Beberapa hari lepas itu keadaan masih belum pulih. Maka
beberapa kawan pergi slow talk dengan Mel. Akhirnya Mel mengaku juga yang dia ambil
handphone Sarah. Alasannya dia dan suami dia tanggung banyak hutang. Suami dia
pulak bila tak ada duit mulalah panas baran dan sehingga pukul Mel. Mel tunjuk
badan dia penuh lebam kena pukul. Pasal cilok handphone itu adalah idea suami
dia.
Maklumat itu dia orang sampaikan pada aku. Aku, beberapa
kawan dan Mel berbincang. Kami setuju untuk tidak akan pecahkan rahsia Mel pada
Sarah kalau dia bagitahu di mana handphone itu dijual, dengan niat kami nak
tolong tebus balik handphone Sarah untuk elakan Sarah terus hysteria atau pengsan lagi. Dan Mel boleh bayar duit
kami sikit-sikit. Mel setuju.
Aku pun hantar Mel balik, entah dari mana suami dia muncul.
Aku ingatkan suami dia tahu pasal nak tebus handphone dan sebagainya, aku pun
cakap pada suami dia tentang hal handphone. Muka suami Mel bertukar merah. Malu
atau marah, aku tak tahu. Mel buat isyarat yang suami dia tak tahu. OMG. Aku
buat-buat berani. Pandang mata suami dia dan sempat nasihatkan mereka supaya
jangan buat perkara-perkara tak elok dah. Gerun jugak aku masa tu. Kalau tiba-tiba
aje dia hempuk aku, naya aje. Aku siap sedia pasang kuda-kuda. Tapi suami dia
senyap aje dan dia pegang tangan Mel. Dia orang blah tinggalkan aku bergitu
sahaja. Mujur aku tak kena hempuk. Aku
harap Mel tak kena pukul lepas tu.
Aku dan kawan pergi ke kedai untuk tebus handphone Sarah.
Malangnya handphone itu telah terjual. Jadi aku ambil keputusan untuk tambah
duit aku lagi sikit dan beli handphone baru untuk Sarah. Kami berikan handphone
itu pada Sarah. Kononnya itu hadiah dari kami semua.
Aku ingat perkara itu dah berakhir dengan selamat. Rupanya tidak. Lepas dapat handphone baru,
Sarah siasat siapa yang ambil handphone dia dulu. Entah siapalah yang bodoh
dikalangan kami bocorkan rahsia. Aku dapat tahu hal dah bocor bila aku dengar
cerita Mel teruk kena hina dan maki oleh Sarah dan beberapa kawan lain.
Tak habis hal hina dan memaki, aku dengar pula Sarah nak
lanjutkan hal ini pada pihak kolej. Silap-silap Mel dan suami boleh kena buang
kolej. Ini tak boleh jadi, aku pergi
jumpa Sarah supaya dia membatalkan niatnya itu. Apa lagi yang Sarah nak,
handphone pun dan berganti. Dia tak pengsan lagi. Kenapa nak aniaya orang. Apa
salahnya maafkan aje. Itu pendapat aku. Pendapat Sarah tak sama.
Pertemuan aku dengan Sarah di tangga kolej yang bermula
dengan bercakap secara baik bertukar kepada hampir nak bertumbuk. Sarah cakap
aku tak patut rahsiakan pasal Mel curi handphone. Dia cakap itu hak dia untuk
tahu dan bagitahu pihak kolej. Dia cakap yang aku sengaja sokong Mel.
Kurang ajar punya Sarah. Aku tolong dokong dia masa pengsan, pujuk dia
menangis, siasat hal curi malah gantikan handphone baru yang 50% guna duit aku.
Dia masih tak bersyukur. Memanglah kaki
aku gatal aje nak naik ke muka dia. Aku hampir nak melakukan keganasan
rumah tangga di atas tangga itu, tetapi berjaya dihalang oleh kawan-kawan yang
lain.
Lepas itu aku dan Sarah dah tak bertegur sapa. Hal Mel dia
tak panjangkan pada pihak kolej. Cuma dia bagitahu lecturer kami, bukan setakat
itu aje dia dan kawan-kawan dia bercerita sana sini. Semua orang tahu Mel dan
suami curi handphone. Aku tak dapat bayangkan betapa malunya dia orang. Aku
rasa sedikit kesian pada Mel dan kesal dengan angkuhnya Sarah.
Bila aku cerita semua ini pada Preity. Dia gelakkan aku.
Katanya siapa suruh aku masuk campur hal orang. Buat baik pun berpada-padalah. Kononnya
tak sampai sebulan dia balik kampung aku pula mula bergaduh. Sikit pun tak sokong
aku.
Semester baru lepas tu aku tengok Mel dan suami mula menjual nasi lemak di kolej dari bilik ke bilik. Tapi dia tak pernah ketuk bilik aku. Kes kecurian barang masih berlaku di kolej dan aku tak lagi tunjuk hero pergi siasat.
Semester baru lepas tu aku tengok Mel dan suami mula menjual nasi lemak di kolej dari bilik ke bilik. Tapi dia tak pernah ketuk bilik aku. Kes kecurian barang masih berlaku di kolej dan aku tak lagi tunjuk hero pergi siasat.
Lepas habis kolej, aku tak berkawan dengan seorang pun kawan
kolej aku. Termasuklah Preity. Banyak sangat kenangan pahit kat situ.
Keganasan dalam apa cara dan sebab pun tak bagus.
kesian kat Mel tu. kesempitan hidup buat dia pilih jalan yang salah.
ReplyDeleteoh nama aku Mel. Secara tiba tiba rasa tercuit perasaan :)
nama dalam cerita ni rekaan aje, cerita betul. :b
Delete