Aku suka budak-budak? Iya ke?
Nampak sahaja aku macam suka
menjaga anak-anak sedara aku yang ramai ini. Hakikat sebenar tak adalah suka sangat.
Aku cuma mahu mengelakkan budak-budak ni kena langgar kereta sahaja kalau
dibiarkan bertebaran tanpa pengawasan. Aku tak mahu mak ayah mereka menangis.
Jadi aku sampaikan cerita pada mereka. Cerita dongeng yang aku
ubah dan tokok tambah ikut suka hati aku. Lalu mereka berkumpul ramai-ramai dan diam mendengarnya.
Hampir di klimaks cerita, tiba-tiba salah
seorang dari mereka berkata.
“ Alah… Ini mesti monyet tu sengaja nak tipu buaya tu kan?”
Cis! Potong betullah anak sedara aku seorang ni, si mulut
celupar. Maka cepat-cepat aku pusing cerita itu jadi cerita lain supaya seorang
pun dari mereka tak boleh jangka penyudahnya. Automatik cerita dongeng yang
sepatutnya ber happy ending itu menjadi cerita horror.
Dan sesungguhnya budak-budak kecik pun tahu klise tu apa.
Benda paling menarik yang aku buat minggu ini adalah beli
berus jamban.
Benda paling kurang menarik adalah ajak Kak Jen makan di Subway.
Ini adalah kali pertama untuk Kak Jen, jadi aku order Roasted Chicken. Aku
cakap Roasted Chicken ni guna ayam turki, hahaha! Kalau Kak Jen baca post blog
ini dia akan tahu yang dia dah kena tipu. Sori Kak, muka kau masa duk cicip
sandwich tu sambil kata sedap…sedap, sangat priceless.
Ada budak intern di office beritahu yang dia nak tumpang
tidur di rumah aku sepanjang kami kena kerja outstation hujung bulan empat ini nanti.
Budak intern tu baik, rajin dan cute. Aku cepat nervous bila dengan orang jenis
ini. Maka, bertabahlah ya Cik Jo! Aku harap tak jadi, maka bolehlah aku tidur
lena, selesa dan tidak berbaju seperti
selalu. 10 hari itu lama.
P/S: Mak dan kakak pertama cuba kenenkan aku dengan duda anak seorang. Aku
cakap tak nak, bukan sebab aku tak suka duda ke apa. Cuma, cukuplah orang mencarikan
untuk aku. Biarlah aku cari sendiri dan tidak perlu ada orang tengah lagi. Orang
tengah sangat menyusahkan, penuh dengan fitnah liar dan salah faham.
Walaupun yang bakal aku cari sendiri tu pun duda jugak. Biarkan.
kawin je dengan pilihan mak kau jo, abis cerita, takde godaan sana sini.....nak tunggu sampai bila.dah kawin mesti dah tahu kewajipan pada suami
ReplyDeletePilihan mak aku pun mak aku sendiri bukan kenal sangat. Semua atas kenen orang tengah jugak. Bila aku kenal-kenal, tak berkenan...Tak sanggup hati dan badan cik Nadia oii!
DeleteSangat out of topic, tapi aku tertarik kau beli berus jamban!
ReplyDeleteAutomatik aku terpikir, warna berus jamban yang kau beli tu ape?
Aku teka kuning, haha ;)
warna pink sebenarnya
Delete