Aku cuba melarikan diri dari ada facebook, sama macam aku pernah cuba larikan diri dari ada handphone. Bukan sebab tak suka teknologi, tapi aku tak mahu dicari dan mencari kawan-kawan masa lalu, yang pasti memang cuba mencari Jo. Untuk pergi berseronok. Memang seronok berseronok dengan kawan lama yang terang-terang kenal aku luar dalam. Tapi itu boleh mendorong aku jadi abnormal, yang mana aku beberapa tahun kebelakangan ini cuba jadi normal. Hasilnya siapa yang kenal aku sekarang nampak, pandang dan fikir aku manusia normal macam diaorang. Tapi teknologi itu depan mata. Mahu tidak mahu aku ada facebook, handphone. Tapi aku privatekan. Aku tak layan 99% kawan masa lalu aku. Bukan sebab aku sombong. Aku cuba jadi manusia yang lebih baik untuk diri sendiri. Masih berusaha. Masih belum jadi. Aku tak nak gangguan. Aku sedar aku cepat dipengaruhi dan mempengaruhi.
Jo : Huh, ramainya membe2 lama add aku, ah ignore sahaja...
Ina : Kau ni negatif sangat, confirmkan ajelah kalau ada kawan nak add.
Jo : Bahaya, biar ajelah. Aku malas. *sambil sengih pandang muka Ina yang macam nak tanya kenapa*
Aku harap Ina tak tanya lagi. Aku malas nak cerita pasal aku pada dia, aku takut dia terkejut dan aku harap dia layan aku sama macam hari ini. Walaupun aku tahu Ina baik sangat, aku tahu kalau dia tahu semuanya pasal aku, pendapat dan pandangannya tentang aku memang akan berubah. Walaupun dalam hati aku menjerit nak share perasaan aku, nak cerita. Aku zip mulut aku. Dengan cara sedikit hipokrit. Aku tahu orang yang tak laluinya tak akan faham rasanya. Rasa yang aku cuba tak nak rasa lagi. Rasa ketagih.Bertahun-tahun dah. Aku masih berlari.
No comments:
Post a Comment