Thursday, April 12, 2012

Kawan Yang Warak

Malam tadi aku kena call seorang kawan lama. Bos aku ada nak offer dia kerja part time. Bila aku call tanya dia di mana, dia cakap dia tengah tunggu penceramah datang, dan latar belakang bunyi suara dalam telifon adalah dalam majlis ilmu. Dia cakap tak dapat nak terima offer bos sebab dia tak cuti belajar masa tu. Dia seorang penuntut pengajian tinggi di sini.

Dia tanya aku bila nak kahwin? Umur dah nak cecah 30an, dan dia offer aku berkawan dengan sepupu lelaki dia. Aku tolak dengan sopan, aku cakap sepupu dia tu mesti type yang alim. Tak sesuai dengan aku yang ‘hu ha hu ha’ ni. Dia pesan doalah dapat suami yang baik, aku sengih mengaku yang bab doa minta suami yang baik memang amat jarang aku lakukan. Selalunya dalam doa, aku akan minta ampun, minta dijauhkan perkara jahat dalam diri aku, doa untuk keluarga, doa minta diberi kekuatan hadapi hidup, doa minta rezeki banyak supaya dapat tolong orang. Oh lupa nak bagi tahu, aku namakan kawan aku ini Ramadhan.

Umur Ramadhan baru 21 tahun, orangnya tinggi dan sikit chubby. Putih orangnya, bertudung. Seingat aku, aku yang perempuan ini pun tak pernah tengok aurat Ramadhan, apatah lagi budak lelaki. Orangnya tak adalah lemah lembut atau sopan santun sangat. Aku kenal dia sebab dia pernah bekerja secara part time beberapa kali dengan bos. Dari situ kami jadi kamceng.

Ramadhan kawan yang bagus untuk bertukar-tukar fikiran terutamanya bab agama. Kadang-kadang perbualan kami sangat matang kalau nak dibandingkan dengan perbualan antara aku dengan rakan yang lebih sebaya atau rakan yang lebih berusia dari aku.

Aku bersyukur dalam kehidupan aku yang imannya turun naik dan asyik tergugat ini adanya kawan macam Ramadhan yang sudi menegur aku, walaupun Ramadhan memang no clue lansung yang aku ni pengkid ke, lesbian ke. Maklumlah bila dia tanya pasal boyfriend, aku boleh jawab yang aku ada ex-boyfriend. Dia mungkin juga melihat aku sebagai orang dewasa yang selalu berlagak cool. Bayangkan kalau dia tahu siapa aku…Aku rasa dia akan pengsan 3 hari, 3 malam. Betul ni. 

Friday, March 9, 2012

Aku Tak Handsome

Aku tak handsome. Aku pernah tanya adik perempuan aku sama ada aku ni handsome ke tidak. Dia cakap dulu aku handsome. Tapi sekarang tidak lagi. Aku masih ingat yang salah seorang adik perempuan aku pernah simpan gambar aku pakai baju melayu dan ber-fake kumis dalam wallet dia. Bila aku tanya apa tujuannya, dia cakap saje nak auta kawan-kawan dia kat asrama mengatakan itu gambar abang dia. Aku rasa perbualan diorang mesti macam ni.

“ Gambar siapa dalam wallet kau tu?”

“Ini gambar abang aku”

“Handsomenya abang kau, bagi sini aku nak tengok dekat sikit”

“Handsome ke? Cuba kau tengok betul-betul, handsome ke cantik?”

Mungkin sekarang aku dah berisi sikit. Aku dah tak dress up macam dulu. Malah dah setahun rasanya aku tak beli baju baru. Dulu aku selalu keji pengkid yang hodoh dan gemuk. Sekarang aku pulak hodoh. Karma.

Di Office aku pakai tudung. Selain menutup aurat, tudung dapat mengelakkan banyak soalan dan banyak nasihat. Sedangkan aku yang pakai tudung ini pun pernah ditegur ketika sedang beli burger oleh 2 orang budak kecik adik beradik dengan soalan

“Kakak ni lelaki ke perempuan?”

