Siapa pernah call 1 800 82 2000 maxis hotline? Tak pernah? Ingat ini talian bukan untuk main2 atau mengurat aweks. Ini talian untuk membantu anda.
Jadi sebagai seorang yang perlukan bantuan aku pun call nombor ini untuk bertanyakan tentang bill broadband aku. Aku baru sahaja menjadi pengguna maxis broadband jadi tak tahu bila aku kena bayar bill, aku memang kantoi soal bayar membayar. Roadtax motor kereta, insurans, loan selalunya aku minta kakak atau abang aku yang uruskan. Sewa rumah, bill api air semua roomate aku settlekan. Aku tinggal nak bagi duit aje.
Oleh kerana aku berjauhan dengan kakak sekarang kerana kesibukan masing2 maka aku bertekad untuk menguruskan semua pembayaran sendiri. Sebelum ini aku pernah sahaja call hotline ini. Tapi tiada apa-apa yang berlaku. Kali ini aku merasakan sesuatu. Cik operator ini suaranya sungguh sexy. Aku pun dah lupa apa yang aku tanyakan dan kenapa cik operator tu ada ketawa2 manja. Aku rasa aku hanya tanya pasal bill, cara pembayaran dan dan nombor akaun broadband aku sahaja dan setiap kali aku jawab pasal nama, alamat dan no ic aku dia mesti ketawa manja. Aku fahamlah kalau suara aku macam lelaki macho, tapi suara aku suara girl yang baru bangun tidur sebab aku memang baru bangun tidur. Adakah dia memang manja atau aku yang horny pagi-pagi.
Dan aku hampir nak call nombor itu semula selepas segalanya selesai untuk mendengar suara cik operator. Adakah teori aku pasal 'radar' itu betul? Tapi niat itu aku batalkan sebab aku masih rasional. Ingat kata2 aku di perenggan pertama. Oh! Maxis hotline memang hot. Aku bagi 5 bintang.
No comments:
Post a Comment