Hari itu aku ada chat dengan Blogger DalamGobok. Menyatakan
ketidakpuasan hati aku di atas penutupan blog dia. Sambil itu dia merendah diri
dengan mengatakan blog dia sekadar blog yang hilang arah. Blog picisan. Grrr.
Kami chat tak lama. Dia sibuk dengan tugas-tugas dia.
Aku akur dengan alasan peribadi dia sambil mengucapkan
selamat maju jaya dan semoga memperolehi kejayaan di masa-masa akan datang. Dia
juga berjanji pada aku yang dia akan terus menulis walaupun untuk simpanan
sendiri.
Lagi satu orang yang aku betul marah sebab tidak menulis
adalah Honey. Aku rindu tulisan dia yang bagi aku cukup halus, menusuk kalbu, rumit
dan penuh ketelitian dalam setiap penyampaian bahasa yang dia gunakan. Wah!
Kalau Honey dengar ni…Hahaha.
Awal tahun lepas Honey ada telifon dan emel aku meminta
serba sedikit pendapat pasal menulis. Padahal aku yang sepatutnya minta nasihat
dia. Aku pun memberi tips serba sedikit yang aku tahu. Katanya lagi, nanti apabila
dia dah mula menulis sesuatu dia akan hubungi aku lagi. Dia akhiri ayat emel
dia dengan kata.
“ Bila tune dah lari, masih sedapkah aku menyanyi?”
Ah. Honey. Walau sekadar emel. Bahasa kamu masih boleh buat
aku berdebar.
Sekarang sudah nak masuk 2015. Senyap sunyi tiada berita.
Adakah Honey sedang menulis???
Sedih sebenarnya bila manusia-manusia kreatif macam ini
tidak menghasilkan sesuatu. Apa alasannya pun aku tidak tahu. Mungkin makin selesa
dengan keadaan sekarang lalu memendam potensi diri itu entah di ceruk mana.
Mungkin tidak punya masa, sibuk dengan tanggungjawab lain. Mungkin juga MALAS.
Paling ciss! Aku sendiri lebih kurang sama tabiatnya. Memanglah aku ada
tulis. Tulis senarai barang dapur. Tulis blog dengan main-main. Ada juga aku tulis
novel-novel remaja secara kolobrasi yang itu pun dua tahun lepas, projek
percuma sahaja. Di atas nama aku sendiri satu habuk pun tak ada. Terasa
ruginya.
Bila jarang menulis ini, secara automatik otak menulis aku
tersekat berkarat. Sama juga bila aku jarang melukis. Lukisan aku makin corot.
Jadi aku mahu untuk terus tulis, terus lukis dan terus
cerita.
Kirim salam dgn dalam gobok ya. Rindu dgn blog dia terutama cerpen2nya. Dulu kalau stress buat kerja buka blog dan bc cerpen dia. Sekarang dah xde lg. kalau tau dia nak tutup blog, mmg copy n save semua cerpen dia. Hehe. Dan pesan, please la bukak blog balik. The best cerpenget ever kot..
ReplyDeletebetul2! kirim salam dekat DalamGobok.. rindu seyh dengan penulisan beliau... huuhuuu...
ReplyDelete