Dalam kehidupan seharian aku yang berulang-ulang sahaja setiap hari, sekali-sekala ada hari yang mengujakan juga. Hari di mana aku akan seterika baju aku dengan super kemas dan mandi guna sabun lebih daripada biasa.
Hari mengujakan itu adalah apabila Anis, housemate aku bawak kawan-kawan dia datang bertandang ke flat sewa kami. Ada seorang kawan yang dia bawak ni agak istimewa sikit. Dia pengkid dan dia cantik. Kombinasi yang jarang-jarang dapat aku jumpa. Maka kami semua memang cuci mata tengok pengkid ni.
Partner Anis, si Arin ada sekali. Aku memang serasi berborak dengan Arin ni. Kelakar dan selamba orangnya. Mengingatkan aku masa zaman aku dan Bond sekolah dulu. Masa tu Bond takdelah serius dan garang macam sekarang ni.
Pengkid cantik ni selamba jugak orangnya. Nakal betul bila dia asyik mengusik aku yang sibuk menyiapkan design sambil bergossip dengan Arin pasal kerabat diraja, para menteri dan perihal orang dalam kerajaan Malaysia yang makin korup dari hari ke hari. Masa itu kami melepak dalam bilik aku.
Sesekali pengkid cantik datang ke meja aku lalu berbisik tepi telinga.
“ Hari Ahad hari berehat Bang Jo oii, bukan hari kerja,”
Bau aroma rokok perisa strawberinya terasa melekat di pipi aku. Meremang roma tengkuk dibuatnya. Aku semat azam dalam hati, sekali lagi dia duk bisik dekat telinga aku, memang kena ciumlah alamatnya.
Borak punya borak dengan Arin, makin banyak topik-topik yang kami bincangkan. Sambil itu tangan aku ligat menyiapkan design, sebab petangnya kami akan keluar melepak beramai-ramai. Arin juga ligat mengurut kakinya sendiri, kesan masa muda dulu terlalu aktif bersukan lasak katanya.
Dalam sedar tak sedar itu. Aku terbau lagi aroma wangi rokok dari belakang yang semakin rapat ke telinga. Rasa geram aku makin memuncak.
Lalu suara itu berbisik ke telinga aku.
“ Banyak lagi ke kerja tu?”
Aku berpaling dan terus aku cium pipi pengkid cantik. DANG!
Anis tergolek di tepi katil sambil pegang pipi dengan muka merah padam. Arin atas katil terkedu dengan tindakan spontan aku mencium aweknya. Aku pulak terasa ngeri kerana tersilap sasaran.
Ya betul. Bukan pengkid cantik yang menyapa, tapi Anis. Housemate aku yang tak pernah terniat pun untuk aku apa-apakan sepanjang duduk menyewa bersama lebih setahun dulu. Kini aku telahpun terciumnya. Paling parah apabila ini berlaku depan partner dia, Arin.
Aku berdebar. Berdebar sebab takut. Takut Arin menyumbat minyak urut kaki ke dalam mulut aku.
“ Arin… Aku mintak maaf tercium bini kau, aku ingat pengkid cantik tadi. Sumpah aku tak ada niat pun.”
Aku menutur kata-kata maaf setulus mungkin.
“ Aku tak cakap apa-apapun. Ah, takde apalah!”
Arin kelihatan cool aje.
“ Wei Anis! Sorrylah aku tak sengaja. Aku ingat pengkid cantik tadi.”
Aku minta maaf pada Anis pula.
“ Kau ni betul-betul nak cium pengkid cantik tu, cium ajelah. Pergi cium dia kat luar tu.”
Sambil pasangan dua sejoli itu mentertawakan aku.
Kurang asam, kerana pengkid cantik yang manja itu satu hari aku sangap.
Sampai malam.
Masa keluar jalan sama-sama malam itu, aku sengaja cium pipi pengkid cantik depan semua orang. Merah padam muka dia. Melopong yang lain-lain. Bukannya aku tak tahu ada yang simpan perasaan kat pengkid cantik. Padan muka. Lain kali kalau minat, jangan sorok-sorok.
PS : Jangan nak gossip aku dan pengkid cantik. Kami cool aje lepas tu.
pengkid cantik?apa tu?
ReplyDeletecayalah bro! nice..haha..
ReplyDeleteAstaghfirullah...jo...jo...
ReplyDeleteSila.. Sila buat cerita sambungan next episod ye..
ReplyDeleteSerius yang nie best, haha! ;)
ReplyDeleteuntung lewwwwww...... hahaha
ReplyDeletecium pp je kan........
ReplyDeleteKak Jen: Alamak rugik rr aku tak join tgk pngkid cantek tu...tp aku pun cantik gak..hahhhaaha..hii jo (adik sebapa seibu)..wat buku terbit citer ko bsnss baik ni..jgn lupa watak aku.ada pningkatan skill pnulisn ko,ok rr bai2..
ReplyDeletetakdela cantek sgt..kiut je sket..ha ha~
ReplyDeleteLOL
DeleteCool....ahhh aku pulak yg rs nk melayang!!! :)
ReplyDeleteHaha..sengal nye jo...
ReplyDeleterokok perisa strawberry = pine?
ReplyDeletepengkid cantek...wahahaha...post gambo cepat!
kiss me jo
ReplyDeletesumpah lawak! hahahah...
ReplyDeletekalau pengkid mcm pengkid A-bob(pebgkid mcm lelaki sebenar)..apa ceritanya huh...sekarang ani pengkid sanggup tukar jabtina demi awekz....ada faham tak?
ReplyDeletebanyaknya ejaan yg salah ni Anon...
Deleteyang lurus nie:"kalau pengkid macam pengkid A-bob..macam mana???dia sudah tukar jantina???kat youtube..dia famous rau.tulis jaaaa...(tomboy zee)...malaysia panggil dia A-bob.sebenarnya dia pengkid thailand..dia pernah.datang kat malaysia.
DeleteA-bob? Tomboy Zee? tak kenal...tapi tadi baru google dia. Sekian.
DeleteA-bob tu.nama saya lah tomboy zee.favourite tomboy sayalah.cuba googgle yg nie..."wanita menjadi kacak" dan "lelaki paling cantik".awak nie pengkid ke lelaki??
Deleteklaka.xmampu nk gelak. >_<
ReplyDeleteaku sengaja cium pipi pengkid cantik depan semua orang. :ko mmg dh thap gler mroyang Jo..
ReplyDeletehai tuan tanah...
ReplyDeletetumpang lalu ye...
'pengkid cantik' ye...