Thursday, April 19, 2012

Pengkid Fight

AMARAN : Aksi ini tidak dibenarkan ditiru.

Kisah ini telah diceritakan banyak kali oleh aku kepada ramai orang. Cuma versinya aku sering tukar-tukar supaya sesuai dengan keadaan. Ini versi asal. Kalau sesiapa yang mengenali aku secara peribadi dan turut bersama ketika kejadian ini berlaku, pasti tahu pemilik blog JoCerita ini adalah …. Terlalu ketara. Masa itu aku masih di sekolah menengah, dengan berat purata 45 ke 47 kilogram (waktu sekolah aku memang kecik molek orangnya)

Petang hari minggu yang cerah itu, aku dan budak asrama yang lain seperti biasa menonton cerita Hindustan di bilik tv. Bezanya mereka ternganga melihat hero yang kacak, aku pula telan liur melihat heroin yang jelita. Tengah asyik menonton, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Lalu aku gadis paling macho (kononnya) dan selaku pemilik tidak rasmi remote control TV asrama menawarkan diri untuk pergi on semula suis utama di bilik elektrik.

Sesampainya aku di bilik elektrik, seorang budak lain berada di situ. Aku namakannya Ash. Ash ni terkenal dengan gelagatnya yang agak liar. Aku pernah dengar yang Ash ni pengkid, tapi waktu tu perkataan pengkid ni agak tabu di kalangan kitaorang, biasanya perkataan tomboy sahaja digunakan.

Aku tidak memperdulikan Ash, lalu terus on kan suis utama yang ternyata dah off. Hairan juga dalam cuaca yang cerah, suis tu boleh ‘tendang’. Masa itu aku syak Ash yang offkan. Ash pergi ke arah pintu. Aku ingat dia nak keluar. Tapi aku jelling, dia tengah kunci pintu dari dalam.

“Budak kampung!”
Tiba-tiba Ash panggil aku macam tu.
“Ada apa budak Bandar!”
Aku balas balik.
“Kau tu dah la budak kampung, BUDAK KAMPUNG!”
Entah kenapa aku jadi sakit hati, kenapa dia tiba-tiba nak provoke aku macam tu?
“Jadi? Apa budak bandar macam kau ni nak dengan budak kampung macam aku ni hah? BUDAK BANDAR!”
Aku balas balik lagi sekali.
“Kau jangan sampai aku tendang!”
Maka ugutan itu keluar dari mulut Ash. Ini sudah lebih.
“Tendanglah kalau berani”

Aku menahan geram dalam hati, kalau dia sentuh aku sikit pun, memang nahas.

Lalu dia terus meluru arah aku, guna lutut dia tepat ke perut aku. Mak aih! Senak perut aku. Dia nak sepak kali kedua, aku tepis, kunci tangan dia lepas tu pangkas kaki dia sampai jatuh. Bila dia dah jatuh terbaring, aku duduk atas perut dia, tangan dia sebelah aku tekan ke lantai guna tangan kiri, sebelah lagi aku tahan pakai kaki. Tangan kanan aku tumbuk muka dia bertubi-tubi, sekuat-kuat hati, penumbuk dari tangan budak sekolah yang beratnya 45 ke 47 kilogram, dan itu bukan tindakan pertahankan diri dah. Entah macam mana, dalam keadaan dia menggelupur cuba nak melepaskan diri tu, dia angkat kepala dia sikit, lalu menggigit dada aku, sikit aje lagi nak kena puting tetek aku. Aku tumbuk kepala dia kuat-kuat supaya dia lepaskan. Tapi dia tak lepaskan. Mahu tak mahu terpaksa aku guna teknik makcik-makcik bergaduh, tarik rambut dan cakar muka dia. Pun gigitan tu dia tak lepaskan jugak.

Aku jadi semakin lemah. Dalam keadaan lemah tu, aku terdengar gegaran pintu dari luar. Adin, salah sorang member aku cuba buka pintu, aku nampak dia dari celah-celah tingkap kaca. Dia jerit-jerit nama aku, dia nampak aku kena gigit. Lepas tu aku dengar dia berlari. Tak lama lepas tu datang lagi member-member aku yang lain, Tika dan Fray. Bertungkus lumus diaorang bertiga cuba bukak pintu. Akhirnya, satu tendangan dari Tika yang menyebabkan pintu tu terkopak. Tika memang gagah perkasa.

