Monday, July 8, 2013

Tulislah Surat

Cerita ini tidak comel. Sila bersedia dari segi mental.

Ada bahagian tentang diri aku yang aku rasa tidak patut aku kongsi dan ceritakan. Tapi, bila aku fikirkan ianya mungkin akan membawa kebaikan kepada yang membacanya, maka catatan ini aku tulis. Aku harap catatan ini buat peringatan untuk diri aku sendiri dan sesiapa yang singgah baca.

Masa muda-muda dulu ada masanya aku tak boleh kawal marah. Bila aku marah, mesti aku mengamuk.

Joni, panas baran. Cakap dia aje yang betul. Tak boleh kena sikit. Mesti nak maki.

Masa itu aku salahkan ayah. Aku rasa ayah manjakan dia lebih sikit dari kecik sebab tu dia agak besar kepala.

Beza umur aku dan adik lelaki aku si Joni tu hanya dua tahun. Kami memang tak pernah boleh get along. Gaduh aje memanjang. Sikit hal pun boleh buat kami bergaduh atau bertumbuk, tak ada sesiapa yang berani campur tangan. Sebab kami akan gaduh sampai berdarah. Kepala hantuk kat dinding. Baling penyapu. Pakai kayu. Kadang-kadang parang pun ada.

Sehinggalah satu masa tu, aku baru aje habis SPM. Kami gaduh. Hal kecik aje mulanya. Dia jenis yang tak suka orang kalih siaran TV. Aku pula, pantang aje iklan mesti nak kalih TV. Dia marah. Aku marah balik. Aku baling bantal. Provok dia. Dia datang tumbuk aku. Aku balas. Dia pukul balik. Teruk aku kena. Spek sampai patah. Darah mengalir dari tepi mata. 

Pergaduhan hanya berhenti lepas ayah masuk campur. Dia kena tampar dengan ayah. Masa tu aku nangis dan jerit yang aku tak akan bercakap dengan dia lagi. Kalau dia kahwin, bini dia pun aku tak akan salam. Semua orang terkedu. Ayah yang garang tu pun senyap. Aku lari ke hutan kecil belakang rumah. Nangis sepanjang petang dan malam. Sakit, sedih dan dendam. Hati aku untuk sayang Joni, hilang begitu sahaja. Adik-adik pun tak berani datang pujuk.

10 tahun…Mungkin lebih, kami tak bercakap. Kami boleh makan semeja dan baring sebelah menyebelah. Hingga dia kahwin. Hubungan kami zero. Tiada sesiapa dalam keluarga yang cuba buat kami berbaik. Keadaannya lebih elok, seperti genjatan senjata.

Tahun-tahun akhir ayah sakit, dia dengan bini dia bermasalah. Ceritanya panjang. Sampai nak bercerai-berai. Jadi perhatian dia pada ayah yang sakit tak adalah macam kami adik-beradik yang lain. Dia macam orang hilang akal.  Sampai tahap Kak Jen cerita dia kunyah ubat nyamuk. Siapa cakap perempuan frust aje teruk, lelaki pun teruk juga.

Mak risau. Ayah pula sakit. Kak Jen dan bagi nasihat dia. Adik-beradik lain pun masing-masing dah cuba nasihat. Dalam hal Joni, Cuma aku sahaja yang tak berkata apa. Aku tak tahu apa patut aku buat.

Aku teringat nasihat seseorang yang aku hormati. KALAU KITA TAK DAPAT NAK CAKAP BERDEPAN DENGAN SESEORANG, MAKA TULISLAH SURAT. Antara nasihat paling ringkas bagus pernah aku terima.

Aku tulis. Isinya ringkas. Lebih kurang begini.

Kami sekeluarga sayangkan dia. Dia masih muda. Kami tidak akan salahkan dia kalau bercerai dan jangan rasa itu perkara yang memalukan. Jangan sesekali rosakkan diri sendiri, ambik dadah atau cuba buat benda-benda bodoh. Ambil masa tenangkan diri. Kami sekeluarga ada untuk dia mengadu.

Aku serahkan surat itu sendiri ke tangan dia. Dia terkedu. Mungkin dia tidak menyangka.

Ayah meninggalkan kami buat selamanya tahun itu. Joni bercerai juga. Lafaz cerai di mahkamah.

Kini selepas 14 tahun, tahap hubungan aku dengan Joni ada sedikit perkembangan. Kami sudah boleh bersalam. Kami masih tidah berborak. Tak ada topik sebenarnya. Bertegur pula hanya gerakan mata dan anggukan.

