Thursday, April 12, 2012

Aku, Honey dan Kapcai

Adik ke tiga aku nak jual kapcai dia. Kapcai itu asalnya kapcai Kak Jen. Banyak jasa kapcai tu. Dari zaman Kak Jen beli guna duit PTPTN di university, abang ipar aku pinjam buat pergi balik kerja, adik ke dua aku guna masa dia kat universiti, aku pinjam masa mula nak bertapak kat Bandar B sampai aku mampu pakai kereta. Sehinggalah Kak Jen trick adik ke dua aku beli kapcai tu dari dia, dan sekarang adik tu pulak nak jualnya sebab nak beli skuter. Biasalah, orang perempuan…kapcai kan tak trendy macam skuter (sebenarnya adik aku tu tak berapa mahir bawa kapcai, dia lagi ok bawa skuter)

Sebenarnya aku sendiri tak berapa mahir bawa kapcai. Sepanjang aku belajar bawa kapcai sejak sekolah, aku terbabit dengan kemalangan-kemalangan kecil yang agak mengerikan. Beberapa motosikal menjadi mangsa aku, ada yang jatuh dari tebing. Ada yang masuk longkang. Aku pula berjaya melompat setiap kali hilang kawalan. Tidak semua pengkid itu tahu bawa motosikal.

Yang ingin kuceritakan di sini ada sejarah antara aku, kapcai itu dan my ex-gf Honey.

Maka pada suatu malam selepas aku habis shift, aku dan Honey berjalan pulang dari restoren tempat aku bekerja ke rumah sewa aku. Borak punya borak kat luar rumah, Honey bagaikan tak mahu melepaskan aku untuk tidur. Pelukan di lengan menjadi semakin erat. Embun sudah mulai menitis di kepala.

Kak Jen yang duduk serumah sewa dengan aku beberapa kali menjengah dari tingkap rumah sewa kami sambil batuk-batuk kecil. Iyalah memandangkan esoknya aku shift pagi. Puas juga aku bagi hint supaya dia sedar masa dah melewati tengah malam. Akhirnya Honey bersuara jua, dia hanya akan balik kalau aku hantar dia naik kapcai. Ah! Gila, dah berapa kali aku jelaskan pada dia yang aku memang tak mahir langsung bawa kapcai tu. Aku cuba tawar menawar dengan Honey, aku akan panggilkan teksi. Tapi Honey tetap berkeras. Mahu tak mahu, aku pinta kunci kapcai dari kakak aku. Dalam keadaan mamai senang sekali Kak Jen menyerahkan kunci kapcainya. Aku harapkan dia jadi kedekut malam itu, tapi tidak.

Punyalah takut, menggigil aku bawa kapcai tu. Nak bawa kapcai satu hal, bawa pula anak dara orang, tengah malam lagi, dah lah tak ada lesen. Aku gagahi juga bawa kapcai tu pelahan-lahan. Melelong ke kiri ke kanan. Memang tak macho langsung. Basikal tua mungkin lagi laju dari kapcai itu. Honey yang membonceng di belakang memeluk aku erat-erat. Baru kau tahu takut. Kalau masuk longkang, memang esoknya keluar berita “Cinta Terlarang Membawa ke Longkang”.

Akhirnya aku sampai juga ke rumah besar keluarga Honey dengan selamat. Belum lagi hilang gigil kaki aku, Honey pulak tak bagi aku balik malam tu, dia cakap dah lewat, tidur aje kat rumah dia. Mana mampu aku nak tolak. Sedangkan dia suruh aku buat kerja gila bawa kapcai itu pun aku gagahkan juga. Masuk rumah Honey pun secara menyelinap, maklumlah semua orang dah tidur. Takkan nak bagi salam kuat-kuat. Jadi malam itu aku tidur di rumah Honey, atas katil Honey dengan tangan Honey peluk aku erat-erat. Sempat juga Honey cakap pada aku.

“Saya memang sengaja nak awak bawa kapcai tu, saya memang sengaja nak awak tidur kat rumah saya”

Sambil nafas dia dekat-dekat di telinga aku yang masih belum hilang kecut perut bawa kapcai. Memang win win situation kan?

Kapcai Honda… Kau tetap dalam ingatan aku. Kepada bakal pemilik kapcai ini. Sila cipta sejarah baru.

2 comments:

  1. untuk pengetahuan semua, belum sempat adik aku nak jual kapcai ni dah kena curi... Mangkuk hayun betul pencuri tu.

    ReplyDelete
  2. lol! sejarah baru la tuh! =D

    ReplyDelete

Followers