Dia orang bertiga cuba tarik Ash. Tapi dia tetap tak lepaskan aku, bayangkan betapa kuat dan lamanya dia gigit dada aku. Tika terpaksa guna cara paling ganas, lalu dia tendang Ash sekuat-kuatnya. Ash tergolek dekat atas lantai. Aku pulak tersandar kat dinding, satu badan rasa lumpuh masa tu. Aku tak pasti antara aku dan Ash mana yang paling sakit. Aku tengok  Adin, Tika dan Fray belasah Ash. Aku pegang dada tengok ada darah pada baju.

Entah macam mana Ash dapat lepaskan diri, Adin, Tika dan Fray papah aku balik dorm. Luka gigitan kat dada melekat pada baju. Sakit gila masa nak tanggalkan baju dan bra. Ramai yang berkerumun tengok tetek aku masa tu, perasaan malu dah tak ada dah. Ada yang ambik air tolong lap luka. Hilang semua macho masa tu. Air mata dah meleleh.

Masa kecoh-kecoh tu la semua orang sibuk tanya apa jadi. Aku ceritalah apa jadi. Punca pergaduhan pun aku tak faham. Lepas ketua asrama ambil keterangan dari aku, aku dengar dia pergi ambil keterangan dari Ash pulak. Aku dah terbaring aje atas katil. Tetek berdenyut-denyut. Nak angkat tangan pun tak larat. Yang bangsatnya, menurut keterangan seorang adik yang tiba-tiba jadi spy aku bagitahu, keterangan Ash bercanggah dari aku. Ash kata aku yang cari pasal dulu. Aku yang pukul dia. Spy tu bagitahu lagi, Ash pun luka teruk, muka dia calar-calar. Jadinya ada dua puak di asrama sekarang. Separuh berpihak pada aku, separuh berpihak pada Ash.

Setelah siasatan dijalankan. Beberapa hari lepas tu aku dipanggil majlis tertinggi asrama. Sebelum tu, para spy cakap Ash dah dipanggil dulu. Aku tak cerita banyak dengan warden lelaki. Aku cakap ini semua salah faham aje. Warden lelaki cakap, tak boleh abaikan sebab kes ni berat. Lagipun Ash banyak rekod buruk.
Ash kena buang asrama. Aku berkeras cakap pada warden yang aku tak nak besar-besarkan hal ini.

Aku cuba jugak menyiasat kenapa Ash buat hal dengan aku. Dengar-dengarnya Ash marah sebab girl dia minat, suka pada aku. Sama ada itu betul atau tak. Masih belum ada kepastian. Sampai sekarang girl mana satu pun aku tak tahu. Akhir tahun, sebelum peperiksaan mula, Ash diterima masuk asrama balik. Lama-lama aku dengan dia bertegur-sapa semula. Tapi aku tak pernah ungkit hal gaduh tu semula. Tak perlu rasanya.

Parut kat dada pun dah mulai hilang beberapa tahun lepas.  Lepas habis sekolah menengah, aku tak tahu ke mana perginya Ash. Ada yang cakap dia dah jadi baik. Banyak sangat khabar angin. Entahkan betul entahkan tidak.

Cerita ini aku didikasikan pada Adin, Tika dan Fray yang menyelamatkan aku. Tika tak jadi tomboy dah. Dia dah kahwin, ada anak tapi dah cerai. Adin tak dengar khabar berita, mungkin masih pengkid lagi. Fray pulak, pengkid tegar. Aku dengar dia kerja kilang dan ada girfriend Indonesia kat kilang tu.

Kesimpulannya. Bergaduh tak berguna. Bergaduh atas sebab tak ada sebab lagi tak guna. 

Wednesday, April 18, 2012

First Crush

Borak dengan Arin si closet lesbian, merangkap housemate aku banyak juga cerita dia yang aku tahu. Dulunya sebelum Arin mengenali dunia lesbian dan terlibat dengan pengkid dia pernah bercinta dengan lelaki. Ya betul…LELAKI. Bercinta dengan sepenuh hati dengan lelaki lalu putus cinta dengan teruk, dapat masuk universiti, entah macam mana rapat lalu tersangkut dengan kawan perempuan seuniversiti, jalani hubungan sulit dengan perempuan tu beberapa semester. Dalam semester akhir dia try online dating dengan orang lain, putuskan hubungan dengan kawan universiti itu lalu mulakan hubungan baru dengan pengkid dalam online dating iaitu Arin. Pejam celik hubungan diaorang masuk tahun kelima. Hubungan yang aku rasa cukup lama dalam lifestyle songsang ni.

