak kena undi siapa ni… Adoi. Aku tak tahu
apa-apa ni.” Aku menerangkan kekusutan di kepala.
“ Macam ni. Biar mak sorang aje undi kerajaan. Korang semua biar
undi pembangkang.” Aku pandang emak sambil terkebil-kebil. Uish! Lain macam idea mak aku ni.
“ Jomlah. Nanti lambat. Jangan pakai topi tu. Pergi pakai
tudung cepat!” Mak menegur aku yang masih berlawak dengan Kak Jen. Aku
mengangguk. Malas nak lawan cakap mak.
Adik bongsu datang dengan tudung awning warna hitam.
Cepat-cepat aku sarung kat kepala. Memang tak kena. Macam mak cik-mak cik. Lalu
aku buka balik.
“ Tak payah pakailah ye mak. Lagipun semua tahu dah orang
macam ni. Biarlah sape-sape nak cakap.” Aku buat alasan.
“ Macam orang lelaki pulak.” Mak sikit membebel.
“ Alah, semua tahulah Jo ni pompuan.” Aku gelak. Mak senget
muka. Protes. Tapi malas nak bising. Aku segera capai beanie hat.
“ Macam ni ok?” Aku tunjuk kat mak.
“ Oklah macam tu mak…” Kak Jen pulak pujuk mak.
“ Tak cukup lagi. Ok. Orang pakai sweater.” Aku sarung
hoodies pulak. Dah macam orang nak pergi snowboarding aje rupanya.
“ Ikutlah. Tapi panas tu.” Mak aku dah gelak.
Segera aku memandu ke pusat pengundian yang terletak di
sekolah. Sekolah tu dekat aje dengan rumah sebenarnya.
Suasana pusat pengundian damai. Tak ada kekecohan.
Lepas mendaftar. Mak ke saluran satu. Aku dan adik perempuan
ke saluran tiga. barisan saluran tiga agak panjang. Matahari pulak mula tegak
di kepala. Aku biarkan adik aku berborak dalam barisan dengan kawannya.
Manakala aku pulak pergi check mak di saluran satu. Mak duduk atas kerusi.
Barisan saluran satu tidak terlalu panjang. Rata-ratanya orang tua yang dah tak
larat. Jadi mereka menunggu di kerusi.
“ Mak tak nak beratur? Nanti lambat, orang tinggal.” Aku
berseloroh.
“ Tak apalah…Kejap lagi kuranglah orang ni.” Mak aku jawab
selamba.
“ Kalau nak, kau beratur untuk mak.” Mak sengih-sengih pandang aku lagi.
Mak genius.
“ Iyelah.” Aku angguk. Segera aku masuk beratur di antara
pak cik, mak cik sebaya mak aku itu.
Aku perasan, jiran sebelah rumah aku turut beratur untuk mak
dia. Jiran aku ni sebaya aku jugak. Sempat kami berborak sikit. Lama tak jumpa.
Sedang asyik melihat gelagat orang tua yang
macam-macam ragam, seorang petugas SPR menghampiri aku.
“ Awak ni dah salah saluran ni. Awak patutnya saluran tiga.”
Dia menegur.
“ Saya beratur untuk emak.” Aku menjelaskan sambil tunjuk
pada mak.
Bila barisan emak makin dekat. Barulah emak lengang-lenggok masuk
barisan.
Aku masuk semula barisan, depan adik. Barisan kami masih panjang.
Emak dah siap. Emak cakap nak balik dulu. Aku suruh mak
drive kereta. Manalah dia tahu. Memang kurang asam lawak aku.
Lama lepas itu baru sampai giliran aku dan adik.
Setelah petugas mengecat telunjuk kiri dengan dakwat kekal.
Aku diberi dua kertas undi. Satu untuk adun. Satu lagi untuk parlimen.
