Sunday, November 28, 2010

Naruto dan Jo

Ex boyfriend kedua call. Ya aku pernah ada boyfriends, tapi jujurnya aku tak pernah rasa perasaan cinta mereka. Aku dah puas berusaha. Aku cuma rasa suka aje. Jadi apabila lihat namanya muncul di skrin handphone aku menjawabnya dengan girang.

Naruto : Assalamualaikum.

Jo : Hai, W'salam.

Naruto : Awak ada kat mana tu?

Jo : Kat rumah sewalah.

Naruto : Oh, Iye ke?

Jo : Iyelah, saya tengah buat kerja depan laptop ni .Awak mesti nak cakap awak nampak saya kat mana-mana kan?

Naruto : Iye, saya nampak girl muka macam awak, sebijik macam awak kat bus stand ni. *taktik ni aku pernah cuba nak guna bila teringin nak dengar suara ex-girl aku, tapi tak jadi bila aku rasa terlalu lame.

Jo : Pergilah ngurat, awak tanyalah macam ni, Hai macam kenal, ini Jo kan?

Naruto : Taktik lama tu, tak mahulah saya.

Jo : Rugilah awak, kalau muka macam saya mesti cantik. Ha! Ha! Ha! *Taktik lama konon, abis tu nak call aku pun kau pakai taktik yang aku dah boleh agak*

Aku selalu rasa yang ex-boyfriend aku yang satu ni masih sayangkan aku. Aku bukan tak suka pada dia, suka tu suka tapi dia slow sangat. Masalah kedua dia ada HIV positif. Jelas?

Sangap

Sangap di sini maksudnya keinginan yang meluap2 bukan sangap yang bermaksud menguap.

Beberapa minggu lepas aku keluar dengan junior masa aku sekolah yang pernah tulis surat berbau cinta dan cemburu pada aku. Aku hampir lupa dia ada menulis surat itu. Dia yang mengingatkannya semula. Macammana dia dapat mencari aku setelah berbelas-belas tahun lamanya, aku salahkan facebook.

Hari itu dia buka cerita lama tentang girls yang ramai di keliling aku pada waktu sekolah. Spesifiknya dia bertanya tentang bekas kekasih pertama aku. Hari itu aku jawab jujur pasal aku pada dia. Memang aku dan bekas kekasih tu kekasih waktu itu. Dia cakap dia dah agak dah, cuma nak confirmkan dari aku. Aku pula bersyukur sebab aku tak layan dia waktu sekolah. Kalau tidak dia memang terjebak dalam dunia songsang.

Ai Lin : Jadi sekarang ni you tak ada girlfriend la?

Jo : Dah bertahun-tahun tak ada.

Ai Lin : You tak sangap ke?

Jo : Ada jugak, tapi I tahan ajelah.

Ai Lin : Kalau I tak dapat dari boyfriend I seminggu pun I dah sangap sangat.

Jo : Maksudnya tiap-tiap minggu you tidur dengan dia?

Ai Lin : Ye la. Tapi dah 2 minggu dia outstation. Tengah sangap la ni *sambil raba-raba peha aku*

Jo : You pakai kondom tak? *aku alih tangan dia dari peha aku*

Ai Lin : Tak pernah
.
Jo : Kalau mengandung?

Ai Lin : Lagi bagus, cepat sikit kahwin. Malulah nak beli kondom.

Jo : Suruh la dia beli, bahaya kalau tak pakai. Aids bla.. bla.. bla...

Ai Lin : Dia dengan I sama-sama first, I tak pernah tidur dengan orang lain dia pun sama.

Jo : Cepatlah kahwin kalau macam tu.

Ai Lin : Kalau boleh memanglah nak cepat, tapi mak I letak hantaran tinggi sangat.

Aku tak tahu nak cakap apa dah.

Maxis hotline

Siapa pernah call 1 800 82 2000 maxis hotline? Tak pernah? Ingat ini talian bukan untuk main2 atau mengurat aweks. Ini talian untuk membantu anda.