Bercerita tentang bagaimana Arin boleh terbabit dengan dunia lesbian mengingatkan aku bagaimana cerita tentang aku bermula. Dari kecik aku memang boyish. Rambut pendek. Perasaan aku yang kena jaga keluarga terbentuk bila ayah kerja jauh. Abang-abang sekolah asrama. Kakak-kakak harapkan aku dan adik-adik lain masih kecil.

Aku suka perempuan bermula dari darjah tiga. Bayangkan seawal darjah tiga. Jadi tak ada istilah pengaruh rakan sebaya atau pengaruh luar secara amnya. Penyakit ini memang aku cari sendiri.

Satu petang hari terakhir sekolah untuk cuti pertengahan tahun adalah hari yang sangat gembira. Budak umur Sembilan tahun mana yang tak suka cuti? Maka petang itu lepas habis kelas, kami, budak-budak perempuan main kejar-kejar. Aku kena jadi pengejar. Semua budak-budak perempuan lain bertempiaran lari, biasalah aku ni kasar sikit nak dibandingkan dengan dia orang. Dalam kejar mengejar tu aku dapat tangkap budak perempuan satu kelas dengan aku ni, Mawar nama dia. Bila aku dapat aje tangkap Mawar ni, aku peluk dia kuat-kuat. Dia ketawa masa tu, tapi dia biar aje aku peluk dia. Muka kami dekat. Masa tu aku rasa lain sangat, aku rasa melayang-layang. Rasa masa berhenti. Bila orang lain menjerit-jerit. “Mawar kena tangkap! Mawar Jadi!” lalu aku lepaskan Mawar pelahan-lahan. Barulah aku pandang sekeliling aku semula. Baru aku dapat rasa kaki aku semula.

Sepanjang cuti pertengahan tahun aku asyik teringat pada Mawar. Mawar cantik, muka dia bulat. Tepi mata dia yang cantik dan bulat tu dia ada tahi lalat kecil. Dia pengawas sekolah. Pandai pulak tu. Dari darjah satu dia aje yang dapat nombor pertama dalam kelas kami. Bestfriend dia Maria, budak kacukan. Diorang cakap bapak Maria ada darah portugis. Budak kacukan memang cantik. Tapi kecantikan, lemah lembut dan kepandaian Mawar yang ada darah Kelantan ini sahaja menjentik hati aku. Aku setuju kalau orang cakap perempuan Kelantan lawa-lawa.

Bila habis cuti sekolah, dalam kelas aku mula curi-curi pandang Mawar. Aku tahu dia perasan sebab obvious sangat. Aku duduk tengah-tengah kelas, dia pula duduk depan sekali. Jadi kerja seharian aku selain belajar adalah tengok Mawar. Bila dia pandang belakang lalu tertengok aku, aku terus pandang aje dia. Kami sama-sama pandang. Kadang-kadang lawan mata. Sampai berair mata masing-masing. Tapi dia tak pernah marah aku buat macam tu. Dia mesra aje dengan aku. Dia tak pernah jauhkan diri dari aku walaupun memang peliklah bila ada budak perempuan asyik tengok budak perempuan lain.

Aku jadi rajin belajar sebab nak dekatkan jarak antara aku dan Mawar. Aku ni antara budak yang corot dalam kelas, dulu aku tak masuk tadika, jadi aku lambat sikit dari orang lain. Semua dah ada kawan sendiri, aku pula baru belajar nak berkawan. Keputusan peperiksaan aku makin ok. Walaupun masih tak dapat nak kalahkan keputusan Mawar, pernah juga aku dapat nombor dua dalam kelas kami.

Dalam aku mula pandai berkawan, masa darjah enam Mawar asyik kena gossip dengan ketua pengawas yang juga antara kawan lelaki yang kamceng dengan aku. Mohammad. Rasa sakit jugak hati. Tapi aku tak tahu apa nak buat. Mohammad tu pula baik orangnya. Aku tahu Mohammad memang suka Mawar, biasalah aku kan kamceng dengan Mohammad. Aku tak surelah Mawar suka ke tidak pada Mohammad sebab bila aku try-try korek cerita, dia senyum aje. Mawar memang pandai berahsia.

