" Iye ke? Hahaha. Aku laparlah. Kau lapar tak?" Bond sengih-sengih sambil adjust kerusi.
Akhirnya aku bertemu juga dengan Cierra. Gadis melayu berkulit sawo matang tanpa secalit makeup dengan rambut panjang yang ditocang. Dia punyai jawline kemas dan apabila tersenyum, nampak gap teeth. Satu perkataan yang boleh gambarkan wajah dia-eksotik. Fizikalnya lebih tinggi dari aku, rendah daripada Bond. Bukan girly girl. Manalah Bond jumpa stok girlfriend macam ini? Kalau ada lagi, aku pun nak order satu. Hati nakal aku ber-beatboxing lagu pop Britney Spears zaman dulu-dulu.
Kami makan di satu kedai apek jual laksa. Makanan kegemaran aku dan Bond yang menguatkan lagi persahabatan kami masa zaman sekolah menengah dulu. Sekarang ini aku rasa aku dah tak ada makanan kegemaran...mungkin juga sandwich. (itu paling senang dan sedap)
Aku ambik kesempatan bersoal jawab dengan Cierra. Malu-malu juga dia dengan aku apabila soalan-soalan sensitif mengenai mereka berdua aku libas bertubi-tubi. Sambil itu matanya jeling-jeling manja pada Bond yang sengaja membiarkan aku dengan soalan-soalan membuli tersebut. Dari situ,tahulah aku yang kini mereka berdua dah tinggal sekali dan memiliki seekor kucing bersama.
Bila Cierra sambung kerja semula, aku pula jalan bershopping dengan Bond. Jarang aku shopping dengan orang, melainkan Kak Jen atau seorang diri. Dapatlah sepasang spender RENOMA. Lepas itu kami masuk kedai baju BritishIndia. Mak aih! Kalau aku seorang memang tak terjejaklah ke situ. Aku ni kan perasan hiphop ala ASAP Rocky melepak di Harlem.
Sambil Bond pilih-memilih. Dia mengomel. Katanya, Cierra yang selalu teman dan bantu dia beli baju. Dia jadi mati akal sikit. Hendak mintak pendapat aku, si pasar malam hip hoppers ni memang jauh panggang dari pemanggang ajaib.
Malam itu kami bertiga pergi tengok wayang. Dari bahasa tubuh, pandangan mata, gurauan memang jelas keduanya sedang dilamun cinta. Nampak sangat sepadan bersama. "I ship them!" Bak kata mat salleh.
Aku buat kesimpulan sendiri, berdasarkan tiga hal iaitu tinggal bersama, berkongsi kucing dan pilih memilih baju tersebut, di dalam kamus lesbian, mereka berdua adalah di level serius.
PS: Bonus gambar.