Dalam kotak mengundi. Aku masih lagi tidak pasti siapa yang
aku harus undi. Aku tidak mengenali pun mana-mana calon ini. Yang aku kenal
hanya parti. Satu parti yang aku selalu dengar tentang korupsinya. Satu lagi
parti yang selalu dengar tentang fanatik pengikutnya. Ah! Mana satu. Misi asal
adalah untuk merosakkan undi.
Rosak. Tidak. Rosak. Tidak.
Baca bismillah. Pangkah. Satu. Dua.
Doa dalam hati moga calon yang aku pangkah jujur berkhidmat.
Balik rumah, Kak Jen masih dengan kereta dia. Adik lelaki,
si duda yang selalu pokai tu bising-bising sebab dia tak dapat duit minyak balik
mengundi. Jaha cool aje. Dah jadi cikgu sementara ni gaji banyak agaknya. Aku
pulak balik mengundi memang tak fikir nak harap dapat duit minyak kereta.
Lantaklah.
Mak dan adik bongsu hidang lauk ketam. Semua orang makan
nasi tambah 3 kali.
PS: Kak Jen tak mengundi. Pasal tak daftar. Dia ingatkan
hari ini daftar esok boleh mengundi. Cilako. Patut kena buang daerah orang
macam Kak Jen ni.
Saturday, April 20, 2013
Menghargai Ketawa
Kalau ada orang tanya, muka Honey tu macam mana?
Air muka dia macam Rashida Jones.
Aku selalu berlawak dan selalu jadi badut untuk emak. Senyum
emak rasanya sejuk.
Walaupun begitu, aku jarang tengok rancangan lawak contohnya
macam Raja Lawak, Maharaja Lawak, Senario dan sewaktu dengannya. Kalau sesetengah
TV series tu ada unsur lawak, aku layan aje.
Setiap kali housemate aku Anis bukak TV, rancangan lawak.
Aku pasti akan pergi lepak dalam bilik. Lama-lama dia tahu aku memang tak
layan. Dia agak pelik kenapalah aku tak layan. Aku jawab, aku suka aje cerita
lawak, tapi aku tak nak layan. TAK NAK bukan TAK SUKA.
Teori aku pasal lawak, andai aku banyak sangat tonton
rancangan lawak, maka lawak aku makin lama makin tidak ori. Hambar dan ada
kemungkinan aku akan terpengaruh dengan lawak dalam rancangan lawak tersebut, lalu
jadilah aku seorang yang loser.
Aku ambik serius tentang lawak. *Perkataan ni selalu buat
Fifi rasa nak muntah*
Masa dengan Honey dulu, dia cepat ketawa. Cara aku naik escalator
pun dia boleh gelak. Sedangkan sama aje caranya macam orang lain. Kalau aku cakap
sesuatu dia mesti ketawa. Kami borak setiap hari, tentang bahasa, ikan, sejarah
dan warna. Tentang rabun, bra, kasut dan nutella. Tentang lama, tentang baru.
Pesan Honey, jangan sesekali lakukan apa yang aku dah
lakukan pada ex girlfriends aku pada dia. Jadi, dia tak mahu cincin, sebab aku
pernah bagi cincin pada Preity. Dia juga tak mahu pantun sama yang aku pernah
bagi Syakilla. Aku tak boleh buat benda
yang sama. Aku juga perlu jujur. Bayangkan macam mana aku cuba nak keep her
interested. Cabaran dan kesedaran.
Aku tiada apa-apa. Tiada kaya. Tiada rupa. Aku suka orang
ketawa. Kadang kala aku suka dengar orang gelak dengan lawak aku sambil cakap aku
bongok. Iye. Aku anggap itu pujian.
Rashida Jones : Jo...Jangan nak perasan boleh tak?
Monday, April 1, 2013
Mencari Soalan
Mampu ke aku menulis dalam keadaan tak ada idea? Mari cuba.