Bila masuk sekolah menengah. Aku duduk asrama di negeri lain. Mawar pula di asrama negeri lain. Jadi kami dah tak berhubungan. Sesekali aje terjumpa masa cuti sekolah.

Sebelum aku masuk sekolah menengah aku dapat surat dari salah sorang budak perempuan kelas kami yang aku anggap sebagai ‘bad girl’. Nama dia Nor. Dia ni matang awal dari kitaorang semua. Fizikal kegadisan dia terserlah sejak dari darjah tiga lagi. Dia selalu cerita pasal budak lelaki dan minat dia tentang perkara-perkara sexual memang dah nampak lebih dari orang lain. Sebab tu aku anggap dia ‘bad girl’. Dia selalu borak dengan aku, budak-budak lain memang malas nak layan dia.

Surat yang dia serahkan by hand untuk aku masa cuti sebelum masuk sekolah menengah tu dia pesan baca masa aku dah ada kat sekolah asrama. Aku ikut pesan tu (memang skema) Ada 3 helai surat pendek. Surat tu siap ada bedak wangi bila aku buka. Dia cakap happy sangat kawan dengan aku sepanjang sekolah. Dia cakap aku sahaja yang layan dia baik walaupun banyak perkara jahat dia buat dan aku tahu hal-hal tu. Dia cakap dia suka pada aku. Dia suka aku? Terkejut jugak aku. Macammana aku boleh tak perasan. Mungkin sebab aku suka sangat kat Mawar. Masa aku baca surat tu aku rasa aku tahu dia suka aku lebih dari seorang kawan. Surat tu pun dah hilang. Aku pernah bagi kakak aku baca surat tu.

Mawar dah kahwin. Handsome suami dia. Nor pun dah kahwin. Nor dah pindah rasanya. Tak silap aku Nor kahwin dan bercerai lepas tu kahwin lagi. Aku pernah jumpa Nor tapi dia tak nak cerita sangat pasal diri dia. Aku tahu Mawar tinggal di mana sebab adik aku nombor dua dengan adik dia rapat. Adik dia selalu datang jumpa adik aku. Adik nombor dua aku dah kahwin pun, ada dua orang anak lagi. Adik Mawar cun macam kakak dia pun dah nak kahwin.

Ramai orang kita jumpa, kita bercinta, kita sayang. First crush dan first love letter, kita akan ingat sampai bila-bila. Aku akan ingat Mawar dan aku juga akan ingat Nor.

Antara 5 Tahun dan 5 Bulan

Tengah duduk-duduk layan lagu sambil siapkan part time job, dapat SMS dari best friend aku. Dia ajak lepak. Dalam situasi banyak kerja nak disiapkan aku terpaksa menolak. Biasanya ada sesuatu nak diceritakan secara detail bila Bond ajak aku lepak. Hubungan BFF kita orang memang agak luar biasa. Aku dan Bond jarang jumpa, kadang-kadang setahun sekali. Kawan-kawan dia bukan kawan aku dan kawan-kawan aku bukan kawan dia. Itulah aku dan Bond.

Lagipun aku cukup malas nak drive kereta ke Bandar S. Jalan jammed, parking susah. Lepas tu mesti nak lepak makan kat restoren sambil berborak. Aku lebih suka masakan rumah.

Dan seperti biasa bila tak dapat lepak bersama, Bond akan bagi hint tentang perkara yang dia nak cerita. SMS Bond seterusnya berbunyi bergini. “Genap lima bulan aku single, aku happy sangat”  Aku senyum senget dan angkat kening sebelah. Betul ke Bond happy?

Pengalaman aku, tahun pertama jadi single. SEKSA. Biasanya kau ada seseorang. Puff! Tiba-tiba kau sorang-sorang.

Lima tahun single ini kadang-kadang aku rasa desperate sangat nak ada girlfriend. Makcik jual top up pun aku rasa nak ayat (makcik tu hot). Tension betul bila keluar, tertengok ada pasangan tengah mesra-mesra. Yang paling jaki bila tengok adalah bila ada pasangan bawa anak. Comel betul. Tak ada lagi tempat yang selamat kecuali duduk dalam rumah tengok tv. Sampai badan aku pun naik lemak.

