Sunday, November 16, 2014

Dialog Dalam Kepala

Agama adalah satu subjek yang dekat pada kita. Tapi itulah yang sering kita abaikan. Bila aku bicara seperti ini, ramai yang marah. Ramai yang mengatakan mereka tidak abaikan agama. Mereka orang baik-baik. Sungguh kita manusia itu makhluk yang lupa.

Aku pendosa. Berdosa setiap hari. Punya rasa bersalah, tapi dibuat juga. Kenapa? Kenapa? Gagalkah aku untuk jadi hamba Allah. Sering aku terbaring ketar sendiri di dalam gelap. Bertanya dan bertanya. Menangis dan merintih. Terasa tersiksa dengan kejahilan.  

Umur semesta ini makin menghampri tarikh luput. Kiamat itu janji pasti dan akan muncul. Adakah aku golongan orangnya yang obses dengan hari kiamat dan cerita-cerita di sebaliknya tapi dalam masa yang sama lupa dengan ibadat setiap hari.

Ibadat. Apa yang kau faham tentang ibadat? Solat? Mengaji?

Apa pula tanggungjawab kau terhadap diri sendiri. Terhadap orang lain.

Atau kau seorang sahaja solat dan mengaji sorang-sorang tapi kau biarkan kawan-kawan kau ke sana-sini bermaksiat di atas nama kehidupan sosial dan memenuhi kehendak kapitalisme dalam negara di kertasnya Islam tapi luarannya sekular. Kau biarkan jiran kau yang sakit. Biarkan ada yang bergaduh dan menipu. Anak-anak kecil di keliling, kau biarkan membesar jadi manusia bimbo dan spoil. Hanya penting kau dan ibadat kau sahaja. Agama kau bataskan.

Atau kau jenis kisah tak kisah. Kau hanya ambil kisah bila satu perkara jadi trend. Lalu kau turut sama trendkannya guna sejuta medium yang kau tahu. Kau jerit dan laungkan di tengah jalan. Balik rumah nanti kau tidur lena.

Adakah kita ini generasi yang betul asuhannya, tapi akhirnya melaksanakan asuhan itu dengan salah?

Atau ini sebahagian plot terancang secara besar-besaran dan kita adalah satu objek kecil sebesar kuman di dalamnya bersama trillion kuman yang lain.

Atau apabila soalan ini sering ditanya-tanya hati kita, maka sebenarnya kita sedang disedarkan?

Kadang-kala aku rasa merepek-repek kosong sahaja. Sebab hakikatnya aku tak tahu apa pun. JAHIL yang lagi teruk dari si jahil di zaman jahilliah.

Aku malas. Agama adalah satu subjek yang boring. Subjek yang terasa menakutkan. Baca Al-Quran tak tahu. Baca terjemahan tak faham. Tak nak bincang. Tak tahu nak bincang dengan siapa. Bila bincang pula makin terbelit kepala otak.  Tersalah cakap, takut murtad. Takut terbuka pekung sendiri. Aku nervous. Alasan…Alasan dan lagi.

Lalu lepas aku menulis ini maka aku buka siaran ASTRO dan layan Keeping Up With Kardashians. Keluar merayap ke mall tengok movie terbaru. Hey! Apa salahnya dengan itu? Aku tak kacau orang.

Syaitan si penghasut aku halau manja-manja sahaja.

Aku cipta mahtera aku sendiri. Alah. Nanti bila semua dosa habis dihitung dan dihukum., aku akan masuk syurga jugak. Aku kan Islam.

Huh?


7 comments:

  1. it's interesting that the only thing ppl feel about religion is fear.

    ReplyDelete
  2. kalau takot bertaubat la betul2....jgn bertaubat sekajap pastu buat lagi. elak dari buat sesuatu yg akan jadi saham berkekalan dan berterusan bila mati nanti. Aku sokong sangat tindakan Dalam Gobok. Memang la blog dia hanya blog picisan dan luahan perasaan, tapi mungkin dia ada fikir bila dia dah mati dan x sempat delete blog tu, tak pasal2 dia dapat dosa berterusan walaupun dh dalam kubur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keras kata2 Izrail ni. Sentap juga Jo baca. Haih. Doakan yang baik-baik ya. Kita sama2lah mencari kebaikan tu ya Izrail.

      Delete
    2. giler x sentap kau!
      menusuk kalbu menikam jantung..

      Delete
  3. nama pn db nama Izrail kn?..hati2 Kak Jo dh dekat tu !?

    ReplyDelete

Followers