Aku mulakan cerita hari ini memetik dialog SKYPE antara aku
dan Kak Jen.
Jo : Kak, aku tak berapa dengarlah kau cakap apa, line tak
kuat ni.
Kak Jen : Aku tak bercakap apa, memanglah kau tak dengar.
Cis, Kak Jen.
Adik beradik aku ramai, lebih dari sepuluh jari kalau nak
dihitungkan. Dalam ramai-ramai tu lima daripada mereka tahu aku ni
lesbian/pengkid. Dia orang tahu sebab ada dengar aku bercerita pasal girlfriend,
saksikan sendiri aku mengorat awek atau aku sendiri yang buat pengakuan. Adik-beradik dan ipar duai lain aku rasa dia orang tahu, tapi buat-buat tak tahu
atau tak mahu ambik tahu.
Ini adalah kisah pengakuan/coming out story aku kepada salah
seorang adik lelaki aku, seorang graduan UPSI yang kini bekerja di 7ELEVEN.
Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. Masa tu aku dah putus cinta dengan
Honey dan adik aku tu baru sahaja habis STPM. Kita letaklah nama adik aku tu
Jaha.
Waktu tu tengahari baru aje menginjak ke petang. Cuaca
panas. Aku dengan Jaha lepak kat gerai sambil menunggu customers datang. Jaha ni
jiwa dia lembut. Cakap orang tua dia memang tak melawan. Nada suara dia
bercakap rendah aje. Aku tak tahulah bila dia jadi cikgu nanti macam mana dia
nak handle students dia. Tapi jangan salah sangka Jaha ni lelaki lembut pulak,
sebab dia lelaki berbulu ketiak dan bilik tidur dia bersepah tahap kandang
ungka. Tunggu masa aje aku nak bakar bilik tu.
Aku pun tanya kat Jaha.
Jo : Adik… Akak ni
ada buat dosa besar. Kau rasa Tuhan ampunkan tak?
Jaha : Mestilah Dia ampunkan. Dia kan Maha Pengampun. Besar
macam mana pun.
Jo : Tapi dosa ni besar… Tak terampun rasanya. Takut pun ada
dik…
Jaha : Akak pernah dengar cerita ni tak? Alah… Entah-entah
dah banyak kali akak dengar.
Jo : Cerita apa dik? Cuba kau cerita kat akak sikit.
Jaha : Alah cerita yang pasal seorang lelaki ni. Dia dah
bunuh 99 orang, lepas tu dia tanya kat
sorang rahib ni, adakah dia diampunkan
kalau bertaubat, rahib ni jawab, tak. Lepas tu dia naik angin dia pancung rahib
ni. Jadi seratus orang.
Jo : Rasanya macam pernah dengar, tapi teruskan…
Jaha : Lepas tu dia cari lagi, jumpa orang alim ni, orang
alim ni suruh dia pergi kat satu tempat ni sebab ramai orang beribadat. Pergi
bertaubat kat sana. Jangan balik semula kat tempat dia. Dia pun naik kuda,
sampai kat pertengahan jalan. Dia mati. Lepas tu malaikat pun pening nak letak
dia dalam kategori mana. Malaikat rahmat ni cakap, dia nak bertaubat sepenuh
hati. Jadi dia diampunkan. Malaikat azab cakap dia ni tak pernah buat baik
lansung dalam hidup dia. Tidak diampunkan. Pastu datang satu lagi malaikat
suruh ukur jarak tempat dia mati. Kalau jarak ke tempat taubat lagi dekat dari
tempat dia buat dosa. Maka dia diampunkan. Lalu masing-masing pun ukur. Jarak
kat tempat taubat lagi dekat.
Jo : Wow!
Jaha : Betul Kak. Bayangkanlah dia ni dah bunuh seratus
orang, tapi sebab dia nak taubat sungguh-sungguh. Walaupun tak sempat nak
pergi, tapi dia di ampunkan tau. Apatah lagi akak ni.
Jo : Hmmm. Betul tu, tapi kau tak tahu apa akak buat.