Jadi sebagai seorang yang perlukan bantuan aku pun call nombor ini untuk bertanyakan tentang bill broadband aku. Aku baru sahaja menjadi pengguna maxis broadband jadi tak tahu bila aku kena bayar bill, aku memang kantoi soal bayar membayar. Roadtax motor kereta, insurans, loan selalunya aku minta kakak atau abang aku yang uruskan. Sewa rumah, bill api air semua roomate aku settlekan. Aku tinggal nak bagi duit aje.

Oleh kerana aku berjauhan dengan kakak sekarang kerana kesibukan masing2 maka aku bertekad untuk menguruskan semua pembayaran sendiri. Sebelum ini aku pernah sahaja call hotline ini. Tapi tiada apa-apa yang berlaku. Kali ini aku merasakan sesuatu. Cik operator ini suaranya sungguh sexy. Aku pun dah lupa apa yang aku tanyakan dan kenapa cik operator tu ada ketawa2 manja. Aku rasa aku hanya tanya pasal bill, cara pembayaran dan dan nombor akaun broadband aku sahaja dan setiap kali aku jawab pasal nama, alamat dan no ic aku dia mesti ketawa manja. Aku fahamlah kalau suara aku macam lelaki macho, tapi suara aku suara girl yang baru bangun tidur sebab aku memang baru bangun tidur. Adakah dia memang manja atau aku yang horny pagi-pagi.

Dan aku hampir nak call nombor itu semula selepas segalanya selesai untuk mendengar suara cik operator. Adakah teori aku pasal 'radar' itu betul? Tapi niat itu aku batalkan sebab aku masih rasional. Ingat kata2 aku di perenggan pertama. Oh! Maxis hotline memang hot. Aku bagi 5 bintang.

Thursday, November 25, 2010

Nunu yang curious

Aku yang normal pernah ditanya.

Nunu : Jo kan ramai kawan pengkid, macamana diorang dapat couple? Macamana diorang kenal satu sama  lain? Macamana diorang mengurat? *Nunu curious*

Jo : Diaorang ada radar, macam gelombang, dengan pandangan dan rasa diaorang tahulah.*Aku hentam aje*

Nunu : Iye ke..Owh, habis tu bestfriend Jo si Bond tu dia ngurat orang macamana?

Jo : Dia tak ngurat pun, girls yang datang kat dia.

Nunu : Oh, Iye? Mesti dia handsome kan?

Jo : Hmm mm...

Lain kali dia tanya pasal lain pula.

Nunu : Jo kan macam boyish, macammana kalau ada girl suka kat Jo?

Jo : Dah pernah ada pun, sejak darjah enam lagi bla bla bla *Sambil cerita pasal girls yg pernah suka aku tapi aku tak layan tapi tak cerita pasal girls yang aku suka yang aku pernah ngurat (lama dulu)*

Apa ya perasaan Nunu kalau dia tahu dulu aku bukan straight dan masih belum straight sangat sekarang?Menung kejap.

Cerita Dongeng Si Janda

Pernah baca novel atau cerpen pasal pengkid atau lesbian yang kembali ke pangkal jalan lalu berjumpa putera idamannya berkahwin dan mendapat anak yang comel? Cerita terbaru mereka itu telah menjadi janda. Ya, aku punya beberapa kawan lama yang bergitu. Jadi apa pilihan yang mereka ada? Jatuh cinta dengan dua-dua gender dan patah hati. Aku geleng kepala.

Wednesday, November 24, 2010

Tahniah!

Bekas kekasih kedua dah mengandung 6 bulan. WO!!! Tahniah, syukur sebab dia ikut jalur yang betul tu. Mengenang kembali 11 tahun lepas macammana tak logiknya kami boleh tertarik antara satu sama lain. She so straight! Aku dah kenal dia beberapa tahun sebelum itu lagi. Ya, dia baik dan cantik, tapi aku tak pernah pandang dia dengan pandangan itu sehingga aku putus dengan bekas kekasih pertama. Aku tahu dia memang boleh jadi isteri yang baik dan aku pun tersenyum. Nakal.