Bayangkanlah apa akan jadi jika aku tidak memakai tudung. Aku pasti soalan seperti

“Jo. Kau ni pengkid ya?”

“Jo kau lesbian ya?”

 “Jo kau masuk toilet lelaki ke perempuan?”

 “Jo, kau tak pergi sembahyang Jumaat ke?” “Jo, kau tak ada baju kurung ke?”

 “Jo kau pun period ke?”

 “Jo kau pakai seluar dalam lelaki ke?” akan keluar.

 Tapi kalau luar waktu office  biasanya aku tak pakai tudung. Memang berdosa kat situ.

Aku dah tak main sport macam dulu, malah cara jalan aku pun dah ok sikit. Dah kurang kasar. Disebabkan aku dah berisi, maka tetek pun dah naik sikit. Tak la macam dulu. Cinonet aje. Kalau dulu, bila aku buka baju depan mak, mak mesti cakap, badan aku macam anak teruna. Aku tak pernah pakai bengkung pun. Bila aku tengok kawan-kawan pengkid yang balut, macam seksa aje. Aku aktif sport masa sekolah. Bila dah kerja pulak, kerja budak lelaki semua aku buat. Angkat berat, bukak machine, sebab tu aku ada muscle yang cute dekat lengan ni. Yang dulunya ex-gf aku selalu aje peluk-peluk.

Anis dan Arin si pasangan closet lesbian pernah tanya aku, “Tak nak cari girlfriend ke?” Aku hanya mampu jawab aku tak dapat nak mengelak kalau jatuh cinta, tak kiralah sama ada cinta dengan lelaki atau perempuan. Tapi kalau dengan perempuan lagi aku harap tak lah. Sakit wei.

Sebenarnya sangat sunyi single. Tak ada motivasi nak melawa pun bila single. Jadi  aku tahu sebab apa aku dah tak handsome. Sebab dah 5 tahun aku single. Aku jadi malas nak lawa-lawa. Lagipun aku bukan keluar nak pergi ngorat sesiapa. Aku keluar beli food, beli buku, beli DVD, dan jalan tunduk aje.

Aku rasa nak makeover…patut ke? Kalau ada orang suka aku yang handsome ni macam mana? Nak mampus? Tak serik? Tapi tak akan nak hodoh aje 24 jam. Dress up perempuan? Aku pernah try…Tapi aku tak suka…Banyak kali juga aku try. Setiap kali aku try ada aje lelaki gasang yang cuba siul-siul aku. Banyak kali juga aku termaki orang akibat siulan itu. Kena raba pun pernah aje. Pernah juga aku di sound oleh isteri kawan lelaki aku bila aku dress up ayu, aku nak goda suami dia. Sedangkan aku bukan lawa mana pun. Tak bernafsu aku kat suami kau.

Dalam dilemma betul.

Thursday, February 2, 2012

Bertiga Lebih Baik?

Malas sebenarnya nak update blog. Tapi banyak sangat desakan dari kakak aku yang nak tahu apa seterusnya berlaku bila aku jumpa partner roommate aku, jadi terus ku buka laptop dan mengingati kembali apa yang berlaku di hujung minggu durjana itu. Cewah!

Petang itu aku balik kerja lewat sikit. Sahaja kulewatkan sebab nak guna free internet kat office. Survey pasal buku yang aku nak beli sama ada dah ada dipasaran atau tidak. Jadi apabila balik, Anis dah ada di rumah dengan partner dia yang dalam gambar kelihatan macam Frida Kahlo, kunamakan sahaja dia Arin. Fizikal Arin tak adalah tinggi sangat. Tak setinggi Bond. Tapi tinggi dari aku. Berisi sikit dari dalam gambar. Bab kening memang macam Frida Kahlo, tapi muka dia tak adalah macam Frida Kahlo sangat.