Lagipun setiap kali aku terasa nak ngorat girl, aku akan buka dan baca semula kitab putus cinta aku. Mengingatkan aku kenapa relationship girl dan girl tak akan jadi forever. Risiko tu tak berbaloi untuk diambil pun. Selagi aku boleh fight, aku akan fight. Naik kepam dah kitab putus cinta tu.

Mak pula baru tanya pasal boyfriend. Bila aku jawab tak ada. Mak kata aku memilih. Sedangkan mak ada cerita kalau boleh nak suami aku yang macam ini, macam itu. Mak pernah cakap mak teringin nak menantu yang sayang dia lebih dari anak-anak sendiri sayangkan dia. Bila aku cakap aku tak minat lelaki, mak gelak, habis kuat pun mak cakap.

 “Tak baik macam tu”.

Lima tahun ni puas aku pupuk hati aku suka lelaki. Cuba kawan dengan lelaki-lelaki yang kawan kenalkan. Sepupu rekomen. Sorang pun tak lekat.

Kata Tuhan, orang spesis aku ni nabi tak mengaku umat, kata Tuhan lagi setiap orang tu ada pasangannya masing-masing. Kata Tuhan, doalah…akan dimakbulkan. Maka akan ada pasangan untuk aku dan akan ada pasangan untuk Bond… dan untuk kita semua.

Buat bakal suami aku(kalau ada), maaflah aku tak mampu nak berikan sesuatu yang sempurna untuk kamu, semua dalam diri aku ni dah broken. Buat semua yang pernah jatuh cinta dengan aku dan buat semua gadis yang pernah aku cintai, tolong doakan aku temui cinta aku sebagaimana kamu masing-masing sudah temui cinta kamu.

Thursday, April 12, 2012

Aku, Honey dan Kapcai

Adik ke tiga aku nak jual kapcai dia. Kapcai itu asalnya kapcai Kak Jen. Banyak jasa kapcai tu. Dari zaman Kak Jen beli guna duit PTPTN di university, abang ipar aku pinjam buat pergi balik kerja, adik ke dua aku guna masa dia kat universiti, aku pinjam masa mula nak bertapak kat Bandar B sampai aku mampu pakai kereta. Sehinggalah Kak Jen trick adik ke dua aku beli kapcai tu dari dia, dan sekarang adik tu pulak nak jualnya sebab nak beli skuter. Biasalah, orang perempuan…kapcai kan tak trendy macam skuter (sebenarnya adik aku tu tak berapa mahir bawa kapcai, dia lagi ok bawa skuter)

Sebenarnya aku sendiri tak berapa mahir bawa kapcai. Sepanjang aku belajar bawa kapcai sejak sekolah, aku terbabit dengan kemalangan-kemalangan kecil yang agak mengerikan. Beberapa motosikal menjadi mangsa aku, ada yang jatuh dari tebing. Ada yang masuk longkang. Aku pula berjaya melompat setiap kali hilang kawalan. Tidak semua pengkid itu tahu bawa motosikal.

Yang ingin kuceritakan di sini ada sejarah antara aku, kapcai itu dan my ex-gf Honey.

Maka pada suatu malam selepas aku habis shift, aku dan Honey berjalan pulang dari restoren tempat aku bekerja ke rumah sewa aku. Borak punya borak kat luar rumah, Honey bagaikan tak mahu melepaskan aku untuk tidur. Pelukan di lengan menjadi semakin erat. Embun sudah mulai menitis di kepala.

Kak Jen yang duduk serumah sewa dengan aku beberapa kali menjengah dari tingkap rumah sewa kami sambil batuk-batuk kecil. Iyalah memandangkan esoknya aku shift pagi. Puas juga aku bagi hint supaya dia sedar masa dah melewati tengah malam. Akhirnya Honey bersuara jua, dia hanya akan balik kalau aku hantar dia naik kapcai. Ah! Gila, dah berapa kali aku jelaskan pada dia yang aku memang tak mahir langsung bawa kapcai tu. Aku cuba tawar menawar dengan Honey, aku akan panggilkan teksi. Tapi Honey tetap berkeras. Mahu tak mahu, aku pinta kunci kapcai dari kakak aku. Dalam keadaan mamai senang sekali Kak Jen menyerahkan kunci kapcainya. Aku harapkan dia jadi kedekut malam itu, tapi tidak.

