Malam tadi aku ingat nak buat tutorial cara-cara buat gif guna Adobe Photoshop. Tapi entah kenapa ia jadi leceh. Mungkin aku mengantuk, penat atau malas...
Ini yang aku buat.
Thursday, September 27, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Geng Enam
Aku bukanlah si bijak pandai. Minda aku sederhana sahaja.
Jadi aku jarang mahu melibatkan diri dalam perbincangan terlalu intelektual.
Bini bos sama umur dengan aku. Bos pun lebih kurang sebaya
aku juga. Jelita orangnya. Lahir di negeri mat saleh dan merupakan seorang yang
berpelajaran tinggi. Sepadanlah dengan bos yang agak kacak dan lulusan luar
negara. Bila mereka berbual-bual dengan aku selalunya ada sahaja topik
intelektual diselitkan.
Di suatu tengah hari aku sedang aku melaksanakan kerja bersama
bini bos. Tiba-tiba dia bersuara.
“ Jo…I dah tengok video geng enam tu. Tak ada yang menarik
pun. Entah apa yang bestnya. I tunjuk dekat anak I, tapi dia lagi suka tengok
video Upin Ipin.”
Aku pandang bini bos dengan mata terkelip-kelip. Riak wajahnya selamba. Video geng
enam? Apakah itu?
Entah kenapa berat pulak mulut aku nak bertanya pada
bini bos. Selalunya kalau aku tak pasti atau tak tahu, cepat aje aku nak tanya.
Aku senyum aje memandang dia, sambil terangguk-angguk dan meneruskan kerja.
Perkataan 'video geng enam' masih lagi berlegar-legar di
kepala. Lalu apabila aku kembali duduk di depan computer, segera aku google
perkataan ‘video geng enam’. Yang keluar pasal Enam Jahanam, cerita P.Ramlee .
Aku google pulak dalam bahasa mat saleh, ’video gang six’ …Yang keluar pasal gang
rape. Wuish… Internet ni pantang di usik sikit, kelain pulak dia. Tergeliat
sekejap minda sederhana aku ni.
Pencarian aku memakan masa beberapa hari. Entah macam mana
aku teringat satu ‘perkataan’. Aku
senyum. Senyum di atas kesederhanaan minda dan ketidak pekaan aku dengan cara
sebutan bini bos.
Aku taip ‘perkataan’ itu dekat google translate, kemudian
dengar apa google translate sebut.
“Geng Enam”
Suara mat saleh google translate bergema di earphone aku.
Ya memang betul tindakan aku…aku taip perkataan Gangnam.
Minda aku sederhana, bini bos dengan slang mat saleh dia.
Thursday, September 20, 2012
Pengkid dan Body Figure
Amaran : Post ini mengandungi bahasa dan cerita yang tidak
sesuai untuk lelaki dan sesiapa yang tidak matang fikirannya.
Setiap minggu ada sahaja kenduri kahwin yang aku kena pergi.
Penutupnya bila aku dan adik beradik kena menghadiri kenduri sepupu aku sebelah
family emak. Kami adik beradik lebih rapat dengan sepupu sebelah ayah kalau nak
dibandingkan dengan sepupu sebelah emak. Maklumlah arwah ayah asyik bawa kami
jumpa family dia berbanding family emak. Bila dah besar, memang tak boleh nak
rapat dah. Sepupu aku sebelah emak ramai, kalau di hitung dengan jari kaki dan tangan
dan di gandakan masih tak cukup. Sepupu aku ada pelbagai ragam dan fizikal.
Cantik, chubby, handsome.Pengkid pun ada. Siap dengan partner dan ada anak
angkat lagi tu. Advance betul.
Malam itu aku menunjukkan pada emak gambar-gambar masa
majlis kenduri. Emak aku dan kakak tergelak sakan melihat gelagat saudara mara.
Emak juga jelaskan tentang beberapa mak cik dan pak cik yang aku tak kenal
sangat.
Entah macam mana masa kami tengah layan TV. Mak aku
bersuara.
Emak : Zai tu… Tetek dia, dia buang ke? *mak merujuk kepada
sepupuku Zaidatul, si pengkid paling soft spoken dan sopan santun pernah aku
jumpa*
Kak Jen : Ish…Mana ada mak, dia lilit-lilit tetek dia tu
macam pakai bengkung.