Aku malas nak borak-borak sangat dengan diorang. Walaupun si Anis nampak sangat excited nak biar aku get closed dengan Arin. Aku sengaja lepak kat bilik. Malas nak kacau line. Bila diorang lepak kat bilik baru aku keluar. Lama diorang lepak kat bilik. Lantaklah diorang nak buat apa. Layan TV lagi syok.

Esoknya aku keluar awal, basuh kereta dan pergi kedai buku. Buku yang aku nak ada. Sambar satu. Masa nak order makan ada girl tegur aku pasal buku yang aku baru beli yang aku baca sambil beratur. Dia cakap writer buku tu satu kelas dengan dia masa sekolah. Jadi kita orang borak dan makan sama. Mati-mati dia ingat aku lagi muda dari dia, selalu perkara ni jadi. Muka dan cara pemakaian aku agaknya. Dia cakap sebenarnya dia tak pernah borak rancak macam ni dengan orang, terutama orang yang baru dia kenal. Kalau ikutkan perangai dulu aku, memang girl ni dah lama aku ayat. Lagipun girl ni bukan taste aku. Cuma kita orang bertukar-tukar alamat facebook. Dapat kawan baru.

Berbalik pada cerita Anis dan Arin. 2 hari tu diorang berdua memang lebih banyak lepak kat dalam bilik. Faham-faham sendirilah apa yang jadi. Aku pulak layan tv sorang-sorang. Tengah-tengah aku melayan tu, Anis keluar dari bilik dan duduk sebelah aku borak-borak merepek, tak lama tu dia minta diri nak masuk dalam bilik lagi. Sempat pulak dia tanya aku dengan selamba gatalnya

“Jo nak join tak?”

Nak terbatuk aku masa tu. Dah tentulah tak. Aku rasa Anis berani buat lawak tu sebab dia percaya aku mesti tak nak join punya. Kalau dia ada niat lain tu aku tak tahulah pulak. Tapi apa-apapun gurauan threesome tu memang WTF.

Bila Arin dah balik. Anis sibuk tanya pendapat aku pasal Arin. Aku tak tahu nak cakap apa. Bukannya aku lepak sangat dengan diorang. Aku cakap setakat yang aku tengok dia ok ajelah. Lepas tu Anis dapat call dari Arin cakap dia dah sampai kat rumah dia di negeri P. Pastu sempat pulak Anis cakap Arin pesan kat aku tengok-tengokan si Anis. Kau ingat Anis tu budak kecik ke aku nak tengokan. Sengeh aku suruh Anis cakap pada Arin.

“suruh tengok je ke?”

Sambil aku buat ketawa jahat. Tak nak pulak Anis cakap macam tu pada Arin. Takut jelouslah tu.

Don’t worrylah Arin. Anis tu aku anggap membe aje. Banyak lagi perkara lain aku boleh buat. Bersedekah ke, mengaji ke, lagi syok. Bila aku tengok, hubungan diorang memang stabil. Yang tak stabil sebab diorang long distance aje. Dua-dua setia. Ada kerja bagus. Kalau nak buat bini memang bagus sangat.

Aku harap satu hari diorang jumpalah orang yang diorang rasa boleh kahwin. Kalau tidak, sampai bila nak macam ni kan…

Friday, January 6, 2012

Same Sex in The New City

                                                                    

Dengan rasminya aku jadi penduduk Bandar P. Dengan rasminya aku tinggal bersama dengan closet lesbian. Secara keseluruhannya semuanya berjalan lancar. Anis ok aje. Aku biasalah cuba membuka cerita sebalik closet tu . Jadi seperti biasa untuk tahu, kita kena bagi tahu apa yang kita tahu dulu. Jadi aku cerita serba sedikit latar belakang aku sebagai not really straight person tu.

Maka dia pun ceritalah pasal dia dan pasangan dia. Agak dahsyat juga percintaan long distance diorang yang menjadi rahsia itu. Entah macam mana kita orang terborak pasal hal dalam kelambu, startnya bila aku tanya dia pernah tengok movie Imagine Me and You. Dia cakap tak pernah, lepas tu dia keluarkan collection DVD The L World. Mak aih! Complete season. Terkesima sekejap aku.

