Aku baru lepas menonton VS fashion show. Terasa nak pakai
underwear yang cantik. Cerita ini tiada
kaitan tentang VS bra mahupun pemakainya.
Semasa zaman aku hangat bercinta dengan Honey beberapa tahun dahulu, Honey
dan Priety adalah musuh ketat. Sebabnya Honey selalu call dan provoke Priety.
Priety selalu call aku mengadu, jadi aku
tanya pada Honey kenapa dia buat macam itu, aku pulak kena marah. Kata Honey, patutnya
aku sebelahkan dia bukannya ex gf aku. Memang tak patut Honey nak provoke
Preity atas apa yang Preity pernah buat pada aku dulu, sedangkan aku sendiri
tak nak.
Sepanjang LDR kami, sebulan sekali Honey pasti akan pulang
ke KL. Bukan untuk balik rumah parents dia, tapi spend masa bersama aku. Kadang
kala 2 hari, kadang kala seminggu. Ikut berapa banyak cuti yang dia ada. Dia
akan tinggal dengan aku dalam tempoh itu.
Satu hari, semasa kami spend masa bersama, Honey buat satu
permintaan mengarut. Dia nak jumpa Preity. FACE TO FACE. Sudah tentu aku tidak setuju.
Aku tahu betapa gilanya Honey. Akhirnya setelah dipujuk rayu oleh Honey yang
berjanji untuk menjaga kelakuan dia, maka dengan berat hati aku ikutkan juga.
Aku call Preity dan ajak dia keluar. Berdua sahaja
kononnya. Preity terus setuju. Sudah lama aku tak jumpa Preity. Kali terakhir
aku jumpa dia adalah bila dia cuba pujuk aku untuk bersama dengan dia. Masa tu
aku baru sahaja jalin hubungan dengan Honey.
Kami pun pergi. Masa dalam train aku berdebar dan berdoa
supaya tiada kejadiaan buruk berlaku. Honey peluk lengan aku erat-erat
seolah-olah kami akan berpisah buat selamanya. Itu menambahkan rasa takut aku.
Adakah Honey cuba menguji aku. Adakah aku akan berjaya dalam ujian ini. Ah!
Dunia kejam.
Seperti dijanjikan, aku
jumpa Preity di sebuah mall di Shah Alam. Preity kelihatan sungguh cun sekali.
Pemilihan pakaian yang agak ketat walaupun bertudung. Adakah dia cuba menggoda
aku. Cuma yang aku tak tahan adalah bau perfume yang dia pakai. Terlalu wangi.
Aku pakai biasa-biasa sahaja. Honey pun sempoi.
Preity agak terkejut sebab aku bawa seseorang. Aku kenalkan
Honey sebagai adik angkat aku. Aku cuba mengekalkan jarak antara aku dan Honey
supaya lakonan kami nampak real. Betapa tersiksa jiwa aku masa itu. Kami makan
di sebuah restoren.
Honey pegang janji dia, dia berkelakuan baik dan membiarkan
aku dan Preity berborak rancak. Kadang kala sahaja dia menyampuk. Preity aku
tengok sungguh gembira sekali. Aku pula tak tahu apa ada dalam hati Honey. Mahu
sahaja aku pegang tangan Honey masa itu dan cakap pada Preity,Honey ini adalah girlfriend aku. Aku sayang Honey
sepenuh jiwa aku. Tapi aku tak mahu terjadi pergaduhan di situ. Tak pasal-pasal
keluar surat khabar dua perempuan bergaduh berebut pengkid. Cis! Aku perasan.
Lepas makan kami jalan-jalan di mall. Nampak yang Preity
mahukan perhatian aku. Tapi aku lebih seronok jalan dengan Honey. Rasa lebih
serasi. Kadang-kala aku terpegang tangan Honey atau Honey terpegang tangan aku.
Ah! Itu kebiasaan.
Preity minta kebenaran untuk ke ATM, Honey pula hendak ke
toilet. Aku tunggu depan ATM sebab aku dah pun pergi toilet. Aku duduk atas
tebing. Sebaik sahaja Preity selesai withdraw duit, dia terus merapati aku yang bersendirian di atas
tebing. Lalu dia berdiri di tengah antara kedua belah peha aku. Tangannya
sengaja meraba peha aku. Pandangan matanya manja. Terkejut betul aku dengan ke’daring’ an dia. Aku pula dalam
kedudukan tidak boleh bergerak. Aku tak mahu dia dekat aku. Serentak itu, Honey
keluar dari tandas, mukanya sedikit terkejut dengan kedudukan kami. Ah! Sudah! Preity
berlagak biasa dan berpura-pura menjauhkan diri dari aku. Barulah aku dapat lompat
dari tebing durjana itu. Honey buat biasa.
Aku kecut perut. Mampus aku kalau
Honey merajuk.
Selesai pertemuaan hari itu. Aku dan Honey balik naik train.
Sepanjang perjalanan dia tak bercakap banyak. Mata dia pandang pemandangan di luar train. Aku pegang tangan dia kuat, dia
biar. Dia pegang tangan aku juga. Aku harap dia tidak terluka dengan tindakan
dia sendiri.
Sebelum Honey balik semula ke kolej, dia cakap dia rasa
rendah diri dengan Preity yang cantik. Dia minta maaf sebab buat aku serba
salah macam itu, buat aku ikut kehendak dia yang bukan-bukan. Tapi dia cakap
mesti buat ini untuk tahu Preity. Preity yang pernah buat hati aku menderita.
Katanya Preity agak baik dan mesra sebagai stranger.
Lepas itu aku call Preity dan beritahu hal sebenar. Preity
betul-betul marah. Seperti biasa aku dipersalahkan. Preity cakap dia benci aku
atas segala-galanya. Tidak lama lepas itu Preity tukar nombor telifon.
Aku masih tetap aku.