Siang Ahad itu Jol makin cergas, Cuma bacaan darahnya belum mengizinkan dia balik. Berkepit aje
dengan aku ke sana kemari. Kami pergi tengok TV, jengok taman permainan dan
sempat juga aku lakar kartun empat mukasurat tentang dia dan aku di hospital
bagi dia baca. Gembira sungguh budak ini. Cuma aku tinggal dia kejap aje tengah
hari itu ambil sup ketam mak dia masak.
Dalam pukul empat, Doktor H, seorang doktor wanita muda, peramah, manis dan bertudung membawa Jol ke bilik rawatan untuk ambil sampel
darah. Aku mengekori sambil peluk bahu Jol. Macam kawan baik yang sebaya aje gayanya.
“ Jol, tanyalah doktor apa yang Jol nak tanya tadi.” Aku
bersuara sebaik sahaja pintu bilik rawatan di tutup.
“ Abang nak tanya apa ni?” Soal Doktor H merujuk pada Jol.
Jol pulak tersengih-sengih pasal dia tak tau apa-apa. Aku
yang memandai sebenarnya.
“ Dia nak tahu, dah berapa lama doktor jadi doktor.” Aku memandai lagi sekali.
“ Dah setahun dah. Abang baring atas katil ni.” Doktor H
memberitahu sambil buka tapak jarum lama di tangan Jol.
“ Best tak doktor jadi doktor?” Makin rancak soalan aku.
“Best? Hahaha!” Doktor H ketawa buat-buat.
“ Hmmm…Doktor ketawa sarkastik macam tu pulak. Kena jawab
juga ni, jawab untuk dia. Walau macammana pun kena jawab bukan dengan kita sama
kita cara orang dewasa.” Aku senyum
angkat kening dekat Doktor H.
“ Best, tapi penat.” Dia jawab jujur sambil pandang muka
Jol. Tangannya pula mula cucuk jarum. Sekali aje terus dapat jumlah darah yang
dia hendak. Muka Jol berkerut tahan sakit.
“ Mak aih! Sekali aje terus dapat. Doktor lain cucuk anak
sedara saya ni beberapa kali baru dapat darah dia.” Aku berkata kagum. Memang itupun hakikatnya.
“Iye ke? Doktor lain pun sama ajelah. Awak ni mak cik dia
rupanya. Ingat mama dia. Patutlah nampak muda aje.” Dia senyum masih jalankan
tugas dia memasukkan sampel darah.
Aik, Doktor H ni perhati aku ke? Perasan sendiri.
“ Habis tu mak cik dia ni umur berapa?” Doktor H tanya
pulak.
“ Doktor tengok saya ni rasanya umur berapa?” Sahaja aje aku
suruh dia teka.
“ Dua puluh lap… Err. Sebaya saya kot?” Dia cuba meneka.
“ Bukan sebaya doktor. Umur saya lebih mak cik dari apa yang
doktor cuba teka.” Aku gelak. Doktor H pun gelak sama.
“ Doktor duduk mana?” Aku pulak cucuk jarum aku. Ingat
doktor aje ada jarum.
“ Putrajaya.” Dia beritahu.
“ Putrajaya? Duduk dengan siapa pulak kat sana? Bukan susah
ke nak duduk Putrajaya.
“ Family memang duduk Putrajaya.” Dia menerangkan.
“ Jadi, selalulah pergi Alamanda tengok movie.” Kannnn…Dah
jalan jarum.
“ Jarang sangat. Mana saya ada masa, tapi kawan-kawan
beritahu cerita baru keluar. Hunger Games tu best. Macam nak pergi tengok aje.”
Dia tekap tapak jarum di tangan Jol yang sedikit berdarah. Darah kena sikit
pada seluar dia. Aku pula ganti tekap. Dia basuh seluar dia dekat sinki.
“Jom tengok dengan saya nak tak? Saya duduk kat Bandar P
dekat aje dengan Putrajaya tu. Lalu jalan belakang.” Jeng! Jeng! Jeng! Selamba
aje aku ajak Doktor H keluar depan anak sedara aku yang tak faham sepatah haram.
Doktor H gelak lagi. Iyelah muka aku pun bukan serius sangat.
“ Ok dah settle. Nanti kalau result darah dah keluar dan OK,
cepat boleh balik rumah ya abang.” Doktor H senyum pada kami. Aku dan
Jol sibuk ber ‘high five’.
Selain itu ada juga soalan lain aku tanya pada Doktor H.
Sekadar pengetahuan am mengenai hospital.
Tak sampai dua jam selepas itu, keputusan darah dah dapat, Jol akhirnya
boleh keluar. Teruja budak tu sampai dia sendiri kemas katil dan barang-barang.
Kami ucap terima kasih dan selamat tinggal kepada ibu-ibu di
katil lain, jururawat dan doktor-doktor bertugas.
“ Terima kasih Doktor H, jumpa lagi nanti.” Aku berlalu laju
sambil melambai Doktor H yang sedang kunyah kudapan di meja. Dengan mulut yang penuh dia cuba senyum.
“ Tak nak jumpa doktor lagi Mak Jang. Tak nak sakit dah.”
Jol menyampuk aku.
Aku gelak aje. Manalah Jol faham apa. Sama dengan Doktor H yang tak faham apa. Sempat
juga aku toleh belakang dan tengok Doktor H tengah panjang leher intai kami jalan pulang di sebalik komputer.
PS: Salah seorang ibu bertanya aku kerja apa. Aku jawablah buat
grafik. Kata si ibu dia mati-mati ingatkan aku kerja askar. Aku pakai cermin mata. Aku pendek. Mungkin sebab aku jalan macam robot itu agaknya.
Amboi ! Sempat lagi cucuk jarum . Haha >.<
ReplyDeleteHaha
ReplyDeleteBerani nye jo
aku ingat cucuk jarum untuk ambik darah..
ReplyDeleterupanya cucuk jarum ambik hati doktor.. hahahah... salute! XD