Punyalah takut, menggigil aku bawa kapcai tu. Nak bawa kapcai satu hal, bawa pula anak dara orang, tengah malam lagi, dah lah tak ada lesen. Aku gagahi juga bawa kapcai tu pelahan-lahan. Melelong ke kiri ke kanan. Memang tak macho langsung. Basikal tua mungkin lagi laju dari kapcai itu. Honey yang membonceng di belakang memeluk aku erat-erat. Baru kau tahu takut. Kalau masuk longkang, memang esoknya keluar berita “Cinta Terlarang Membawa ke Longkang”.

Akhirnya aku sampai juga ke rumah besar keluarga Honey dengan selamat. Belum lagi hilang gigil kaki aku, Honey pulak tak bagi aku balik malam tu, dia cakap dah lewat, tidur aje kat rumah dia. Mana mampu aku nak tolak. Sedangkan dia suruh aku buat kerja gila bawa kapcai itu pun aku gagahkan juga. Masuk rumah Honey pun secara menyelinap, maklumlah semua orang dah tidur. Takkan nak bagi salam kuat-kuat. Jadi malam itu aku tidur di rumah Honey, atas katil Honey dengan tangan Honey peluk aku erat-erat. Sempat juga Honey cakap pada aku.

“Saya memang sengaja nak awak bawa kapcai tu, saya memang sengaja nak awak tidur kat rumah saya”

Sambil nafas dia dekat-dekat di telinga aku yang masih belum hilang kecut perut bawa kapcai. Memang win win situation kan?

Kapcai Honda… Kau tetap dalam ingatan aku. Kepada bakal pemilik kapcai ini. Sila cipta sejarah baru.

Kawan Yang Warak

Malam tadi aku kena call seorang kawan lama. Bos aku ada nak offer dia kerja part time. Bila aku call tanya dia di mana, dia cakap dia tengah tunggu penceramah datang, dan latar belakang bunyi suara dalam telifon adalah dalam majlis ilmu. Dia cakap tak dapat nak terima offer bos sebab dia tak cuti belajar masa tu. Dia seorang penuntut pengajian tinggi di sini.

Dia tanya aku bila nak kahwin? Umur dah nak cecah 30an, dan dia offer aku berkawan dengan sepupu lelaki dia. Aku tolak dengan sopan, aku cakap sepupu dia tu mesti type yang alim. Tak sesuai dengan aku yang ‘hu ha hu ha’ ni. Dia pesan doalah dapat suami yang baik, aku sengih mengaku yang bab doa minta suami yang baik memang amat jarang aku lakukan. Selalunya dalam doa, aku akan minta ampun, minta dijauhkan perkara jahat dalam diri aku, doa untuk keluarga, doa minta diberi kekuatan hadapi hidup, doa minta rezeki banyak supaya dapat tolong orang. Oh lupa nak bagi tahu, aku namakan kawan aku ini Ramadhan.

Umur Ramadhan baru 21 tahun, orangnya tinggi dan sikit chubby. Putih orangnya, bertudung. Seingat aku, aku yang perempuan ini pun tak pernah tengok aurat Ramadhan, apatah lagi budak lelaki. Orangnya tak adalah lemah lembut atau sopan santun sangat. Aku kenal dia sebab dia pernah bekerja secara part time beberapa kali dengan bos. Dari situ kami jadi kamceng.

Ramadhan kawan yang bagus untuk bertukar-tukar fikiran terutamanya bab agama. Kadang-kadang perbualan kami sangat matang kalau nak dibandingkan dengan perbualan antara aku dengan rakan yang lebih sebaya atau rakan yang lebih berusia dari aku.

Aku bersyukur dalam kehidupan aku yang imannya turun naik dan asyik tergugat ini adanya kawan macam Ramadhan yang sudi menegur aku, walaupun Ramadhan memang no clue lansung yang aku ni pengkid ke, lesbian ke. Maklumlah bila dia tanya pasal boyfriend, aku boleh jawab yang aku ada ex-boyfriend. Dia mungkin juga melihat aku sebagai orang dewasa yang selalu berlagak cool. Bayangkan kalau dia tahu siapa aku…Aku rasa dia akan pengsan 3 hari, 3 malam. Betul ni. 

