Aku cepat menangis.
Ada satu tahun itu, lepas putus dengan Honey. Aku menangis hampir
setiap hari. Bertahun-tahun. Mujur tak jadi buta macam Kassim Selamat. Menangis
itu satu anugerah. Bayangkan, andai ada orang yang menangis pun dia tak mampu.
Aku tak rasa aku seorang pejuang, bagi aku jika mahu jadi
pejuang, kau mesti PERCAYA apa yang kau perjuangkan. Kuatnya rasa percaya dalam
hati lalu melakukannya dengan perbuatan.
Apa yang aku lalui, setiap peringkat demi peringkat. Mungkin
ada persamaan dengan orang lain. Lagi bagus. Atau lagi teruk. Tapi kita
sama-sama belajar dan baiki.
Sebagai golongan LGBT ni benda yang selalu kena hadap adalah
pandangan masyarakat. Biasanya yang buruk-buruklah. Sama ada kita mengaku kita
ni LGBT atau kita simpan aje dalam hati kita.
Mari kita imbas kembali pengalaman aku.
Masa aku di kolej. Zaman aku dan Preity baru-baru bercinta
secara rahsia. Orang keliling mula rasa kami ada sesuatu. Sebenarnya aku dengan
Preity tak adalah PDA sangat. Preity bukan suka PDA pun. Atau kami aje kurang
perasan atau kurang sensitif. Entah.
Tapi tak ada sesiapa pun datang jumpa aku, bercakap dari
hati ke hati mengenai hal ini. Bertanya sendiri. Kenapa ya? Lagi selesa
bergossip di belakang. Aku gangster sangat ke masa di kolej?
Aku perasan sebenarnya orang keliling mula pandang kami
serong. Ada yang mula tak mahu berkawan dengan kami. Ada yang membentak-bentak bila
kami buat terbuat salah sikit pun. Marahnya panjang, sedangkan orang lain ada
buat salah yang sama. Ada yang anggap kami ini macam tidak punya perasaan. Aku
tak terasa sangat, mungkin aku dah lali hal macam ini sepanjang hidup aku,
Preity belum biasa. Sampai rakan-rakan sebilik dengan dia sering tak mahu
bertolak ansur dengan dia. Rakan sebilik aku tidaklah seteruk itu. Mungkin cuma
bergossip yang aku tidak tahu.
Jadi aku dan Preity makin malas hendak lepak di bilik masing-masing.
Selalunya kami akan lepak di beranda hujung di tingkat atas sekali. Sambil aku
bawa teropong dan dapat lihat pemandangan keliling kolej. Borak-borak sampai
dinihari.
Kami juga selalu studi di bilik kakak angkat aku,
senior-senior yang baik hati. Studi dengan dia orang ni best. Selesa. Tak ada
tension dan ego. Hendak bermanja, bergelak ketawa pun boleh.
Satu malam, sedang aku sedang sibuk bantu assignment lukisan
kakak angkat, bilik dia diketuk orang. Bila salah seorang senior aku buka
pintu. Ada seorang senior lain depan pintu. Senior satu semester dari aku.
Kiranya kakak angkat aku lagi senior dari dia. Dia ni aku perasan juga. Ala-ala
macam aku juga. Bukan girly orangnya.
“ Jo ada tak dalam bilik ni?” Tanya dia. Aku terkejut. Aku
bukan kenal dia.
“ Nak jumpa Jo. Kenapa ya?” Senior aku bertanya. Aku dan
kakak angkat dah saling berpandangan. Preity di sebelah aku juga hairan.
“ Kak Dart nak jumpa, dia suruh datang studio art sekarang
ni. Datang seorang. Jangan bawa sesiapa.” Jelas dia lagi. Lepas itu dia terus
pergi. Tak sempat aku nak bertanya lanjut.
“ Kenapa Kak Dart nak jumpa saya? Kak Dart tu siapa?” Aku
bertanya kebingungan pada kakak angkat aku. Aku tengok muka kakak angkat aku
terkejut juga.
“ Kak Dart tu senior final year, kiranya dia tu super senior
kita semua. Reputasi dia besar. Semua orang tak berani dengan dia. Budak lelaki
pun gerun dengan dia. Dia tak duduk hostel kolej. Jarang dia datang kolej kalau
tak ada hal. Dia datang pun nak siapkan projek final je.” Panjang lebar kakak
angkat aku menerangkan.
“ Abis tu… Kenapa dia nak jumpa Jo?” Aku dah tergagap. Aku
pandang Preity. Preity lagi bingung.
“ Pelik juga ya. Mungkin sebab kau ni tomboi macam ni kot.
Dia nak kenal-kenal, nak tanya apa-apa.” Kakak angkat aku mengagak. Senior lain
mengangguk.
“ Hmm… Saya nak pergi ni.” Aku bangun. Sarung tudung
seringkas mungkin.
“ Kau baik-baik tahu. Apa-apahal bagitahu kita orang. Kak
Dart tu bukan boleh percaya sangat.” Muka Kakak angkat aku macam berat nak
lepaskan aku pergi.
Dalam hujan renyai-renyai. Tanpa payung, aku berjalan dalam
gelap menuju ke studio art yang terletak selang beberapa bangunan hostel kolej.
Dalam hati berdoa banyak-banyak. Aku tak ada idea. Dalam kepala mula fikir
benda-benda mengarut yang akan jadi.
Hey, PDA tu apa? -.-
ReplyDeletepublic displays of affection.
ReplyDelete