Tuesday, January 15, 2013

From A to B


Aku ada seorang kawan. Aku namakannya A. A adalah pengkid yang sederhana. Pemikiran, pertuturan, gaya, semuanya serba sederhana. A sudah lama hidup single. Kadang kala ada juga terdetik hatinya ingin ada awek. Ada juga aku nasihatkan dia.

“ A, baik kau lupakan saja, tak berbaloi.”

Dalam hidup single itu. Adalah satu dua orang yang tangkap cintan sama A. Tapi dia tak tangkap cintan balik. Maka tak jadi. Ada yang dia suka pulak, dah ada boyfriend. Nasib A memang menyedihkan.

Entah angin mana yang datang, tiba-tiba dia boleh tersuka dengan seorang gadis iaitu rakan chatnya di sebuah laman sosial. Aku namakan rakan chatnya ini B. Walaupun jarak usia mereka agak jauh tapi mereka agak serasi. Maka bermulalah episod ngorat-mengorat. Pada awalnya B tak layan sangat kata-kata manis A. Tapi A tak putus asa. Dia betul-betul suka pada B. Setiap hari mereka akan chat dan berborak di telifon berjam-jam lamanya. Sah, dua-dua dah angau.

Setelah seminggu dua bermanja di alam maya. Maka A ajak B berdating. B berkeras tidak mahu. Kata B, dia tak lawa. Sedangkan A dah pun stalk gambar-gambar B di internet. A tahu B orangnya sederhana sahaja. Tapi A tak kisah. A pun bukannya kacak . Lagipun ini pasal hati. A tahu hati dia sangat suka pada B. Akhirnya mungkin kerana termakan pujuk rayu A, maka B setuju untuk berjumpa.

A sangat happy. Dalam masa yang sama dia agak gementar sebab ada kemungkinan first date ini berjalan lancar, maka status singlenya itu akan berubah. A harap B lah orangnya yang akan dapat share gembira dan sedih dengan dia.

Pertama kali A tengok B, A rasa happy. Comel aje. B pula nampak macam acuh tak acuh sahaja dengan A. Mungkin dia tak biasa. B cuba memahaminya. Pertemuan mereka sepanjang hari berjalan dengan lancar. Cuma A tidak berapa gembira. Dia rasa B macam acuh tak acuh dari mula sehingga akhir. A lihat body language B. Tapi dia tak dapat faham. Setiap kali bersentuh atau tersentuh, A tahu B cuba larikan diri. A tak rasa hati mereka dekat walaupun B ada depan mata dia.

Hati A sangat rapuh. Terlalu susah dia nak percaya pada orang. Tapi A tahu, B boleh. A cuba juga kuatkan hatinya. A ada juga cakap dengan B, kenapa B layan dia macam tak suka, macam tak kisah. B cakap, dia memang macam itu, dia tak biasa. Tapi dia akan cuba.

Bila balik rumah. A menangis teruk-teruk. Meraung.

A tanya aku, apa salah dia. Kenapa B layan dia macam itu. Aku sendiri tak tahu nak kata apa. Cuma yang aku tanya pada A, apa yang dia cari? Apa yang dia mahu? Adakah semua itu dia dapat rasa daripada B? Adakah B orangnya yang akan sanggup berhadapan dengan semua orang yang suka, sayang, atau benci A. Adakah A sanggup terima B seadanya. Adakah B sendiri sanggup terima A seadanya dia, seorang pengkid. Masa… Persoalannya masa. Sanggupkah A memberi masa pada B?

Jawapannya TIDAK.

A cuba memberi jawapan YA pada B. Tapi itu jadi salah, sebab A tidak mampu memaksa hatinya. Keyakinannya hilang pada B sekelip mata. Hatinya berubah sekelip mata. B minta pada A untuk mulakan semula. Tapi hati A sudah tawar, buat masa ini tiada penawar.

