Seorang lagi pengkid yang aku kenali dengan ayat manisnya
adalah salah seorang manager aku dulu. Namanya Salmah. Umurnya tua beberapa tahun
dari aku. Salmah ni memang pengkid jambu, handsome, muka cantik, body cantik. Bukan perempuan aje
sangkut dengan dia. Lelaki pun ramai yang tergila-gilakan dia. Salmah
menggunakan segala ayat-ayat manisnya untuk menabur janji dari seorang awek
kepada seorang awek.
Salmah ni dah ada awek. Seorang setiausaha genit di sebuah
syarikat swasta, namanya Maria. Maria ni
cun habis, seksi lagi bergaya . Mata dia cantik sangat. Orangnya baik dan rendah diri. Dia orang dah
bersama sejak university lagi. Dah lama bersusah payah bersama.
Satu masa, Salmah mula menggatal dengan staff baru. Namanya
Noni. Rakan sekerja aku. Budak lagi Noni ni. Baru habis belajar. Tak panjang
akal pun lagi. Dia tau Salmah ada awek dah. Tapi dia layan jugak. Yang sakit hatinya, Salmah suruh aku cover
line. Kalau Maria ada tanya-tanya kenapa dia balik lambat atau tak balik. Aku
kena bagitahu yang kerja tengah banyak sekarang, dan kadang-kadang Salmah kena
tidur di hostel yang disediakan untuk pekerja. Aku terpaksa akur. Malas nak cerita banyak.
Di suatu pagi yang damai, tengah aku menikmati air milo
kotak. Aku terlihat kereta Maria parking depan hostel. Serentak itu aku dapat
SMS dari Salmah kalau Maria tanya aku, cakap dia tak ada di hostel dan aku tak
tahu dia di mana. Aku syak Salmah tak balik rumah, dan dia tidur di hostel
dengan Noni. Masa tu aku tak tahu pun yang Salmah tidur di hostel. Sebab bilik
aku lain. Bilik single.
Maria dengan lengang lenggoknya datang jumpa aku tanya pasal
Salmah. Aku terpaksa goreng yang aku tak tahu mana Salmah. Mungkin sebab marah
sangat, Maria mintak nak masuk hostel
kita orang. Maria dah menangis-nangis ngadu dekat aku. Sempat aku curi-curi SMS Salmah
yang aku akan bawa Maria dalam hostel untuk dia buat spot check.
Pandai-pandailah dia.
Maria spot check bilik demi bilik. Bawah katil, dalam
almari, dalam toilet, dapur dan store. Bayang-bayang Salmah pun tak ada. Noni
adalah, pura-pura tengah tidur. Berselimut. Aku tengok Maria dah macam nak
terkam aje Noni. Aku pun hairan, dimana agaknya Salmah menyorok. Di tingkat
atas hostel pun tak ada. Mungkinkah Salmah ada kuasa halimunan. Cari punya cari, tak jumpa. Akhirnya Maria
mengalah.
Aku hantar Maria ke kereta. Suruh dia bersabar
banyak-banyak. Aku katakan mungkin Salmah ada hal penting di tempat lain. Dalam
hati aku menyumpah-nyumpah Salmah. Dah ada awek baik, cantik dan bekerjaya pun nak
menggatal lagi. Maria terima kasih dekat aku. Mata cantik dia dah berair. Hati
aku rasa bersalah sebab kena menipu.
Sebaik sahaja kereta Maria jauh dari hostel, aku mula
kembali ke hostel. Dalam suasana dramatik tu aku pandang bangunan hostel kami.
Korang tahu apa yang aku nampak? Ya Betul… Salmah. Dia tengah berpaut di dinding
luar bangunan hostel. Sebijik macam spiderman. Sebijik macam shit.
Tak lama lepas tu aku berhenti kerja. Tiba-tiba best friend,
Bond, bagi tahu dia tengah ngorat Maria. Awek Si Salmah. Maria layan pulak tu.
Bila aku jumpa Maria aku tanya dia, situasi apakah ini. Dia cakap kalau Salmah
boleh buat, kenapa tidak dia. Lagipun dia cakap best kawan dengan Bond. Bond
sangat baik dan perihatin. Kalau dia jumpa Bond dulu, mungkin dia tak akan
dengan Salmah. Tapi dalam situasi ni dia layan Bond, tapi dalam masa yang sama
dia masih lagi dengan Salmah. Kesian Bond. Bond tahu, tapi dia degil. Aku takut
jugak kalau Bond dengan Salmah bertumbuk kalau Salmah dapat tahu hal ni.
Dua-dua budak teakwando.
Lama-lama Bond sedar yang Maria tak
akan tinggalkan Salmah. Salmah pula tak akan putus denga Maria walau menggatal
dengan orang lain. Aku dengar cerita Maria sekarang dah tukar kerjaya. Dia jadi
cikgu sekolah, dah chubby dan tak seseksi dulu. Dia masih dengan Salmah. Dan
Salmah masih handsome.
Sesiapa yang tersangkut dengan pengkid jenis player ni
memanglah sakit hati. Tapi pilihan di tangan anda sendiri. Kalau anda pilih
sakit, maka sakitlah. Nasihat aku, sayangi diri sendiri dan elak dari terlibat
dengan drama dan jangan bergaduh sesama perempuan. Memalukan.
Kepada pengkid player, sampai bila nak tunjuk hero? Handsome tu tak sampai ke mana. Seronok
sementara aje. Sampai bila nak hurt orang. Silap-silap ada mana-mana pihak yang
marah, kena bomoh, tak pasal-pasal jadi sasau.
Untuk diri sendiri, aku minta tuhan berikan aku hati yang
kuat. Moga aku tak tersangkut dengan mana-mana aweks. Tak kiralah awek orang
atau awek yang single. Kalau ada sesiapa ada niat nak ngorat aku, pastikan anda
lelaki. Cewah! Jo perasan.