Jo : Sekarang dah tak pakai bengkung kot, pakai binder aje.
Dia pakai binder agaknya tu. Tetek mana boleh buang suka-suka mak.
Emak : Hmmm…
Jo : Yang mak tanya anak orang ni, anak emak ni mak rasa
macam mana? *aku posing depan mak*
Emak : Kau tu mengada-ngada. Kejap jadi jantan kejap jadi
betina.
Jo : Hahaha!…Habis tu nak macam mana sekarang mak?
Emak : Beringatlah, tak terima dek tanah nanti.
Jo : Tak diterima Tuhan lebih tepat. Tapi orang baik kan
Mak? Mak redha tak dengan orang ni? Ampunkan tak? *aku cepat peluk mak kuat-kuat,
takut beb bila mak cakap macam tu*
Ikut pengalaman aku, pengkid cukup tak selesa bila bicara
pasal body figure. Terutamanya bab tetek. Aku ada kenal sorang pengkid yang
baru nak naik ni, dia cukup bengang bila aku sengaja usik dia dengan satu ayat.
“ Kau ni nak jadi pengkid dik, tapi tetek kau lagi besar
dari tetek awek kau.”
Ayat yang hampir buat aku kena penerajang.
Anis pulak pernah cakap, bila dia pelik tengok aku selamba
salin baju depan dia.
“ Jo selamba ya. Kalau Arin ni seboleh-bolehnya dia nak
sorok tetek dia. Dia tak kan nak tayang macam ni la. Kalau boleh dia nak kecik
lagi. Dia macam tak suka tetek dia.”
Lepas tu tak adalah aku nak pergi selidik sama ada Arin pakai
bengkung ke tidak. Muka Arin memang jantan habis, ada kumis nipis lagi walaupun rambut dia paras bahu. Bab badan,
tetap ada nampak girl shape tu sikit-sikit.
Pengkid biasanya akan cuba pakai baju longgar supaya girl shape tu tak nampak sangat. Ramai yang pakai bengkung. Ramai juga yang dah
semula jadi small cup. Aku sendiri lagi selesa pakai baju longgar sampailah
sekarang.
Yang tak nampak shape nya, si Bond, bestfriend aku tu. Tinggi
kurus aje macam tu. Kuat makan. Tapi tak gemuk jugak. Boleh tahan macho si Bond
ni. Ada sekali tu aku melawak dengan Bond.
Jo : Kau ni makin flat aje aku tengok. Mana pergi tuuuu.
*Aku tunjuk dada dia*
Bond : Aku punya memang keciklah dari dulu, lagipun aku kan
kurus.
Lepas tu Bond cerita pasal binder yang dia beli secara
online. Mahal katanya. Dia cakap sekarang ni, kadang-kadang sport bra dia pun
dia tak pakai dah. Pakai binder aje. Patutlah aku tengok dia selamba aje masuk
toilet lelaki. Ternganga kejap mulut aku masa tu. Dia cakap kalau masuk toilet
perempuan mesti kena halau, sebab tu dia malas nak fikir-fikir dah, lebih baik
dia masuk toilet lelaki. Aku rasa nak tabik kat dia pun ada. Rasa nak geleng
kepala pun ada.
Sepanjang aku membesar dulu aku memang kurus. Kurus pendek.
Masa sekolah, masuk sukan berpasukan sana sini. Masuk kawad lagi. Bila kerja,
asyik buat kerja kasar aje. Setakat angkat kotak 20 kilo apalah sangat masa tu.
Kalau sekarang ni memang tak laratlah. Hormon perempuan aku mungkin dah merajuk
masa tu.
Bila dah tak kerja berat, berat badan pulak yang
bertambah-tambah. Semualah nak naik masa tu. Aku biar ajelah. Biar ada shape
girl sikit. Makan lagi banyak. Cuma sekarang ni kena beringat sikit bila perut
dah bertambah gendut. Kenalah bersenam untuk kesihatan juga.
