Monday, May 26, 2014

Hati Agar-agar.

Aku mudah suka pada orang. Hati aku lembut macam agar-agar.

Ada seorang gadis. Umurnya awal 20an. Baik dan manis. Jenis yang memang mustahil kalau belum berpunya. Maka jelas dia sudahpun punyai teman lelaki. Kenyataan itu buat aku syukur beratus kali.

Atas sebab kerja, dia kena tumpang rumah/bilik aku selama 10 hari. Aku malas nak tumpangkan sebab aku tak percayakan diri aku ini. Aku cuba takutkan dia dengan alasan rumah aku banyak kucing kanibal dan ganas. Tapi...Kental hati gadis ini.

Maka dalam tempoh 10 hari itu bilik aku jadi super wangi, penuh dengan barang makeup dia dan tak lupa juga extra gumpalan rambut.

Banyak sebenarnya saat comel antara kami yang berlaku secara spontan. Tapi aku abaikan sahaja semua itu. Aku berjaya mengawal aura romantik/miang aku dengan memaksa mata menonton sebanyak mungkin filem horror yang selama ini aku cukup takut nak tengok.

Antara saat yang siksa batin bila aku basuh baju kami, aku sidai undies dia sekali. Masa itu aku terasa seperti suri rumah tangga yang gagah. Ya Tuhan.

Bukan itu sahaja, ada malam yang dia peluk aku kuat sambil aku kena hantar dia ke bilik air sebab dia takutkan kucing.

Anis housemate aku dan Arin partner dia yang melepak di rumah kami duk tanya sama ada si gadis girlfriend aku. Hish!

Dalam pada mengawal miang itu. Setiap kali kami balik dari kerja outstation, memang aku sengaja jalan pegang tangan. Ciskek Jo!

Buat si teman lelaki, cepatlah masuk meminang gadis ini.

PS: Jangan risau, tidak pernah sekalipun kami sekatil. Yay! Good job!

2 comments:

  1. bru first time bce blog u .. about d post, i understand how u feel -_-
    -uma-

    ReplyDelete

Followers