Borak punya borak, beberapa hari lepas tu masa aku melepak makan kat luar dengan dia sambil borak pasal life yang kelabu ni, dia tunjuk sesuatu pada handphone dia, aku ingat dia nak tunjuk sms dari partner dia, rupanya dia type perkataan DILDO. Rasanya nak tersembur jugak milo ais yang aku sedut. Mujurlah aku dengan cool kawal keadaan.

Selamba dia tanya aku pernah guna tak? Senyum aku jawab tak pernah, yang ini aku jujur.

Lepas tu aku cakap tapi pernah lah pergi-pergi survey tengok. Gila aku menipu. Manalah pernah aku terfikir nak sumbat benda tu kat dalam vagina aku atau ex-girlfriends. Rabak la.

Aku tanya kat dia mana dia beli barang itu, jawapnya online la. Aku rasa kalau nak beli pistol online pun dapat, apatah lagi benda-benda syok macam ni. Dia tanya mana aku survey sebab dia nak beli yang baru, shit! Tadi aku menipu, apa aku nak jawab, entah macam mana aku teringat sex shop kat Mid Valley yang pernah keluar paper tu. Aku jawablah kat situ. Pandai otak aku berfikir. Kalau nak bicara hal dalam kain memang tak habis. Jadi pandai-pandailah korang fikir apa lagi yang aku borak dengan Anis. Memang tak senonoh.

Balik tu aku solat lama-lama atas sejadah. Tak larat rasanya nak serap cerita-cerita merepek.

P/S : Hujung minggu ini partner Anis datang Bandar P, aku dah tengok gambar partner dia. Muka macam Frida Kahlo, terutamanya kening dia. OMG.

Tuesday, December 27, 2011

Garisan Antara Jo dan Bond

Beberapa mingu lepas besfriend aku si Bond sms bagitahu yang dia break-up dengan girlfriend baru dia. Tak sampai beberapa minggu aku diperkenalkan pada minah Kelantan tu, diorang putus pulak. Kecewa betul Bond. Siap forward sms putus minah tu pada aku. Aku cuma mampu suruh dia sabar banyak-banyak dan cakap masa akan ubat segalanya dan jangan fikir sangat. Beberapa hari lepas itu aku tanya khabar Bond semula, dan betul seperti yang aku sangka Bond dah mula contact semula ex-girlfriend dia yang lama dulu. Alasannya kalau dia tak buat macam itu dia akan asyik terfikir minah Kelantan tu dan boleh buat dia jadi sewel.

Dunia pengkid ni penuh dengan drama. Sebijik macam dalam cerita L World tu, malah lebih teruk lagi. Aku tak tahu berapa kali Bond patah hati, sama ada dia ditinggalkan atau dia tinggalkan girl dia. Bond pernah ada affair dengan awek kepada seorang pengkid otai. Awek yang dia tengah ngorat kena ngorat dengan pengkid lain. Pengkid lain rampas awek dia. Awek dia kena sambar dengan lelaki tulen. Macam-macam hal.

Bond, muka dia macam cina. Kulit putih. Tinggi. Rambut selalu dishave hampir botak. Breast memang tak nampak lansung. Flat. Bergaya orangnya. Manager sebuah café kat KL. Agak pendiam dan nampak ada karisma. Anak sedara aku sendiri pernah tanya aku sama ada Bond tu lelaki ke perempuan. Adik beradik dia 4 orang. Semua perempuan. Kakak sulung dia dah ada anak. Dia dan adik-adik yang lain pulak terjebak dengan dunia pengkid. Bagi aku dia ni tahap susah nak diselamatkan dah. Tegar.