Aku bersyukur juga yang sepanjang masa aku membesar
sampailah sekarang, aku tak pernah terfikir nak bengkung-bengkungkan dada aku
ni. Walaupun tak se blossom Christina Hendrick tu, aku selesa dengan apa yang
aku ada. Sederhana je macam gadis asia tenggara. Kak Jen lainlah… Pernah sekali
tu kita orang saja-saja pakai dress dinner adik bongsu, sambil posing depan
cermin. Aku memang tak padan lansung. Bila Kak Jen pakai pulak, mak aih! Genit
habis. Terserlah girl shape dia. Kalah adik bongsu kami.
Wednesday, September 12, 2012
Show Off
Sedang aku sibuk bekerja, Honey call aku. Ajak aku pergi
majlis kenduri kahwin abang dia. What the… Kenapa pulak nak ajak aku. Aku
tertanya dalam hati. Lalu aku minta dia SMS kan alamat dewan. Tak berapa lama
lepas tu aku terima SMS alamat, sempat juga dia SMS. Kalau aku datang, jangan
lupa angpau untuk baby dan umminya sekali. Ya…Honey dah selamat melahirkan,
lebih kurang dah tiga bulan. Jadi aku tahu yang dia sengaja nak show off baby
dia kat aku. Aku rasa sedikit sakit hati.
Asalnya aku tak nak pergi, tapi setelah berfikir. Aku patut
pergi juga. Selalunya aku akan ajak Kak Jen atau Bond bila ada hal berkaitan
dengan Honey, tapi kali ni aku ajak lelaki. Aku ajak Naruto. Sengaja.
Aku trick Naruto sikit. Dalam kereta waktu nak pergi, baru
aku jelaskan serba sedikit pada Naruto bahawa kami pergi kenduri pengantin
lelaki yang aku pernah ada history dengan adik perempuan dia. Aku minta maaf
sebab macam gunakan dia pulak. Dia angguk aje. Tak sure aku sama ada dia tak
kisah, marah atau apa.
Dekat dewan kenduri, family Honey yang memang mengenali aku agak
terperanjat bila aku datang. Datang dengan lelaki pulak tu. Masing-masing
ingatkan Naruto tu suami aku. Maklumlah aku suruh Naruto pakai baju sedondon
warnanya dengan aku, memang sengaja. Aku hanya sengih, tapi aku jelaskan pada
mereka Naruto ni kawan aku.
Kelibat Honey, Mr Honey dan baby mereka entah di mana.
Sedang aku tercari-cari, Honey muncul dengan baby lelakinya yang cute. Lemah
kaki aku dibuatnya. Muka Honey berseri-seri dan nampak bahagia sangat. Honey
tanya aku datang dengan siapa, mana Kak Jen… Aku terus tunjuk aku datang Naruto
yang tengah sibuk bersalaman dengan bapak Honey. Honey nampak terkejut, tak
pernah aku buat datang dengan lelaki, malah dia tak pernah tengok aku dengan
mana-mana lelaki pun.
Masa makan, sengaja pulak aku bersuap-suap dan ketawa manja
dengan Naruto. Aku tak surelah Honey nampak ke tidak, yang penting show must go
on. Sesekali Honey datang kat meja kita orang dan borak pasal baby. Dia juga
bagitahu yang Mr Honey hanya akan datang waktu petang sebab adik Mr Honey
bertunang hari ini juga. Dia tak ikut sebab leceh nak bawa baby ke sana ke
mari. Sekali lagi aku tak dapat jumpa empat mata dengan Mr Honey. Takdir. Masa tu ada juga aku terasa nak bawa baby tu lari. Aku kenalkan Naruto
dan Honey.
“ Ini Encik Mohd N dan ini Puan Honey.” Ringkas, tak ada
tanda pengenalan lain.
Bila aku berdua dengan Naruto, sempat aku berteka-teki yang
mana satu adik pengantin lelaki yang aku ada history tu. Naruto jawab 'dia',
merujuk kepada Honey. Aku tanya dia yakin tak dengan jawapan tu, dia hanya
geleng kepada. Aku pulak tak bagi jawapan. Aku gelak aje.
Sebelum balik, aku bagi baby Honey angpau. Dalam angpau baby
aku selit angpau untuk Honey. Ada nama dia pada angpau tu. Ringkas, macam tu
aje.
Balik tu aku tengok movie dengan Naruto dalam panggung
wayang yang ada cuma kami dan ada dua lagi pasangan lain. Aku mengantuk betul,
tertidur kejap kat bahu Naruto.
