Beberapa bulan yang lepas, setelah tamatnya musim sibuk
dengan kerja, aku cuba hubungi Naruto. Tapi tak dapat. Telifon tak angkat. SMS
tak dibalas. Lama juga berlarutan macam ini. Beberapa minggu. Perasaan paranoid
aku mula syak benda mengarut. Mungkinkah dia sudah menjadi jutawan, lalu tidak
sudi lagi menjadi kawan aku. Enggang sama enggang. Konon.
Di satu petang yang panas. Setelah beberapa kali cubaan. Naruto
menjawab. Ya! Akhirnya!
Bila aku tanyakan kenapa susah sangat nak cari dia, dia pula
memberi alasan, panjang ceritanya. Maka aku suruh pendekkan cerita. Guna lima
ayat sahaja.
“ Kita berdua ni tak ada arah tujuan.” Kata Naruto. Dia guna
tujuh ayat.
“ Nak berkawan kena ada tujuan jugak ke?” Bantah aku. Geram
pun ada.
Naruto cuma gelak, cuba cover perasaan dia.
“ Awak merajuk dengan saya ya? Last time itu hari saya
berkasar dengan awak.” Aku tanya lagi.
“ Tahu pun…” Naruto gelak lagi.
“ Maaflah, saya memang macam tu.. Selalu aje cakap kasar
dengan awak. Selalu sibuk.” Sedih pulak aku rasa buat Naruto macam ini.
“ Eh! Tak ada apalah… Saya tak marah pun.” Naruto berkata
manis.
“ Maaf tau. Tapi macammana ya awak tahan diri tak angkat
call saya banyak kali? Kalau saya memang tak bolehlah. Mesti nak angkat jugak.”
Aku cuba berlawak.
“ Mana ada banyak kali, baru tiga kali.” Naruto cuba
menafikan. Biasalah lelaki, tak nak kalah.
“ Tolong Naruto, jangan buat macam ni lagi, saya ingat awak dah
mati ke apa. Kalau awak call, tak kiralah saya sibuk ke. Saya marah ke, saya
tengah tidur ke, saya tengah mandi sekalipun, saya angkat aje telifon. Awak
tetap dengar aje suara saya ni walaupun suara marah.” Aku membebel penuh drama.
“ Iyelah.” Balas Naruto ringkas. Nyata dia masih merajuk.
“ Maaflah. Kita jadilah kawan baik ya. Jangan sayang saya
banyak sangat. Nanti awak sedih. Telifon ajelah kalau rasa nak borak. Saya
salah. Saya selalu marah. Masa akan datang mungkin saya akan sakitkan hati awak
lagi. Tapi kita tetap kawan kan.” Aku bersuara lembut.
Sampai hari ini aku sms dia selalu. Harap dia tahu aku ikhlas.
Sebab, sebagai kawan tu kami memang dua orang yang bagus.
Saling nasihat-menasihati.
Aku paranoid. Teruk.
Naruto merajuk. Buruk.
PS : Kak Jen baru beli Samsung Note 2. Tapi tak tau nak guna. Anak nyet!