Ramai orang terutamanya lelaki menyampah dengan pengkid sebab pengkid ni kononnya awek diaorang cun habis. Bond tak termasuk kategori macam tu. Bagi aku girls dia kebanyakannya tak adalah good looking sangat. Biasa sahaja. Taste Bond selalunya bukan girl yang bertudung, bila aku tanya kenapa, dia akan jawab, dia segan nak couple dengan girl bertudung sebab nanti orang cakap, girl tu dah la bertudung tapi couple dengan pengkid pula. Pandai jugak si Bond ni berfikiran jauh.

Aku kawan dengan Bond dah lama. Sejak dari sekolah menengah. First love aku dan first love dia adik beradik, kiranya aku couple dengan kakak dan dia couple dengan adik ( Aku memang rosak masa tu) Masa itu aku lagi teruk dari Bond. Pantang nampak girl cantik aje aku nak try. Ramai jugaklah yang sangkut. Emak Bond tak berapa suka aku berkawan dengan Bond. Mungkin mak dia rasa aku beri pengaruh tak elok pada Bond. Sedikit sebanyak mungkin ya salah aku, tapi Bond memang dah tomboy masa aku kenal dia. Bila kami jadi kawan, kami jadi lebih explore minat pada girl tu. Emak dia ok sikit dengan aku bila aku jadi best student SPM tahun kami.

Selalu jugak aku cakap pada Bond kalau alang-alang dah jadi pengkid tegar carilah girl cun habis atau yang kaya yang boleh tanggung dia. Mak janda banyak duit yang kesepian ke. Masa tu dia cakap kenapa aku tak nak nasihatkan dia berubah. Aku cakap pada dia, dah jenuh dah aku suruh, tapi tak ada hasilnya. Makin teruk adalah. Aku nak cerita banyak pun tak boleh, aku sendiripun tengah kawal hati aku pada perempuan.

Bond baik. Hati dia baik. Aku tak suka sangat dengan beberapa ex-girlfriends dia yang lama sebab dia orang ada yang minum, clubbing dan smoking. Ex-girls dia ramai yang bisexual, sapu habis. Itulah bezanya aku dan Bond.

Aku selalu akan suka pada girls bertudung, ada basic agama yang bagus, pandai. Itu tak menjadikan aku lebih baik pun dari Bond, sebab bila dah jatuh cinta menjadikan yang baik itu teruk. Sekurang-kurangnya Bond rosak bersama orang yang sedia rosak.

Harapnya adalah harapan untuk aku dan Bond, jadi muslimah yang Allah sayang tu. Sama-sama di syurga nanti. Hati…tolonglah jadi baik.

Di Sebalik Pintu

Semua tahu yang aku akan berpindah ke Bandar P. Yang tidak diketahui ialah beberapa bulan lepas aku potong rambut. Ya, rambut yang dulu aku simpan panjang supaya aku lebih kelihatan girl, walau hakikat sebenarnya aku memang kasar. Girl yang kasar. Aku potong rambut sebab aku jealous dengan rambut pendek kakak aku yang sangat smart dengan muka dia. Lagipun aku rasa aku agak selekeh dengan rambut panjang itu. Potongan rambut aku tak adalah telalu pendek, kurang sikit dari bahu aku. Jadi dengan perwatakan aku yang sedia kasar ini buat aku memang something bila orang tengok. Something yang bila orang dah tengok, mesti nak tengok dua kali.( aku tak handsome macam Kate Moening atau mana-mana girl yang memang handsome)

Jadi dengan rambut yang tak berapa reti nak disikat, cap senget ke tepi dan seluar yang aku suka sangat sinsing sebelah panjang sebelah pendek ini aku pusing satu Bandar P untuk cari bilik sewa. Cari punya cari aku dapat satu rumah kat Bandar P. Ada satu girl nak cari rakan serumah. Aku pergilah ke rumah girl ini seperti yang dijanjikan. Dia muda dari aku ( aku dah makin tua, setiap kali aku jumpa orang mesti lagi muda dari aku) Tanpa fikir banyak aku setuju dengan sewa, deposit. Maka aku cop bilik itu.