Habis movie aku hantar Naruto balik. Aku cakap tekaan dia
betul.
Aku tak tahu tindakan aku salah atau betul. Aku tak tahu apa
pandangan Honey bila aku bawak lelaki jumpa dia. Yang aku tahu aku happy tengok
Honey dan baby dia, bukannya aku tak pernah harap Honey yang ada baby dengan
aku dulu…Kenangan dah semua tu.
Yang aku tahu, Naruto makin angau dengan aku. Ah! Kacau… Jom layan Kak Ziana
Tuesday, September 11, 2012
Beraya di Rumah Tok Dukun
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 kepada seluruh umat Islam.
Harapnya belum terlewat untuk aku buat ucapan itu. Raya pada tahun ini serba
sederhana seperti selalu. Cuma tahun ini, raya ke tujuh ada majlis pertunangan
salah seorang adik perempuan aku. Maka sekali lagi adik demi adik ‘langkah
bendul’ aku dan Kak Jen. Liat betul jodoh kami ini.
Minggu seterusnya setelah kembali bekerja selama seminggu, aku dijemput ke kenduri kahwin kawan office. Kebetulan, kebanyakkan kawan-kawan
lain masing-masing ada aktiviti sendiri. Jadi terpaksalah aku ajak Kak Jen
untuk temankan aku ke kenduri kahwin ini. Kak Jen setuju, asalkan lepas kenduri
ni aku kena ikut dia pergi beraya di rumah seorang ‘tok dukun’ yang telah lama
dikenali oleh Kak Jen. Bukan sekali dua Kak Jen cuba ajak aku ke rumah tok
dukun ini , tapi tak pernah berjaya. Ada sahaja alasan yang aku berikan. Kak
Jen kenal dengan tok dukun ini masa dia masih bercinta hangat dengan ex girlfriend pertama dan terakhir dia. Keluarga ex girlfriend dia ni dah lama kenal
dengan tok dukun ini.
Sebenarnya sebelum ini ada beberapa kali jugalah Kak Jen
mendesak aku untuk ‘mandi bunga’ dengan tok dukun ni. Tapi tak pernah aku
hiraukan. Kononnya nak naik kan seri muka, supaya ada lelaki yang sangkut
dengan kami. Aku rasa bukan lelaki aje sangkut nanti, perempuan pun boleh
sangkut jugak. Naya je.
Setelah dipujuk yang lebih kepada diugut oleh Kak Jen, maka
aku terpaksa bersetuju untuk temankan Kak Jen beraya di rumah tok dukun.
Menurut cerita Kak Jen, tok dukun ini mempunyai kepakaran yang agak dahsyat. Aku
yang asalnya tidak berapa percaya, termakan juga sedikit sebanyak dengan cerita
Kak Jen. Mana tidaknya, abang sulong aku juga pernah turut meminta bantuan tok
dukun ini setelah dikenalkan oleh Kak Jen kerana teruk juga keluarga abang
sulong aku itu disihir orang.
Setelah menghadiri rumah kenduri tengah hari itu, kami
bertolak ke rumah tok dukun. Rumah tok dukun terletak di pinggir bandar. Rumah
dia kecik aje. Rumah separuh batu, separuh kayu. Apabila aku dan Kak Jen
sampai, kami dipelawa masuk. Tok dukun tersenyum simpul melihat Kak Jen yang
biasanya bila datang berjumpa dia hanya berjeans, tshirt dan memakai topi. Hari
ini Kak Jen memakai baju kurung lengkap bertudung shawl ala Hana Tajima. Aku
pun pakai baju kurung dan bertudung. Maklumlah, baru balik dari rumah kenduri
kahwin.
Menurut Kak Jen, tok dukun ni tahu perihal life silam pengkid aku dan Kak Jen. Sebab sebelum ini Kak Jen ada cerita serba sedikit pasal life kami. Kak Jen berubat dengan dukun ini sebab nak lupakan ex girlfriend dia. Teruk jugak merananya Kak Jen masa putus dengan ex girlfriend dia dulu.
Menurut Kak Jen, tok dukun ni tahu perihal life silam pengkid aku dan Kak Jen. Sebab sebelum ini Kak Jen ada cerita serba sedikit pasal life kami. Kak Jen berubat dengan dukun ini sebab nak lupakan ex girlfriend dia. Teruk jugak merananya Kak Jen masa putus dengan ex girlfriend dia dulu.