Friday, March 9, 2012

Aku Tak Handsome

Aku tak handsome. Aku pernah tanya adik perempuan aku sama ada aku ni handsome ke tidak. Dia cakap dulu aku handsome. Tapi sekarang tidak lagi. Aku masih ingat yang salah seorang adik perempuan aku pernah simpan gambar aku pakai baju melayu dan ber-fake kumis dalam wallet dia. Bila aku tanya apa tujuannya, dia cakap saje nak auta kawan-kawan dia kat asrama mengatakan itu gambar abang dia. Aku rasa perbualan diorang mesti macam ni.

“ Gambar siapa dalam wallet kau tu?”

“Ini gambar abang aku”

“Handsomenya abang kau, bagi sini aku nak tengok dekat sikit”

“Handsome ke? Cuba kau tengok betul-betul, handsome ke cantik?”

Mungkin sekarang aku dah berisi sikit. Aku dah tak dress up macam dulu. Malah dah setahun rasanya aku tak beli baju baru. Dulu aku selalu keji pengkid yang hodoh dan gemuk. Sekarang aku pulak hodoh. Karma.

Di Office aku pakai tudung. Selain menutup aurat, tudung dapat mengelakkan banyak soalan dan banyak nasihat. Sedangkan aku yang pakai tudung ini pun pernah ditegur ketika sedang beli burger oleh 2 orang budak kecik adik beradik dengan soalan

“Kakak ni lelaki ke perempuan?”

Bayangkanlah apa akan jadi jika aku tidak memakai tudung. Aku pasti soalan seperti

“Jo. Kau ni pengkid ya?”

“Jo kau lesbian ya?”

 “Jo kau masuk toilet lelaki ke perempuan?”

 “Jo, kau tak pergi sembahyang Jumaat ke?” “Jo, kau tak ada baju kurung ke?”

 “Jo kau pun period ke?”

 “Jo kau pakai seluar dalam lelaki ke?” akan keluar.

 Tapi kalau luar waktu office  biasanya aku tak pakai tudung. Memang berdosa kat situ.

Aku dah tak main sport macam dulu, malah cara jalan aku pun dah ok sikit. Dah kurang kasar. Disebabkan aku dah berisi, maka tetek pun dah naik sikit. Tak la macam dulu. Cinonet aje. Kalau dulu, bila aku buka baju depan mak, mak mesti cakap, badan aku macam anak teruna. Aku tak pernah pakai bengkung pun. Bila aku tengok kawan-kawan pengkid yang balut, macam seksa aje. Aku aktif sport masa sekolah. Bila dah kerja pulak, kerja budak lelaki semua aku buat. Angkat berat, bukak machine, sebab tu aku ada muscle yang cute dekat lengan ni. Yang dulunya ex-gf aku selalu aje peluk-peluk.

Anis dan Arin si pasangan closet lesbian pernah tanya aku, “Tak nak cari girlfriend ke?” Aku hanya mampu jawab aku tak dapat nak mengelak kalau jatuh cinta, tak kiralah sama ada cinta dengan lelaki atau perempuan. Tapi kalau dengan perempuan lagi aku harap tak lah. Sakit wei.

Sebenarnya sangat sunyi single. Tak ada motivasi nak melawa pun bila single. Jadi  aku tahu sebab apa aku dah tak handsome. Sebab dah 5 tahun aku single. Aku jadi malas nak lawa-lawa. Lagipun aku bukan keluar nak pergi ngorat sesiapa. Aku keluar beli food, beli buku, beli DVD, dan jalan tunduk aje.

Aku rasa nak makeover…patut ke? Kalau ada orang suka aku yang handsome ni macam mana? Nak mampus? Tak serik? Tapi tak akan nak hodoh aje 24 jam. Dress up perempuan? Aku pernah try…Tapi aku tak suka…Banyak kali juga aku try. Setiap kali aku try ada aje lelaki gasang yang cuba siul-siul aku. Banyak kali juga aku termaki orang akibat siulan itu. Kena raba pun pernah aje. Pernah juga aku di sound oleh isteri kawan lelaki aku bila aku dress up ayu, aku nak goda suami dia. Sedangkan aku bukan lawa mana pun. Tak bernafsu aku kat suami kau.

