Selamat tahun baru 2015. Ya kepada kamu.
Tahun 2014 boleh dikatakan antara tahun yang banyak menduga.
Bukan aku sahaja, malah semua orang pun. Hebat macam mana pun rancangan kita,
lagi hebat rancangan Allah Yang Maha Esa.
Membuka tahun 2015, aku ingin bersyukur atas beberapa
perkara :
1-Bersyukur sebab aku tak ada awek.
2-Bersyukur sebab awek yang aku crush tak crush aku semula.
3-Bersyukur dengan famili.
4-Bersyukur housemates aku kuat makan dan straight.
5-Bersyukur di tempat kerja sekarang aku di apit oleh jejaka-jejaka
kacak.
Perkara-perkara ini sikit sebanyak buat aku rasa lega.
Banyak perkara lagi yang aku syukurkan. Tapi biarlah antara
aku, doaku dan Tuhan.
Aku berharap semoga 2015 ini dapat mematangkan dan
menjadikan aku lebih bijak dalam menghadapi apa sahaja cabaran.
Seperti biasa dalam kepala ada banyak projek yang hendak dilaksanakan. Aku pun tak tahulah apa lagi
yang diri aku nak buat ni. Aku kerja sepenuh masa. Aku dah ada satu blog, dua
tumblr, dua twitter, satu instagram dan mungkin akan tambah lagi lepas ini.
Sibuk tapi tak peduli, tak berhenti.
Nasihat dari aku untuk aku sendiri dan kamu juga tahun baru ini selain lintas jalan jangan lupa pandang kiri kanan ialah sila dengar AZAN, fahami dan hayati.
Nasihat dari aku untuk aku sendiri dan kamu juga tahun baru ini selain lintas jalan jangan lupa pandang kiri kanan ialah sila dengar AZAN, fahami dan hayati.
selamat tahun bru jo... :)
ReplyDeleteSelamat tahun baru mira!
Delete