Di ruang tamu sempit itu ada dua orang gadis, anak menakan tok dukun yang agak chubby sedang
menyiapkan assignment di depan laptop masing-masing. Aku dan Kak Jen bersalam-salam
dengan anak menakan dia lalu duduk bersila di depan tok dukun yang duduk di
atas kerusi.
Borak punya borak, dari topik cerita Hindustan yang sedang
main di TV, sampailah ke topik ahli politik negara yang cuba mendapatkan
nasihat tok dukun, sehingga isu budak-budak Uitm ramai yang murtad. Segelas air
pun tak dihidangkan.Tekak aku makin kering. Anak menakan dia berdua tu asyik
aje membuat assignment sambil sesekali tergelak bila tok dukun dan Kak Jen buat
lawak-lawak santai mereka. Aku pula diam menyorok di belakang Kak Jen, dengan
harapan tok dukun ini tak dapat ‘baca’ apa ada dalam hati aku.
Tiba-tiba seorang perempuan genit memberi salam dari luar lalu
masuk ke dalam rumah. Anak tok dukun agaknya. Aku agak umurnya tua sedikit dari
aku dan Kak Jen. Perempuan ini dengan lengang lenggoknya terus bersalam-salam
dengan kami dan bersalam dengan tok dukun. Beberapa ciuman manja singgah ke
pipi tok dukun. Apa kejadah anak dengan bapak macam ini punya mesra. Aku hampir
mencarut ringan di dalam hati. Tapi mungkin ini cara mereka anak beranak
agaknya. Aku cuba menghilangkan perasaan curiga.
Kak Jen yang seperti memahami air muka tidak puas hati aku
sengaja berteka teki pada aku pasal perempuan tersebut. Aku kata kan, mungkin ini
anak sulong tok dukun agaknya. Satu rumah ketawakan aku masa tu. Rupanya
perempuan itu adalah isteri tok dukun. Mak aih! Memang dahsyat tok dukun ini.
Aku mengakui di dalam hati.
Isteri tok dukun menghidangkan kami air kopi berserta kuih
raya dan buah betik. Berulang kali tok dukun menegaskan buah betik itu ditanam
sendiri. Setelah menikmati juadah itu, Kak Jen meminta tok dukun menolong dia
mengubati penyakit sinusnya yang makin teruk setelah menggunakan minyak kelapa
dara yang disyorkan oleh salah seorang kakak kami. Setelah tok dukun meminta
aku dan Kak Jen membeli limau nipis dari kedai runcit berdekatan, Kak Jen
dibawa ke bilik bertentangan dengan ruang tamu. Pintu bilik itu sengaja di buka
luas-luas. Sempat jugak tok dukun menjeling aku, sambil berkata.
“ Kalau kamu nak berubat marilah masuk bilik sekali.”
Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Menolak dengan muka
kecut. Penakut.
Selesai aje berubat,
Kak Jen keluar dengan pernafasan yang kedengaran agak lega. Kalau tidak dari
malam semalam hidung Kak Jen asyik tersumbat dan menghasilkan bunyi yang
sungguh shitty sekali sehinggakan beberapa kali aku terjaga dari tidur.
Kami meminta izin
untuk pulang setelah bertukar-tukar cerita dengan anak menakan tok dukun. Dalam
perjalanan pulang Kak Jen bagitahu aku, kalau betul aku nak berubat, tok dukun
nak tolong. Kata Kak Jen tok dukun ada cakap.
“ Adik kau tu, kalau aku ubatkan. Insya Allah jodoh dia lagi
cepat dari kau.”
Kak Jen ketawa galak. Sinus dia dah lega agaknya mengilai
macam tu. Aku pulak terkedu sendiri.
Wednesday, August 15, 2012
Pengkid, Crush dan Lelaki
Hari ini mari kita cerita tentang perasaan. Perasaan aku.
Kadang-kala bila kita asyik kerja dan asyik fikir apa yang kita boleh buat
untuk orang lain, kita lupa yang kita ada perasaan. Itu yang selalu aku
lakukan. Setiap hari.
