Wednesday, April 18, 2012

Antara 5 Tahun dan 5 Bulan

Tengah duduk-duduk layan lagu sambil siapkan part time job, dapat SMS dari best friend aku. Dia ajak lepak. Dalam situasi banyak kerja nak disiapkan aku terpaksa menolak. Biasanya ada sesuatu nak diceritakan secara detail bila Bond ajak aku lepak. Hubungan BFF kita orang memang agak luar biasa. Aku dan Bond jarang jumpa, kadang-kadang setahun sekali. Kawan-kawan dia bukan kawan aku dan kawan-kawan aku bukan kawan dia. Itulah aku dan Bond.

Lagipun aku cukup malas nak drive kereta ke Bandar S. Jalan jammed, parking susah. Lepas tu mesti nak lepak makan kat restoren sambil berborak. Aku lebih suka masakan rumah.

Dan seperti biasa bila tak dapat lepak bersama, Bond akan bagi hint tentang perkara yang dia nak cerita. SMS Bond seterusnya berbunyi bergini. “Genap lima bulan aku single, aku happy sangat”  Aku senyum senget dan angkat kening sebelah. Betul ke Bond happy?

Pengalaman aku, tahun pertama jadi single. SEKSA. Biasanya kau ada seseorang. Puff! Tiba-tiba kau sorang-sorang.

Lima tahun single ini kadang-kadang aku rasa desperate sangat nak ada girlfriend. Makcik jual top up pun aku rasa nak ayat (makcik tu hot). Tension betul bila keluar, tertengok ada pasangan tengah mesra-mesra. Yang paling jaki bila tengok adalah bila ada pasangan bawa anak. Comel betul. Tak ada lagi tempat yang selamat kecuali duduk dalam rumah tengok tv. Sampai badan aku pun naik lemak.

Lagipun setiap kali aku terasa nak ngorat girl, aku akan buka dan baca semula kitab putus cinta aku. Mengingatkan aku kenapa relationship girl dan girl tak akan jadi forever. Risiko tu tak berbaloi untuk diambil pun. Selagi aku boleh fight, aku akan fight. Naik kepam dah kitab putus cinta tu.

Mak pula baru tanya pasal boyfriend. Bila aku jawab tak ada. Mak kata aku memilih. Sedangkan mak ada cerita kalau boleh nak suami aku yang macam ini, macam itu. Mak pernah cakap mak teringin nak menantu yang sayang dia lebih dari anak-anak sendiri sayangkan dia. Bila aku cakap aku tak minat lelaki, mak gelak, habis kuat pun mak cakap.

 “Tak baik macam tu”.

Lima tahun ni puas aku pupuk hati aku suka lelaki. Cuba kawan dengan lelaki-lelaki yang kawan kenalkan. Sepupu rekomen. Sorang pun tak lekat.

Kata Tuhan, orang spesis aku ni nabi tak mengaku umat, kata Tuhan lagi setiap orang tu ada pasangannya masing-masing. Kata Tuhan, doalah…akan dimakbulkan. Maka akan ada pasangan untuk aku dan akan ada pasangan untuk Bond… dan untuk kita semua.

Buat bakal suami aku(kalau ada), maaflah aku tak mampu nak berikan sesuatu yang sempurna untuk kamu, semua dalam diri aku ni dah broken. Buat semua yang pernah jatuh cinta dengan aku dan buat semua gadis yang pernah aku cintai, tolong doakan aku temui cinta aku sebagaimana kamu masing-masing sudah temui cinta kamu.

4 comments:

  1. know what ? boleh je suke kat laki tu , kalau buang perasaan kat girl . ok , ckp memang sng .., doa byk2 .. jgn terlalu proud jadi pengkid .. sy dah insaf . anda bile lagi ? hehe

    ReplyDelete
  2. betul2 buang je perasaan nak jadi pengkid dan anggap perempuan lain macam saudara. maka pupuk rasa cinta pada suami dan allah. anggap kita kawin kerana allah dan buat suruhanNya patuh pada suami maka lama2 hilanglah perasaan tu.

    ReplyDelete

Followers