Dalam dilemma betul.

Thursday, February 2, 2012

Bertiga Lebih Baik?

Malas sebenarnya nak update blog. Tapi banyak sangat desakan dari kakak aku yang nak tahu apa seterusnya berlaku bila aku jumpa partner roommate aku, jadi terus ku buka laptop dan mengingati kembali apa yang berlaku di hujung minggu durjana itu. Cewah!

Petang itu aku balik kerja lewat sikit. Sahaja kulewatkan sebab nak guna free internet kat office. Survey pasal buku yang aku nak beli sama ada dah ada dipasaran atau tidak. Jadi apabila balik, Anis dah ada di rumah dengan partner dia yang dalam gambar kelihatan macam Frida Kahlo, kunamakan sahaja dia Arin. Fizikal Arin tak adalah tinggi sangat. Tak setinggi Bond. Tapi tinggi dari aku. Berisi sikit dari dalam gambar. Bab kening memang macam Frida Kahlo, tapi muka dia tak adalah macam Frida Kahlo sangat.

Aku malas nak borak-borak sangat dengan diorang. Walaupun si Anis nampak sangat excited nak biar aku get closed dengan Arin. Aku sengaja lepak kat bilik. Malas nak kacau line. Bila diorang lepak kat bilik baru aku keluar. Lama diorang lepak kat bilik. Lantaklah diorang nak buat apa. Layan TV lagi syok.

Esoknya aku keluar awal, basuh kereta dan pergi kedai buku. Buku yang aku nak ada. Sambar satu. Masa nak order makan ada girl tegur aku pasal buku yang aku baru beli yang aku baca sambil beratur. Dia cakap writer buku tu satu kelas dengan dia masa sekolah. Jadi kita orang borak dan makan sama. Mati-mati dia ingat aku lagi muda dari dia, selalu perkara ni jadi. Muka dan cara pemakaian aku agaknya. Dia cakap sebenarnya dia tak pernah borak rancak macam ni dengan orang, terutama orang yang baru dia kenal. Kalau ikutkan perangai dulu aku, memang girl ni dah lama aku ayat. Lagipun girl ni bukan taste aku. Cuma kita orang bertukar-tukar alamat facebook. Dapat kawan baru.

Berbalik pada cerita Anis dan Arin. 2 hari tu diorang berdua memang lebih banyak lepak kat dalam bilik. Faham-faham sendirilah apa yang jadi. Aku pulak layan tv sorang-sorang. Tengah-tengah aku melayan tu, Anis keluar dari bilik dan duduk sebelah aku borak-borak merepek, tak lama tu dia minta diri nak masuk dalam bilik lagi. Sempat pulak dia tanya aku dengan selamba gatalnya

“Jo nak join tak?”

Nak terbatuk aku masa tu. Dah tentulah tak. Aku rasa Anis berani buat lawak tu sebab dia percaya aku mesti tak nak join punya. Kalau dia ada niat lain tu aku tak tahulah pulak. Tapi apa-apapun gurauan threesome tu memang WTF.

Bila Arin dah balik. Anis sibuk tanya pendapat aku pasal Arin. Aku tak tahu nak cakap apa. Bukannya aku lepak sangat dengan diorang. Aku cakap setakat yang aku tengok dia ok ajelah. Lepas tu Anis dapat call dari Arin cakap dia dah sampai kat rumah dia di negeri P. Pastu sempat pulak Anis cakap Arin pesan kat aku tengok-tengokan si Anis. Kau ingat Anis tu budak kecik ke aku nak tengokan. Sengeh aku suruh Anis cakap pada Arin.

“suruh tengok je ke?”

Sambil aku buat ketawa jahat. Tak nak pulak Anis cakap macam tu pada Arin. Takut jelouslah tu.

Don’t worrylah Arin. Anis tu aku anggap membe aje. Banyak lagi perkara lain aku boleh buat. Bersedekah ke, mengaji ke, lagi syok. Bila aku tengok, hubungan diorang memang stabil. Yang tak stabil sebab diorang long distance aje. Dua-dua setia. Ada kerja bagus. Kalau nak buat bini memang bagus sangat.

Aku harap satu hari diorang jumpalah orang yang diorang rasa boleh kahwin. Kalau tidak, sampai bila nak macam ni kan…

Followers