Aku balik ke bilik kakak angkat aku.
Aku ceritakan peristiwa yang jadi. Beritahu lebih kurang aje. Tak adalah aku cerita hal hubungan dengan Preity itu
semua pada kakak angkat aku. Panjang pulak soalannya. Lagipun aku tak pasti
sama ada mereka boleh bertolak ansur perkara macam ini. Bukan semua orang
faham.
Pada Preity aku ceritakan hal sebenar. Preity
dah macam nak menangis. Aku cuba tenangkan dia. Preity cakap dia tak mampu nak
teruskan studi tanpa aku. Dia perlukan aku. Akhirnya, Preity cerita pada aku yang Kak
Alisa ada jumpa dia bertanya tentang studi, kawan-kawan dan sebagainya. Preity telah cerita pasal budak bilik dia yang selalu tak mahu bertolak-ansur itu.
Aku terkejut. Itulah satu masalah Preity ni, manja. Mengadu tidak kena tempat.
Geram aku.
Balik bilik aku, aku trick budak-budak bilik aku dengan
pelbagai soalan yang mengelirukan. Akhirnya aku dapat tahu yang beberapa hari
lepas, Kak Alisa ada datang ke bilik Preity sewaktu Preity tak ada di bilik. Mungkin masa itu dia nak bagi
amaran pada budak bilik Preity. Untuk
menutup perbuatan mereka, mereka ceritakan pulak hal aku dan Preity. Aku agak
sahajalah. Kalau tidak macam mana tiba-tiba Kak Alisa yang jarang kami jumpa
boleh tahu. Masa itu, facebook, twitter atau instagram belum pun wujud lagi.
Hubungan aku dan Preity pun baru sahaja lagi masa tu.
Malam itu tidur aku tak lena. Macammana aku hendak selesaikan perkara ini.
Maka esoknya. Aku panggil semua budak bilik aku dan budak
bilik Preity berjumpa. Untuk beri kelebihan pada diri aku, semua orang aku
perdayakan. Preity sendiri aku tak bagi tahu tujuaan perjumpaan itu.
“ Korang tahu tak semalam senior kita jumpa aku?” Aku
mulakan ayat. Semua orang saling berpandangan dan menggeleng kepala. Aku rasa
nak tampar aje sorang-sorang.
“ Dia cakap pasal aku dengan Preity. Hal hubungan kita orang. Silap hari bulan, kalau pentadbiran tahu, aku dan Preity kena buang kolej. Kau orang
tahu tak apa efeknya pada aku kalau kena buang kolej? Korang happy ke kalau aku
kena buang kolej?” Aku tanya sorang-sorang. Semua pun diam juga. Aku tunggu dia
orang bersuara.
“ Aku mengaku, aku dengan Preity memang lebih sikit dari
biasa. Aku mengaku. Itu salah. Aku tahu. Aku minta maaf banyak-banyak kalau
benda ini buat korang marah pada kami. Aku nak tanya, apa sebenarnya yang
korang nampak? Boleh sesiapa jawab tak?” Aku tanya lagi.
“ Kau dengan Preity kissing. Setiap pagi kau kejut dia
bangun tidur. Kiss good morning.” Ada seorang buka mulut.
“ Lagi? Apa kami buat? Cium mulut? Kami beromen? Ada sesiapa
pernah nampak apa-apa lagi?” Kali ini aku lebih direct. Cuba memancing.
“ Tak adalah sampai macam itu. Tapi kita orang tak sukalah
macam tu. Cium semua tu. Tak patutlah.” Yang lain mula bersuara.
“ Cakap depan macam ni kan senang, direct ajelah. Jumpa aku.
Jumpa Preity bagitahu sendiri. Cakap sendiri. Aku rasa aku tak pernah lagi pukul
orang pasal benda macam ni.” Saja aje aku buat ayat tu.
“ Kita orang tak sangka sampai senior tahu. Aku tak nak
sebab benda ni kau kena buang kolej.” Seorang lagi bersuara. Muka macam
menyesal sikit.
“Kak Alisa ada datang sini kan? Apa yang korang dah cerita
dekat dia itu hal korang dengan dia. Aku tak nak ungkitkan lagi. Itu antara
korang dengan dia. Alang-alang kita dah jumpa ni, cakap dengan aku. Apa yang
korang marah sangat pada aku atau pada Preity. Terus terang.” Aku meminta.
Seorang demi seorang bercerita. Selain hal hubungan aku
dengan Preity tu, dia orang tak puas hati dengan Preity. Hal-hal remeh macam Preity
buka lampu masa orang hendak tidur dan bunyi almari Preity yang bising setiap
kali dia pilih baju. Aku nak gelak betul masa itu. Memang dia orang hentam
Preity cukup-cukup. Aku biar aje. Dia pun kena tahu apa tatatertib hidup kolej.
Tak boleh hendak ambik mudah sahaja. Pasal aku, satu patah salah pun tak keluar
selain hal cium itu.
Lepas itu kami semua bermaaf-maafan.
Selepas peristiwa itu, aku tak cium Preity good
morning atau good night lagi. Kalau ada pun pandai-pandailah. Kami tetap rapat. Aku tetap teman dia ke mana sahaja. Tapi berusaha elak dari Kak Alisa atau Kak Dart nampak.
Sesekali bila aku terserempak dengan
Kak Dart, dia masih mengajak aku lepak dengan konco-konco dia. Tak mahu aku.
Orang sekeliling tetap buat spekulasi macam-macam pasal kami. Nota-nota bisnes yang aku tampal di
dinding kolej dengan nama aku dan Preity di conteng dan di ganti dengan tulisan
perkataan Gay dan Lesbian. Ya, bagus kan.
Habis kolej, aku tak ada kawan pun. Preity pun tidak. Tapi
banyak benda aku belajar. Tentang penerimaan dan penolakan.
Aku tidak perjuangkan komuniti LGBT. Kebaikan adalah
kebaikan. Keburukan adalah keburukan. Kalau orang buat baik, bagus. Tak kira
kau LGBT atau tidak. Buat jahat pun sama, tak kiralah LGBT atau tidak. Lelaki
kacau bini orang sama palatnya dengan pengkid yang kacau bini orang. Sama.
Dua-dua aku tak berkenan. Dua-dua aku tak akan back up.
Kepada adik-adik, golongan baby pengkid ini. Ya betul, yang
muka macam Justin Bieber tu. Aku tahu ramai yang tengah sibuk duk usha 2,3
orang awek sekali serentak. Perasaan nak menunjuk hebat tu tengah bergelodak
kan. Nasihat aku, tak payahlah, buang masa aje. Awek-awek tu bukan nak kau
sangat. Drama aje lebih.
Dan andai ada yang berniat nak tunjuk jalan kepada golongan LGBT
ni, niat harus kuat. Iman kena tinggi. Semangat kena ada sebab ramai aje pulak aku tengok yang jadi LGBT
lepas tu.
Ya, yang ni aku cakap dengan KAU. KAU tau siapa.
Kan mak cik dah membebel.