Dua jiwa. Sama ibu. Sama ayah. Sama nilai didikannya.


Kami menjadi dewasa dengan itu. Harapnya lebih bijak dan matang.

Kami adik-beradik.

11 comments:

  1. tAPi sianla bapk ko dlm kubur coz ank dye perempun jdi penk. Maafle aku ckp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hanya boleh doakan jo terhindar dari godaan tipu dunia, memang susah nak ubah diri tapi aku yakin jo dapat juga berubah one day. sebab hidup ni tak selamanya.

      to jo, aku pun lebih kurang cam ko juga sebenarnya...bezanya adik beradik aku semua perempuan termasuk aku. aku yang tomboy ni tak disukai sangat dan selalu dibuli, untuk pertahankan diri aku bergaduh bertendang dengan adik beradik sendir waktu kecik2 dulu. ila dah besar dan ada kakak2 aku kahwin kami jadi ok balik dan mesra. air dicingcang takkan putus. kau untung juga jo hidup kau agak mudah dan takde cabaran sangat, hidup aku terlampau banyak difitnah orang yang dengkikan aku-tapi bukan dengki kerana aku tomboy.bangsa melayu ni suka sangat mengena dan memfitnah manusia lain. jadi perit rasanya hidup sebagai wanita normal yang banyak difitnah. alhamdulillah akhirnya aku dapat berubah juga.

      Delete
  2. Begitu mudah kamu menghakimi org lain, tapi bacul pula untuk menggunakan nama kamu sendiri, anon. Jadi kamu mmg yakin dan percaya yg kamu mmg akan masuk syurga lebih dulu dari jo hanya kerana dia pengkid dan kamu bukan? Aku cabar kamu jawab soalan aku ini dengan menyatakan nama kamu. Bukan sekadar berselindung di sebalik anonymous seperti seorang bacul yg pengecut

    -payid

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm aku bukan anonymous di atas, tapi aku malas nak guna word verification berbagai. aku bukan nak bela anon di atas, cuma aku boleh kata apa yang anon atas cakap tu benar. tegur tu tak salah lagipun anon tu tegur benda yang betul. tak molek jika jo terus hidup sebagai pengkid. jika ikut cerita jo setiap masa, kita pun tahu dia masih hidup as lesbian, aku tahu susah sebenarnya nak berubah jadi normal. tapi alhamdulillah jo ni lengkap wajahnya pun ayu langsung tak macam penk, pasti ada ramai lelaki nak mengorat dia jika dia lebih feminin. kadang2 macam perempuan lelaki pun memilih kecantikan. normal la manusia memang macam tu. jo juga pernah cakap dia nak berubah, so kepada jo cepat2 berubah dan kekalkan momentum nak berubah ni, dan kepada lelaki di luar sana yang baca blog ni atau tak silalah mengorat jo bimbing dia dan jangan hakimi dia. insyaallah dia boleh berubah perlahan2. jangan terus nak dia berubah sekelip mata,Rasulullah dah kata perempuan ni macam kayu bengkok, so harus perlahan2 ubah dia. semoga kalian semua dirahmati Allah.

      Delete
    2. ada gak penk suka penk.kawan saya lah.ramai kat kuala lumpur,labuan,miri,kuching,kota kinabalu (kk) & pulau pinang.berkenalan dalam fb dan juga instagram.hehe- harap maklum.

      Delete
  3. hi jo

    what a sobering story. i know we all have difficult relationships with some members of our family, but i think, the essence is, to never give up on people, and in return, so that people will never give up on us. i hope some day you and ur brother will be in talking terms once more. by the way, selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  4. TQ atas teguran dan nasihat-nasihat. Yang pedas-pedas pun Jo telan jugak. Siapa tak sayang ayah woo. Doa untuk dia. Selamat berpuasa semuanya. Selamat berpuasa zhu m. Sayang kamu semua! :D

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa buat jo dan seluruh umat islam :)

    ReplyDelete
  6. aik dah tukar profile baru ke jo hehehhe, tapi dekat ayat cuba tak nak jadi tu harap2 akan jadi tak nak langsung hihihihi, selamat berpuasa jo adiosss~~ariz

    ReplyDelete
  7. peliknya...saya belum jadi feminem lagi.tetap pengkid.belum lagi impian tercapai iaitu kaweni buah hatiku (perempuanlah) & ada rumah besar untuk aku bersama dia.lepas tu.aku suruh putuskan hubungan ini.suruh dia mencari lelaki umtuk dia mendapat zuriat.

    ReplyDelete

Followers