Maka apabila aku keluar dengan Nunu yang dah berzaman aku
tak jumpa atas dasar kesibukkan masing-masing. Aku mendengar luahan perasaan
dia tentang rasa. Nunu dalam situasi dimana di sedang bercinta dengan seorang
lelaki. Apabila dah mulai sayang sangat dengan lelaki itu, rupa-rupanya lelaki
itu dah pun punyai girlfriend. Jadi lelaki ini pasang dua. Malah tidak mahu
melepaskan kedua-duanya. Nunu pula dalam keadaan tidak merelakan perbuatan itu
tapi masih meneruskannya. Alasannya, SAYANG.
Aku pula sebagai Jo yang ada crush dengan Nunu, terasa nak
pergi aje depan lelaki tu dan cakap.
“Kalau aku boleh rampas Nunu dari tangan kau sekarang, aku
akan rampas, larikan, bawak dia pergi jauh. Buat dia lupakan kau. Buat dia
bahagia.”
Tapi sebagai perempuan aku tak mampu. Kadang-kadang dengan
menjadi perempuan aku rasa tak berdaya. Itulah perasaan aku selama ini. Aku
sendiri dah lupa kenapa pada asalnya sejak dari kecik aku nak sangat jadi
lelaki. Akhirnya aku teringat kembali sebabnya. Sebab manusia sekeliling aku
buat aku rasa betapa tidak berdayanya menjadi perempuan. Jadi perempuan dan aku
akan kena tindas. Perasaan ini sejak kecik, bermula dari dalam keluarga lagi.
Aku sayangkan keluarga aku. Aku juga tengok yang lelaki
dalam keluarga dapat banyak keistimewaan dari perempuan. Walaupun perempuan
juga sama-sama membantu menghidupkan keluarga kami. Dari sekecik-kecik perkara
hingga sebesar-besarnya. Sedar tak sedar
bila aku besar, manusia di sekeliling aku pun melakukan perkara yang sama.
Mungkin aku yang cepat terasa. Mungkin perempuan lain tak rasa macam aku rasa.
Tapi itu perkara sebenar yang tak ada sesiapa boleh nafikannya.
Tapi sampai bila aku perlu rasa hanya dengan menjadi lelaki
maka semua masalah di sekeliling aku dapat diselesaikan. Semua masalah dunia
dapat diselesaikan. Istimewa sangatkah lelaki? Kurang istimewakah perempuan?
Atau manusia yang buat lelaki jadi istimewa dalam dunia. Sedangkan aku tahu
hukum Tuhan jelas menyatakan istimewanya perempuan. Tapi itukah yang sedang
manusia lakukan?
Sampai sekarang, setiap hari diskriminasi terhadap perempuan
berlaku. Kalau perempuan brutal sikit. Ayat-ayat yang akan keluar.
“Perempuan tak boleh brutal.”
“Kau nak jadi jantan ke?”
“Kau ni macam lelakilah.”
Perempuan juga buat aku sering nak jadi lelaki. Istimewanya
perempuan. Ada lelaki yang sedar istimewanya perempuan, lalu bahagialah. Ramai
lelaki yang tak tahu itu. Aku pula ditakdirkan jumpa lelaki-lelaki yang buat
aku rasa teruknya lelaki.
Lelaki layan aku kasar? Sebab aku kasar? Ego tercalar sebab
rasa aku mampu buat apa yang diaorang buat. Jadi buatlah…Buatlah lagi baik. Tak
dinafikan dari segi fizikal lelaki lagi kuat dari perempuan. Jadi layanlah
perempuan dengan baik. Jangan asyik nak salahkan pengkid bila pengkid dapat
girl yang baik dan cantik. Sana sini tunding jari kenapa pengkid makin ramai.
Wahai lelaki! Pergilah ngorat pengkid. Kenapa? Pengkid tak cantik? Pengkid
kasar? Pengkid tak layan lelaki? Pengkid bukan taste kau? Mak bapak kau tak
terima pengkid sebagai menantu?
Aku bukan minta hak persamaan. Aku masih suka lelaki yang
angkat barang berat. Memang korang lagi kuat. Jadi angkatlah! Bila lelaki
angkat berat, kena puji. “ Oh Abang, kau sungguh gagah perkasa.”
Bila perempuan angkat
berat kena keji, cakap nak jadi lelakilah. Lepas tu bila minta hak persamaan.
