Saturday, July 20, 2013

Jo Melukis: Satu permulaan.

Kadang-kala kelakar terlalu dipuji.

Kelakar sudah tidak kelakar lagi.

Malah kelakar juga punya perasaan sedih.

Kelakar patut ditampar, dua kali kiri dan dua kali kanan.

Dan perkara yang patut disyukuri adalah dua hari cuti di hujung minggu.

Dulu masa cikgu tanya pasal cita-cita, aku jawab nak jadi ahli arkeologi, akibat terpengaruh dengan siri National Geographic pasal dinosaur. Menyebut dinosaur pun aku tak pass. Di-no-sor? Dai-no-sor? Dei-no-sor? Cis!

Cita-cita tipikal aku dari kecik adalah menjadi penulis dan lukis kartun/komik. Itulah yang aku tulis dalam rekod sekolah setiap tahun.Sejarah melukis aku sama aje tragedinya dengan kisah hidup aku. Ada pahit ada manis. Tapi mari kita mulakan di sini.

Minat melukis timbul bila aku dan Kak Jen selalu curi-curi masuk bilik Abang Long kami di tingkat atas. Dalam bilik dia ada poster jeans levi's, poster kumpulan Search, Kumpulan Wings, Ella and The Boys. Tak ada katil, cuma tilam saiz queen tanpa cadar.  Ada meja tulis. Buku skrap dia yang penuh lukisan dan lirik lagu rock. Ada almari plastik yang dibawahnya tersorok novel-novel erotik dari Indonesia. 

Paling best adalah stok majalah Gila-Gila. Masa itu Abang Long habis sekolah asrama dan kerja kilang di pekan berdekatan rumah. Bagi aku, Abang Long adalah manusia paling cool pada masa itu. Bilik dia bagai syurga sebab semua cool stuff ada dalam tu.

Siri yang aku suka dalam majalah Gila-Gila masa tu adalah, Aku Budak Minang dan Tiga Dara Pingitan.

Kalau kami lepak dalam bilik Abang Long, kami tak akan tinggalkan jejak. Semua yang kami usik akan kami letak ikut keadaan asal. Kalau pensil atas meja senget 45 darjah, maka ia akan kembali 45 darjah. Sebab, kalau Abang Long tau, memang kena terajanglah alamatnya.Tapi, jangan risau, kami tak pernah kantoi.

Aku minat melukis bila aku tengok buku skrap Abang Long. Abang Long pandai lukis. Tulisan dia pun cantik. Jadi aku dan Kak Jen mula melukis guna buku tulis sekolah kami. Seperti biasa, Kak Jen memang lagi terer dari aku. Semua benda dan semua perkara. Main getah, main dam, batu seremban, tuju selipar, bola beracun. Namakan sahaja. Mengaji pun macam tu. Cepat aje kalih surah. Suara Kak Jen boleh tahan sedapnya. Kak Jen ni kira hero habislah. Walaupun kecik, dia memang digeruni di kawasan kampung kami.

Tulisan aku macam cakar ayam sahaja. Lukisan pun sama. Masa aku terkial-kial nak lukis bentuk muka orang, Kak Jen pulak dah boleh lukis satu badan. Tapi aku tak mengalah aku teruskan walau terkial-kial.

Sementara Kak Jen sibuk main dan jadi hero, aku lebih suka baca buku dan tangkap anak ayam. Dah habis buku Abang Long aku baca, aku pinjam pulak buku Abang Long kawan baik aku. Kami berjiran. Waktu cuti, pagi-pagi lagi aku akan bagi isyarat dan baling batu di tingkap bilik. Dia akan baling buku Abang Long dia dan aku akan baca di buaian bawah rumah. Semua buku dewasa. Tebal-tebal. Sastera. Tajuk-tajuk dia pun aku tak ingat. Masa itu banyak juga buku dari Indonesia. Otak budak aku pun tak berapa faham. Tapi baca buku seronok. Rasa berada di dunia lain.

Kalau balik kampung emak, Aku dan Kak Jen selalu layan komik-komik alih bahasa dari Hong Kong milik Pak Su kami. Ada berkotak-kotak. Beratus-ratus siri. Isinya penuh unsur ganas, kuasa mistik, kepahlawanan dan advanture. Gaya lukisan detail dan berwarna-warni ini menjadi kesukaan aku masa itu.

Bila Kak Jen masuk asrama masa sekolah menengah lukisan dia makin cantik. Kami selalu bandingkan lukisan kami.

Aku lukis tak kira tempat. Di dinding rumah. Almari. Atas badan aku dan atas badan adik aku. Aku juga dah pandai buat mini komik sendiri masa tu. Pakai ballpen aje. Adalah sampai 4 buku.

Masalahnya ayah aku tak suka aku melukis. Bila dia nampak aku melukis mesti kena marah. Semua komik yang aku lukis kena bakar bila ayah aku kemas rumah satu hari tu. Yang selamat cuma tinggal satu aje itupun sebab Kak Jen dah cilok senyap-senyap.  

Aku andaikan ayah aku tak suka banyak benda, kami gelak pun kena marah, kami berpantun pun kena marah. Dekat rumah kena disiplin. Kena belajar aje. Tapi bila ayah kerja jauh, berminggu tak baik. Masa tu aku rasa bebas, nak lukis, main, panjat pokok, main gelonsor atas bukit. Senja baru nak balik rumah.


Bersambung…

3 comments:

  1. aku pun suka melukis gak dulu. Tapi bezanya, lukisan2 aku semua aku sendiri yang bakar, sbb aku nmpk x der masa depan jd pelukis. Sekarang menyesal dah, bakat seni dah makin tumpul, masa depan yang konon nya aku kejar pun dah gelap. Last2 sama jer, it makes me wonder apa akan jadi kalau aku kmbgkan bakat melukis aku..hahaha

    ReplyDelete
  2. Honestly (because of the title) I thought akan ade 1 doodle di post ni... then I thought you were like me not very creative bab arts arts ni tapi would like to give it a try. Lastly.. I thought wahhh garangnye your ayah...perlu ke bakar?

    ReplyDelete
  3. dulu pun ak pun suke melukis mewarna. ak penah masuk ptandingan mewarna. alah mase tu umur baru 8taun. konon hebat le tew. cikgu ak yg masukkan ak dlm ptandingan tuh. sikit pun ak xgerun. sbb serius ak xheran. kalah kot.

    ayah ak pun garang. kt rumah kena disiplin memanjang. xleh bising. mcm tu la lau bernaung dibawah "kerjaan ayahku mr.arrogant". tp ak xkesah. ayah ak tentera. dia nak jadikan ak mcm dia la tuh. sorry xminat. ak suke pe yg ak suke..

    ReplyDelete

Followers