Jaha : Bunyinya serius sangat, tak kan akak bunuh 111 orang
pulak.
Jo : Hmmm. Tak Dik… Tapi akak ni pengkid, lesbian macam tu
la. Sebelum ni akak dah ada empat orang aweks dah. Sekarang takdelah. Dah
single.
Sejurus selepas pengakuan aku itu, Jaha terdiam, lama. Aku
sengih kat dia dia, dia sengih balik.
Jaha : Orang rasa macam dah tau, tapi bila dah dengar sendiri ni
kira confirmlah. Gilalah kak.
Jo : Akak dah cakap dik… Gila sey…
Jaha : Patutlah akak macam terer aje bab-bab aweks ni. Patutlah
akak selalu bagi petua nak ngorat aweks semua. Memang dashyat ni.
Jo : Dashyat apanya. Seposen pun tak guna. Bukan dapat buat
apa-apa pun.
Aku dan Jaha mula flashback kembali cerita-cerita
ex-girlfriends aku. Dia duduk tergelak aje. Ada jugak dia buat kenyataan. Walaupun
aku pengkid ke, apa ke, dia tetap rasa aku sama aje, kakak dia. Yang kuat
berleter kalau dia malas belajar. Yang selalu turun ke dapur tolong emak masak masa berkumpul adik- beradik semua dan yang penuh dengan sifat baik buruk kakak kepada
adik-adiknya. Dia juga tak dapat bayang aku kepit awek macam mana. Dahlah aku
pendek orangnya.
Cis, Jaha!
perenggan bawah sekali: semua kakak mmg begitu. saya juga :)
ReplyDeletenk like boleh?? haha klau aku bgtau fmly aku y aku nih penk/les..da lme diorg kick out aku dr uma..btter aku diam sudah..hny aku,ex gf,bkl gf dan Allah je yg tahu :)
ReplyDeleteHi. Ni cerita je ke kisah benar? Baru jumpa blog ni, pastu baca intro..yg kata ni cerita :-)
ReplyDeletemelur, mu bengap ker? klau jo menceritakan balik kisah khidupan die, 2 dah namanya 'cerita'. tak kan nk tulis tittle 'kisah benar kehidupan jo'.. akai ada ka?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlamak... aku ter removed komen sendiri... Memang super sengal. post semula komen tadi- Wow! ada yg argue kat tempat komen ni. korg memang cute!!! Melur dan Anon. Utk pembaca baru seperti Melur, cerita dalam Jo cerita adalah kisah benar cuma nama, lokasi, dan beberapa pekara diubah. Utk pembaca lama seperti Anon, jgn menakutkan pembaca baru seperti Melur. Kasihani dan kasihi dia. Sekarang kiss.
ReplyDeletebest betul. boleh cerita. :)
ReplyDeleteSJ
Thx Jo. Mcm malas nak tanya lepas ni..tak pasal2 kn smash :-(
ReplyDeletejanganlah sedih melur, Anon tu cuba smash2 manja je tu.. Senyum sikit!
DeleteSmash2 buah..haha..hi Jo. 31 yer thn ni? Well bila dh masuk 30an ni, cepat jer masa berlalu..I will be 33 this year..mcm semalam je I 31...pejam celik dh 33..dayum!!
ReplyDeleteheheheheheh...
ReplyDeleteSy pun... Bezanya adik beradik sorg pun x dapat hidu.. Mgkin sbb sy selalu nasihat adik2... Jgn tinggal solat..selalu berzikir.. Jgn tinggal baca quran... Setiap hari doakan mak ayah... Alangkah munafiknya.....huhuu
ReplyDeleteHai Jo. Serius sweet! Boleh lah jadi abang angkat lah cegini.. :D tapi mmg admit yang pengkid nih pandai masak dri ladies. Haha *tunding jari muka sendiri yang tak expert masak. Selalu partner yang nak slalu tunjuk skill. Hampeh betul dia tak kasi tunjuk skill. Btw hai salam kenal :D
ReplyDelete:)