Lelaki suruh perempuan angkat barang berat sama macam lelaki. Dengan alasan,
nak sama sangat, angkatlah barang berat tu. BODOH!
Ada beberapa pendapat orang pasal aku.
Ada kawan lelaki Nunu pernah tengok gambar aku dalam FB dia,
lepas tu cakap yang aku macam jantan. Nunu terus cakap “ Dia ni nampak je macam
jantan, tapi hati dia lagi lembut dari aku.”
Emak dan Preity pernah cakap. “Kau ni pandai betul picit.”
Honey pernah cakap. “ Kalau kita bermadu, suami mesti sayang
awak dari sayang saya. Kita jangan bermadu ya…”
Kak Jen selalu cakap. “ Kau ni tak pandai kemas rumah, tak
pandai lipat baju, tapi rumah engkau tak adalah bersepah sangat.”
Bond cakap. “ Kau tahu juga masak ya.”
Aku nak jadi perempuan yang kuat hati tu. Aku nak bantu Nunu
sebagai perempuan, dengan rasa seorang perempuan. Bukan dengan rasa nak jadi
lelaki dan rampas dia dari lelaki yang aku anggap jahat tu. Aku nak ada lelaki
untuk aku, bukan untuk dia selamatkan aku. Tapi kami sama-sama bantu dan
sayangi diri kami. Yang boleh aku picit kepala dia bila dia pening. Yang dia
juga boleh picit kepala aku bila aku pening. Kongsi anak-anak lelaki dan
perempuan yang comel. Yang akan jadi khalifah dan takbir bumi Tuhan ini. Yang
dapat teruskan benih kami. Warisan kami. DNA kami.
Aku sangat degil, nak suruh aku berubah jadi lemah lembut?
Simpan rambut panjang. Baru dapat suami? Jawapannya tak!
Aku boleh masak, boleh jadi sangat caring, malah suara aku
tak kasar pun. Boleh tak terima aku seadaanya. Terima aku yang nampak gagah ni.
Tak malu dengan aku yang sedikit macho ni untuk dibawa bertemu mak dan ayah.
Yang buat aku rasa aku cintakan dia sepenuh hati.
Ada ke lelaki itu untuk aku? Yang aku rasa betapa
istimewanya jadi perempuan? Kalau jawapannya ada,dimana? Kalau jawapannya belum
jumpa lagi…itu bukan jawapan.
Untuk para lelaki yang betul-betul nak ngorat pengkid:
Sekasar manapun pengkid tu layan kau, kau kena layan dia
dengan sopan. Layan dia macam dia awek paling cun dalam dunia ni, caring pasal
dia. Jangan nak putus asa!
PS: Tiba-tiba aku rasa post kali ini macam iklan cari calon
suami.
Wednesday, August 8, 2012
Borak Kosong
Ramadhan di Bandar P agak sunyi sebenarnya. Hampir tiap hari
aku berbuka puasa sendirian. Anis selalu berbuka di rumah kakak dia yang
berhampiran rumah sewa kami.
Hari ke 10 ramadhan aku tak boleh puasa pulak, tak puasa
bermakna tak terawih. Aku baring-baring di sofa sambil layan cerita tamil di
TV. Bila Arin balik dan dia melihat aku monyok aje dia ambil bantal air
elektrik untuk aku tuam perut. Perut aku sedikit cramps, period cramps. Perbualan kami
berbunyi bergini.
Anis : Nah ambik ni buat tuam perut…
Jo : Tak naklah. Tak sakit sangat ni. Sikit aje. Tapi kalau
ada orang urut ni best jugak. Urut-urut bahu sekali. Bestnyalah…
Anis : Carilah awek…Orang suruh cari tak nak.
Jo : Malaslah. Dah tau ending dia. Malas nak start semula
sebab ending dia sama je. Tak berbaloi nak repeat benda yang sama.
Anis : Carilah yang ending yang boleh.
Jo : Ending yang tu, aku pulak yang nak kena urut dia. Ish, malaslah!
Hahaha!
Manusia memang lemah. Sebab itulah harus ada temannya. Aku
memang lemah. Sebab tu kena nikah.
PS : Aku horny semacam time period.
Subscribe to:
Posts (Atom)

