Wednesday, April 18, 2012

First Crush

Borak dengan Arin si closet lesbian, merangkap housemate aku banyak juga cerita dia yang aku tahu. Dulunya sebelum Arin mengenali dunia lesbian dan terlibat dengan pengkid dia pernah bercinta dengan lelaki. Ya betul…LELAKI. Bercinta dengan sepenuh hati dengan lelaki lalu putus cinta dengan teruk, dapat masuk universiti, entah macam mana rapat lalu tersangkut dengan kawan perempuan seuniversiti, jalani hubungan sulit dengan perempuan tu beberapa semester. Dalam semester akhir dia try online dating dengan orang lain, putuskan hubungan dengan kawan universiti itu lalu mulakan hubungan baru dengan pengkid dalam online dating iaitu Arin. Pejam celik hubungan diaorang masuk tahun kelima. Hubungan yang aku rasa cukup lama dalam lifestyle songsang ni.

Bercerita tentang bagaimana Arin boleh terbabit dengan dunia lesbian mengingatkan aku bagaimana cerita tentang aku bermula. Dari kecik aku memang boyish. Rambut pendek. Perasaan aku yang kena jaga keluarga terbentuk bila ayah kerja jauh. Abang-abang sekolah asrama. Kakak-kakak harapkan aku dan adik-adik lain masih kecil.

Aku suka perempuan bermula dari darjah tiga. Bayangkan seawal darjah tiga. Jadi tak ada istilah pengaruh rakan sebaya atau pengaruh luar secara amnya. Penyakit ini memang aku cari sendiri.

Satu petang hari terakhir sekolah untuk cuti pertengahan tahun adalah hari yang sangat gembira. Budak umur Sembilan tahun mana yang tak suka cuti? Maka petang itu lepas habis kelas, kami, budak-budak perempuan main kejar-kejar. Aku kena jadi pengejar. Semua budak-budak perempuan lain bertempiaran lari, biasalah aku ni kasar sikit nak dibandingkan dengan dia orang. Dalam kejar mengejar tu aku dapat tangkap budak perempuan satu kelas dengan aku ni, Mawar nama dia. Bila aku dapat aje tangkap Mawar ni, aku peluk dia kuat-kuat. Dia ketawa masa tu, tapi dia biar aje aku peluk dia. Muka kami dekat. Masa tu aku rasa lain sangat, aku rasa melayang-layang. Rasa masa berhenti. Bila orang lain menjerit-jerit. “Mawar kena tangkap! Mawar Jadi!” lalu aku lepaskan Mawar pelahan-lahan. Barulah aku pandang sekeliling aku semula. Baru aku dapat rasa kaki aku semula.

Sepanjang cuti pertengahan tahun aku asyik teringat pada Mawar. Mawar cantik, muka dia bulat. Tepi mata dia yang cantik dan bulat tu dia ada tahi lalat kecil. Dia pengawas sekolah. Pandai pulak tu. Dari darjah satu dia aje yang dapat nombor pertama dalam kelas kami. Bestfriend dia Maria, budak kacukan. Diorang cakap bapak Maria ada darah portugis. Budak kacukan memang cantik. Tapi kecantikan, lemah lembut dan kepandaian Mawar yang ada darah Kelantan ini sahaja menjentik hati aku. Aku setuju kalau orang cakap perempuan Kelantan lawa-lawa.

Bila habis cuti sekolah, dalam kelas aku mula curi-curi pandang Mawar. Aku tahu dia perasan sebab obvious sangat. Aku duduk tengah-tengah kelas, dia pula duduk depan sekali. Jadi kerja seharian aku selain belajar adalah tengok Mawar. Bila dia pandang belakang lalu tertengok aku, aku terus pandang aje dia. Kami sama-sama pandang. Kadang-kadang lawan mata. Sampai berair mata masing-masing. Tapi dia tak pernah marah aku buat macam tu. Dia mesra aje dengan aku. Dia tak pernah jauhkan diri dari aku walaupun memang peliklah bila ada budak perempuan asyik tengok budak perempuan lain.

Aku jadi rajin belajar sebab nak dekatkan jarak antara aku dan Mawar. Aku ni antara budak yang corot dalam kelas, dulu aku tak masuk tadika, jadi aku lambat sikit dari orang lain. Semua dah ada kawan sendiri, aku pula baru belajar nak berkawan. Keputusan peperiksaan aku makin ok. Walaupun masih tak dapat nak kalahkan keputusan Mawar, pernah juga aku dapat nombor dua dalam kelas kami.