Petang tadi aku merayau ke mall dengan seorang kawan
perempuan, merangkap officemate dan kawan borak tentang kpop dan hal-hal
keduniaan yang lain. Kita namakan sahaja dia Fifi. Bekas pelajar sekolah agama
tapi amat sempoi orangnya. Sedikit chubby. Fifi masih single tetapi ada
menyimpan perasaan pada seorang jejaka.
Aku selalu rasa Fifi dan kawan office lain macam tahu yang
aku ini seorang lesbian. Dalam masa yang sama aku tak rasa pulak dia orang
tahu. Iyelah, aku manalah ada girlfriend sekarang. Malah pernah ada boyfriend,
si Naruto tu. Lagipun setiap kali ada lelaki yang agak kacak di office, secara
automatik aku sendiri akan menggosipkan diri aku dengan mereka. Walaupun aku
pasti yang lelaki kacak di office sama sekali tidak tergoda pada aku.
Lantaklah.
Aku tak mahu kawan office tahu sebenarnya. Sebab aku ada
pengalaman buruk bila berterus-terang. Orang akan layan aku lain. Perempuan
akan layan aku lain, lelaki juga akan layan aku lain. Tapi kadang-kala jauh
dalam hati, bila dah kamceng macam aku dan Fifi ini, aku harap dan teringin dia
tahu. Aku harap dia terima aku seadanya.
Maka berbalik pada cerita petang tadi, lalu aku ada membuat sedikit percubaan untuk mengkantoikan
diri aku sendiri pada Fifi.
Masa itu Fifi dan aku singgah di sebuah kedai gadget untuk
bertanyakan tentang handphone Fifi yang selalu jammed. Salah seorang staffnya
adalah seorang amoi berambut hitam lebat macam rambut Zhao Wei dalam cerita
Painted Skin. Jarang aku tengok amoi rambut hitam macam ini. Selalunya mesti
dah highlights. Aku cuba melemparkan
sedikit senyum. Amoi itu buat dek sahaja. Oh, baiklah…
Sedang Fifi berbincang tentang handphone dia, aku mula
beraksi. Aku cuba masukkan pamphlet galaxy camera yang aku pegang ke dalam
bekas air di atas meja kaca depan amoi itu. Aku tahu bekas air itu gunanya
untuk staff menguji handphone jenis kalis air, sengaja aku nak tengok apa
respon amoi tu.
“ Air tu bukan untuk masukkan kertaslah.” Tegur amoi itu
dengan bahasa Melayu yang sedikit pelat. Aku pulak buat muka selamba, muka
mencabar. Umpan dah kena.
“ Air ni guna buat masuk handphone.” Terang si amoi lagi.
“ Eh! Janganlah masuk handphone dalam air.” Aku buat muka macam
risau. Ini semua berlakon.
Maka, apabila melihat muka risau aku, dia segera masukkan
handphone yang tergantung di leher dia dalam bekas air itu. Aku pula segera
buat muka jangan. Muka tidak. Fifi di sebelah tengah tahan gelak dengan gelagat
aku, sebab dia tahu yang aku tahu pasal handphone kalis air. Kami baru sahaja
bincangkan hal itu. Amoi tu dah gelakkan aku. Comel.
Seorang lagi staff, amoi berambut highlights memberi kami borang
survey tentang produk mereka. Fifi cepat-cepat mengisinya. Aku pula menolak
sambil menayang Nokia cikai milik aku.
Amoi rambut highlights terus cakap.
“ Alah, you pun mesti tahu pasal produk kami juga. Tulis
sahaja.”
“ No. Tak mahu. Nanti kalau saya isi, you punya kawan ni
ambik pula nombor telifon saya.” Aku dah gelak sambil tunjuk amoi rambut hitam
itu.
“ Baguslah macam tu, boleh kawan-kawan kan .” Amoi rambut highlights
sengaja menggalakan lagi. Dia gelakkan amoi rambut hitam.
“ You ni perasan kan?” Amoi rambut hitam berkata sambil
menyengetkan mulut, geram dengan aku agaknya.
