Adakah kamu jenis yang boleh borak dengan orang yang kamu
tak kenal? Bincang topik itu dan ini. Ya. Aku spesis itu.
Lamaaaaa dulu, Fifi kenalkan aku dengan satu website yang
kita boleh chat secara rawak dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia yang juga
menggunakan website itu. Pernah dengar
OMEGLE? Apa? Dah lapuk? Ya, memang aku seorang aje baru tahu pasal omegle ni
masa itu. Sedangkan dah bertahun-tahun orang lain guna.
Ada dua pilihan dalam Omegle ni. Sama ada nak text sahaja
atau kau boleh video dan text.
Satu hari itu aku melepak di rumah Kak Jen. Aku ajak Kak Jen
main omegle ni. Kita orang guna video. Kebanyakkan orang yang kami jumpa adalah
dari India. Jadi topik kami borak dah tentu pasal cerita Hindustan atau Tamil.
Layan jugaklah walaupun masing-masing bukannya tahu bahasa mat saleh sangat. Sempat
juga kami promosi Malaysia kat dia orang.
Malam semakin malam. Kak Jen dah tertidur di atas sofa. Mata
aku makin segar.
Muncul pula di screen laptop seorang anak gadis mat saleh
yang masih muda. Andai jumpa situasi ini, aku selalunya skip ke video chat
seterusnya. Aku tahu kebiasaannya, pengguna sebenar adalah lelaki hidung belang
yang terdesak.
Tapi entah macam mana, mungkin sebab aku naik geram. Aku meneruskan
video chat itu. Chat serba sedikit, pengguna sebenar mula menampakkan perangai
hidung belangnya. Dia minta aku buka baju. Aku kata tidak. Dia cakap dia akan
buka baju dulu. Lalu dia tayangkan video gadis tadi buka baju pulak. Aku ugut
nak tamatkan chat kalau dia tak berhenti. Jadi dia kembalikan gambar gadis tadi
macam biasa.
Kami sambung chat lagi. Aku cakap aku tahu yang dia bukan
gadis itu. Dia menafikan. Pelahan-lahan aku pujuk dia supaya tunjuk rupa dia yang
sebenar. Degil lelaki ini. Tak habis-habis nak suruh aku buka baju. Kak Jen
atas sofa di belakang kadang-kadang terjaga sambil aku tepuk-tepuk suruh tidur
semula.
Lama juga aku nak pujuk dia ni.
Tapi akhirnya dia mengalah juga. Dia tutup video gadis
tersebut dan tunjuk rupa dia. Lelaki mat saleh rupanya. Kami berbalas lambaian.
Dia berambut botak. Muka boleh tahan kacak. Mewah juga suasana bilik dia. Di
belakang dia ada katil dan nampak ada seorang awek tengah tidur lena atas katil
itu.
Aku tanya siapa awek tu. Dia beritahu aku, itulah girlfriend
dia. Aku tanya dia lagi, girlfriend dia tak marah ke dia video chat benda-benda
tak senonoh macam ini. Katanya, girlfriend dia pun sama. Lepas itu bersungguh-sungguh
dia menawarkan aku video seks dia dengan girlfriend dia. Lagi sekali aku
beritahu aku memang tak nak.
Dia hairan dengan aku sebab selalunya kalau dia tayang video
gadis seperti tadi pun orang dah gembira sakan. Inikan lagi dia nak bagi video
seks percuma aje.
Kami teruskan chat. Sambil aku berikan nasihat-nasihat apa
yang patut. Aku tahu dia bukannya nak pakai pun nasihat aku. Aku cerita serba sedikit
pasal Islam pada dia. Terkejut dia bila aku beritahu yang aku muslim. Seperti
biasa memang ramai mat saleh yang jahil pasal Islam ini dan anggap orang Islam tu pengganas.
Mata aku makin mengantuk. Kami menamatkan chat entah pukul
berapa. Dia sibuk mahukan email aku. Jangan harap aku nak bagi. Bukannya aku
tak tahu yang dia memang nak sangat hantar email video seks dia tu.
Sekian.
wow,haha. aku layan jugak omegle, cuma bila quota broadband tak habis lagi. haha, bila layan video omegle, cepat la habis quota. tak nak membazir, dah bayar tiap-tiap bulan kan.
ReplyDelete