Dalam aku mula pandai berkawan, masa darjah enam Mawar asyik kena gossip dengan ketua pengawas yang juga antara kawan lelaki yang kamceng dengan aku. Mohammad. Rasa sakit jugak hati. Tapi aku tak tahu apa nak buat. Mohammad tu pula baik orangnya. Aku tahu Mohammad memang suka Mawar, biasalah aku kan kamceng dengan Mohammad. Aku tak surelah Mawar suka ke tidak pada Mohammad sebab bila aku try-try korek cerita, dia senyum aje. Mawar memang pandai berahsia.

Bila masuk sekolah menengah. Aku duduk asrama di negeri lain. Mawar pula di asrama negeri lain. Jadi kami dah tak berhubungan. Sesekali aje terjumpa masa cuti sekolah.

Sebelum aku masuk sekolah menengah aku dapat surat dari salah sorang budak perempuan kelas kami yang aku anggap sebagai ‘bad girl’. Nama dia Nor. Dia ni matang awal dari kitaorang semua. Fizikal kegadisan dia terserlah sejak dari darjah tiga lagi. Dia selalu cerita pasal budak lelaki dan minat dia tentang perkara-perkara sexual memang dah nampak lebih dari orang lain. Sebab tu aku anggap dia ‘bad girl’. Dia selalu borak dengan aku, budak-budak lain memang malas nak layan dia.

Surat yang dia serahkan by hand untuk aku masa cuti sebelum masuk sekolah menengah tu dia pesan baca masa aku dah ada kat sekolah asrama. Aku ikut pesan tu (memang skema) Ada 3 helai surat pendek. Surat tu siap ada bedak wangi bila aku buka. Dia cakap happy sangat kawan dengan aku sepanjang sekolah. Dia cakap aku sahaja yang layan dia baik walaupun banyak perkara jahat dia buat dan aku tahu hal-hal tu. Dia cakap dia suka pada aku. Dia suka aku? Terkejut jugak aku. Macammana aku boleh tak perasan. Mungkin sebab aku suka sangat kat Mawar. Masa aku baca surat tu aku rasa aku tahu dia suka aku lebih dari seorang kawan. Surat tu pun dah hilang. Aku pernah bagi kakak aku baca surat tu.

Mawar dah kahwin. Handsome suami dia. Nor pun dah kahwin. Nor dah pindah rasanya. Tak silap aku Nor kahwin dan bercerai lepas tu kahwin lagi. Aku pernah jumpa Nor tapi dia tak nak cerita sangat pasal diri dia. Aku tahu Mawar tinggal di mana sebab adik aku nombor dua dengan adik dia rapat. Adik dia selalu datang jumpa adik aku. Adik nombor dua aku dah kahwin pun, ada dua orang anak lagi. Adik Mawar cun macam kakak dia pun dah nak kahwin.

Ramai orang kita jumpa, kita bercinta, kita sayang. First crush dan first love letter, kita akan ingat sampai bila-bila. Aku akan ingat Mawar dan aku juga akan ingat Nor.

6 comments:

  1. aha saya ingat ada orang dapat pecah rekod saya ni, saya suka perempuan dari saya tadika umur 6 tahun, masa tu kakak jiran umur setahun muda dari kakak saya, memang kami semua rapat sangat dan saya suka sangat kat dia sebab dia lembut dan cantik, malah saya pernah gomol nak cium dia tapi gagal sebab dia tinggi dan lebih tua dan besar dari saya. bila dah besar ni rasa malu sangat sebab masih teringat kisah lama tu dan malu sangat nak berdepan dengan dia dan harap2 dia dah lupakan.

    ReplyDelete
  2. betul2 bila ingat semula cinta2 monyet ni, saya rasa nak tergelak pun ada sebab di sekolah rendah kiranya saya ni kategori pelajar pandai dan aktif tapi bukan aktif bersukan dan persatuan. aktif berkawan, kawan2 tu banyak perempuan, lelaki jarang nak kawan dgn saya mungkin takut sebab saya macam tomboy dan kasar hehe. walaupun saya ni sikit baran tapi masih ramai gadis2 kat sekolah nak kawan dgn saya, mungkin sbb saya ni jenis happy go lucky. kenangan paling indah adalah di sekolah rendah.

    ReplyDelete
  3. macam mna awak mengorat gadis? nak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap gadis lain cara ngoratnya. byk cara jo ngorat. ada yg jo kacau sampai dia tak larat. ada jo terus terang je.... lebih kurang macam itulah

      Delete
  4. laa..buatlah entri macam mana nak ngorat gurl..plis..nedd someone..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha... nak suruh jo buat tutorial la ni, nak penampar? bhahaha...

      Delete

Followers