“ Sikitlah…” Aku tambah lagi geram dia sambil buat muka seksi.
Kami tinggalkan amoi-amoi tadi selepas itu. Aku pula sengaja
highlight ayat menggatal dengan amoi tadi pada Fifi, beberapa kali. Masih cuba
kantoikan diri. Fifi selamba. SELAMBA. Dia tak nak tanya aku ke? Dia tak nak
tanya aku kenapa aku suka usik girls. Kenapa aku selamba je flirting dengan
girls.
Sebab aku nak sangat jawab.
“ Fifi… Sebenarnya aku pernah suka girl lebih dari aku suka
lelaki. Aku masih lagi ada perasaan itu sekarang. Aku masih sedang belajar
mengatasinya.”
Mungkin satu hari dia akan tanya. Tapi, pada masa itu,
adalah aku akan jawab?
Friday, March 22, 2013
Dating Bertiga
Walaupun rasa crush terhadap Nunu mungkin hanya tinggal suam-suam
kuku sahaja sekarang, aku tetap girang apabila menerima SMS Nunu
di suatu malam.
Nunu SMS : Hi Jo… Nunu kat Restoren B.
Restoren B adalah restoren kegemaran kami di Bandar P. Dekat sahaja dengan rumah aku.
Jo SMS : Nak pi sana boleh?
Nunu SMS : Meh ah.
Nunu SMS : Sekarang.
Aku terus kelam kabut save artwork design yang aku tengah
buat, tutup laptop, lalu cepat-cepat sarung skinny jeans hitam yang sedondon
dengan t-shirt oversize warna hitam yang aku pakai. Dalam kepala duk fikir, apa
yang si Nunu ni buat datang jauh dari Sungai B ke Bandar P. Mesti ada sesuatu.
Tiba-tiba satu lagi SMS muncul.
Nunu SMS : Nak makan? Nunu oderkan.
Jo SMS : Nasi goreng USA.
Nunu SMS : Minum?
Jo SMS : Teh O Ais.
Aku capai snapback cap, kejap try yang hitam…tak kena. Ambik
pula yang grey, poyo sangat. Capai yang bright blue, ya cute! Aku perasan
sendiri tengok cermin. Capai kunci Viva dan terus sahaja start enjin.
Tiba-tiba Nunu telifon. Apa kena...
“ Jo kat mana?” Terdengar suara Nunu.
“ Dalam kereta, baru nak keluar ni, kenapa?” Balas aku, tak
akan dia nak cancel pulak. Ah, sudah!
“ Jo, Nunu dengan ex-bf ni, dengan Haizat. Jo jangan cerita
apa-apa tahu. Buat-buat tak tau aje yang Jo tahu pasal kita orang ya.” Nunu
menjelaskan.
“ Owh… Ok.” Aku cuba senyum kelat. Ex-bf konon. Kalau Ex tak
kan masih nak keluar berdua macam ini. Geram hati aku. Masih ingatkah pada
kisah skandal Nunu dan lelaki sudah bergirlfriend yang dicintainya itu?
Sesampai sahaja aku di restoren B, aku menyergah Nunu dan
seorang jejaka agak chubby di sebelahnya. Kelakar bila kami bertiga pakai baju
warna hitam. Sedondon betul. Nunu perkenalkan aku pada Haizat. Aku berikan
senyuman. Senyuman plastik.
Nunu masih macam dulu, periang dan suka mengenakan aku.
Haizat pulak senyap aje. Aku tengok depan dia ada plastik ubat. Tak sihat
agaknya. Borak punya borak, Nunu mengadu pada aku.
“ Life Nunu bosan gila, pergi kerja balik kerja. Macam takde
makna aje Jo.” Nunu pandang aku.