Aku agak marah dengan A. Semudah itu hatinya berubah. Dia dah buat B suka pada dia, dan dia tinggalkan sahaja. Aku yakin B sangat-sangat sedih. Tapi aku tahu A juga terlalu sedih. Aku nampak A cuba senyum, cuba gelak, cuba sibuk-sibuk. Tapi sunyi hati A dia sahaja yang tahu. Mungkin B pun macam itu. Mana aku tahu. Yang pasti dua-dua pun sedih.

Bila aku tanya A, adakah dia akan suka siapa-siapa lagi lepas ini. A angguk, lepas tu geleng. Banyak kali jugak dia buat macam itu. Risau jugak aku, tapi A cakap, don’t worry. Nanti hati dia akan ok.

A tetap jalani hidupnya. Hari-hari dia cuba buat orang gelak. Sebab bila orang ketawa, hatinya lukanya terubat. Sikit demi sikit.

Cuma aku sahaja rasa tak kelakar sebab A tu sebenarnya aku, Jo Rahim.

PS : Maaf tak sempurna. 

15 comments:

  1. saya ada kongsi entry ni kat page sy.boleh kan?

    cerita kita lebih kurang sama.bila jumpa yang sebati, milik orang.selalunya berbf. bukan nasib untuk sy.

    gud laks jo!

    saudara jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. share la Anon punya page sekali, boleh tumpang baca

      Delete
  2. kita x kan dapat apa yg kita mahu dan suka..walau sekalipun kita berjaya dapat, jika ia bukan ditakdirkan utk kita, ia akan pergi tinggalkan kita juga..moral of the story, jgn kejar sangat sesuatu yang kita x mampu utk miliki tapi hargai peluang yg ada di depan kita..mencintai org yg cintakan kita itu lebih manis dan indah..walaupun kita sukar untuk terima, tapi memberi peluang itu adil..inilah hakikat hidup..

    ReplyDelete
  3. Tetiba teringat cerpen
    Dia berhati putih
    Black and white
    True story
    N
    N
    Teh tarik jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen tu terbit kat nama? nak baca! jom teh tarik! tapi jo minum milo

      Delete
    2. Kat blog usang mana tah.k milo,jom
      Best cerita pendek dia..teruskan menulis k

      Delete
  4. Semoga hati terubat..sikit demi sikit.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. saudarajauh.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Hmm.entry ni sdih sgat..bru jer bc.da dkt sebln xmsuk.jgn sedih2 ek

    ReplyDelete
  8. jom jumpa..ne tau serasi ke? hahaha..setan bertopengkan manusia dah dtg..tak takut ke?lalalala...

    seharian baca blog awk dr awal smpi akhir..

    tapi saya sebagai saudara sesama Islam nak cakap je xmo marah2..awak dah cuba tinggalkan dunia y lama itu hampir 6 tahun..bkn senang2 awak nak biarkan usaha awak tu sia2?

    nanti hati awak bertambah sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ atas nasihat cik Kina, Insya Allah. Doakan terbaik untuk Jo k. Nak jumpa boleh aje, email me. Ada masa boleh lepak minum milo.

      Delete
  9. sama-sama awak..selain kita doakan untuk diri sendiri.kita perlu doakan untuk kebahagiaan org lain..sbb salah satu kekuatan utk meneruskan idup adalah dgn doa...

    saya tak tahu email awak..

    sangat suke minum milo ais..sedap n yummy..

    ReplyDelete
  10. Nice..aku hrp aku ade mase baca blog ni awal smp hbs.. Gaya penulisan sempoi.. Mudah fhm.. Klu rajin boleh usha blog aku black and white pengkid story.. Block tu da lama aku biarkn bhabuk sbb bz.. But hope boleh bg komen mbina utk kite trus same2 bkarya

    ReplyDelete
  11. Psst pssst.
    Nak gula gula. Tak mo sedih. Nak dedicated lagu ni ke awak. Dare to Move by Jayesslee. Nanti cari kat utube eh :D saje blokwalking singgah sini jap.

    :)

    ReplyDelete

Followers