Yang menariknya malam itu, bakal roommate aku, aku namakanya Anis sms aku. Dia tanya aku sama ada aku straight ke senget? Aku agak terkejut dengan sms tu. Obvious sangat ke menunjukan aku ni gay? Mungkinlah obvious, tapi kenapa dia berani nak tanya itu agak mengejutkan aku. Andaian aku selalunya orang yang ada pengalaman yang sama aje akan berani keluarkan soalan macam itu.

Jadi aku sms dia semula, aku cakaplah dulu aku memang nakal, tapi dalam proses berubah. Dia balas, takpe dia ada ramai kawan-kawan yang senget jadi dia tak kisah kalau aku senget (aku tak berapa suka perkataan senget ni, aku lebih suka kalau dia guna perkataan gay atau lesbian kan senang).

Aku tanya lagi kenapa dia berani tanya soalan macam tu pada aku. Dia balas, dengan cara sembang aku yang sempoi dan tak kisah tu dia rasa dia boleh tanya aku. Aku dapat bayangkan yang sejak dari siang dia asyik teringat je nak tanya aku. Yang menariknya dia sendiri buat pengakuan yang dia senget tapi tetutup dan dia ada couple rahsia yang setia dengan dia dah empat tahun tapi diaorang long distance relationship. Yang itu aku tak jangka. Dia nampak normal.

Aku malas nak tanya banyak sebab ini semua menakutkan aku. Macam aku kembali ke dunia silam aku. Tapi apa patut  aku buat, cancelkan duduk rumah itu sebab dia gay? Dah terlambat. Aku dah pun cop rumah tu, tak ada alasan. Jadi aku kena hadapi perkara ini. Mungkin ada perkara yang aku boleh belajar dari dia dan ada perkara yang boleh dia belajar dari aku. Banyak cerita lagi yang tak tersingkap rasanya. Macammana life closet lesbian kat Malaysia ni. Mungkin boleh dijadikan teladan.

Serius aku cakap, jadi gay, lesbian, pengkid atau pondan tu hurt dia lebih banyak dari menggembirakan. Hati-hati Jo, mungkin kau boleh terjebak semula.

Thursday, December 15, 2011

New Chapter

Dah lama aku tak jumpa Nunu. Dia sibuk dengan kerja baru. Gaji lumayan. Malah gaji dia lagi tinggi dari gaji aku. Budak pandai, gaji memang bagus. Sebenarnya bagus untuk kami berdua kalau tak berjumpa. Aku tak adalah rasa macam-macam bila dengan dia. Dapat mengelak dari rasa pelik dalam perut. Dia pulak tak adalah dapat syak yang aku suka pada dia. Aku harap masa dapat ubat perasaan ni. Thanks Nunu jadi kawan yang baik.

Aku nak pindah rumah. Kawan-kawan serumah dengan aku sekarang ini dah mula kahwin dan bertunang. Jadi tahun depan mereka semua akan tinggal dengan suami masing-masing. Aku tak mahulah tinggal sorang-sorang terkontang kanting di sini. Sebelum dia orang tinggalkan aku lebih baik aku tinggalkan dia orang dulu. Aku akan pindah ke daerah P.

Aku dah dapat menyewa sebuah bilik di daerah P. Bakal housemate aku cakap dia hanya cari seorang rakan penyewa sahaja . Jadinya aku akan tinggal berdua sahaja dengan dia. Ada cerita menarik tentang bakal housemate aku ni. Dia closet lesbian. Macam mana aku tahu? Aha! Itu yang menariknya. Satu lagi chapter baru dalam hidup aku akan bermula. Macam manalah not very straight person macam aku akan tinggal dengan closet lesbian macam dia. Mampu ke aku handle semua perkara yang jadi ini dalam hidup aku. Yang pasti life aku tak pernah tak menarik. Aku tak tahu plan Tuhan pada aku. Nanti aku cerita macam mana aku tahu dia closet lesbian.

Followers