“ Sebab tu Nunu kena kahwin. Dapat anak. Anak tu akan
menghidupkan Nunu nanti. Kalau Nunu dah tak ada, anak tu masih akan menyambung
warisan Nunu. Seterusnya cucu… cicit…” Aku bermain kata.
“ Eleh! Jo pulak? Jo
dah 31 tau. Nunu baru 27.” Nunu pandang aku.
“ Jo lain, Jo tak bosan. Jo buat kerja sekarang ni untuk
ditatap beratus-ratus tahun akan datang. Selagi apa yang Jo buat ini orang lain
boleh tengok. Maka Jo sentiasa hidup.” Aku senyum senget pada Nunu.
“ Tapi siapalah nak kat Nunu ni.” Nada Nunu perlahan. Sambil
itu aku tengok bola mata dia duk jeling Haizat. Muka jejaka tu selamba aje. Aku rasa
nak hadiahkan penyepak.
“ Jo ajak kahwin tak nak. Jom kahwin nak!?” Spontan
perkataan itu keluar dari mulut aku.
“ Hahaha. Jo ni. Jomlah! Jom kahwin.” Nunu dah tergelak semula. Memang
faham sangat dengan lawak aku. Banyak kali jugak aku buat lawak ini dengan dia
sebenarnya. Tapi ini kali pertama aku buat lawak ini depan orang lain. Jejaka bernama Haizat pula masih ber ‘pokerface’ di situ.
Sumpah. Aku tak faham.
Balik tu Haizat masuk kereta dulu. Nunu dan aku borak di tepi
kereta aku.
“ Sorry Jo, kita dapat jumpa kejap je. Haizat tak sihat tu.” Nunu
menjelaskan.
“ Owh. Patutlah ada plastik ubat atas meja tadi.” Aku
mengangguk.
“ Biasanya dia lawak, banyak cakap. Tapi dia betul-betul tak
sihat tu.” Nunu menerangkan lagi. Aku tak minta pun dia jelaskan. Nampak sangat dia
cuba membela sikap senyap Haizat depan aku. Di situ aku tahu cintanya masih besar pada
Haizat.
“ Entahlah Jo, Nunu tak tahu bila nak tinggalkan dia. Ramai
yang dah bising kat Nunu.” Sayu aje bunyi suara Nunu.
“ Buat apa nak putus kalau dua-dua sayang, korang kena
baikilah hubungan ni. Atasi masalah-masalah yang timbul.” Aku lihat Nunu
angguk-angguk lepas aku cakap macam itu.
“ Bye, nak balik dulu. Salam cepat!” Suara Nunu berubah
riang semula.
Aku capai tangan dia untuk bersalam. Dia pula sua tangan dia ke bibir aku.
“ Cium tangan Nunu cepat!” Kata dia lagi. Sambil itu
gelak-gelak. Entah kenapa aku cium. Mungkin pasal dia dah hulur agaknya.
Kelakar betul.
Lepas itu dia hulur pipi. Macam biasalah kalau salam dengan
aku siap kena laga pipi kiri kanan. Tapi kali ini aku tak laga pun pipi. Aku cium pipi kiri
kanan. Satu… Dua… Tiga… Empat… Lima… Enam.
“ Hahaha. Saje je bagi Jo cium banyak. Lepas rindu lama tak
jumpa.” Dia gelak-gelak. Aku tak tahu nak rasa apa.
Kami berpisah di situ.
Pagi esok masa aku nak pergi kerja. Nunu SMS lagi.
Nunu SMS : Semalam… Kawan Nunu cakap, Jo macam umur 18.
Ahaks! Ahaks! Morning.
Jo SMS : Umur diskaun tu.
Sekian.
Wednesday, March 13, 2013
Pengkid Cantik
Dalam kehidupan seharian aku yang berulang-ulang sahaja setiap hari, sekali-sekala ada hari yang mengujakan juga. Hari di mana aku akan seterika baju aku dengan super kemas dan mandi guna sabun lebih daripada biasa.
