Dua tiga menjak ni aku rasa tak kelakar. Mungkin sebab
banyak buat perkara-perkara serius. Beberapa minggu lepas aku join majlis
tahlil dan yasin di kampung, lepas itu baca tahlil dan yasin untuk saudara terdekat
yang telah pergi meninggalkan dunia dan segala isinya. Company pula buat majlis
tahlil dan yasin sempena tahun kedua kami berpindah ke Puchong.
Dalam pada itu, kubur ayah juga aku lawati bersama emak dan
dua orang adik perempuanku. Aku pinta adik upload gambar kubur ayah dalam
FBnya, sebab FB aku deactive buat sementara waktu, sibuk sekarang. Kakakku
awalnya melarang, katanya tak baik upload gambar kubur, lalu ku katakana upload
gambar dalam disko lagi berdosa. Diam dia, mungkin akur dengan kata-kataku.
Aku berborak soal kematian dengan kakak. Dalam berborak itu
kakak aku ada buat ayat.
“ Isteri A ini dah meninggal juga, dapatlah dia temankan si A
yang meninggal dulu.”
Aku membantah.
“ Bila meninggal, mana ada teman-teman dah kak. Orang Melayu
kita ni selalu cakap macam inilah, asalkan pasangan meninggal aje dapat teman
pasangan yang dah meninggal dulu dalam kubur, tahu tak bila kita mati tu kita
sorang-sorang aje dalam kubur yang gelap tu. Amalan ajelah yang dapat teman
kita.”
Aku spontan, tapi semua yang dengar pun tersenyap. Aku
sendiri tersenyap kejap. Aku tahu, hati aku masih boleh diselamatkan.
Al-fatihah buat arwah ayah dan saudara.
Gambar 1- Sedang membersihkan kubur ayah.
Gambar 2- Surah Yasin yang adik baca rupanya pemberiaan Honey dulu kepada aku. Gila syahdu, aku pun hampir lupa dia pernah bagi aku surah yasin ni.
No comments:
Post a Comment