Aku tak handsome. Aku pernah tanya adik perempuan aku sama ada aku ni handsome ke tidak. Dia cakap dulu aku handsome. Tapi sekarang tidak lagi. Aku masih ingat yang salah seorang adik perempuan aku pernah simpan gambar aku pakai baju melayu dan ber-fake kumis dalam wallet dia. Bila aku tanya apa tujuannya, dia cakap saje nak auta kawan-kawan dia kat asrama mengatakan itu gambar abang dia. Aku rasa perbualan diorang mesti macam ni.
“ Gambar siapa dalam wallet kau tu?”
“Ini gambar abang aku”
“Handsomenya abang kau, bagi sini aku nak tengok dekat sikit”
“Handsome ke? Cuba kau tengok betul-betul, handsome ke cantik?”
Mungkin sekarang aku dah berisi sikit. Aku dah tak dress up macam dulu. Malah dah setahun rasanya aku tak beli baju baru. Dulu aku selalu keji pengkid yang hodoh dan gemuk. Sekarang aku pulak hodoh. Karma.
Di Office aku pakai tudung. Selain menutup aurat, tudung dapat mengelakkan banyak soalan dan banyak nasihat. Sedangkan aku yang pakai tudung ini pun pernah ditegur ketika sedang beli burger oleh 2 orang budak kecik adik beradik dengan soalan
“Kakak ni lelaki ke perempuan?”
Bayangkanlah apa akan jadi jika aku tidak memakai tudung. Aku pasti soalan seperti
“Jo. Kau ni pengkid ya?”
“Jo kau lesbian ya?”
“Jo kau masuk toilet lelaki ke perempuan?”
“Jo, kau tak pergi sembahyang Jumaat ke?” “Jo, kau tak ada baju kurung ke?”
“Jo kau pun period ke?”
“Jo kau pakai seluar dalam lelaki ke?” akan keluar.
Tapi kalau luar waktu office biasanya aku tak pakai tudung. Memang berdosa kat situ.
“Kakak ni lelaki ke perempuan?”
Bayangkanlah apa akan jadi jika aku tidak memakai tudung. Aku pasti soalan seperti
“Jo. Kau ni pengkid ya?”
“Jo kau lesbian ya?”
“Jo kau masuk toilet lelaki ke perempuan?”
“Jo, kau tak pergi sembahyang Jumaat ke?” “Jo, kau tak ada baju kurung ke?”
“Jo kau pun period ke?”
“Jo kau pakai seluar dalam lelaki ke?” akan keluar.
Tapi kalau luar waktu office biasanya aku tak pakai tudung. Memang berdosa kat situ.
Aku dah tak main sport macam dulu, malah cara jalan aku pun dah ok sikit. Dah kurang kasar. Disebabkan aku dah berisi, maka tetek pun dah naik sikit. Tak la macam dulu. Cinonet aje. Kalau dulu, bila aku buka baju depan mak, mak mesti cakap, badan aku macam anak teruna. Aku tak pernah pakai bengkung pun. Bila aku tengok kawan-kawan pengkid yang balut, macam seksa aje. Aku aktif sport masa sekolah. Bila dah kerja pulak, kerja budak lelaki semua aku buat. Angkat berat, bukak machine, sebab tu aku ada muscle yang cute dekat lengan ni. Yang dulunya ex-gf aku selalu aje peluk-peluk.
Anis dan Arin si pasangan closet lesbian pernah tanya aku, “Tak nak cari girlfriend ke?” Aku hanya mampu jawab aku tak dapat nak mengelak kalau jatuh cinta, tak kiralah sama ada cinta dengan lelaki atau perempuan. Tapi kalau dengan perempuan lagi aku harap tak lah. Sakit wei.
Sebenarnya sangat sunyi single. Tak ada motivasi nak melawa pun bila single. Jadi aku tahu sebab apa aku dah tak handsome. Sebab dah 5 tahun aku single. Aku jadi malas nak lawa-lawa. Lagipun aku bukan keluar nak pergi ngorat sesiapa. Aku keluar beli food, beli buku, beli DVD, dan jalan tunduk aje.
Aku rasa nak makeover…patut ke? Kalau ada orang suka aku yang handsome ni macam mana? Nak mampus? Tak serik? Tapi tak akan nak hodoh aje 24 jam. Dress up perempuan? Aku pernah try…Tapi aku tak suka…Banyak kali juga aku try. Setiap kali aku try ada aje lelaki gasang yang cuba siul-siul aku. Banyak kali juga aku termaki orang akibat siulan itu. Kena raba pun pernah aje. Pernah juga aku di sound oleh isteri kawan lelaki aku bila aku dress up ayu, aku nak goda suami dia. Sedangkan aku bukan lawa mana pun. Tak bernafsu aku kat suami kau.
Dalam dilemma betul.
hhahaa... sesuka hati je ckp psl t***k tu..ish..
ReplyDeletepkai jelah tudung tu.xpyah bkak2 lg dah
ReplyDeletecerita betul ke..
ReplyDeletehttp://anordinarymanz.blogspot.com/search/label/ysaqkl
giler r 5 thn ko btahan...ak usahkan 5 thn, 5 hari pn rse da xnk hdup da..pngalaman ak la..7 thn ngan A,at the same time ak curang, ader hubungan ngan B..then,lastly, skang ak ngan C..yup, ak bukan seorg yg baek,tp ak akn try make sure, awek ak sntiasa happy slagi dorg ngan ak..
ReplyDelete