Tuesday, December 23, 2014

Tak Romantiklah

Entah apa mimpi, aku buka saluran TV. Jarang benda ini berlaku. Hanya bila ada perlawanan bola sepak Malaysia atau layan cerita Tamil/Hindustan. Aku memang poyo macam tu.

Drama Arianna Rose sedang diulang tayang lagi. Aku bukan menolak terus drama Arianna Rose ini. Cuma sedikit sakit hati mengenangkan asas ceritanya di mana si mangsa jatuh cinta dengan perogolnya. Itu bikin rosak hampir seluruh mood aku. Sekali lagi, aku memang poyo macam itu.

Seperti yang semua tahu, drama Arianna Rose adalah adaptasi dari novel ‘ The Wedding Breaker’ karya Evelyn Rose. Aku ada sikit sejarah dengan novel ini.

Imbas kembali.

Di sebuah karnival buku, sedang aku berjalan-jalan lalu bertanya secara rawak kepada beberapa pengunjung lain satu soalan yang sama.

“Novel apa ya yang best sekarang?”

Lima dari sepuluh orang menyuruh aku baca ‘ The Wedding Breaker’.

Tiga pula mencadangkan mana-mana karya Ramlee Awang Murshid.

Hampir aku membeli novel ini tetapi dalam poket tinggal duit syiling dan duit makan sahaja.

Imbas kembali tamat.

Baru-baru ini aku berborak dalam kereta dengan Fifi. Housemate merangkap graduan dalam bidang Komunikasi Massa tentang hal di mana, adakah golongan penggiat seni kreatif kekurangan idea. Kenapa nak buat cerita kena rogol, kahwin lalu bercinta. Rogol sepatutnya sesuatu yang mengerikan bagi wanita. Banyak pula muncul karya pasal rogol yang si mangsa akhirnya suka pada perogol.

Fifi tergelak. Katanya bukannya kita boleh nak buat tulis romance macam mat saleh. Gila ke Jo. Kita ni kalau nak romance aje kena lepas kahwin. Lalu dia orang tulis cerita kahwin terpaksa bla…bla…Kena rogol.

“Tapi boleh kan sebenarnya… Tulis cerita romantik macam lain?” Aku mendengus.

“ Reader suka. Laku pulak tu. Alah banyak aje cerita lain yang kau boleh baca kalau kau tak suka cerita ini. ” Fifi gelak lagi. Aku angguk setuju. Pilihan masing-masing.

Balik rumah aku fikir dan fikir. Ada ke aku sendiri pernah buat cerita pasal rogol dalam mana-mana karya aku. Macam tak ada. Tapi… Cis! Oh tidak! Ada rupanya. Aku gelak besar. Hampeh kau Jo! Aku menyumpah diri sendiri. Sedapnya tadi duk kritik karya orang.

Masa itu aku tingkatan tiga tahun 1997. Untuk persembahan akhir tahun di asrama perempuan. Dorm kami cabut undi lalu kena buat drama. Akulah penulis skrip dan pengarah. Masa itu isu bohsia memang panas. Drama yang aku buat adalah dark comedy tentang dua orang budak perempuan liar kaki ponteng sekolah dan suka ikut jantan ke sana ke mari. Akhirnya salah seorang kena rogol.

Aku turut jadi pelakon tambahan, jadi perogol pulak tu. Siap lukis jambang. Siap ada adegan buka tali pinggang seluar. Muhahahaha!

Aku gelak, lalu tepuk-tepuk dahi sendiri. Kenapalah Jo 15 tahun tergamak buat cerita macam itu. Jo…Jo..

Apapun, bagi aku rogol tidak romantik. Kalau nak tulis pasal rogol biarlah bertempat..

PS: Entah kenapa aku rasa karya aku lepas ini ada bab rogol. Cis!


Bonus Gambar: Sedang baca 'The Wedding Breaker' yang dipinjam.

6 comments:

  1. mcm tu penulis kita yg takde visi nak mencerdikkan masyarakat, menulis sekadar nak kayakan diri sendiri. patut la asyik cinta rogol saja.

    ReplyDelete
  2. Antara perkara tak patut yang sepatutnya di sedari pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course, its always easier to pass the buck of responsibility to someone else. penulis pun cari mkn kan...especially yg picisan.

      Delete
  3. masih tak faham macam mana manusia boleh hadam cerita-cerita macam ni. Haram jadah...kalau tak rogol, mesti kena tangkap basah. Tak romantik langsung, Keji adalah..hahaha

    ReplyDelete

Followers