Baru-baru ini aku ada menonton drama bersiri Bukan Bidadari
di TV3. Aku suka watak liar Inas lakonan Nad Zainal. Lakonan yang baik dan Nad
Zainal sangat cute. Lalu aku terus google synopsis cerita ini. Sinopsis
mengatakan Inas akan kahwin dan dia akan kena dera dengan suami dia, dan dia
akan belajar boxing. Ada sikit macam filem Enough lakonan Jeniffer Lopez. Aku
bukan nak buat review drama atau filem. Aku ingin ceritakan kisah masa aku di
kolej tentang keganasan rumahtangga.
Cuti semester dah start. Tapi aku masih ada paper yang belum
habis. Ex-gf aku, Priety dah lama balik kampung. Ramai lagi yang ada kat kolej,
ramai lagi yang belum habis paper.
Tengah aku study, tiba-tiba datang member bilik depan kecoh bagitahu
aku budak bilik dia hilang handphone. Masa zaman aku di kolej, handphone ini
kira barang value tinggilah, tak ramai yang pakai handphone lagi masa tu. Aku
pun tak ada handphone. Berbalik kepada budak yang hilang handphone itu aku
namakannya Sarah. Sarah ni emo gila hilang handphone dia. Menangis macam orang
kena hysteria. Tak nak makan nasi. Dia cakap susah nak hubungi keluarga sebab
handphone dah tak ada. Bukannya aku tak tahu yang si Sarah ni 24 jam bergayut
dengan boyfriend dia. Aku senyapkan sahaja malas nak masuk campur. Tapi paling
cilaka bila Sarah ni sampai tahap pengsan. Lalu aku yang dianggap gagah pada
masa itu terpaksa dokong dia masuk van ambulance. Tak tenteram aku nak study
dibuatnya. Jadi aku terpaksalah buat sesuatu.
Menyiasat, kaji dan buat andaian ala-ala CSI Miami, jadi aku
dan beberapa kawan lagi meletakkan rakan sebilik Sarah, seorang senior bernama
Mel yang jarang pulang ke bilik sebagai suspek utama. Hari hilang handphone tu Mel ada balik kejap
ambil barang. Mel ni dia dah berkahwin dengan senior kami juga, jadi dia menyewa di luar manakala bilik
hostel kolej tempat dia rest dan simpan barang sahaja. Jadi kami kena tunggu
dia balik bilik baru boleh jumpa dia.
Suatu hari Mel balik, maka budak bilik Sarah cepat-cepat
panggil aku. Bila aku masuk bilik Sarah, dah ramai tunggu aku untuk tanya Mel,
penakut betul. Nak jugak tunggu aku. Sarah pula aku tengok dalam keadaan terbaring.
Sakit sangatlah kononnya tu. Pandai berlakon betul. Lalu aku pun menghampiri
Mel.
“ Akak tahu tak handphone Sarah hilang? Akak ambik handphone
tu kan? Kenapa akak ambik? Sarah sampai sakit tahu!” Aku direct. Mel terkejut. Budak-budak lain pun terkejut
juga. Dia orang mungkin sangka aku nak
berkias-kias dulu. Dia orang silap.
“ Hah! Handphone Sarah hilang? Bila? Akak tak tahu apa-apa.”
Dia nampak gelabah.
“ Akak jangan berlakonlah. Kita orang ada bukti akak yang
ambik!” Budak lain bersuara.
“ Korang jangan main tuduh-tuduh aje, manalah akak tahu.
Akak jarang balik bilik!” Suara dia tinggi.
“ Saya memang tuduh akak! Memang tak ada orang lain dah.
Mengaku ajelah yang akak ambik. Cepat sikit mengaku. Saya dah tak sabar ni.”
Aku sengaja mengengam penumbuk.
“ Akak tak ambik, tak ambiklah. Dahlah akak nak cepat ni.”
Dia cepat-cepat keluar dari bilik. Aku ikut dia.
Entah macam mana nak dijadikan cerita. Masa aku kejar dia
dari bilik tu, tiba-tiba aje hujan turun. Dalam hati aku cakap kalau dia
sanggup redah hujan ni. Memang dia yang ambik handphone tu. Dan… Dia redah
hujan tu. Berlari-lari anak dia lari dalam hujan. Sebab apa? Sebab takut. Sebab
dia yang curi sebab tu takut. Aku berselindung bawah bumbung kolej, tengok aje
dia dari jauh lalu otak ligat memikirkan langkah seterusnya.
Bersambung…
comelnye cite die..haha
ReplyDeletelagi...
ReplyDelete