Monday, November 22, 2010

Cantik

Girl dekat bookshop tu cantik betul. Tapi aku hanya mampu pandang aje. Lelaki untung sebab dapat cinta perempuan. Beli ruler.

Jo: Tak balik raya haji?

Girl: Tak...*geleng kepala, muka sedih*

Jo: Kesian mak kat rumah

Girl: Hmm..

Jo: Adik beradik berapa orang?

Girl: Enam.

Jo: Anak ke...?

Girl: Tiga.*senyum*

Jo: Oh, anak tengah. Saya pun anak tengah juga.*ambil ruler dan resit sebelum keluar dari kedai*

Teknologi

Aku cuba melarikan diri dari ada facebook, sama macam aku pernah cuba larikan diri dari ada handphone. Bukan sebab tak suka teknologi, tapi aku tak mahu dicari dan mencari kawan-kawan masa lalu, yang pasti memang cuba mencari Jo. Untuk pergi berseronok. Memang seronok berseronok dengan kawan lama yang terang-terang kenal aku luar dalam. Tapi itu boleh mendorong aku jadi abnormal, yang mana aku beberapa tahun kebelakangan ini cuba jadi normal. Hasilnya siapa yang kenal aku sekarang nampak, pandang dan fikir aku manusia normal macam diaorang. Tapi teknologi itu depan mata. Mahu tidak mahu aku ada facebook, handphone. Tapi aku privatekan. Aku tak layan 99% kawan masa lalu aku. Bukan sebab aku sombong. Aku cuba jadi manusia yang lebih baik untuk diri sendiri. Masih berusaha. Masih belum jadi. Aku tak nak gangguan. Aku sedar aku cepat dipengaruhi dan mempengaruhi.

Jo : Huh, ramainya membe2 lama add aku, ah ignore sahaja...

Ina : Kau ni negatif sangat, confirmkan ajelah kalau ada kawan nak add.

Jo : Bahaya, biar ajelah. Aku malas. *sambil sengih pandang muka Ina yang macam nak tanya kenapa*

Aku harap Ina tak tanya lagi. Aku malas nak cerita pasal aku pada dia, aku takut dia terkejut dan aku harap dia layan aku sama macam hari ini. Walaupun aku tahu Ina baik sangat, aku tahu kalau dia tahu semuanya pasal aku, pendapat dan pandangannya tentang aku memang akan berubah. Walaupun dalam hati aku menjerit nak share perasaan aku, nak cerita. Aku zip mulut aku. Dengan cara sedikit hipokrit. Aku tahu orang yang tak laluinya tak akan faham rasanya. Rasa yang aku cuba tak nak rasa lagi. Rasa ketagih.Bertahun-tahun  dah. Aku masih berlari.

Sunday, November 21, 2010

Jo dan Bond

Aku dah lama tak jumpa Bond. Dia kawan baik aku. Beberapa tahun kebelakangan ini kami berjumpa setahun sekali. Aku kerja waktu pejabat, dia kerja shift. Hari minggu aku selalu ada job2 lain. Jadi setelah perancangan rapi kami jumpa jugak. Aku pakai pakaian paling girly yang aku ada walaupun aku tahu Bond hanya akan datang dengan tshirt bodoh saja.Dia bawa girl. Girl baru. Aku selalu rasa Bond player. Senang dapat, senang ditinggalkan, senang meninggalkan. Hati Bond, dia saja yang tahu. Bond pandang aku atas bawah.

Bond: Kau makin girly, bila nak kawin?

Jo : Aku memang la tak ada girlfriend tapi aku belum jatuh hati dengan mana2 lelaki lagi, nantila kawin tu.

Dan aku tahu Bond memang tanya ikhlas. Aku memang jawab ikhlas.

Pengenalan Jo

Dah senja... kalau di kampung para emak akan sibuk menyuruh anaknya balik.
Aku memulakan cerita. Pasal Jo, diri aku. Masa lalu, masa kini dan mungkin masa depan.
Amaran! Blog ini sangat serius. Kehidupan seorang Jo. Tanpa label. Suka banyak perkara. Tak suka banyak benda. Jo adalah Jo. 

Followers