Hari mengujakan itu adalah apabila Anis, housemate aku bawak kawan-kawan dia datang bertandang ke flat sewa kami. Ada seorang kawan yang dia bawak ni agak istimewa sikit. Dia pengkid dan dia cantik. Kombinasi yang jarang-jarang dapat aku jumpa. Maka kami semua memang cuci mata tengok pengkid ni.
Partner Anis, si Arin ada sekali. Aku memang serasi berborak dengan Arin ni. Kelakar dan selamba orangnya. Mengingatkan aku masa zaman aku dan Bond sekolah dulu. Masa tu Bond takdelah serius dan garang macam sekarang ni.
Pengkid cantik ni selamba jugak orangnya. Nakal betul bila dia asyik mengusik aku yang sibuk menyiapkan design sambil bergossip dengan Arin pasal kerabat diraja, para menteri dan perihal orang dalam kerajaan Malaysia yang makin korup dari hari ke hari. Masa itu kami melepak dalam bilik aku.
Sesekali pengkid cantik datang ke meja aku lalu berbisik tepi telinga.
“ Hari Ahad hari berehat Bang Jo oii, bukan hari kerja,”
Bau aroma rokok perisa strawberinya terasa melekat di pipi aku. Meremang roma tengkuk dibuatnya. Aku semat azam dalam hati, sekali lagi dia duk bisik dekat telinga aku, memang kena ciumlah alamatnya.
Borak punya borak dengan Arin, makin banyak topik-topik yang kami bincangkan. Sambil itu tangan aku ligat menyiapkan design, sebab petangnya kami akan keluar melepak beramai-ramai. Arin juga ligat mengurut kakinya sendiri, kesan masa muda dulu terlalu aktif bersukan lasak katanya.
Dalam sedar tak sedar itu. Aku terbau lagi aroma wangi rokok dari belakang yang semakin rapat ke telinga. Rasa geram aku makin memuncak.
Lalu suara itu berbisik ke telinga aku.
“ Banyak lagi ke kerja tu?”
Aku berpaling dan terus aku cium pipi pengkid cantik. DANG!
Anis tergolek di tepi katil sambil pegang pipi dengan muka merah padam. Arin atas katil terkedu dengan tindakan spontan aku mencium aweknya. Aku pulak terasa ngeri kerana tersilap sasaran.
Ya betul. Bukan pengkid cantik yang menyapa, tapi Anis. Housemate aku yang tak pernah terniat pun untuk aku apa-apakan sepanjang duduk menyewa bersama lebih setahun dulu. Kini aku telahpun terciumnya. Paling parah apabila ini berlaku depan partner dia, Arin.
Aku berdebar. Berdebar sebab takut. Takut Arin menyumbat minyak urut kaki ke dalam mulut aku.
“ Arin… Aku mintak maaf tercium bini kau, aku ingat pengkid cantik tadi. Sumpah aku tak ada niat pun.”
Aku menutur kata-kata maaf setulus mungkin.
“ Aku tak cakap apa-apapun. Ah, takde apalah!”
Arin kelihatan cool aje.
“ Wei Anis! Sorrylah aku tak sengaja. Aku ingat pengkid cantik tadi.”
Aku minta maaf pada Anis pula.
“ Kau ni betul-betul nak cium pengkid cantik tu, cium ajelah. Pergi cium dia kat luar tu.”
Sambil pasangan dua sejoli itu mentertawakan aku.
Kurang asam, kerana pengkid cantik yang manja itu satu hari aku sangap.
Sampai malam.
Masa keluar jalan sama-sama malam itu, aku sengaja cium pipi pengkid cantik depan semua orang. Merah padam muka dia. Melopong yang lain-lain. Bukannya aku tak tahu ada yang simpan perasaan kat pengkid cantik. Padan muka. Lain kali kalau minat, jangan sorok-sorok.
PS : Jangan nak gossip aku dan pengkid cantik. Kami cool aje lepas tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


